Laman Webantu KM2A1: 2578 File Size: 22.8 Kb * |
Fwd: Buat Amin Sapiro - Doaku untukmu By web aNtu 18/8/2000 6:46 pm Fri |
Dipetik dari - dengan sedikit perubahan - pembetulan ejaan, format dll.
Penulis: Abang Long. [Jika anda membaca sampai habis - Abang Long menceritakan bahawa beliau
pernah menulis di laman kita ni (webantu) - tetapi menggunakan nick yang
berbeda2. Adakah ini Pak Haji? atau Tukang Jurong Ikan? atau suku
sakat wali sogo? Atau Sahabat? Atau Wak Cantuk/Wak Pawang? atau Along?
Penggunaan nama berbeda membuktikan satu keikhlasan
kepada perjuangan - dimana penulisan dilakar mengikut corak dan erti yg
tersirat di sebalik nama. Tetapi saya rasa Abang Long ini pernah menulis di Forum Keadilan Malaysia
I di discserver.com - cuma artikel beliau tidaklah sepanjang ini...
Saya terlalu gembira membaca surat ini - kerana nampaknya kita ni semua
adalah KAWAN-KAWAN LAMO yang kembali BERSAMA membawa ARUS KESEDARAN.]
Saudara Aminsapiro a#salamu 'alaikum wbth : Saya akan merasa bersalah kalau tidak menjawab emel saudara yang
menyatakan jihad saudara menjelajahi negeri kelahiran saudara itu. Namun,
saya akan merasa berdosa kalau jawapan yang saya tuliskan itu
semata-mata memberi tahniah, syabas dan diiringi sepotong dua doa' sebagai
perangsang usaha itu. Sebenarnya saudara memberikan saya satu
kesempatan untuk menyambung apa yang saya tulis satu ketika dulu di mana
saya menulis betapa jauhnya perjuangan kita ini.
Izinkan saya menulis secara ringkas kali ini kerana terlalu banyak yang mahu
dilakarkan sebagai pesanan daripada seorang abang yang tua kepada adik
sibernya. a. Dalam masyarakat Jawa, apabila seseorang insan mahu pergi berjuang
ada beberapa perkara yang mesti ada padanya:
Satu: Kedua: Ketiga: Amalan yang 'cakep' (itu bahasa Jawa mungkin seperti jempolan) agar
tidak mudah diperkotak-katikan oleh orang luar agar berubah
pedoman. Keempat: Kelima: b. Perjuangan adalah satu kata keramat hanya difahami sedalam-nya
oleh segelintir kecil insan yang dikenali sebagai orang Melayu.
Ramai orang Melayu yang suka menggunakan perkataan perjuangan, tidak
sampai satu peratus yang mampu melakukan perjuangan itu sebenarnya.
c. Risiko satu perjuangan adalah besar. Apabila seorang penulis yang
popular sanggup bertukar wajah dan cara untuk membawa satu arus
kesedaran kepada bangsanya daripada menulis kepada terus
berinteraksi secara bersemuka, insan itu sudah tentu bukan
calan-calang orangnya. Seorang pejuang Latin Amerika Che Guiverra
adalah seorang doktor perubatan. Dia sanggup melepaskan kerakyatan
negaranya untuk membebaskan Cuba daripada kerajaan feudal dan
menegakkan satu kerajaan rakyat. Dia berjaya dengan perjuangannya
tetapi hasil perjuangan itu akhirnya menjadikan rakyat Cuba menjadi
hamba abdi kepada apa yang telah diperjuangkannya.
Di Timur Tengah, seorang jurutera telah meninggalkan kerusi ampuk
untuk menggembeling bangsanya menentang Zionisme. Adiknya
(seorang jurutera juga) mengikut sama dan bekerja di klinik perubatan
untuk mencipta segala alat perubatan yang diperlukan untuk merawat
kaumnya yang tercedera dalam peperangan. Anak-anak lelakinya
terpaksa diberikan nama lain agar tidak dapat dikesan oleh musuh dan
dianiayai. Inilah pengorbanan Ya#sir Arafat dan Palestin.
