Laman Webantu KM2A1: 2525 File Size: 4.6 Kb * |
Malaysiakini Wajib Ambil Tindakkan Serta Merta By Amin Sapiro 10/8/2000 7:18 pm Thu |
Malaysiakini Wajib Mengambil Tindakan Serta Merta !!
a#salamualaikum WW, Kepada semua saudara Islam yang saya hormati, Kepada Editor
malaysiakini. KITA sudah lihat bantahan keras dari netters Islam mengenai surat
Radhakrishnan Muthiah bertajuk ?Do we need a moral code?? bertarikh
August 4, 2000, yang siarkan oleh akhbar internet malaysiakini.
Dari pandangan dari surat-surat pembaca yang tersiar di lamanweb FGR
(setakat yang kita lihat), dapat dirumuskan bahawa bantahan keras dari
netters Islam adalah menunjukkan mereka menuntut supaya malaysiakini
melaksanakan satu tanggungjawab kewartawanan berhemah selaras
dengan Perlembagaan Negara dan Akta Hasutan yang menegah
mana-mana pihak mencerca mana-mana ugama.
Malaysiakini harus bertanggungjawab memperbetulkan keadaan dengan
melakukan sesuatu selaras dengan etika kewartawanan amalan biasa.
Merujuk bantahan dan pandangan penganut agama Islam di internet
(Laman FGR setakat yang ditemui), diharap (dengan nama Allah Yang
Maha Pengasih Lagi Penyayang dengan kebesaran junjungan kita
Muhammad saw. dan kesucian Islam yang aman) diharap Editor
MalaysiaKini melakukan pelupusan (delete) keatas surat terbabit dengan
serta-merta dan meminta maaf kepada pembaca secara terbuka.
Adalah seperkara yang lebih bermaruah jika malaysiakini melakukan
seperti yang dituntut itu supaya mengelakkan dari pebuatan yang tidak
bertanggungjawab seperti itu tidak berlaku lagi dimasa akan datang.
Umat Islam di negara ini wajib merasa terhina, diperhina, dan rasa kesal
dan amat tersinggung oleh sikap mana-mana sumber maklumat yang
sejajar dengan tabiat, karenah, amalan biadap yang tidak beretika,
?anti-sosial? dan ?anti-ISLAM? seperti surat Radhakrishnan Muthiah
yang diluluskan untuk siaran oleh editor malaysiakini itu.
Tuntutan netters membantah keras kerana malaysiakini telah ditakrifkan
oleh netters Islam sebagai memulakan satu agenda menyerang Islam di
negara ini andainya berdegil tidak melayan tuntutan netters Islam yang
mengetahui wujudnya rencana/surat Radhakrishnan Muthiah bertajuk
?Do we need a moral code?? bertarikh August 4, 2000, yang siarkan
oleh akhbar internet malaysiakini. Selari dengan itu, perkara ini akan diperhatikan sehari dua lagi.
Andainya tuntutan itu tidak diambil perhatian oleh pihak yang
bertanggungjawab di malaysiakini, maka terpulanglah kepada pihak
berkuasa kerajaan, mana-mana gabungan sekutu agensi NGO, Jabatan
Kerajaan berkenaan, parti-parti politik yang bertanggungjawab
menjunjung kewibawaan Islam (seperti termaktub dalam Perlembagaan
Negara) supaya melakukan sesuatu yang wajar positif bagi
mempertahankan keunggulan agama Islam (seperti termaktub dalam
Perlembagaan). Diharap semua Laman-laman Web yang wujud disini meletakkan ?Logo
& Slogan? bantahan terhadap malaysiakini mengikut budi bicara anda.
Umat Islam di negara ini tidak akan menerima agamanya disalahtafsir dan
perlekeh oleh bukan Islam yang bebal dan kufar. Umat Islam tidak mahu
menanggung dosa besar sebagai bersekongkol membiarkan satu puak
lain mempersenda agama Islam secara sengaja tanpa diambil tindakan
berkesan. Apa yang ditulis oleh pihak netters Islam adalah rumusan yang hak bagi
umat Islam demi mempertahankan ugamanya. Diharap malaysiakini akan
melakukan seperti yang yang tuntut kerana ini adalah hak orang Islam
dan bukan hak akhbar internet malaysiakini berdegil atas sebarang apa
juga alasan MENAFIKAN hak itu. Sila letakkan akhbar anda semula ketempat yang dihormati dan
sewajarnya . Sekian. Terima Kasih Amin Sapiro |