Laman Webantu KM2A1: 2576 File Size: 16.4 Kb * |
Fwd: FGR - PRISTIWA SAUK : LAPORAN LEMBAGA SIASATAN TD By web aNtu 18/8/2000 12:18 am Fri |
PRISTIWA SAUK : LAPORAN LEMBAGA SIASATAN TD
PERISTIWA SAUK : SEBAHAGIAN LAPORAN/MAKLUMAT DARI LEMBAGA
PENYIASATAN YANG DIKENDALIKAN OLEH PIHAK TENTERA DARAT
1. Merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak,
yang berpendapat perlunya diadakan ‘Demonstrasi Lakonan Semula’ kejadian
kecurian pelbagai senjata dan peluru dari Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah di
Grik tempoh hari seperti mengiyakan bahawa kejadian sebenar peristiwa tersebut
sememangnya sebuah sendiwara atau ‘LAKONAN’ oleh pihak kerajaan. Sekiranya
bukan lakonan kenapa perlu dikatakan ‘Lakonan Semula’???
2. Sebelum terbawa-bawa dengan perkara ‘LAKONAN’, kembali kita kepada
perkara tajuk asal iaitu ‘Laporan/Maklumat Dari Lembaga Penyiasatan Pihak
Tentera Darat (TD)’. Maklumat yang diterima atau ter’BOCOR’ ini adalah diberi oleh
salah seorang Pegawai Kanan TD yang terlibat dan ditugaskan menjadi salah
seorang Ahli Lembaga Penyisatan peristiwa kecurian senjata dan peluru dari Kem
Grik. Sebahagian laporan/maklumat daripada hasil penyiasatan oleh Lembaga
Penyiasat TD yang diperolehi secara lisan dari Pegawai Kanan tersebut adalh
seperti berikut: LAPORAN/KETERANGAN 3. Dalam soalsiasat oleh Lembaga Penyiasat TD, salah seorang anggota tentera
yang bertugas pada malam/pagi berlakunya kejadian tersebut bertugas sebagai
pengawal di Balai Pengawal Kem Bn 304 Rej Askar Wataniah telah memberi
kenyataan/keterangan kepada Lembaga Penyiasatan, menyatakan bahawa 3 buah
kenderaan Pajero berwarna hijau sepertimana kenderaan milik TD bersertakan lebih
kurang 15 orang berpakaian lengkap celoreng tentera memasuki kawasan Kem,
seterusnya ringkasan keterangan oleh beliau apa yang berlaku dan disaksikan oleh
anggota tentera tersebut adalah seperti berikut:
a. Balai Pengawal Kem dan anggota-anggota yang bertugas telah ditawan
oleh’penjenayah’. Ketua Pengawal yang berpangkat Koperal telah dipaksa untuk
menyerahkan kunci-kunci setor senjata dan gudang peluru dimana ‘penjenayah’
telah mengacu senjata ke kepala Koperal tersebut kerana berkeras tidak mahu
menyerahkan kunci-kunci yang dikehendaki apabila menyedari kumpulan
‘penjenayah’ bukan dari Tim Pemeriksaan Senjata dari Kementerian Pertahanan
(Mindef), tetapi Kpl tersebut terpaksa akur kehendak ‘penjenayah’ kerana ancaman
terhadap beliau. b. Seterusnya, apa yang diketahuidan disaksikan oleh anggota tersebut, 1 buah
Pajero diarahkan pergi ke setor senjata. 1 buah Pajero ke gudang peluru dan 1
buah Pajero lagi berada (‘stand by’) di hadapan Balai Pengawal sehingga tamat
misi/operasi mencuri senjata dan peluru oleh ‘penjenayah.
4. Hasil dari siasatan juga menyatakan bahawa pelbagai senjata dan peralatannya
yang dicuri dari setor senjata hanya dimuatkan ke dalam 1 buah Pajero yang
diketuai oleh seorang yang berpangkat Lt Kolonel atau sebagaimana laporan pihak
media Lt Kol berkenaan dikenali sebagai Mej Jamal yang masih lagi berkhidmat
dalam tentera dari Kor Jurutera dan bukan pegawai TUDM seperti dilaporkan oleh
media kerajaan. 5. Sementara apa yang terjadi di gudang peluru, ‘penjenayah’ terpaksa
menggunakan alat pemotong besi (‘steel gutter’) untuk memotong mangga-manga
kunci selain daripada menggunakan anak kunci yang ada untuk mengambil
pelbagai jenis peluru, bom Mortar, Suar Jerat (‘Flares’), peluru M203 dll. Semua
peluru/bom dimasukan ke dalam sebuah lagi Pajero yang di ketuai oleh
‘penjenayah’ bekas tentera yang berpangkat Pegawai Waran.
