Laman Webantu KM2A1: 2538 File Size: 8.5 Kb * |
Ingredien Untuk Bikin "Bom Jangka" By Amin Sapiro 12/8/2000 8:55 pm Sat |
INGREDIEN UNTUK BIKIN SEBUAH ?BOM JANGKA?
SEPERTI yang tulis sebelum ini, saya masih di seberang Tambak sebelah
sini. Hujan renyai-renyai tadi tidak kunjung henti-henti. Bangunan usang
itu memang kelihatan uzur dengan kelilingnya asap berkepul-kepul -
skearang ditenggelami air hingga paras lutut. Maklumlah kawasan
setenggan pinggir bandar. Saya tidak sangka begitu sekali kemahuan orang mendiami kawasan
terpinggir itu - sebilang becakap, mereka menunjukkan semangat kental
membantah kezaliman yang dilakukan oleh puak Mahathir dalam UMNO.
Bagi mereka, banjir begini suatu kebiasaan. Anak-anak mereka sana sini
bersampan. Ada yang meredah banjir sewaktu pulang. Mungkin dalam
hati mereka, itu cuma bencana alam!! Satu Senario Ketidakprihatinan Bertahun-tahun mereka mendiami kawasan disitu. Rumah mereka beruang
sempit. Kemudahan asas tidak ada. Disitulah mereka mendirikan rumah
tempat beribadat hasil pungutan derma yang dicarum bersama. Didirikan
balai raya. Disitulah mereka berkumpul dan berbicara. Tidak habis-habis
mereka bercerita mengenai kehidupan yang tersisih dari arus kemajauan
disekitar. Saya sedih melihat mereka. Tetapi, adakah cukup sekadar
bercakap saja? Kabarnya, tidak ada siapa yang melawat mereka sebaik saja musim
pilihanraya berakhir sudah. Baru kini mereka sedar atau disedarkan.
Rupa-rupanya mereka adalah mangsa penipuan para pemimpin
UMNO/BN!! Itulah bangsa kita yang menghuni ?bandar istimewa? ini. Kabarnya,
puluhan kampung-kampung begini merata-merta kota di seberang
Tambak ini. Ratusan ribu orang Melayu menghuninya.
Yang sangat menyedihkan, bersebelahan ?Taman Seri Setegggan? itu,
tersergam rumah-rumah besar dan banglo mewah yang dimiliki rakyat
dari seberang Tambak sana. Mereka ada wang. Pemaju akan meletakkan
harga setengah juta. Masakan insan pinggir bandar itu ada sumber untuk
memilkinya. Kata mereka kepada saya, ?Dapat makan dan pakai pun sudah syukur.
Untuk perbelanjaan anak sekolah terpaksa mengahbiskan baki
pendapatan sebulan. Kalau atas rumah bocor, akan dicari zing-zing
buruk dari tempat pembuangan sampah?.?. Aduh..!! Inilah nasib bangsa
saya yang hidup di sebuah negara ?Serba BOLEH?..!!
Tak cukup dengan itu, harga barang untuk hidup kian melambung.
Sepinggan nasi lemak makan pagi mencapai harga RM7.oo. Segelas ?teh
lambung? sampai Rm2.oo. Pendapatan ?benar? bulanan bernilai 1/3
dibandingkan dengan Kuala Lumpur atau Melaka, Seremban, dll. Namum
regim Mahathir membantah sebarang anjakan gaji pekerja buruh
walaupun kos menyara hidup setanding dengan Singapura.
Makin nampak kepada kita, orang di Johor Baru dibanggakan oleh
UMNO/BN dengan kos hidup seperti Singapura tetapi diseksa
menanggung keperitan hidup seperti rakyat Kampuchea.
Sementara itu, Mahathir berbangga dengan kecanggihan MAHLIGAInya,
dan puluhan juta rakyat merempat membayar keborosan Mahathir
mempunah-ranahkan wang rakyat dengan pelbagai ?bail-ot? dan prokek
mewah yang membazir, dibina diseluruh negara.
Atas dari itu, Mahathir dan Kroni masing-masing memembungkus wang
rakyat dengan komisyen beratus juta, diangkut keluar negeri dan
disimpan disana. Mana yang rakus, akan melabur disana. Mahathir
sendiri ada ?ranch? cukup dengan kuda di Agentina, Banglo mewah di
California. Itu setakat yang terdengar.
