Laman Webantu KM2A1: 2536 File Size: 9.1 Kb * |
Sebuah "bom jangka" di Johor, Bah! By Amin Sapiro 12/8/2000 7:17 pm Sat |
Amin Sapiro (di seberang Tambak sebelah sini)
SEBUAH ?BOM JANGKA? AKAN MELEDAK DI JOHOR PULA, BAH!
Silaturrahim Mengerat Jati-Diri ?Wak..Wak..Silakan. Kita menanti sejak dari makan tengah hari tadi. Tak
kunjung sampai. Kami risau takut kemalangan dijalanan?? kata seorang
berjanggut dan bertubuh gempal, bermisai dan berjambang tebal.
Hehehe?bikin Mahathir marah..Yaaaahh??Kopiah Putih?..Hak! hak! Hak!
Seperti biasa saya akan tersenyum. Memang kebiasaan ?Amin Sapiro?.
Pantang jumpa sesiapa, sebelum orang tegur dulu, dia wajib memberi
salam. Salam dijawab tangan berjabat.
?Alhamdulillah?sudah tiba? berkata seorang yang terpacul dari pintu
besar. ?Maklumlah?jauh datangnya..!!? berkata seorang yang bermuka licin
bercermin mata. Separuh umur. Berkopiah. Tapi hitam. Terus saya
kedalam. Kueh mueh sudah disediakan. Kopi pahit dan cawan-cawan
masih ditungkupkan. Seteah berkenalan hampir 10 orang dibarusan
hadpan, saya terus memberi salam kepada hadirin hampir 50 orang.
Tanpa membuang masa, pengerusi majlis memperkenalkan.
Aduhai?.geleng kepala saya. Lebih separuh penyokong UMNO.
Selebihnya mengakui dari KeADILan dan PAS termasuk beberapa orang
dari PRM. Pengerusi yang kelihatan serius orangnya mengatakan,
katanya, ?Amin Sapiro bukan orang impot. Kalau Singapura dulu diagih
oleh Sulltan Hussein Shah kepada Raffles secara percuma, hari ini Wak
Amin tidak mahu Johor dijajah pula!! Mahathir anak Keling itu, kalau nak
jadi raja Mandeliar, kita akan sula dia?.!?
Waoo..berdebar hati saya. Begitu ?gempaq? nampaknya Pengerusi ini
memulakan ucapan pembukaannya. Mana boleh saya mengatasi
semangat beliau yang memang kental. Setelah itu saya memulakan
ucapan rengkas yang tersedia. REFORMASI - Disalah Tafsir Saya mulakan dengan berkata: ?REFORMASI memang sukar difahamkan. Mahathir dan ?mala?un?nya
memang sudah bersedia menyalah tasirkan maksud sebenar. Hari ini
dialih beliau pandangan rakyat seolah-olah kejadian di Indonesia yang
penuh peristiwa berdarah, rusuhan kaum dan pembunuhan adalah
?Reformasi?. Sebenarnya itu bukan Reformasi. Itu adalah ?rusuhan kaum
dan pembunuhan? lah. Kata saya, ?Reformasi? adalah lebih terang kalau kita lihat apa yang
sedang dilakukan oleh YAB TG Nik Aziz di Kelantan dan TG Hadi
Wananbg di Terengganu. Mereka berislah. Rakyat diajak melihat ke dalam
diri dan memantapkan rasa kasih sayang sesama sendiri. Hubungan
Kerajaan yang memerentah dengan rakyat ditadbirkan adalah berdasar
saling ikhlas mengikhlasi, prihatin kepedihan rakyat dan menginsafi
bahawa sistem pentadbiran kerajaan wajib telus dan main ?sepak
terajang? macam YAHUDI!!? WADUHHHHHH??!! Seorang dibelakang bertakbir!! Dan satu Dewan
usang itu bertakbir!! Sesudah reda gema takbir itu, saya sambung lagi. ?Saya bukan datang
memberi ceramah. Saya datang kerana mahu menerangkan kekeliruan
yang acapkali sangat ditohmahkan oleh TV dan media ma#sa. Sebagai
seorang bekas orang surat kabar dulunya, saya cakap terang-terang
disini bahawa apa yang ditulis dalam surat kabar dan gambar-gambar
yang dipancarkan oleh TV mengenai rusuhan kaum di Indonesia
bukanlah cara anak-anak muda yang berdemo di Dataran Merdeka atau
di pekarangan Mahkamah di Kuala Lumpur. Itu adalah dakyah dan
pembohongan puak Mahathir yang bertujuan menyebunyikan kezaliman
mereka?. Markas PAS diceroboh Penyangak Tiba-tiba talipon bimbit saya berbunyi. Saya minta maaf kepada hadirin
lalu menjawab panggilan. Seorang kawan memberitahu, katanya Markas
PAS di Taman Melewar diceroboh penyangak.
