MGG53:
Rompakan Senjata Grik Yang Mencemarkan Kerajaan
(The Grik Arms Heist Continues to Roil The Government)
Kabinet masih tidak faham kenapa Episod Gerik masih tidak diyakini oleh
rakyat. Kerana itu arahan sudah diberikan agarAngkatan Tentera Malaysia dan
pihak polis melakonan semula episod rompakan itu dan merakamkannya dalam
video. Rakaman itu mahu disiarkan kepada waktu perdana untuk disantapan
rakyat jelata. Kemudian, kabinet mengarahkan pula Meneri Petahanan menerajui
satu lakonan semula episod itu khas untuk para tetamu kehormat termasukalah
secara di luar kelaziman, para anggota pembangkang pada Rabu 16 Ogos nanti.
Pihak tentera dan polis telah merakamkan lakonan semula itu sejak tiga
minggu yang lalu. Hasilnya telah dicemoh kerana tidak memuaskan. Kini,
versi terakhir sudah pun siap. Ini adalah satu gambaran betapa kerajaan
menghadapi masalah besar meyakinkan rakyatnya terutama sekali selepas episod
Anwar yang diberikan tambahan hukuman dan juga kemelut yang menghantui Abu
Ha#san Omar. Pihak kerajaan masih bertegas betapa segala senjata yang
dirompak di kem tentera di Gerik itu dan kemudiannya dilarikan ke Bukit
Jenalik yang jaraknya adalah 75 kilometer jauhnya daripada tapak kecurian.
(Jarak sebenar telah diperbetulkan oleh penterjemah daripada jarak yang
dinyatakan oleh penulis asal ).
Menteri Pertahanan membuat kenyataan betapa lakonan semula episod itu adalah
bertujuan menolak dakwaan bahawa episod rompakan itu adalah satu sandiwara.
"...bahawa para perompak tidak mampu melarikan jumlah rompakan mereka dengan
menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda." Dia telah berjanji untuk
mebuktikan bahawa 15 orang perompak berupaya mengisi hasil rompakan meraka
yang berupa 80 raifel M-16, 2 Steyer AUG, 5 M-16/203 pelancar roket, 4
laras General Purpose Mesengan, 26 benet, 54 flare-trip wires and pouches,
5000 butir peluru untuk pelbagai kaliber, kelongsong peluru, dan 40 butir
MMHE grened. Semuanya itu untuk dilarikan ke Sauk. Menteri berkenaan berkata
episod itu memakan masa antara 20 hingga 30 minit sahaja. Tetapi dia silap
dalam hal ini.
Terdapat dua rompakan pada subuh 3 Julai itu. Lima belas perompak telah
melakukan rompakan pertama pada Jam 0230 di sebuah kem taktikal dan
melarikan 16 laras M-16 dan beberapa jenis peluru bersama mereka. Dua jam
kemudiannya di Kem Batalion Wataniah itu mereka telah merompak setor senjata
sebuah kompeni tentera. Pada lazimnya, setiap kompeni mempunyai setor
kelengkapan perangnya sendiri. Jumlah rompakan yang dibuat memberi kiasan
bahawa hanya satu kompeni yang kecurian. Kini, timbul kesangsian apakah
rompakan di kali pertama dan kedua itu dilaksanakan oleh perompak yang sama.
Memang, semua hasil rompakan itu boleh diangkut dalam tiga buah Pajero
persis mengangkut barangan untuk dijual di pasar malam. Tetapi,
mengangkutnya bersama 15 orang perompak tentulah memerlukan satu penyusunan
yang menyendatkan. Kini, cara kelengkapan bersenjata itu diangkut bukannya
menjadi satu issu. Cara rompakan itu selesai dalam masa 90 minit yang
dipertikaikan. Para pegawai telah melakukan pelbagai usaha untuk
membuktikan bahawa rompakan itu dapat diselesaikan denan mempamirkan segala
alat bersenjata yagn dikatakan telah dicuri itu. Tetapi, inilah yang
mencetuskan beberapa persoalan lagi. Ketika rompakan yang kedua
dilaksanakan, berlaku beberapa insiden yang sungguh stail seperti adanya
juruiring yang menemani para pegawai yang datan melawat di malam buta itu
dan betapa kelengkapan bersenjata dimuatkan ke atas kenderaan yang sudah
pun sarat dengan senjata yang lain. Inilah yang mencurigakan. Lagipun,
bagaimanakah 15 orang perompak itu mampu melarikan diri mereka dalam masa
90minit sebelum fajar menyinsing di Sauk. Bagaimana pula dengan cara
senjata itu diangkut ke Bukit Jenalik ( Sebenarnya jarak Bukit Jenalik
daripada jalanraya Sauk-Lenggong hanya sekitar 400 meter dan bukannya tujuh
kilometer yang disiarkan oleh banyak akhbar dan juga yang disangkakan oleh
MGG Pillai). Sudah ada kini keraguan bahawa senjata yang dipamerkan itu
bukannya senjata yagn dicuri daripada kem tentera berkenaan. Malahan sudah
banyak suara sumbang yang menyoal kenapa pihak Angkatan Tenera Malaysia
masih terlibat dalam usaha mendapatkan balik senjata yang kecurian itu
selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan kes itu sebagai satu kes
jenayah. Sebaliknya, Panglima Medan telah menyelar para pembangkang dan
juga orang lain yang masih tidak percayakan versi rasmi pihak angkatan
tentera itu.