Ketika Kerajaan Komunis diwujudkan oleh Russia di Afghanistan,
seorang teman baik saya yang pernah belajar dan bertugas sama di
Amerika, telah mengambil satu tindakan yang sungguh berani. Beliau
telah mengatur satu rencana untuk membolehkan isteri dan
anak-anaknya lari ke Amerika melalui negara ketiga yang lainnya.
Beberapa bulan kemudiannya beliau pergi ke India untuk 'menghadiri
satu kursus anjuran Bank Dunia' dan lari keluar daripada negara itu.
Khazanah di bank Negara Afghanistan ketika itu berjumlah lebih Tiga
Ratus Juta Dollar Amerika. Kini, Afghanistan muflis laksana sebuah
negara anjing kurap. Banyak lagi nama yang boleh ditonjolkan untuk
membakar semangat kita. Cukuplah dengan tiga contoh itu.
1. Dalam perjuangan, 'element of secrecy', adalah ciri yang paling
unggul. Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kerana itu, kurangkan
berkomunikasi secara tulisan dengan ramai makhluk yang saudara
belum kenal akan isi perutnya. Di alam siber, saya pernah berkata
betapa saya hanya percaya tiga orang Pengendali Web sahaja:
a) Boikot_mm Yang tidak tersebut namanya di sini, tunggu dulu. Bukan kerana
saya mengsyakki sesuatu, tetapi saya tidak mahu keliru. Sebab
musababnya yang jelas memang diketahui oleh PW Boikot dan jua
Mindarakyat. 2. Satu ketika dulu PW Boikot ada menonjolkan Seri Bainun. Saya beri
ingatan kepadanya kerana saya mengsyaki sesuatu. Kini, penulis itu
sudah lama tenggelam tak tahu bila akan timbul lagi. Dua faktor di atas
memberi satu ingatan kepada kita. Kalau mahu berjuang kurangkan
bunyi langkah kita dan pendamkan degup jantung kita. Orang yang
pintar bertarung tidak perlu membawa keris panjang ataupun
menyelitkan keris pendek di pinggang. Tenaga dan senjata lawan
adalah alat pertahanan dirinya. Persekitarannya adalah teman
karibnya. 3. Ketika Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir, anak-anak angkat saya
(sekitar empat puluh orang professional Melayu) telah datang ke rumah.
Kami bersolat sunat dan memohon doa ke hadrat Ilahi. Saya berkata:
pada hari ini akan bermulalah era kejatuhan Mahathir. Kini, dua tahun
akan berlalu, ramalan itu amat tepat sekali. Sejak itu saya tidak berhenti
menulis dan menjelajah seluruh negara. Di mana adanya pesta rakyat
tajaan Mahathir, di situ saya akan pergi. Sauk meletup, saya
mendahuluinya dengan mengatakan itu adalah satu lakonan dan
sandiwara panjang. Minggu yang lalu, Mahathir berada di Langkawi
menyambut ulangtahun perjalanan Azhar Mansur. Saya turut berada
sama. Cuma saya tidak menulis akan upacara itu kerana tidak mahu
memberi ruang kepada orang Melayu menyedari betapa bodohnya kita,
selama ini. Bayangkan dulu, jalur Gemilang dibikin dengan keringat rakyat tetapi
kini ia berlabuh di Porto Malai (Bahasa apa itu?) yang dikawal oleh
Hotel Awana (kepunyaan Lim Goh Tong) Hanya orang yang menginap
di Awana yang dibenarkan mendekati jalur Gemilang itu. Alangkah
aibnya perkara ini. Gunakanlah maklumat ini dalam penulisan saudara. Saya izinkan dengan
sukarela. Kalau saudara pernah ke Langkawi tentu saudara tahu akan tempat
yang dinamakan Telaga Tujuh. Kini Mahathir sedang merancang membikin
satu pusat pelancungan di puncak Bukit itu dengan membina 'cable car'
daripada puncak Telaga Tujuh hingga ke Kuah. Siapakah yang akan
menaikki cable car itu nanti kalau bukan hantu dan jembalang?
