BUMI PUN BERASA PILU
Terjatuhnya hukuman ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga adik angkatnya
Sukma Darwman Sasmitaat Madja, oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ariffin Jakka,
bererti satu babak drama panjang dalam sejarah kehakiman negara akan sampai
ke penghujungnya. Tetapi, cara hukuman itu dijatuhkan berasaskan cara kes
itu dirancang untuk memuaskan nafsu-nafsi seorang diktator tua, akan
mencetuskan satu babak baru pula. Dengan perkataan mudah, drama panjang itu
akan menjadi lebih panjang lagi.
Tidak ada yang menakjubkan dalam pengumuman Ariffin Jakka, kerana beliau
sudah lama diiktiraf sebagai seorang hakim robot bikinan mausia berhati
syaitan. Sebagai seorang hakim yang beragama Islam, beliau bukannya baru
keluar daripada universiti untuk mengejar nama lagi. Usianya yang sudah di
ambang maghrib itu tidak lagi memerlukan sebarang insentif untuk melalukan
sesuatu yang sensasi dalam kes ini. Sepatutnya dia sudah mampu
membakul-sampahkan kes ini di tahap awal lagi. Namun, semua itu dia tidak
mampu lakukan kerana dia sudah lama dirasuk oleh syaitan. Apakah Ariffin
Jaka tidak faham dan sedar bahawa dalam hukum syarak, kes DSAI ini adalah
satu drama yang amat lemah untuk dipertimbangkan? Keputusan Ariffin Jaka
sepatutnya diumumkan pada 4 Ogos. Oleh kerana ia jatuh pada hari Jumaat,
pihak Mahathir amat takut akan reaksi rakyat yang memang ramai berjumaah di
masjid-masjid. Kerana itu kes ditangguhkan untuk mengelakkan masalah
demikian.
Memang banyak perisitawa yang muncul secara kebetulan sejak 4 Ogos itu:
a) Tercetusnya satu tulisan di Malaysiakini yang dikatakan tulisan seorang
yang bernama Radhakrishnan Muthiah (M.A.) daripada Cambridge. Hanya
Malaysiakini yang mampu mengsahkan siapa sebenarnya penulis artikel itu.
Kepada saya artikel itu adalah satu alat melencong perhatian seluruh negara
ini terutama sekali orang melayu terhadap kes DSAI. Melalui Malaysiakini,
Mahathir dan juga para konspiratornya ternyata berjaya besar membuat
perangkap samar yang berjaya memesongkan pemikiran orang Melayu. Adalah
tidak mungkin seseoang yang berkelulusan Cambridge mahu mempelekehkan
kesucian satu ugama global, sedangkan di waktu yang sama dia sedar banyaknya
keganjalan dalam falsafah hidup bangsanya yang diberi nama agama Hiindu
itu. Kalu dia mampu memperlekehkan agama Islam tentu dia pernah terfikirkan
budaya 'sati' di mana seorang isteri mesti menghumbankan badannya ke unggun
api yang membakari mayat si suaminya. Tentu dia mahu menyoal kenapa seekor
lembu dianggap dewata kerana susu yang keluar menjadi minuman bangsanya
sedangkan dagingnya dianggap suci. Di waktu yang sama lembu itu diherdek
setiap hari dan badannya dipukul sewenang-wenangnya? Yang lebih serius lagi
tentu dia mampu mencuit mindanya sendiri melihatkan dewata yang banyak
tangan tanpa banyak kepala dan mungkin juga tanpa banyak organ kemaluannya?
Saya tidak hairan kalau manusia yang bernama Radakrishnan Muthiah itu
sebenarnya seorang penulis lama yang kini bergelar si diktator tua.
b) Beberapa pemimpin muda Barisan Alternatif telah ditangkap pada hari
Jumaat yang lalu. Lokman Adam telah ditangkap juga dan masih lagi ditahan.
Kalau yang lain (tujuh semuanya) telah dibebaskan kenapakah Lokman Adam
terus ditahan berdasarkan keaktifannya dalam pergerakan menyokong DSAI. Di
waktu yang sama beberapa personaliti dalam B.A. (Ezam, Azmin Ali, Zunar dan
banyak lagi) terpaksa sibuk menghadirkan diri mereka di mahkamah atas
tuduhan melakukan demonstrasi haram di masa yang lalu. Semua ini adalah
bertujuan menyisihkan pemimpin yang mampu merancang demonstrasi rakyat.
Malahan pada hari ini (8 Ogos), Tian Chua diheret oleh beberapa orang
pegawai polis atas tuduhan "beliau menghina seorang pegawai polis".
Peristiwa beliau diheret itu dijadikan gambar muka hadapan Malay Mail (Edisi
Khas). Tujuan pihak polis menangkapnya adalah berasaskan 'preemptive
measures' sahaja.
c) Sejak 4 Ogos yang lalu semua rumah tol pintu masuk ke Lembah Kelang telah
dikawal khas dengan cara menempatkan lebih ramai anggota polis di situ.