Banyak lagi persoalan yagn tidak terjawab. Kenapakah Batalion 304 Wataniah
menyerahkan senjata itu semua secara bermurah hati? Apakah pucuk kepimpinan
tentera itu telah dirasuk oleh anasir luar sehinggakan batalion itu sudah
menjangkakan kedatanang para perompak itu? Kalaulah satu batalion yang
lengkap bersenjata mudah dirompak, apakah sudah jadi dengan keselamatan
negara? Beberapa pegawai tentera, samada masih berkhidmat ataupun yang
sudah bersara merasa yakin bahawa tiga buah Pajero tidak mampu membawa
beban senjata romapkan itu. Apatah lagi dengan memuatkan kenderaan itu
dengan 15 orang berasamanya. Mengankut semua itu memerlukan tambahan dua
hingga tiga trak muaan tiga tan. Bagaimana pula kelengkapan perang itu
dibawa lari ke Bukit Jenalik? Jadi, kenapakan pihak kerajaan merasa tergugat
untuk membuktikan semua senjata itu mampu dimuatkan dalam tiga Pajero?
Memanglah perkara itu boleh dilakukan. Soalnya sekarang, dalam keadaan yang
terserlah itu adalah mustahil melakukannya. Apakah kerajaan yakin, apabila
perkara ini dapat dibuktikan, segala kisah yang bercanggah mengenai episod
ini dapat dipercayai tanpa sebarang keraguan lagi?
Banyak lagi masalah yang perlu dibereskan. Pihak kerajaan masih bertegas
bahawa Kumpulan al-Maunah yagn dituduh melakukan rompakan itu bertujuan
menggulingkan kerajaan dan akan dikenakan tuduhan menderhaka. (Selalunya
sesiapa yang menderhaka dan cuba mengisytihar perang terhadap raja boleh
dikenakan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup. Sedangkan seseorang
yang didapati memilikki peluru kepada satu senjata yang telah dijualnya
boleh dikenakan hukuman mati mandatori seperti juga seseorang yang didapati
memilikki 15 grms heroin)
Kerajaan terpaksa bertindak tegas. Kebanyakan mereka yang dituduh itu adalah
ahli UMNO ataupun pernah menjadi ahli UMNO. Kalau mereka dituduh di bawah
akta bersenjata mereka terpaksa menghadapi tuduhan hukuman mati. Tetapi,
kesan politik dalam hal yang melibatkan 30 orang Melayu dihukum mati
tentunya akan menggemparkan. Kerana itu mereka dituduh dengan tuduhan
menderhaka yang membawa hukuman yang ringan sedikit. Cara pihak kerajaan
mengenakan tuduhan ini menarik perhatian kita. Terutama sekali apabila
Peguam Negara membuat kenyataan kenapa tindakan demikian dilakukannya.
Begitulah juga halnya apabila pihak polis memberikan penjelasan mereka
kepada ahli keluarag yang dituduh. Nampak sangat ciri-ciri berlembut dalam
hal ini.
Nampaknya, lakonan semula episod rompakan senjata di Gerik itu yang akan
dilakonkan pada hari Rabu ini sudah tentu akan menyerlahkan lebih banyak
masalah kredibiliti daripada yang boleh dijangkakan oleh pihak kerajaan
untuk mengakuinya secara terbuka.
Dierjemahkan oleh MT
15 Ogos, 2000.