Hari ini jumlah pelancung ke Langkawi sudah menurun. Orang Langkawi sudah
resah gelisah. Satu kaki persegi tanah di langkawi berharga antar empat
hingga lapan ringgit. Satu relong ada lebih kurang 35,000+ kaki persegi.
Seorang petani Langkawi mempunyai antara satu hingga sepuluh relong.
Tetapi tanah di Langkawi adalah tanah beradat turun temurun. Apabila si
penama mati, tanah perlu diagihkan kepada yang berhak sehinggakan sepuluh
orang anak-pinak. Jadinya apabila dijual tanah itu kepada Mahathir & Co.,
orang Langkawi kehilangan tanah. Mereka tidak boleh membantah kerana
undang-undang tanah sudah digubal semula untuk membolehkan negara
membeli tanah rezab Melayu. Tanah yang dibeli dijual kepada Ting, Ling dan Zing. Mampukah orang
Langkawi berharta lagi? Itu sebabnya Sanusi Joned mulakan tanaman padi di
bumbung rumah kerana mahu beri keyakinan pada orang Melayu, kalau
mereka jual bendang pun sekarang ini, mereka masih mampu menanam padi
satu hari nanti. Nasib baik Sanusi sudah lingkup. Bayangkan kalau dia masih
menjadi Menteri Besar Kedah. Entah-entah dia cuba tanam padi atas reban
ayam dan kereta orang Melayu. Inilah semangat Malaysia Boleh. Tidak jauh
daripada lapangan terbang Langkawi akan kelihatan satu jambatan yang
panjang terentang di lautan. Inilah raksasa yang dikatakan untuk menahan
ombak kuat daripada menghakiskan tebing tanah yang terdekat dengan
landasan kapal terbang. Sebenarnya ketika jambatan panjang ini dibina dulu, Mahathir berura-ura
mengangkut tanah ke pertengahan laut untuk membikin pulau buatan. Mengikut
yang empunya cerita dengan terbikinnya pulau itu dia mahu berikan lesen
kasino khas kepada 'siapa lagi" agar pelancung Star Cruise yang menghimpit
Langkawi mampu berseronok di pulau buatan syaitan itu. Nasib baik ekonomi
merudum kalau tidak anak-anak muda Langkawi pun turut dirasuk juga.
Setiap kali saya menjelajah negara ini saya terus merapati cyber kafe untuk
mengirimkan tulisan saya ke Mindarakyat dan Boikot. Itu sahaja yang saya
lakukan. Terpulang kepada sesiapa yang menerajui laman web untuk mengutip
tulisan itu. Kini, tulisan itu dikirim juga kepada Webantu setelah beliau menulis
kepada saya. Tetapi, saya lama menulis di Webantu itu seperti juga saudara
cuma 'nicknya' yang selalu berbeza-beza. Dengan lain perkataan,
perjuangan saya menegakkan semangat keadilan seprti yang saudara lakukan
itu adalah satu perjuangan yang panjang.
Kos internet bulanan saya melebehi satu ribu setiap bulan. Inilah yang saya
tanggung sendiri dengan wang persaraan. Tetapi yang lebih besar kos belanja
saya ialah menjelajah ke tempat di mana berlakunya peristiwa hangat yang
perlu disampaikan kepada orang kita. Adakalanya saya bersenda gurau
dengan orang politik dan pemimpin kerajaan kerana saya pernah berada di
sebelah sana. Tetapi mereka tidak mengenali saya siapa. Tidak juga
anak-anak saya. Namun, pihak Mahathir memang seolah-olah menaruh syak
yang besar terhadap saya. Kerana itu, rumah saya pernah diselongkar.
