Laman Webantu KM2A1: 2570 File Size: 21.3 Kb * |
Yang Tenggelam dan Yang Timbul By Marhain Tua 17/8/2000 4:58 am Thu |
Siri Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila (KTLBELB)
KTLBELB: Bab 23 b) Setelah gagal di Amerika, Mahathir cuba mengembangkan sayapnya di Afrika.
Di sini dia berjaya untuk melonjakkan namanya menjadi popular. Tetapi,
berapa ratus jutakah yang telah dibazirkan di setiap negara miskin di Afrika
itu, sebagai bahan promosi kempen itu? Dia menjadi popular di Afrika kerana
banyak syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham yang membawa modal rakyat
Malaysia untuk dilaburkan di sana. Berapa banyak kini pelaburan itu yang
lingkup dan memerlukan bantuan Mahathir untuk menenangkan keadaan di sana?
Kebanyakan perusahaan itu dilakukan kerana Mahathir mahu mereka melabur di
sana dan kerana beliau mahu melawat negara itu melihatkan kemajuannya. Dia
hanya berhenti melawat projek tersebut apabila terjadi kebuntuan dan setelah
projek itu ternyata akan lingkup. Tetapi, apakah rakyat di negara ini
diberitahu kenapa projek itu lingkup? Begitulah juga halnya dengan beberapa
projek koperat Malaysia di Negara China, di Lautan Pasifik dan juga di Latin
Amerika. Banyak yang lingkup sedangkan modal itu datangnya daripada
pelaburan rakyat Malaysia di Bursa Saham BSKL. Betapa pula halnya dengan
beratus lagi Memorandum of Understanding (MOU) yang ditandatangani semasa
Mahathir melawat negara luar itu? Hampir sembilan puluh peratus MOU itu
tidak pun dilaksanakan sedangkan perbelanjaan Mahathir dan semua menteri dan
pegawai kerajaan telah mencecah jutaan ringgit untuk melakonkan penyaksian
majlis tandatangan MOU tersebut. Untuk mengekalkan keunggulaan namanya sebagai Wira Dunia Ketiga lakonan
panjang perlu diperpanjangkan lagi. Walaupun khazanah negara semakin
kontang, si diktataor tua masih lupa daratan bahawa lakonannya sudah tidak
diperlukan lagi. Dengan kuasa Allah SWT ekonomi negara merudum melibatkan
kemuflisan di kalangan rakyat yang menjela panjangnya. Kemuflisan yang
paling ketara telah menjangkau setiap syarikat anak-anak, adik beradik, para
juak dan kroni. Mahathir mengelabah kerana semua ini membawa padah yang amat
ketara kalau diketahui oleh rakyat dan juga seluruh dunia. Anak-anak yang
menonjol tanpa sebarang ilmu pengetahuan yang setara dengan rentak kegianan
mereka berniaga perlu perhatian si bapa yang semakin gelabah. Apatah lagi
kalau kegelabahan itu pun turut menular kepada si ibu yang tidak kurang
rakus dan pelahapnya. Sebagai reaksi utama, segala bentuk bantuan
menggunakan harta pesaka rakyat digembeling untuk menyelamatkan perniagaan
si anak-anak itu. Impaknya, ekonomi negara merudum lagi dan rakyat marhain
terus hidup tersiksa. Semua nama ini dipilih khas oleh satun 'lembaga' pemilih yang merupakan
balaci emas seorang diktator tua. Mereka ini termasuklah manusia yang
dikenal sebagai Pakar tanam Orked di Tiang Lampu dan padi di atas bumbung,
pakar sungkit-menyungkit, pakar urut mengurut, si pendek tetapi berakal
panjang (mungkin ada lagi yang panjang yang tidak kita ketahui), pakar agama
tetapi kurang bijak mengembangkan syiarnya dan beberapa jenis pakar lagi.
Pengembelingan dua kumpulan ini telah menghasilakan satu drama yang panjang
yang telah membelanjakan berjuta ringgit apabila Kes Anwar dibawa ke
mahkamah. Sebelum itu kes Munawar Anees, Dharma Kesumatmaja, Nallakaruppan
dan beberapa ramai orang lagi telah dilibatkan di mahkamah. Mereka didera
dan diaibkan oleh proses mahkamah sedangkan mereka bukannya berdosa apa-apa.
