MGG54
Ketibaan Lee Kuan Yew di Malaysia
(Mr. Lee Kuan Yew Comes to Malaysia Like a Greek Bearing Gifts)
Ketibaan Lee Kuan Yew, Menteri kanan Singapura boleh dikiaskan sebagai
membesi-wajakan tulang belakang seorang Perdana Menteri Tua (Dikatator Tua?
- Penterjemah). Kiasan ini adalah satu gambaran betapa republik yang
berjiran itu sedang ketakutan kemungkinan berlakunya apa yang pernah
ditakutkan oleh beberapa diplomat kanan seperti yang mereka bayangkan kepada
saya beberapa tahun dulu. Mereka takut akan munculnya "pemerintahan mullah"
di negara ini. Pandangan Mr. Lee Kuan Yew terhadap Malaysia dan juga orang
Melayu, seperti yang telah diperakuinya sendiri, telah didorong oleh
penyingkiran Singapura daripada gagasan Malaysia pada tahun 1965.
Penyingkiran inilah yang telah mendominasikan pemikiran orang Singpura dan
bukannya berasaskan analitika impirikal yang berintikan fakta dan tidak
kepada kesan budaya semata-mata. Kesannya mereka secara tidak sedar
melupakan kemungkinan pihak pembangkang meraih kuasa di Malaysia. Mereka
terlalu yakin betapa kuasa tidak akan diperolehi oleh pembangkang tanpa satu
persekongkolan yang multikaum. PAS dan DAP mungkin mampu bersatu, tetapi
perbezaan fundamental yang mereka anuti sudah tentu menjadi penghalang
kepada penggabungan pihak pembangkang itu. Inilah yang menjadi amalan
Barisan Nasional sehinggakan ketenaganan gagasan itu bergoncang disebabkan
usaha untuk merobah pendapat yagn lapuk itu. Kepada mereka selagi PAS berada
di pinggir gelanggang politik ketenangan yang mereka taksir itu tidak akan
berubah.
Semua itu berubah disebabkan kerakusan seorang insan yang melahap kuasa
sejak dua puluh tahun yang lalu. Segala dasar pemerintahan telah diolah dan
dirangka serta dilaksanakan untuk memperkuatkan kedudukan adik-beradik,
anak-anak, kroni dan para juak pemerintahannya. Cetusan api yang
menyerlahkan segala salah laku itu muncul dengan tertangkpanya dan diikuti
pula oleh kisah penderaan (mata lebam) dan pendakwaan yang tidak berasas ke
atas mantan timbalan perdana menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Sekaligus
Pas, samada dengan pembabitan DAP ataupun tidak, telah menyanggah UMNO dan
kewibawaanya.
Malaysia sudah mengalami banyak perubahan yang tidak dapat dikesan dengan
mudah. Begitu juga yang terjadi kepada orang Melayu. Perubahan ini memang
kerap disalurkan ke Singapura secara perlahan dan berdikit, sehinggalah
kira-kira tiga tahun yang lalu apabila kisah perubahan itu mengejutkan
mereka. Kumpulan profesional Melayu masakini, adalah satu kumpulan yang
terdidik dengan usaha sendiri. Mereka inilah yang menuntut hak untuk
diambil-kira dan telah menggerakkan arus semangat reformasi yang tiba-tiba
meledak dengan gagahnya selepas tercetusnya episod Anwar. Inilah yang
menggoncang tulang sumsum si diktator tua dan juga Mr. Lee Kuan Yew,
sehingga membabitkan parti politik pimpinan mereka ke kancah yang bergoncang
jua.
Tiga tahun yang lalu apabila seorang diplomat bersara daripada Malaysia
memberitahu rakannya seorang diplomat Singapura yang sudah pun bersara,
akan ramalan mengenai masalah yang akan menghantui Perdana Menteri Malaysia
pada tahun 1998. Rmalan itu tidak pun diendahkan. Orang tua itu sebenarnya
tidak pun tahu apa yang menyebabkan dia membuat ramalan itu tetapi dia sudah
nampak akan pertanda yang akan menyebabkannya.