Walaupun ada alat penggera dan bermacam 'security features' saya masih
terus berwaspada. Sebagai seorang yang terlatih dalam banyak bidang
keselamatan negara, saya tahu nyawa saya laksana berada di hujung
pedang. Tetapi saya pasrah menghadapinya bukan kerana Anwar Ibrahim.
Tetapi kerana bangsa saya dan agama saya. Setiap kali bersolat saya
nyatakan nawaitu ini ke hadrat Illahi dan setiap kali itu juga saya meminta
barakohnya. Demikianlah perjalanan hidup saya setiap hari. Tidak ada yang pasti selagi
saya menulis di ruang siber. Sejak berjuang ini saya menolak sebarang
jemputan di wawancara di TV dan berhenti menulis di akhbar-akhbar baik
dalam Bahasa Ibunda mahupun dalam Bahasa Inggeris. Malahan ketika mula
menulis di internet saya terpaksa membuat latihan menukar stail penulisan
saya agar tidak serupa dengan apa yang pernah saya tulis dalam buku, satu
ketika dulu. Begitu juga dengan aturcara kehidupan saya. Kami tidak lagi pergi
ke lobi dan hotel besar. Kami lebih menumpukan makan di rumah dengan
membeli lauk di kedai sekali sekala. Dengan lain perkataan, sejak menulis
secara prolifik di web reformasi, kami (saya dan isteri) mula-mula sekali
menukar cara hidup kami sehinggakan status ningrat itu ditinggalkan jauh-jauh
untuk menjadi seorang marhaen tua. Dulu kami mempunyai tiga buah kereta,
Kini tinggal hanya satu. Yang lagi dua kami sedekahkan kepada keluarga
Melayu yang memerlukannya. Kini sambil menulis di alam siber saya mundar mandir menjelajah negara
sambil menziarahi anak-anak angkat yang kami biayai di IPTA dan IPTS.
Mereka adalah anak-anak Melayu yang pintar tetapi tidak mampu
mendapatkan biasiswa untuk belajar. Kami bantu secara termampu dan inilah
yang membawa kebahagian kepada kami. Sekali sekala kami ziarahi pula ibu
bapa asal mereka untuk menyebarkan berita gembira.
Akhirkata; Setelah bercerita secar berkias akan pengalaman saya dan
membandingkan cara saudara berjuang sekarang ini saya hanya mempunyai
satu pesanan. Berjagalah! Kalau saya diberikan pilihan untuk menasehati saudara,
saya akan berkata: Kurangkan majlis berinteraksi itu sebelum musibah datang menghambat.
Seorang pejuang yang berjaya adalah si dia yang mampu untuk terus
bernafas dengan bebas. Suadara mempunyai kewiraan sebagai seorang penulis
yang mampu menggerakkan tangan untuk memikul senjata. Lakukan peranan itu
dulu secara berkesan. Kita berdepan dengan seorang manusia berhati
syaitan. Cuba perhatikan keliling kita. Berapa ramaikan penulis siber yang mampu
membawa arus kesedaran kepada pembacanya. Yang menulis ramai sekali
tetapi, yang menulis secara berkesan dan mampu mencuit minda serta
menggerakkan tangan dan kaki untuk maju ke hadapan hanya sedikit cuma.
Inilah kekuatan saudara. Teruskan menulis tanpa berhijrah ke sana-sini untuk menyampaikan apa yang
tersemat di hati. Saya tidak fikir saudara mempunyai satu pasukan ketahanan
yang mampu mempertahankan keselamatan saudara. Contohnya, ketika
saudara masuk hospital hampir seluruh dunia mengetahuinya. Tetapi, saya
dimasukkan ke hospital dan hampir diserang angin ahmar sebanyak dua kali
hanya PW Boikot dan Minda Rakyat yang mengetahuinya. Namun, saya terus
menulis tanpa mengkucarkacirkan jadual pengiriman tulisan saya. Ini adalah
ciri-ciri perjuangan kita. Lagi sedikit orang luar mengetahui perjuangan kita,
lagi baik. JANGAN PERLEKEHKAN KEMAMPUAN RISIKAN NEGARA.