Saya tanya, mengapa tak ditangkap dan buat laporan polis?
Jawapan beliau, penyangak-penyangak itu ialah Polis.
Saya tanya lagi, ?itu tak apa, tangkap ramai-ramai dan ikat mereka dan
serahkan kepada Polis. Jawapan beliau, ?Hampir 200 orang, lengkap dengan senjata api, rotan
dan perasai, memagar seluruh bangunan Markaz, menyekat semua laluan
masuk dan menghalang dengan puluhan trak warna merah?.camno tak
tangkap? Saya tanya, ?Apa hak mereka berbuat begitu. Mengapa pihak PAS tak
bantah? Mengapa penganjur ceramah itu tidak membantah kalau benar
Polis FRU bertindak diluar batasan undang-undang? Kalau benar mereka
mengawal sejak jam 4.00 petang tentu pengajur samada mengistiharkan
ceramah dibatalkan atau berbincang dengan pihak ?penyangak? dan
teruskan??. Ulasan yang saya terima hanya, ?Orang ramai sudah mengambil
kesimpulan bahawa Polis sudah lebih hina dari ?anjing-anjing? yang
heret bersama mereka. Anjing-anjing jenis ?barua? ini lebih hina dari
anjing sebenarnya, hilang otak ?binatangnya???
Saya jawab, ?Tak payahlah kita menghina mereka. Cukuplah sekarang
bukti kepada rakyat bahawa jentera keselamatan rakyat sudah jadi
?anjing-anjing? yang sanggup menggigit tangan tuan (rakyat). yang
memberi mereka makan?. Saya tutup talipon.
Saya terangkan kepada hadirin bahawa Markaz PAS di sana sudah
diceroboh oleh FRU dan nampaknya seluruh jentera keselamatan awam
sudah dikuasai oleh regim ini dan sanggup melakukan kerja-kerja hina.
Setelah menceritakan maklumat yang saya terima itu, kami terus masuk ke
sesi perbincangan. Memang panas perbincangan kami.
Saya dapat menilai bahawa mereka yang hadir di cermah kelompok itu,
walaupun mereka yang cukup keciwa dengan tindak regim Mahathir dan
sikap Polis; namun mereka tidak mengambil sikap membantah secara
kekerasan. Saya kata, ?Kita gerakkan agenda dan aktiviti kita secara berkelompok
dan juruskan minda kita untuk menyedarkan rakyat bahawa ?Reformasi?
adalah pergerakan untuk mengambalikan kedaulatan negara, rakyat dan
ugama dari ?Penjajahan?. UMNOBN Ditimbangkan Penyokong Sendiri
Berkata seorang J/Kuasa Bahagian, ?UMNO/BN mesti ditumbangkan
dalam pilihanraya yang akan datang. Jangan lewat dari itu. Jika tidak
negara ini akan ketandusan setelah kekayaan negara dikaut mereka,
rakyat saling bermusuhan sesama kita, dan agama Islam di Yahudikan??.
Seorang yang mengaku tidak pernah mengetahui dan melihat gambar dan
rencana yang ditulis di internet berkata, ?Baru sekarang ada bokti saya
lihat dengan mata kepalanya macamana Mahathir dan UMNO/BN celaka
ini menggunakan tipu-daya mengahsut rakyat melalui media ma#sa?.
?Kalau begini?, kata beliau, ?kita wajib menggerakkan semua cawangan
didalam bahagian masing-masing mengedarkan risalah dan gambar yang
menunjukkan bagaimana buruknya sifat ?penjajah baru? yang
mencengkam kita?. Katanya. Kesimpulannya, dari apa yang berlaku dan dipersetujui, gerakan memberi
maklumat kepada rakyat akan dijalankan secara berhati-hati.
Perbincangan memutuskan beberapa cara (tidak dapat dihuraikan kerana
itu adalah rahsia) untuk menyebar dan memberi maklumat kepada rakyat
secara meluas. Nampaknya, Pilihanraya 2003/4 adalah sebuah ?Bom Jangka? yang
akan meledak di Johor ini. Rakyat di seberang Tambak sana akan melihat
asap yang berkepul-kepul. Insyallah!!
Allahu Akbar! REFORMASI! Amin Sapiro |