Pandangan Sinapura mengenai duna, seperti yang telah diasaskan oleh Mr.Lee
Kuan Yew adalah berasaskan statistik, komputer, segala peralatan yang
canggih-canggih, tetapi memandang pergolakan budaya itu sebagai satu unsur
yang boleh diperkecilkan sahaja. Inilah sebabnya setiap ramalan mengenai
ketahanan Perdana Menteri itu merupakan ramalan yang tidak tepat. Walupun
Mr. Lee amat faham akan pemikiran orang Melayu, terutama sekali dengan
keengganan mereka melakukan perbuatan yang dianggap menderhaka sehinggalah
mereka digugat. Seorang ketua feudal (dalam hal ini ialah si perdana
menteri) boleh membunuh pemimpinnya, tetapi dia tidak boleh menagaibkan
mereka. Inilah yang dilakukanbya terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan telah
menyemarakkan penentangan orang Melayu terhadapnya. Tidak ada jalan lain
lagi untuk menyelesaikan perkara ini melainkan beliau melepaskan kuasanya.
Natijah inilah yang tidak difahami oleh Singapura. Inilah juga yang telah
menyebabkan mereka terus menyokong Presiden Suharto sebelum beliau
melepaskan jawatannya. Di sana, dunia sudah pun membayangkan keruntuhan
satu dinasti. Tetapi, Saingapura masih menyalah tafrikan keadaan yang
berlaku kini. Indonesia suah pasti menghadapi kemunculan seorang presiden
yang baru, samada melalui satu pemilu ataupun cara lainnya. Presiden
Abdurrahman Wahid telah melakonkan satu peranan yang pernah dilaksanakan
oleh Leftenan Jeneral Rakshasmudra yang telah dilantik oleh Presiden Sukarno
sebagai gantiannya sebaik sahaja episod rampasan kuasa1965 'Gestapu', gagal.
Seperti juga Australia, Singapura tidak memahami apa sebenarnya yang
menggerakan masyarakat Indonesia. Kielemahan inilah juga yang menyebabkan
negara itu campur tangan dalam beberapa insiden menyerlah di Filipina satu
ketika dulu. Kunjungan Lee Kuan Yew untuk membantu menyokong Perdana Menteri
(yang semakin rebah ? -MT) dan juga pentadbirannya tidak akan membawa
sebarang kesan yang efektif seperti juga pembabitannya untuk memperbaikki
keadaan di negara jirannya yang lain. Sememangnya, Perdana Menteri
memerlukan segala sokongan yang diperlukannya. Tetapi, tidaklah berasaskan
pandangan ekonomik ataupun duniawi. Sokongan kepadanya mesti berbentuk
kebudayaan. Oleh kerana masyarakat bukan melayu tidak berapa mahu
campurtangan dalam hal ini seperti yang kelazimannya, seluruh generasi orang
Melyu sedang marah dengan apa yang berlaku. Mereka tidak berkeliaran di
jalan raya.Tetapi mereka menggunakan akal untuk menarik sokongan mereka
kepada UMNO dan telah sanggup berkecuali dan bertindak lebih lagi daripada
sikap perkecualian itu. Dengan lain perkataan, masyarakat Melayu sedang
memberontak, walaupun kelakuan itu tidak terserlah di jalanraya (ataupun
secara terbuka ? -MT-). Kemungkinan gejala itu akan menonjol tidak harus
diperkecilkan. Seeprti yang pernah diberitahu oleh seseorang, apabila
perubahan secara aman tidak berkemungkinan, perubahan melalui kekerasan
adalah satu kemestian.
Sebagai negara jiran yang terdekat, dan dihubungi oleh satu tambak
sepanjang tiga suku batu, dan juga satu jambatan panjang yang bertol tetapi
jarang digunakan; apa yang berlaku di negara jiran itu tentu akan menjalar
juga ke negara yang lagi satu. Majorti kaum China di Singapura dan majoriti
orang Melayu di malaysia, di samping kumpulan minoriti yang penting di
setiap pihak, sebenarnya membuat penentuan yang tidak diiktiraf dalam
bentuk cara perhubungan kenegaraan itu dijalin. Kedua-dua negara ini tgelah
mengambil loraong yang berbeza dalam mencapai kedewasaannya, sekali lagi
disebabkan pengalaman yang berbeza. Namun, mereka terpaksa hidup beriringan
secara bersama.
