Laman Webantu KM2A1: 2562 File Size: 8.3 Kb * |
Mahathir & Umno/BN Sudah tiba di penghujung jalan By Amin Sapiro 16/8/2000 7:40 am Wed |
MAHATHIR & UMNO/BN SUDAH TIBA DI PENGHUJUNG JALAN!
Rakyat negara ini dan masyarakat dunia sejagat sudah melihat keseluruhan
perbicaraan terhadap Anwar (lebih 100 hari) itu sebagai suatu ?wayang?
yang memaparkan adegan-adegan panjang. Bukan saja ia tidak senonoh
bagi semua penonton yang rasional dan berminda sehat, malah ia
menjerumuskan negara ke dalam satu episod paling memalukan dalam
sejarah. Kita melihat ciri drama ?horror, violent and sex? paling aib diselit dan
dibincang-dedahkan. Walaupun Anwar dijadikan ?pelakun utama? yang
sengaja ditonjolkan, namun satu dunia dapat melihat bahawa Dr.
Mahathirlah (Presiden UMNO dan PM Malaysia - bergelar ?Wira Dunia
Ke-3) yang terus-menerus dibogelkan. Dunia melihat bagaimana Mahathir
hilang maruah. Beliau sudah kehilangan rakan-rakan. Mahathir
keseorangan sekarang! Buat pertama kali, seluruh sistem perundangan negara ini dilihat sebagai
sebuah ?panggung wayang? paling kotor dalam sebuah negara
bermasyarakat penganut agama Islam. Jutaan ulamak seluruh dunia dan
cendekiawana Islam membaca bagaimana sebuah masyarakat Islam begitu
mudah dianiaya, diaib dan diperkutak-katikkan oleh sekelompok manusia
yang kununnya mengaku diri penganut Islam. Tetapi, sebaliknya mereka
lebih buruk dan busuk dari manusia Jahiliyah yang tidak mempunyai
pegangan ketuhanan! Soalan yang timbul: Siapakah yang bersalah - Anwar yang dituduh dan
dihukum sebelum dibicarakan, Mahathir yang rakus kuasa dan beragenda
dengan KONSPIRATOR upahannya, atau RAKYAT (khusunya orang
Melayu Islam) yang turut diaibkan begitu rupa?
Soalan ini belum lagi terjawab. Setakat ini Dr. Mahathir masih lagi
?menggesek biolanya? semenetara si ?Nero tua? ini memerhatikan orang
Melayu Islam terkejar-kejar berdemo menuntut keadilan sebenar.
Apakah ada Keadilan ?sebenar? sekarang?
Di Markaz PAS Taman Melewar diberitakan se gerombolan ratusan
pengawal dari anggota Polis Khas yang diberi hak selaku ?mafia? telah
berbaris dengan puluhan trak. Mereka bersiap sedia dengan senjata api
yang boleh membunuh (dibeli dengan wang rakyat) telah menyekat
pemimpin rakyat marhain dari membincangkan ?ketidakadilan dan
pencerobohan? hak asasi mereka. Di Kementerian Pertahanan, satu pasukan terlatih telah melakunkan sebuah
?Drama? guna menyakin rakyat bahawa ?Drama Palsu? yang diarah dan
dilakun oleh Al Ma?unah di Sauk adalah benar. Kerana keyakinan rakyat
masih kecundang, rakyat dipaksa mempercayainya dengan ugutan
Akta-akta yang memberi Regim Mahathir kuasa mutlak memenjarakan
sesiapa juga (waima membelasah didalam tahanan).
SUHAKAM yang kununnya mempertahan Hak Asasi Manusia masih diam
membisu seribu bahasa walaupun seorang pejuang rakyat telah dibelasah
tulang belakang. Musa Hitam, bekas seorang TPM regim ini tidak nampak berbuat apa-apa.
