Laman Webantu KM2A1: 2561 File Size: 12.9 Kb * |
Tian Chua dan "mesra polis". By web aNtu 16/8/2000 2:35 am Wed |
Nampaknya kempen mesra polis tajaan Pak Lah indah kabar dari rupa. PDrM memang layak mendapat gelaran pasukan penjenayah dr mahath1r kalau macam ni. Saya tertarik bagaimana OKT turut digunakan untuk membelasah Tian Chua - dari mana polis belajar tektik ugut OKT ini - dari memanda perdana menteri ke? Atau dari Rahim Nor yang masih belum mencium penjara? Atau Yakub Amin "the protector"? Yang pastinya pihak polis sudah tidak menghormati rakyat lagi. Jangankan rakyat, masjid sendiri sudah pun decemari oleh polis2 macam ini. Kerjaya polis rupa2nya menjadi paspot dan lesen untuk mengerjakan orang ramai - sebab itu kita tidak heran kalau Dr Anees sampai terpaksa masuk hospital untuk rawatan selepas dikerjakan oleh polis2 binatang ni. Institusi polis sudah lama dicemari, sebab itulah gejala dadah tak habis2 sampai kini kerana polis sendiri telah bersubahat. Datuk Zaman adalah seorang yg amat tegas memerangi dadah, tapi beliau telah dipinggirkan siang2 - maklum sajalah iblis dan setan dalam PDrM tak senang.... takut pecah lubang. Sepatutnya polis2 ini berfikir nasib mereka setelah bertahun2 berada dalam kandungan perut buncit si Diktator tua dan dibawah kelolaan KPN yang kaya raya. Berapa senkah yang mereka dapat dari menteri yang menjaga mereka - dan berapa kah nilai yang telah diagihkan dari seorang bekas menteri yang telah dilebamkan yang telah berusaha menyediakan atap untuk mereka... Petikan Belanjawan 1997 - No 67. (5 OKTOBER 1996) "Di bawah program perumahan kakitangan awam pula, Kerajaan memperuntukkan RM974.6 juta bagi tahun 1997, meliputi projek perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), rumah kakitangan Imigresen, Kastam dan Penjara, rumah-rumah guru di desa dan bantuan pinjaman kepada negeri-negeri untuk program perumahan kos rendah. 68. Dalam Belanjawan 1994, saya telahpun mengumumkan elaun bangunan khas ke atas perbelanjaan yang dibenarkan bagi pembelian atau pembinaan bangunan penginapan untuk pekerja- pekerja dalam sektor perkilangan. Elaun tersebut adalah sebanyak 10 peratus bagi setiap tahun. Untuk menggalakkan lagi penyediaan kemudahan yang sama kepada pekerja mereka, saya mencadangkan supaya elaun bangunan khas ini diperluaskan kepada sektor perkhidmatan yang diluluskan termasuk pelancongan " [AI - belanjawan 1997] Kalau Pak Lah dan Norain Mai betul2 memperjuangkan keadilan, polis2 bangsat ini sepatutnya ditangkap dan diadili serta disiarkan gambar2 mereka ke segenap ceruk rantau - baru lah rakyat dapat menilai apakah arti ungkapan mesra dan siapakah penunjuk perasaan, penyangak dan musuh negara yang sebenarnya. Kalau babi yang menyebarkan JE dapat dinyahkan kelubang besar sebegitu rupa dalam sekelip mata sewajarlah proses membersihkan institusi polis ini dilancarkan segera - jika tidak wabak penyakit polis bangsat ini tidak akan menemui penghujungnya. Jangan terkejut - jika Pak Lah sendiri yang akan disondol dan tertanam dilubang yang penuh dengan babi pula. --ooOoo-- Fwd: 'Penjenayah' Turut Simpati Saya Dibelasah Polis - Tian Chua Apabila sampai di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, saya dan Abd Malek Hussin ditempatkan di kawasan letak kereta, siap dengan meja dan khemah. Kami dibiarkan di sini, seolah-olah menunggu lebih ramai lagi tahanan polis. Turut hadir di sini termasuklah DSP Zainuddin, ASP Manoharan, Superintenden Shatar, dan beberapa pegawai tinggi. Pada waktu itu, telefon bimbit masih bersama saya dan kerap pula menerima panggilan telefon yang bertanyakan keadaan saya. Polis yang bertugas mengarahkan saya supaya telefon itu diserahkan kepada mereka. Saya membalas, kalau barang-barang saya hendak diserahkan, polis harus merakamkan butiran barangan itu mengikut tatacara biasa. Saya terus mengingatkan polis bahawa sehingga saat itu, polis belum lagi melakukan tangkapan rasmi terhadap saya. Salah seorang pegawai, Superintenden Shatar rasa tercabar apabila saya berhujah begitu. Dia mula mengeluarkan berbagai-bagai ugutan, seperti akan mendakwa saya mengganggu tugas polis. Beberapa minit kemudian, Sarjan Mohd Amin diarah oleh DSP