Saya pernah menganggotai risikan tentera negara, saya tahu kekuatan mereka.
Saudara harus bersyukur kerana pihak angkatan tentera adalah di sebelah
kita. Tetapi tidak pula dengan pasukan polis. Inilah masalahnya. Sekarang ini
pihak polis berat menyebelahi Mahathir kerana apa?
Setiap pegawai kanan polis apabila bersara sudah mampu menjadi
jutawan kerana diberikan lesen empat nombor ekor dan sebagainya;
Ada pegawai tinggi polis yang mengendalikan mesin lumba secara
komputer dan jackpot. Malahan, setiap balai polis di'izinkan'
mengendalikan mesin kuda di kedai kopi atau tempat yang tertentu.
Mengikut maklumat risikan, setiap mesin lumba kuda memberi
keuntungan bersih setiap hari sekurang-kurangnya Rm600 setiap hari.
Kalau satu kedai mempunyai lima mesin pendapatan termurah ialah
3000 setiap hari. Kalau pengusaha meraih 30% dan pengurus meraih
70%, bererti setiap balai polis menerima pendapatan mesin lumba kuda
sekurang-kurangnya RM2100 x 5= 10,500 setiap hari. Bayangkan
kalau di balai polis itu hanya ada tiga puluh orang anggota polis,
berapakah pendapatan setiap ahli polis itu sebulan hanya melalui
mesin lumba kuda berkomputer? Tidak kurang daripada 10,000 setiap
bulan. Siapakah yang menjadi mangsa kalau bukan anak-anak Melayu? Adakah
perkara ini ditimbulkan oleh Ling Liong Shit? Kenapa dia hanya
cungkil pill ecstasy dan tidak mesin haram ini ?
Sebabnya, kebanyakan perusahaan pill ecstasy adalah dikendalikan
oleh Cina parti Pergerakan dan DAP sahaja dengan kerjasama pihak
polis. Kita kerap lihat Cafe Cyber di seluruh Malaysia. Cuba masuk sepuluh
kafe cyber di Johor dan perhatikan siapakah yang memonopoli
komputer itu pada hujung minggu dan sebelah petang? Anak-anak
sekolah adalah pelanggannya. Apakah yang mereka lakukan sekarang
ini? Mereka main 'tembak-tembak'. Sembilan puluh sembilan peratus
anak-anak sekolah menghabiskan masa mereka bermain
tembak-tembak. Tetapi di kalangan anak-Melayu yang sedang belajar
di Tingkat Lima dan juga maktab dan IPT, mereka menghabiskan masa
'chitchatting'. Adakah Ling Liong Shit tonjolkan perkara ini. Tidak,
kerana kebanyakan Cyber cafe adalah dikendalikan oleh orang BN.
Semua ini adalah perilaku manusia yang menyanggah rukun hidup musliman.
Industri seperti ini dikendalikan oleh kumpulan Mafia di Itali, Mossad di London
dan Amerika, Yakuza di Jepun. Tetapi di Malaysia industri begini dikendalikan
oleh orang BN dan UMNO. Apabila saudara bergerak cergas di pelusuk Johor
untuk mendedahkan kelemahan UMNO saya khuatir saudara akan membuka
pekong di dada untuk mudah ditusuk oleh musuh. Sikap UMNO yang semakin
kecundang sekarang ialah menghapuskan sesiapa yang cuba menyanggah
kuasa yang ada di tangan. Mahaathir dan UMNO sanggup mengorbankan
nyawa seorang iban dan jua seorang detektif India semata-mata kerana
Mahathir mahu terus berkuasa. Kejijikan ini hanya dapat saudara rasakan
kalaulah saudara mempunyai saudara mara di Sauk. Saya mempunyai ramai
'saudara' di sana melalui seorang adik angakat. Kerana itu saya semakin
sedar betapa Mahathir sanggup membunuh sesiapa sahaja.