Kabarnya simpanan negara sudah musnah. Mahathir tidak peduli. Kalau
Barisan Alternatif menang kelak, pemimpin mereka akan menaggung
hutang sebuah negara yang sudah jatuh muflis!!
Budaya Melahirkan ?Anak Luar Nikah?..!
Kemarahan rakyat bukan setakat kehidupan mereka makin disia-siakan,
atau pemimpin regim ini tidak ada rasa tanggungjawab membela rakyat
dengan melakukan rasuah dan penyelwengan saja. Tetapi sekarang,
gejala paling busuk ialah tabiat mereka yang kian membudaya dikalangan
mereka yang cenderung melakukan zina, bersekudukan dan budaya
melahirkan ?anak diluar nikah?. Sejak Mahathir melindungi Rahim Thamby Chik memperkosa gadis bawah
umur (dan melahirkan anak luar nikah melalu sesi zina yang beragenda),
beberapa orang pemimpin UMNO yang terlibat dengan amalan
?perempuan simpanan?, membuka ?mess berfoya-foya? seperti
Hinghland Towers, restoran maksiat seperti ?The Ship? - kejadian terbaru
membukti bahawa yang menjadi pelindung maksiat bukan setakat
Mahathir saja. Abdullah Bedawi (anak ulamak terkenal) telah sekongkol yang redha hati
masuk perangkap budaya ?Melayu BARU? yang disarankan Mahathir
sedikit masa dulu. Melayu Baru bermaksud ?Orang Melayu mesti bersikap
secocok dengan definasi ?BARUA?..!!? UMNO sekarang berbangga sangat dengan pengakuan ?tidak langsung?
Abu Ha#san Omar yang bermukah dengan adik ipar sendiri; sementara
isteri beliau menyaksikan Menteri Besar ini berdalih seribu alasan
sebagai cubaan menutup keserakahannya. Pengakuan Ha#san Omar itu
ditakrifkan oleh UMNO sebagai ?He is a true gentlemen?.
Isk..isk?BIATANG dan HAIWAN pun baik sedikit dari mereka!!
Pemberhentian Abu Ha#san tidak sedikitpun mengikis tanggapan orang
bahaga maruah orang Islam dan ugama Islam sudah terbela. Mana
mungkin pemberhentian Abu Hasan mampu mengikis dosa maksiat itu;
kerana perbuatan zina beliau lebih berat dari zina biasa!!
Akbar arus perdana sekongkol mewar-warkan pembohongan Abu
Ha#san dan seluruh puak UMNO yang membohongi rakyat. Inilah agenda
Mahathir dan UMNO memproses dan mengaturcara untuk mensekularkan
Islam. Aduhai?.! Terfikir dalam hati saya, inilah ingredien rakyat untuk bikin
sebuah ?bom jangka? yang bakal meletupkan UMNO dan BN dalam
P/raya yang akan datang. Resepi itu bukan calang-calang. Sekarang,
eksperimen itu sedang dilakukan. Letupan kecil-kecilan sedang meledak
sana sini. Ledakan terakhir sedang tunggu.
Dalam hati rakyat makin nampak bahawa perubahan Kerajaan sedang
menjadi iltizam. Mahathir dan UMNO/BN sedang menerima asakan!!
RASAKAN!! Harapan Rakyat Menggunung Berharap sangat rakyat sekarang: Marilah kita sama-sama tumbangkan
regim ala ?TAGHUT? ini supaya negara ini kembali disusun atur seperti
yang diamanahkan oleh datuk-nenek kita.
Mungkin ini sebabnya majlis ceramah KeAILan di Taman Melewar malam
11 Ogos diharang oleh ratusan FRU yang dilengkap dengan senjata.
Apakah regim Mahathir tidak sedar bahawa ?Alam Siber? sudah dipenuhi
oleh Russeau dan Voltair, Boris Pasternak dan Tun Seri Lanang? Pena
mereka lebih tajam dari semburan ?water cannon? yang dimuntahkan
oleh media arus perdana dan saluran televisyen?.!!
INGAT MAHATHIR & UMNO/BN, REFORMASI sedang bergerak lebih kencang SEKARANG. Rakyat sudah
tidak pandang ke belakang. Makin nampak, selepas Kelantan dan
Terangganu, 10 buah negeri lagi akan dimilik-punya oleh Barisan
Alternatif/Barisan Rakyat!! Allahu Akbar! Amin Sapiro |