Mereka diugut untuk dihukum bunuh atas tuduhan palsu yang sengaja
diada-adakan semata-mata mahukan mereka menuduh Anwar Ibrahim sebagai insan
yang hina kelakuannya. Allah menyebelahi semua insan ini. Walaupun dari segi
semangat dan ketahanan diri ada di kalangan mereka yang disiksa
sehina-hinanya, mereka mampu bertahan dan tidak mengaku salah untuk terus
menjebak DSAI. Sayangnya moral mereka itu telah diaibkan sehinggakan parut
luka yang ditinggalkan oleh penderaan bersistem itu akan menghantui hidup
mereka seterusnya. Inilah satu kumpulan yang berasaskan ilmu kebatinan tetapi di tempat
persembunyian mereka itu, bekalan air untuk bersolat adalah jauh di bahagian
bawah bukit dan berada di luar kawasan mereka menggali lubang untuk
mempertahankan diri. Kalau perkara strategik untuk mempertahankan kubu
sendiri tidak dibuat secara logiknya, apakah kumpulan ini mampu menumbangkan
satu kerajaan yang lama sudah berkuasa dengan ketumbukan tentera yang teruji
sejak Perang Dunia Kedua? Kesimpulannya, inilah drama baru yang ditimbulkan untuk mengambil alih drama
panjang di mahkamah yang semakin akan ditenggelamkan itu. Rakyat bangkit dan
menyanggah kerajaan dengan tohmahan Episod Sauk adalah satu penipuan.
Mahathir bangkit dengan lantang dan mengugut sesiapa yang mengatakan Sauk
adalah satu drama dan lakonan, akan dikenakan tuduhan di bawah Akta ISA.
Yang lucunya kenapakah Episod itu dilakonkan semula sekarang ini lebih
daripada tiga kali kalaulah episod itu bukannya satu lakonan kerajaan pada
tahap awalannya? Lakonan semula itu terpaksa dilakukan kerana kedegilan
rakyat mempercayai berita asal. Rupanya rakyat tidak dapat menerima kisah
seorang panglima menepis muncung senapang yang meledakkan peluru yang
membunuh seorang pengikut Prebet Amin. Kedegilan rakyat itu memang berasas
kerana beberapa hari kemudiannya didapati berita polis yang memberikan
hadiah dan anugerah kepada pasukan komando yang berjaya "menundukkan pasukan
Amin sebelum beliau didatangi oleh seorang penglima tentera untuk berbincang
dengannya." Drama Mahkamah Yang Semakin Punah. Apa juga yang akan dilakonkan, rakyat tidak akan menerimanya waima lakonan
itu sesuatu yang 'real' sekali pun. Rakyat sudah jelak dengan pemerintahan
Mahathir. Yang teristimewa sekali, rakyat sudah jijik dengan nama Diktator
Mahathir, apatah lagi yang empunya nama. Inilah bahananya kesilapan
merobotkan pemikiran rakyat negara ini yang tersilap rencananya. Diktator
Mahathir sudah menggunakan segala teknik maklumat songsang moden untuk
merobotkan pemikiran orang Melayu. Dia tersilap langkah kerana tidak
memahami apa yang ada dalam sanubari orang Melayu yang cuba dirobotkannya
itu. Alhamdullillah, sekumpulan besar orang Melayu masih mempunyai ketaqwaan
yang mampu menjadi perisai mempertahankan martabat mereka.
Diktator Mahathir telah meliwat martabat mahkamah negara untuk mengekalkan
kuasanya. Sistem pengadilan menjadi punah-ranah sebaik sahaja beliau
menyingkirkan seorang hakim terkenal di negara Komenwel, yang bernama Tun
Salleh Abas. Mahathir telah mengganyang Tun Salleh Abas dan kemudiannya
menghancurkan kerjaya Hakim Tan Seri Wan Sulaiman dan Dato George Seah.
Namun, Allah lebih berkuasa. Mahathir sudah berada di ambang kepupusan
kuasanya, sedangkan Tun Salleh Abas sudah timbul kembali dengan kuasa yang
tidak kurang hebatnya di Terengganu. Betapa pun Mahathir cuba menenggelamkan
kewibawaan Tun Salleh Abas, rakyat marhain di Terenganu lebih mengenal
siapa yang lebih berwibawa di antara Mahathir dan Tun Salleh Abas itu.