Sudah menjadi satu kepercayaan, masa depan Singapura adalah laksana rakan
kongsi kepada dunia yang berindustri. Kerana itu Singapura memilih kewujudan
satu masyarakat multikaum yang mampu memperbetulkan sebarang perbalahan
kaum itu mengikut cara yang diamalkan oleh ajaran Konfusius. Malaysia pula
sentiasa mengungguli ajaan masyarakat multikaum di mana ketuanan Melayu
menjadi asas pemerintahannya. Jelas, di mana sebuah negara memberi keutamaan
kepada penonjolan ekonomi sedangkan yang lagi satu memberi kepentingan
kepada keunggulan politiknya. Sebarang masalah bilateral ditangani dengan
penekanan kepada nisbah politik sehinggakan masalah yang berbangkit terus
menimbun walaupun hubungan kenegaraan yang mesra terus terjalin secara
formal.
Hubungan keakraban di antara PAP dengan DAP sudah lama pupus. Kini, hubungan
itu dilaksanakan dengan Gerakan Rakyat Malaysia yang menjadi rakan
perkongsian Barisan Nasional. Pandangan UMNO terhadap Singapura mudah
dikalutkan oleh pandangan satu kumpulan pembangkang Melayu yang merupakan
saki-baki UMNO di repablik itu.
Ketibaan Mr. Lee Kuan Yew selepas menghilang selama satu dekad telah
diperhatikan oleh orang melayu Smenanjung sebagai kemunculan seoang Yunani
yang membawa hadiah buah tangan. Sebahagian besar msyarakat Melayu
beranggapan, beliau datang dengan satu missi untuk memberi sokongan kepada
masyarakat multikaum terutamanya orang Cina agar terus menyokong Perdana
Menteri yang menghadapi masalah tulang belakangnya yang semakin rapoh.
Sebenarnya, kedua pemimpin ini memang tidak mudah berkawan rapat. Perkara
ini memang lazim kerana mereka mempunyai perwatakan yang hampir serupa.
Di dalam wawancara dengan The New Straits Times, Lee Kuan Yew telah
memberitahu dengan jelasnya betapa beliau senang bekerjasama dengan
Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Malahan, ada satu jadual kedatangan
Mer Lee yang terdahulu yang terpaksa dibatalkan apabila Perdana Meneri
Mahathir membuat satu komen mengenai masalah dalaman yang sedang menghantui
Lee ketika itu.
Singapura mempunyai satu dasar negara yang tidak mengingini PAS, bukan
disebabkan kewibawaan PAS itu sebenarnya. Tetapi disebabkan persepsi negara
itu terhadap PAS pada asalnya. Mr. Lee pernah membuat komen menghina PAS
apablia seorang jurugambar wanita akhbar itu membuat penggambaran majlis
wawancara itu. Sikap memeprlekehkah PAS mungkin berkesan selagi PAS menjadi
satu parti wilayah sahaja. Perkara ini sudah pun berubah. Apabila kumpulan
yang anti-Mahathir dan juga anti-UMNO tidak diberi tempat dalam pertubuhan
parti Keadilan, yang telah berjaya merobek pergerakan UMNO itu, mereka telah
meloncat menganggotai PAS. Sekaligus gejala itu menarik minat Singapura dan
juga Perdana Menteri secara bertaut. Kerana itu Mr. Lee Kuan Yew terpaksa
melakukan lawatan itu, tidak kiralah apa yang akan terjadi nanti. Tetapi,
Mr. Lee Kuan Yew amat pintar melenggokkan tarian yang direntakkan oleh si
perdana menteri; baik tarian berbentuk budaya ataupun berbentuk politik.
Sememangnya, Perdana Menteri amat ghairah menyambut baik lawatan Mr. Lee
Kuan Yew. Inilah keghairahan yang di luar jangkaan Mr Lee sendiri dan
juga kerajaan Singapura.
Diterjemahkan oleh -MT-
15.8.00