Laman Webantu KM2A1: 2541 File Size: 1.8 Kb * |
Kemelut AHO - betapa dia bodoh? By Tok Misai 13/8/2000 10:52 am Sun |
Kemelut AHO yang menunjukkan betapa dia bodoh.
Apa yang kecuh sangat dengan orang tua ini sampai nangis sana sini
macam budak kecik mengadu nak cuba bagi tahu pada orang ramai yang dia
kononnya tak bersalah? Di zaman teknologi canggih ni sekarang, hampir semua masalah boleh
diselesaikan dengan mudah. Kalau betul dia tak bersalah, dia tidak
sepatutnya letak jawatan. Sebaliknya, dia sepatutnya mempertahankan
maruah dirinya dengan mengambil ujian DNA untuk membuktikan kepada
seluruh dunia bahawa dia bukanlah bapak kepada anak yang dilahirkan oleh
adik iparnya. Kalau dia yakin dia tak bersalah, dia tak perlu takut dan nangis
macam budak kecik. Jika keputusan DNA itu berpihak kepadanya, dia boleh
saman malu semua pihak yang telah memfitnahnya.
Saya difahamkan bahawa hukum bagi menggunakan keputusan DNA yang
dikira 99% tepat sebagai bukti utama dari segi syarak dalam kes2 sebegini
rupa adalah harus. Islam bukannya sempit hingga menolak sains dan
teknologi. Kalau AHO tak sanggup ambil ujian DNA ini untuk mempertahankan
dakwaannya yang dia tidak bersalah dan telah difitnah, maka saya tidak
dapat tidak membuat kesimpulan bahawa segala tuduhan terhadap AHO itu
benar. Oleh itu, AHO tunggu apa lagi? Ambil sajalah ujian DNA itu!
-Tok Misai- |