MGG 52
Siapakah Dia Abu Ha#san bin Tan Abdullah?
(And Who is Abu Ha#san bin Tan Abdullah)
Apabila perayaan sambuan Merdeka dimulakan pada 31 Ogos di Satadium Syah
Alam, ia akan merupakan temasya yang mencerminakan satu trend di mana
masyarakat kita menjadi semakin berkecamuk. Duli Yang Dipertuan Agong ialah
Sultan Selangor, sedangkan mantan Menteri Besar, Dato Seri Abu Ha#san Omar
telah disingkirkan kerana sabit kesalahan yang termaktub di bawah hukum
syariah. Inilah satu kisah yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka
mengikut kehendak Perdana Menteri yang mahu melupakan sahaja perkara ini
sebagai satu kisah peribadi. Perdana Menteri memang tidak ikhlas dalam hal
ini. Dalam satu kes yang melibatkan kisah homeoseks dia telah menunjukkan
minatnya dengan menentukan agar pihak pendakwaraya dan juga hakim kes itu
menghukum seorang insan yang sememengnya mahu dikusnahkan karier politiknya
walaupun tanpa bukti yang sahih dalam hal itu.
Di majlis ulangtahun kemerdekaan itu nanti, Mahathir akan merasa sesuatu
yang mencekik tekaknya, kerana perayaan itu adalah satu gambaran yang jelas
betapa pincang pemerintahannya. Inilah ketikanya di mana seorang menteri
kebudayaan dan pelancongan telah berjaya mendesak kerajaan agar merestui
pelancaran satu karnival memberli-belah yang memakan masa satu bulan. Dia
tidak sedar bahawa rencananya itu dianggap oleh golongan Anawaristas persis
seekor lembu yang ditayangkan secebis kain merah di hadapannya. Tentu sekali
mereka memperlekehkan sahaja karnival itu. Tentu sekali Perdana Menteri akan
merasakan keadaan kucar kkacir ketika temasaya itu nanti. Pihak musuhnya
tentu tidak akan melepaskan peluang untuk terus memperlekehkannya.
Kemelut yang menghantui dan memaksa Dato Seri Abu Ha#san Omar bersara itu
tidak akan berlalu begitu sahaja. Pertama kali munculnya satu artikel di
Jawa Pos yang menceritakan skandal seksual pada bulan Julai yang lalu,
Timbalan Perdana Menteri , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah
memerintahkan Dato Seri Abu Ha#san dan juga suami kepada adik iparnya untuk
menjalani satu ujian DNA bagi tujuan membuat kepastian siapakah sebenarnya
bapa kepada anak yang sudah berumur 11 tahun itu. Sebaik sahaja hasil ujian
itu diterima, beliau telah mengarahkan menteri besar meletakkan jawatannya
dalam masa 24 jam. Ketika itu, Perdana Menteri enggan menemui Abu Ha#san.
Terpaksalah beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya itu kepada
seorang pembantu. Bertentangan dengan apa yagn dikatakan oleh Pedana
Menteri, Timbalan Perdana Metneri dan juga Abu Ha#san, persaraannya itu
sebenarnya berasaskan satu tuduhan moral di mana beliau bersekedudukan
dengan adik iparnya yang menghasilan seorang anak di laur nikah.
Salahlakunya itu telah ditutupnya dengan cara mendapatkan bantuan seorang
pegewai MCA yang kemudiannya menganut agama Islam untuk mengahwini wanita
itu.
Perkara semacam ini bukanlah satu perkara yang pelik. Ia menjadi anih hanya
apabila orang luar mengetahui akan hal itu. Apabila berita itu muncul di
Jawa Pos dan kisahnya diungkit oleh pihak pembangkang tetapi diketepikan
sahaja oleh Speaker Majlis Dewan Negeri Selangor, ia memberi tanda awal
betapa zaman kegemilangan Abu Ha#san sudah pun berakhir. Abu Ha#san tidak
punya pilihan lain selain daripada meletakkan jawatannya. Tetapi, Perdana
Menteri tidak mahu menjatuhkan air mukanya sewenangnya seperti mana yang
diperlakukannya terhadap bekas anak emasnya dan juga bakal Perdana Menteri
Dato Seri Anwar Ibrahim.