Lupakah saudara bagaimana seorang anak muda Johor yang baru lulus
sebagai doktor dan mati ditembak di terminal LRT? Percayakah saudara
bahawa kematian itu ada kena mengena dengan episod Anwar diberikan
racun Arsenik? Cukuplah dulu tulisan penuh kiasan ini. Untuk mengetahui
betapa daifnya pemikiran seorang manusia berhati syaitan, saudara harus
membaca 'ERA' hasil Idris Tulis, BEBAS hasil Yahya Ismail, kerana mereka
mencerminkan rencana Mahathir seperti yang dilakar oleh Aziz Shamsuddin.
Kemudian saudara harus baca selalu tulisan Abdullah Ahmad di Straits Times,
Utusan dan Berita harian. Inilah tulisan yang mendahului skim penglaksanaan
Mahathir. Dengan tulus ikhlas, kalau saudara semakin 'kerasan' dengan perjuangan
secara kelompok kecil, teruskan tetapi berwaspada selalu. Musuh sentiasa
ada di sebalik bahu. Jika tidak, hentikan dan ambil cuti sambil merancang
menulis lebih bersemangat lagi. Keadaan Negara yang Semakin Getir Sedarkah saudara ramai tauke China sudah mula menjual saham mereka di
pasaran dan melarikan duit itu ke Singapura? Pergolakan di Indonesia sudah
menjadi pertanda. Mereka takut. Bayangkan, saham Telekom yang berada di
tahap 13.00 dua minggu dulu kini sudah mencecah 10.70 sen? Kenapakah
UMNO dan BN mencetuskan masalah ketuanan Melayu, Perdana Menteri
Cina dan hak keistimewaan Melayu sedangkan perkaa itu amat sensitif kepada
orang Melayu? Ingatkah saudara bagaimana pelajar Indonesia mula merusuh
untuk menggulingkan Soharto dulu? Bukankah masalah yang sama yang
diungkitkan oleh puak Soharto dan Gereja Kristian di sana?
Mahathir sudah begitu terdesak sehingga dia sanggup berkata kejayaannya
memimpin negara banyak didorong oleh pengalamannya berniaga di Pekan
Rabu. Bayangkan saudaraku, alangkah jijiknya kata-kata ini. Bukankah dia
memperlekehkan kewibawaan orang Melayu yang berkelulusan tinggi selama
ini? Sebenarnya inilah masanya saudara harus menulis setiap hari,
menganalisa gerak geri Mahathir, Aziz Shamsuddin dan jongos mereka.
Rakyat perlu diberikan suntikan ilmu yang spontan setiap kali maklumat
songsang disampaikan kepada mereka. Masih ingatkan saudara peranan kita
bersama PW Mindrakyat dan Boikot menghalang anak-anak Melayu daripada
berdemo sebaik sahaja saya mengesan perancangan Mahathir untuk
memerangkap mereka. Dengan lain perkataan, saudara akan lebih berkesan sebagai seorang penulis
dan tidak sebagai pendakwah dan pembakar semangat jalanan. Saya menulis
setiap hari tetapi tulisan saya tersebar seluruh negara dan beberapa tempat di
dunia dalam masa enam jam selepas tulisan itu dikirim di alam siber. Itulah
perjuangan saya kini. Walaupun ramai yang mengundang saya berceramah di
jalanan, saya tolak itu semua dengan hormat kerana saya katakan saya tidak
pandai bercakap. Ketika saya berkhidmat di luar negara dulu ada seorang
guru saya yang berkata: "Presidents (or kings) rule men BUT wise men rule presidents."
Inilah falsafah hidup saya selama ini. Alhamdullilah.....
Salam Hormat Abang Long |