6. Sebagai maklumat, Pegawai Memerintah Bn 304 Rej Askar Wataniah semasa
berlakunya kejadi tersebut kini telah ditukarkan dengan Pegawai Memerintah yang
baru, Pegawai memerintah yang lama kini ditempatkan di Markas 6 Brigade
bertempat di Sg Petani untuk siasatan dan tindakan tatatertib selanjutnya kerana
e\semasa kejadian tersebut berlaku beliau tidak berada di Kem dan tinggal di Jitra,
Kedah. Hanya selepas dihubungi beliau kembali ke Kem Grik seterusnya membuat
Laporan Polis pada jam lebih kurang 0500 pagi Ahad.
PENDAPAT PENULIS 7. Berdasarkan sebahagiandaripada Laporan Lembaga Penyiasatan TD yang telah
diperolehiseperti diterangkan di atas adalah sangat mustahil untuk diterima
logiknya untukdimuakan pelbagai jenis senjata serta peralatanya seperti
M16/M203, GPMG, Bayonet, Tripode GPMG, LMG, kampit alat tambahan GPMG,
Magazine peluru Mi2 dll yangmana persenjataan yang dicuri berkekuatan untuk 1
buah Kompeni boleh dimuatkan ke dalam 1 buah Pajero.
8. Terlalu sukar untuk dipercayai rompakan di Kem tersebut hanya mengambil
masa lebih kurang 30 minit seperti yang dilaporkan oleh media kerajaan kerana
persoalan yang mahu kita fikirkan bersama adalah seperti berikut: (Apakah ini
semua boleh dilakukan dalam masa 30 minit?)
a. Masa yang diambil untuk menawan Balai Pengawal Kem Grik?
b. Masa yang diambil untuk 1 buah Pajero bergerak ke setor senjata dan 1 buah
Pajero lagi bergerak ke Gudang Peluru?
c. Masa yang diambil untuk mengejut Penjaga setor senjata pada ketika itu sedang
tidur berselimut serta sedang dibuai mimpi-mimpi indah untuk bangun dan
membuka pintu setor senjata? d. Masa yang diambil untuk membuka mangga-mangga kunci terdapat di
rantai-rantai yang dimasukkan kepada setiap lobang picu (trigger) laras M16 dan
lain-lain senjata di rak-rak senjata yang disediakan?
e. Masa yang diambil untuk menarik keluar rantai-rantai dari setiap lobang picu
laras M16/M203, GPMG, LMG, membuka tempat khas/kotak khas menyimpan
Bayonet, Magazine peluru, dll peralatan dalam setor senjata?
f. Masa yang diambil untuk membawa/memunggah semua jenis senjata dan
lain-lain peralatan dari setor senjata ke 1 buah kenderaan Pajero serta
memasukkan (‘loading’) ke dalam kenderaan tersebut dengan menggunakan tenaga
kerja 5 orang ‘penjenayah’ disamping untuk mengawal Penjaga setor yang ditawan?
MUSTAHIL semua senjata boleh dimuatkan dalam kenderaan tersebut dengan
masa yang diambil. g. Masa yang diambil untuk menawan Pengawal gudang peluru, seterusnya
membuka pintu pagar gudang tersebut. Sebagai maklumat, sekeliling gudang
peluru adalah berpagar, mempunyai hanya satu sahaja pintu pagar untuk masuk
kedalam gudang peluru dan di kawal oleh Pengawal-pengawal. Gudang peluru
mempunyai beberapa bahagian asing dengan pintu-pintu berlainan untuk setiap
jenis peluru/bom untuk disimpan. Peluru/bom disimpan berasingan mengikut
jenis-jenisnya dan tidak boleh disimpan campur aduk semua jenis peluru/bom
dalam satu tempat. ‘Penjenayah’ juga terpaksa menggunakan pemotong besi untuk
memotong mangga-mangga kunci sepertimana laporan Lembaga Penyiasatan
seterusnya membawa/memunggah peluru/bom dari gudang peluru ke 1 buah
kenderaan Pajero serta memasukkan (‘loading’) ke dalam kenderaan tersebut
dengan menggunakan tenaga kerja 5 orang ‘penjenayah’ disamping untuk
mengawal Pengawal-pengawal gudang peluru yang ditawan? MUSTAHIL semua
senjata boleh dimuatkan dalam kenderaan tersebut dengan masa yang diambil.