Seolah-olah apa yang rintihkan oleh rakyat hanya bagai tangisan
anak-anak hingusan. Mungkin beliau juga beliau sedang menostalgiakan
kesah bagaimana beliau terlibat secara langsung pembunuhan 14 orang
umat Islam tanpa bersalah apa-apa (atas arahan beliau) di Memali -
sebuah kawan pendalaman. Dr. Mahathir, bagai orang yang hilang panduan seorang pemimpin sebuah
negara yang dulunya aman dan makmur, kini bersikap paling jijik dengan
membangkitkan isu-isu yang tidak seharusnya diperdengarkan kepada
rakyat majumuk seperti Malaysia. Mahathir yang nampak angkuh, telah mengeluarkan pelbagai tohmahan ke
atas sesiapa juag, menuduh mereka menjadi punca perpecahan kaum dan
agama. Walhal dari apa yang dilihat, Dr. Mahathir inilah satu-satunya
manusia yang memulakan agenda-agenda paling buruk dengan
berKONSPIRASI dengan bantuan sekelompok ?think-tank? yang mengaku
pakar dalam kerja-kerja ?MEMFITNAH, MERASUAH,
MENGUGUT-MEMAKSA, MELACUR MINDA, memperkosa
undang-undang dan menggunakan KEKERASAN terhadap Rakyat dan
Kakitangan Awam?. Perkara busuk itu sudah dibongkar satu demi satu. Kini, rakyat telah
mengetahuinya. Khusunya orang Melayu Islam. Mereka menyimpan cerita
kotor itu umpama ?api dalam sekam?. Mungkin ini budaya umat Islam -
sanggup menerima, selagi kesabaran boleh dipertahankan.
Mahathir sudah mengistiharkan ?perang? ke atas rakyat jelata. Saban hari
Mahathir merancang pelbagai agenda supaya rakyat negara ini
bermusuhan. Kerana orang Melayu Islam masih sabar dan tahan karenah
ragam beliau, Mahathir kini mencuit lubuk hati orang Melayu dengan
menyentuh isu ?ketuanan? mereka. Mahathir bersungguh-sungguh mahu orang Melayu bertelagah dan
bermusuhan dengan kaum lain. Dibesar-besarkannya isu ?Perdana Menteri
bukan Melayu? (yang tidak pernah timbul). Namun, semua kaum tidak
mempedulikannya. Sehari dua ini timbul pula isu kedua yang benada lebih mengancam.
Diharap oleh puak Mahathir & UMNO supaya ia membesar. Kunun seorang
(ulang: seorang) korporat dari kaum Cina mempersoalkan hak keistimewaan
orang Melayu yang telah dipersetujui secara bersama.
Dengan segala bijaksana Abdullah Bedawi telah mengeluarkan kenyataan
seolah beliau berlagak sebagai ?hero? yang mempertahan dan
menyelematkan hak keistimewaan orang Melayu itu.
Tetapi, disebabkan masalah politik negara berpunca dari ?Mahathir dan
sekongkolnya? - kaum Cina diperingkat rakyat jelatan memutuskan bahawa
?This is NOT their war?. Jika Mahathir memulakan, biarkan Mahathir sendiri
menyudahkan. Orang Cina dan orang Melayu saling bersefahaman. Bagi mereka Mahathir
dan sekongkolnya dalam UMNO yang beragenda ?mega? sengaja
mengupah beberapa pihak untuk menimbulkan salah faham. Justeru itu,
akan berlakukan kekacauan kaum yang memungkinkan Mahathir akan
berkuasa terus. Keadaan sudah tiba. Mahathir semacam dikejar oleh keadaan yang
dimulakannya. Keputusan ke atas Anwar telah memerangkap beliau dan
UMNO/BN. Beliau terlah terkepung. Mahathir sedang berperang dan
bermusuhan dengan rakyat. Keadaan menjelaskan bahawa Mahathir dan
UMNO/BNnya sudah hilang upaya. Mahathir, UMNO/BN dan seluruh pepimpin yang sekongkolnya dilihat
saling ancam-mengancam sesama mereka. Makin nampak secara simbolik,
sejarah Firaun sedang dialami oleh Regim ini!!
Mahathir merancang, tetapi Allah swt. merancang juga. Allah menjatuhkan
hukuman ke atas mereka setimpal dengan dosa-dosa yang mereka lakukan
bersama! PS: Jangan bertindak melulu tanpa perancangan awal.
|