Drama Sampingan Yang Diperlukan Secara tiba-tiba Episod Abu Ha#san Omar timbul tidak semena-mena. Walaupun
kes ini muncul dulu di Jawa Pos Indonesia, pendedahan yang dibuat oleh orang
UMNO itu sebenarnya merupakan hasil penyelidikan yang memakan masa lima
tahun. Abu Ha#san terpaksa akur kepada tekanan keadaan dan menyerah kalah.
Soalnya sekarang, apakah adik ipar Abu Ha#san itu sedarah-sedaging dengan
isterinya? Ataupun apakah benar si adik ipar itu merupakan seorang
anak-angkat kepada ibu bapa isteri Abu Ha#san? Kalaulah benar cerita ini,
Abu Ha#san sepatutnya berterus terang untuk membetulkan perjalanan drama
sampingan itu. Yang mencekiknya dalam hal ini ialah kaedah si anak itu
didaftarkan kerana membabitkan orang luar yang sanggup melakonkan peranan
'Cina Buta Versi UMNO'. Lagipun terdapat unsur penipuan dan perlanggaran
perlembagaan negara dalam proses pemalsuan pendafaran itu. Inilah perkara
berat yang tidak terlintas lansung oleh Abu Ha#san ketika dia mula merencana
kerja tipu daya untuk menutup kesalahan peribadinya. Inilah juga drama
sampingan yang disogokkan kepada Mahathir untuk memudahkannya diturunkan
oleh rakyat daripada singgahsana kepalsuannya.
Sebenarnya satu pengajaran besar dapat diperolehi dalam episod Abu Ha#san
Omar. Ia menyerupai cerita Abu Ha#san Tukang Jahit, tetapi dalam hal ini
yang dijahit itu adalah kisah nafsu-nafsinya. Kini jahitan itu sudah tetas.
Tetapi, ia memberi kita satu pengajaran betapa amat mudahnya dilakukan
putar belit menipu daftar negara erutama sekali bagi melayakkan orang yang
tidak layak menjadi pengundi di pilihanraya. Apakah secara kebetulan
semata-mata, kisah penipuan dalam mendaftarkan nama kelahiran si anak dalam
Episod AHO dengan cerita bagaimana Kumpulan Abu Sayyaf bertindak kerana
merasakan diri mereka tertipu setelah digunakan oleh kerajaan BN dalam
memainkan peranan undi hantu di Pemilu-10 dulu. Tak mungkin Allah
mencetusakn insiden 'yang kebetulan' terlalu banyak ketika ini.
Dalam hal ini, peranan para reformis amat penting sekali. Para penganalisa
situasi gawat ini harus menyedari akan setiap perubahan isu hangat yang
ditimbulkan dan pantas bertindak untuk menyedarkan rakyat jelata. Biarlah
Mahathir cetuskan berpuluh isu hangat setiap hari sebagai umpan merobotkan
pemikiran rakyat. Biarkanlah isu hangat itu menjadi satu drama panjang,
kerana ia tidak akan berjaya menarik minat rakyat untuk selamanya. Lagi
banyak drama yang sengaja diadakan, lagi baik untuk negara. Dari situ nanti
akan terserlah segala kejijikan pemerintahan si diktator tua. Dari situ
nanti akan muncul satu reaksi daripada rakyat yang akan mencetuskan satu
drama pendek sahaja. Dalam drama rakyat itu segala yang timbul akan
ditenggelamkan dan segala yang sengaja ditenggelamkan akan ditimbulkan.
Marhaintua ***Catatan Khas: Penulis mengucapkan syabas kepada Halim Othman dan juga Radio Era di atas kejayaan yang mereka capai. Sayangnya berlaku sedikit pencemaran pada Jam 7.14 semalam. Pembantu Halim yang sepatutnya membaca jadual waktu bersolat maghrib telah membacakan jadual waktu solat Asar. MasyaAllah...... Allah juga yang maha mengetahui kenapa kesilapan 'teknikal' begini boleh berlaku. -MT- |