h. Bayangkan kenderaan-kenderaan yang terlibat kesetor senjata dan ke gudang
peluru sudah pasti berada dijarat tertentu dan bukannya berada ‘door to door’. Oleh
itu sudah pasti masa yang diambil untuk menggangkut dari setor senjata/gudang
peluru dan memunggah kedalam kenderaan tersebut?
i. Adakah ‘penjenayah’ tahu lokasi setor senjata dan gudang peluru?. Sudah pasti
jarak dari Balai Pengawal ke lokasi tersebut jua melibatkan masa.
j. Untuk maklumat, dimana-mana setor senjata TD sepertimana SOP (‘Standing
Order Procedure’), di dalam setor tersebut hanya dibekalkan 20 butir/rounds peluru
kepada Penjaga setor senjata untuk digunakan semasa kecemasan.
9. Adakah kita dimaklumkan oleh media kerajaan bahawa ‘penjenayah’ juga
menawan dan memecah masuk ke gudang peluru?. TIDAK. Hanya diceritakan
cuma setor senjata sahaja! Apakah boleh diterima segala perancangan ini dapat
dilaksanakan dalam masa lebih kurang 30 minit?. Jawapannya sudah pasti
‘MUSTAHIL’. Ini adalah kerana’ penjenayah’ memerlukan:
a. Mempunyai Anggota-anggota yang benar-benar pakar dan ‘profesional’ untuk
kerja-kerja ini. Ini tidak, seperti laporan media kerajaan, ‘penjenayah terpaksa
melepas tembakan membuta tuli di Sauk untuk latihan atau membiasakan diri
dengan senjata-senjata yang dirampas. Salah satu prinsip peperangan telah tidak
dipatuhi disini iaitu KERAHSIAAN (Secrecy).
b. ‘Penjenayah’ perlu menjalani latihan raptai atau’rehearsal’ berulangkali sebelum
melakukannya sepertimana yang telah dilakukan oleh sebuah unit TD yang dipilih
iaitu dari Rejimen Renjer DiRaja (RRD) pada ketika ini telah berminggu-minggu
membuat raptai bagi ‘Demonstrasi Lakonan Semula’ pihak kerajaan bagi
memastikan ‘Malaysia Boleh’ dalam masa 30 minit itu pun untuk diisikan dalam 3
buah Pajero. c. Mereka ‘penjenayah’ perlu mengetahui kedudukan lokasi penempatan jenis
peluru dan bom yang disimpan di gudang peluru. Ini tidak, bom Mortar yang tidak
berkenaan dengan senjata yang dicuri juga diangkut bersama, kerana tidak pun
disebut menyatakan senjata pelancar Mortar juga dicuri. Tidak terdapat pelancar
Mortar dicuri seperti laporan media kerajaan. Bayangkan bertapa’BODOH’ )seperti
Mahathir jawap anak saya) ‘penjenayah’ tersebut turut menggangkut bersama bom
Mortar. Tidak juga dilaporkan oleh media kerajaan jenis peluri yang dicuri, hanya
menyatakan peluru jenis kaliber 5.56mm berjumlah 5,000 butir/rounds untuk M16
yang dicuri ‘penjenayah’ tetapi salah satu yang bertubi-tubi meletup di Sauk yang
menyebabkan kecederaan pada seorang anggota TD berpangkat Sarjan dan
dimasukan ke Hospital Taiping adalah dari berkokoknya senjata GPMG yang
menggunakanpeluru kaliber 7.62mm yang mana senjata GPMG ini menggunakan
peluru 7.62mm berangkaian, tidak pula kelihatan peluru rangkaian 7.62mm dalam
mana-mana media kerajaan. 10. Mengenai’Demonstrasi Lakonan Semula’ pihak kerajaan anjuran Datuk Seri
Najib yang dijadualkan pada Rabu ini, seolah-olah membuktikan kebenaran bahawa
‘Peristiwa di Grik dan Sauk’ memang benar sebuah ‘LAKONAN’ atau ‘GIMIK
POLITIK’ dari pihak kerajaan dalam usaha terhadap isu untuk gugurkan perkataan
’ISLAM’ dari sebuah parti pembangkang milik dan ‘favorite’ rakyat dewasa ini di
mana kerajaan telah menggunakan kumpulan Al’Maunah’ berkemungkinan telah
diserapkan siput babi (SB) kedalam kumpulan tersebut untuk tujuan tertentu yang
pastinya kumpulan Al’Maunah keseluruhan ahlinya berugama Islam untuk
menakutkan kaum yang bukan berugama Islam di negara ini dengan peristiwa
penbunuhan yang berlaku di Sauk. Politik Itu Kotor (‘Politic Is Dirty) walaupun