Sememangnya UMNO sudah gawat. Setiap pemegang jawatan mempunyai musuh yang
amat mudah menghunus pisau untuk menikamnya. Kisah yang melanda Abu Ha#san
telah diberikan oleh seorang pegawai UMNO kepada seorang ahli Dewan Undangan
Negeri daripada parti Keadilan agar beliau mencetuskan isu itu di
persidangan dewan.
Perdana Menteri, seperti kelazimannya mengarahkan perkara itu di
sembunyikan. Tetapi bukannya mudah melakukan perkara itu. Krisis moral
persendirian tidak sepatutnya menyanggah kerjaya politik sesiapa. Kerana itu
separuh (sepatutnya keseluruhan -penerjemah) daripada ahli kabinet memang
sudah tergugat. Apabila Perdana Menteri bertindak mengganyang Dato Seri
Anwar Ibrahim berasaskan tuduhan yang tidak dapat dibuktikannya,
kepincangan seperti itu (di kalangan ahli kabinet beliau ) sepatutnya
menerima deraan yang sepadan. Perdana Menteri dan juga timbalannya mesti
membuat penjelasan kenapakah mereka mahukan perkara ini dipengapkan sahaja;
selepas ujian DNA itu menyerlahkan bahawa Abu Ha#san Omar adalah bapa yang
sah kepada anak yang dilahirkan oleh adik iparnya. Di waktu yang sama mereka
melaungkan kepada seluruh dunia akan satu krisis moral yang masih tidak
dapat dibuktikan dan membabitkan insan yang dimangsakan itu kepda tujuh
hukuman yang rasmi.
Mahkamah Syariah Selangor yang telah menonjolkan diri dalam penangkapan ratu
cantik dan penyanyi karaoke di beberapa bar (pub) atas kesalahan melanggari
etika moral harus bertindak terhadap menteri besar ini bukan sahaja
berasaskan pebuatan berzina malahan atas perbuatan sumbang yagn membabitkan
dirinya dengan adik kepada isterinya sendiri. Kalau perkara ini dilakukan
bererti barulah ada keadilan dalam tindakan.
Siapakah pegawai MCA yang mengahwini adik ipar Dato Seri Abu Ha#san dengan
tujuan melepaskan jerat yang menjebaknya? Beliau ialah Mr. Tan Hoon @ Jefri
Tan Hoon @ Abu Ha#san bin Tan Abdullah, Pengerusi MCA Bahagian Ampang jaya
yang termaktub dalam kawasan parlimen Tmibalan Speakar Parlimen Dato Ong
Tee Keat. Beliau memang tidak ngam dengan Dato Ong. Mungkin kerana itu para
pemimpin MCA tidak merapatkan diri mereka dalam krisis ini. Sekaranglah
masanya Abu Ha#san bin Tan Abdullah ini muncul ke depan untuk memberikan
ceritanya pula. Beliau telah banyak meraih keuntungan daripada pelbagai
projek yang pernah diunjurkan oleh Abu Ha#san dan juga pentadbiran Menteri
Besar terhadapnya. Malah, beliau harus didakwa kerana membabitkan dirinya
bersekongkol dengan Abu Ha#san melanggar hukum ajaran Islam. Pihak kerajaan
mempunyai kes yang lebeh berat terhadap Abu Ha#san Tan daripada apa yang
telah dilaksanakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kalaulah kerajaan Mahathir mahu mencanang kepada seluruh dunia akan sistem
penghakiman negara yang lebih adil, pihak pemerintahannya harus menentukan
satu hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seperti ini.
Bukankah dalam kes yang tidak mempunyai sebarang bukti ia telah menghukum
seorang pengkritiknya kepada satu hukuman yang pada keseluruhannya
melibatkan 33 tahun?
Diterjemahkan oleh -MT-
14 Ogos, 2000.