Zainuddin untuk mengambil semua barangan saya, termasuklah dompet duit, kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai, dan telefon bimbit. Saya menyerahkan semuanya kepada sarjan itu dan beliau mencatatkan butiran barangan tersebut. Pada jam 11:30 pagi, kami dibekalkan makanan tengahari. Lebih kurang jam 12:30, atau 12.45, enam orang aktivis Monashofian Putra Zulkarnain, Zainal Abidin Hashim, Sabran Hamzah, Norsuria Ismail, Mohd Jasni z###ria dan Nikmat Abu dibawa oleh sebuah trak polis. Mereka memaklumkan bahawa mereka ditahan semasa berhimpun di benteng di belakang bangunan bank Hongkong & Shanghai. Tiga di antara mereka, Monashofian, Sabran dan Norsuria, dibelasah oleh polis semasa tangkapan. Kekerasan direstui Kemudian, Malek memberikan penerangan kepada teman-teman yang lain tentang tatacara soal siasat dan hak-hak tahanan. Penerangan kami kerap diganggu oleh polis yang meneliti perbualan kami. Saya membantah dan memohon "privacy" diberikan semasa perbincangan. Bantahan saya tidak dipedulikan. Saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan itu dan duduk mendiamkan diri. Selepas beberapa minit, seorang pegawai polis, Juswan Singh menyuruh saya naik ke pejabat IPK. Saya bertanya mengapa saya harus diasingkan daripada teman-teman lain, tetapi tidak dijawab. Saya berasa tidak selamat dipisahkan daripada teman-teman. Beberapa pegawai polis terus mengangkat kaki dan mencapai tali pinggang saya, lalu mengusung saya ke dalam pejabat itu. Saya dipegang oleh pegawai-pegawai yang bernama: Juswan Singh, Ismail, Mohd Amin dan Saat. Yang menyaksikan kejadian ini, selain daripada tujuh lagi teman aktivis yang ditahan, termasuklah DSP Zainuddin, Superintenden Shatar dan ASP Manoharan. Mereka langsung tidak melakukan sesuatu untuk menghentikan kekerasan itu. Sebaliknya saya percaya tindakan keras ini direstui oleh pegawai-pegawai tinggi di IPK. Saya dibawa ke bilik tahanan Bahagian Jenayah Berat di tingkat 7. Saya ditolak di atas lantai dan mula ditendang oleh seorang pengawai berpakaian biasa berbangsa Cina, sambil saya dimaki. Apabila saya cuba membantah, beberapa orang pegawai lain yang tidak mempunyai tanda pengenalan juga turut menendang. Polis bertopeng Beberapa minit selepas membelasah, semua pegawai undur dari bilik itu. Kemudian, masuk pula seorang pegawai yang bertopeng muka, hanya nampak dua matanya. Daripada pakaian dan suara, saya percaya dia adalah pegawai Cina yang mula-mula memukul saya. Pegawai polis yang bertopeng itu memukul dan membelasah beberapa kali. Pada kali terakhir, dia menendang di belakang badan saya di sebelah kiri buah pinggang saya. Saya menjerit dalam kesakitan ketika terbaring di lantai. Saya kemudian diheret ke dalam lokap. Di situ sudah terdapat tiga orang tahanan. Dua orang kena tahan (OKT) kaum Cina dan seorang Melayu. Tahanan-tahanan tersebut diarah untuk memukul dan membuka baju dan seluar saya. Seorang Cina yang gemuk mencekik leher dan seorang lagi memukul sambil cuba membuka baju saya. Saya menentang sekuat-kuatnya kelakuan mereka. Akhirnya mereka berhenti. Saya tetap tidak mahu membuka baju kerana menganggap polis tidak mengikut tatacara yang betul. Semua OKT yang memukul saya juga memohon maaf kerana mereka terpaksa melakukan kekerasan. Kalau tidak, mereka bimbang akan dipukul polis pula. Saya diberitahu mereka dituduh terlibat dalam rompakan. Tetapi mereka mengaku tidak menggunakan tenaga sepenuhnya apabila memukul saya tadi kerana nampaknya saya bukan seorang penjenayah. Mereka berkata mereka berasa kasihan pada saya. Rupa-rupanya penjenayah lebih berperikemanusiaan daripada anggota polis! Saya dibiarkan dalam kesakitan walau telah memohon rawatan perubatan. Saya terbaring di atas lantai lokap dalam keadaan separuh sedar kerana seluruh badan terasa sakit akibat pukulan-pukulan polis itu. Beberapa pengawai kerap datang mengganggu, ada yang memaki, ada yang menyindir, dan ada juga yang mengugut menahan di bawah akta ISA. Tetapi saya tidak mempedulikan mereka. Ugutan demi ugutan Selepas beberapa jam, saya dipanggil keluar dari lokap untuk soal siasat. Penjaga lokap mencatatkan waktu. Jam 5 petang. Saya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan untuk dirakamkan kenyataan beramaran. Dalam kenyataan tersebut, saya menerangkan segala yang berlaku dari pagi hingga saya ditahan dan dipukul di pejabat di IPK itu. Saya sekali lagi memohon untuk mendapatkan rawatan. Pegawai polis itu berkata dia akan memaklumkan permintaan itu kepada Pegawai Siasatan DSP Zainuddin. Kemudian, saya dibawa kembali ke dalam lokap. Sebaik saja saya dikunci di dalam lokap, datang lagi lima orang pegawai, empat berbangsa Melayu dan seorang India, semua tidak berpakaian seragam. Ketuanya Nor Azizan yang menangkap saya pagi ini. Mereka mula mengeluarkan kata-kata yang memprovokasi dan memaki-maki. Saya berdiam diri. Mereka sekali lagi mengarahkan OKT di dalam lokap memukul serta membuka baju dan seluar saya. Kata mereka, menjadi peraturan lokap bahawa semua OKT tidak boleh berpakaian selain daripada seluar dalam. Saya menjawab mengapa saya harus bersetuju dengan peraturan itu padahal polis sendiri tidak mematuhi undang-undang. Polis tidak sewajarnya melakukan keganasan. OKT berasa serba salah apabila polis bertegas mengarahkan mereka memukul saya. Saya menasihatkan semua OKT supaya jangan campur tangan. Saya juga berkata bahawa saya akan membalas dengan kekerasan jika mereka cuba melakukan sesuatu. OKT terpaksa undur ke tepi. Pegawai polis kelihatan tidak dapat memperalatkan OKT, mereka terus membuka pintu besi dan masuk ke dalam lokap. Saya diheret keluar dengan memegang kolar baju saya dari belakang. Di luar lokap, pegawai-pegawai itu mahu memukul dan berjaya mengoyakkan salah satu butang baju saya. Saya tidak menentang, cuma 'duduk bertapa' secara aman. Tindakan-tindakan mereka sempat dihentikan oleh Nor Azizan yang berdiri di tepi pintu pejabat. Dia memberikan isyarat kepada kakitangan polis yang lain, katanya: "biarkan dia dulu!". Saya dimasukkan semua ke dalam lokap. Pegawai polis mengarahkan saya menyerahkan tali pinggang. Saya bersetuju. Selepas itu, semua anggota polis keluar dan saya duduk bersama OKT yang lain. Dua tulang retak Pada jam 6 petang, Malek Hussin dibawa ke dalam lokap. Saya memberitahunya kejadian yang berlaku sebelum itu. Dalam keadaan letih dan kesakitan, saya tidak dapat menceritakan secara terperinci. Malek hanya mendapat gambaran penuh daripada OKT lain yang menyaksikan segala episod pembelasahan tersebut. Sepanjang malam, saya tidak dapat tidur nyenyak. Oleh kerana kesan luka-luka di badan, saya tidak boleh berbaring dengan selesa. Kami terjaga pada awal pagi keesokannya, 9 Ogos (Rabu). Pada pukul 8 pagi, seorang pegawai polis datang dan memberitahu bahawa saya dan Malek akan dibebaskan tanpa syarat dan tanpa pertuduhan di mahkamah. Barang-barang kami dipulangkan oleh Sarjan Amin pada 8:30 pagi. Saya berasa sangat marah kerana nyata sekali polis tidak mempunyai sebarang alasan untuk menahan kami. Sarjan itu membacakan satu laporan yang menyatakan bahawa polis telah mendapat maklumat bahawa saya dan Malek akan mengepalai satu perhimpunan haram. Oleh itu, kami ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah, kononnya untuk "mencegah kejadian yang tidak diingin." Inilah pertama kali kami dimaklumkan secara rasmi butir-butir penahanan kami. Selepas keluar dari IPK, kami berdua membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi di Jalan Stadium. Saya juga dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Saya kemudian dinasihatkan untuk diperiksa sekali lagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Di sana, saya diperiksa dengan sinaran-X, ultra-bunyi dan beberapa teknik lain. Gambar sinaran-X tulang belakang saya menunjukkan terdapat keretakan pada lumber 3 dan lumber 4. Doktor mengesahkan bahawa kesan retak itu akibat tendangan di belakang badan saya. Doktor juga mencatatkan kesan-kesan pukulan dan tendangan di seluruh badan saya. Dalam perjuangan reformasi, ramai telah menjadi mangsa keganasan polis. Pada masa yang sama, rakyat tidak harus takut; malah harus menjadi lebih berani membela keadilan dan kebenaran. Hanya melalui pendedahan salah guna kuasa polis, perkara demikian barulah dapat dihentikan. Perjuangan kita harus memastikan kezaliman ini tidak berulang lagi kepada anak cucu kita. |