terpaksa membunuh orang. 11. Lupakan soal Al’Maunah,kembali kepada Demonstrasi Lakonan Semuala yang
akan dilakonkan oleh anggota RRD pada Rabu ini, di mana nanti semasa
demonstrasi itu akan mempamirkan semua senjata, peralatan dan peluru/bom akan
dimuatkan, diisi dan disusunkan kedalam 3 buah Pajero, ini tidak sama seperti
kenyataan salah seorang anggota TD yang diberi kepada Lembaga Penyiasatan TD
sebagaimana yang disebutkan di atas. Tolonglah Datuk Seri Najib, janganlah
hendak memperbodohkan rakyat jelata terutama kami bekas-bekas tentera dengan
demostrasi ini, cukuplah sendiwara yang telahpun dilakonkan di Grik dan Sauk,
janganlah untuk tegakkan benang yang basah (‘damage have being done by a
stupid monkey’)(stupid monkey like Mahathir said my son) rakyat tahu dan Allah
Maha Mengetahui. Janganlah diperalatkan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan
TD serta RRD khususnya demi untuk mem’BODEK, KIPAS dan PAYUNG Mahathir
laknat demi kepentingan kedudukan Datuk Seri yang boleh dikatakan tergugat
ketika ini disebakan peristiwa di Grik dan Sauk, lebih lebih lagi dengan sokongan
majoriti para perajurit Tanahair Ku menyokong Barisan Alternatif pada pilihanraya
yang lepas amnya dan pilihanraya Telok Kemang Khususnya walaupun sebagai
pengundi pos. 12. Bagi para pemerhati terutama 6 orang dari pihak pembangkang dari Barisan
Alternatif sila kemukakan persoalan di atas semasa demonstrasi pada Rabu ini dan
juga mohon dapatkan Laporan Penoh dari Lembaga Penyiasatan TD peristiwa
pencerobohan/kecurian senjata/peluru di Kem Grik kerana apa yang saya perolehi
hanya sebahagian daripadanya. 13. Sepatutnya demonstrasi tersebut patut diadakan semula di Kem Grik bukannya
di Dataran Mindef, Kuala Lumpur. Apakan perlu diadakan latihan raptai
berminggu-minggu oleh anggota RRD yang kita tahu kepakaran mereka pun masih
memerlukan ‘rehearsal’, ini semua hanya untuk menggelabukan mata rakyat.
Sekiranya pihak kerajaan berani menyahut CABARAN saya ini, saya mencacabar
Datuk Seri Najib bagi pihak kerajaan supaya demonstrasi tersebut diadakan di Kem
Grik dengan menggunakan orang awam atau anggota TD yanglainnya yang tidak
terlibat dalam rehearsal ‘Lakonan Semula’ melaksanakan demonstrasi tersebut
seperti yang diilhamkan ole Datuk Seri Najib.
PENUTUP 14. Adalah diharapkan wakil Barisan Alternatif yang dijemput hadir pada
demonstrasi Rabu ini memaklumkan kepada pihak berkenaan seperti pendapat di
atas. Perhatikan cara-cara senjata, peluru danlain-lain peralatan sudah pasti akan
tersusun dengan rapi, maklumlah telah diraptaikan berkali-kali dan perhatikan
setiap anggota TD yang terlibat tahu tugas masing-masing seperti diarahkan dan
apa yang perlu dilakukan ‘drill’nya. Minta dari jawatankuasa demonstrasi tersebut
atau daripada Datuk Seri Najib supaya menggunakan anggota TD yang lain yang
tidak terlibat dalam raptai untuk demostrasi ini untuk membuat ‘Demonstrasi
Semula Demonstrasi Lakonan Semula’, seratus peratus saya pasti semuanya akan
berterabur dan senjata, peluru/bom serta lain-lain peralatan bersertakan 15 anggota
akan berada dalam keadaan tunggang-langgang dalam kenderaan dan pastinya
dengan 3 buah Pajero belum pasti boleh memuatkansemua senjata, peluru/bom,
dan lain-lain peralatan bersertakan 15 orang. Sudah pasti lain dari standard yang
dibuat oleh anggota RRD yang terpilih serta telah membuat raptai demi raptai
terdahulu. Haru-biru jawabnya. Dan semestinya pasti Datuk Seri Najib sudah pasti
tidak dapat lelapkan mata, silap-silap haribulan jadilah seperti bekas MB Selangor.
15. Sekali lagi kita akan saksikan pembohongan besar kerajaan!!!.
X-ARMY OFF ***Sila edarkan kepada sesiapa sahaja. |