Apakah itu juga berbentuk 'preemptive measures'
d) Pada 5 Ogos, Majlis 'The Mega Sales Carnival 2000' telah dilancarkan
oleh Paklah. Upacara itu dilakukan di Jalan Bukit Bintang, sedangkan di
waktu yang sama majlis yang serupa dilancarkan juga di Johor Bahru. Rejim
Mahathir tidak akan melancarakan karnivel ini kalau ia tidak yakin bahawa
kes DSAI mampu mencetuskan huru-hara. Cuma, lewatkan sahaja pengemumannya
sehingga hari Salasa 8 ogos, semuanya akan berjalan dengan lancar.
e) Mungkin secara tidak terduga, missi khas yang dilakukan oleh Aziz
Shamsuddin bersama seorang bekas Ketua Menteri Sabah ke Filipina untuk
membebaskan tahanan Abu Syayaf di Kepulauan Jolo, terbantut. Pesawat yang
membawa Aziz Shamsuddin tidak diberi keizinan mendarat. Sepatutnya Aziz
'berjaya' membebaskan saki baki tahanan yang masih menjadi tebusan kumpulan
itu. Soalnya sekarang kenapakah seorang timbalan menteri pelajaran
ditugaskan menjalankan kerja-kerja menteri luar ataupun menteri hal ehwal
dalam negeri?
f) Pada hari Selasa itu juga muncul berita bagaimana semua anggota Al Maunah
yang ditangkap di Bukit Jenalik (termasuk dua orang yang menyerah diri)
dihadapkan ke mahkamah rendah di Taiping. Mereka diangkut dengan beberapa
kenderaan daripada Bukit Aman ke Taiping. Di sana mereka diarahkan oleh
mahkamah untuk menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Soalnya
sekarang, kenapakan mereka tidak dikenakan tuduhan itu di Kuala Lumpur.
Bukankah itu menjimatkan belanja. Agenda mengangkut mereka pergi balik
adalah laksana mengangkut tilam yang dikatakan digunakan di Tivoli Apartment
dulu; dengan tujuan untuk menarik minat orang ramai sahaja.
g) Hampir semua media perdana (akhbar dan TV) termasuk tabloid murahan
seperti 'Bebas' (Yahaya Ismail), Era (Idris Tulis) dan Warta KL telah
memainkan peranan besar untuk menonjolkan Mahathir ke puncak pujian yang
sungguh menjelekkan. Mereka telah menyediakan fikiran rakyat untuk menerima
berita hukuman ke atas DSAI itu sebagai sesuatu yang mengikuti hukum
undang-undang yagn bersih lagi bersih. Mereka telah mencanangkan ke otak
rakyat marhaen betapa DSAI adalah seorang penjenayah yang mesti dihukum lagi
agar beliau tidak mampu bergerak bebas untuk satu empoh yang panjang.
Setidak-tidaknya segala perencanaan yagn rapi telah dilakukan agar rakyar
marhaen mampu menerima hukuman berat yang akan dikenakan terhadap Anwar
Ibrahim. Para konspirator tidak mampu mengambil kira betapa hukuman yang
berat itu akan memisahkan satu keluarga daripada seorang ayah. Anak-anak
Anwar akan membesar dibawah jagaan seorang ibu yang perlu terus bersabar.
Apabila Anwar dibebaskan kelak semua anaknya sudah pun membesar dan usia
Anwar pun sudah menjangkau lebih daripada enam puluh lima tahun.
h) Apa yang dikatakan amanat haji Hadi yang disebut dua puluh tahun dulu (20
tahun) ditukarkan kepada tajuk baru yang lebih sensasi. Semua akhbar perdana
memainkan satu tajuk baru berjodol 'Fatwa Haji Hadi'. Tujuan sebenar tajuk
sensaasi itu ialah mengkucar-kacirkan pemikiran orang Melayu agar terpesong
pemikiran mereka daripada kes DSAI ini dan juga kisah penangkapan beberapa
orang Melayu beragama islam di sebuah bar minuman di premis 'The Ship'.
i) Di waktu yang sama beberapa orang pemimpin UMNO diarahkan untuk
bersuara lantang meminta agar perkataan 'Islam' dalam pertubuhan politik
yang lama dikenali sebagai 'PAS' itu digugurkan. Inilah bahan pelencong
yang ditujukan kepada segenap pemikiran rakyat marhaen beragama Islam di
negara ini.
Yang lucunya, isu 'Fatwa Haji Hadi' dan 'Islam PAS' muncul setelah episod
Sauk diterima oleh masyarakat Melayu sebagai satu episod drama melayu moden
di zaman negara dijajah oleh seorang diktator yang semakin sewel.
RANCANGAN KOTOR LAGI JIJIK
Episod Anwar Ibrahim adalah satu episod yang akan terus menjadi panjang
selagi seorang insan berhati syaitan terus memegang kuasa sebagai seorang
diktator tua. Dari hukum Islam, Anwar Ibrahim tidak layak berada di sebuah
bilik berjejari besi. Dia masih merengkok di sana dan akan terus merengkok
di situ selagi Mahathir bin Mohamad masih berkuasa. Strategi memerangkap
Anwar terus dengan hukuman tambahan adalah bertujuan agar semua anak-anak
Mahathir yang sedang enak hidupnya (dengan segala peluang perniagaan yang
indah-indah) akan terus menikmati segala punca kerakusan dunia ini walaupun
Mahathir sudah lama mampos. Mahathir tahu dia tidak akan dapat menongkat
langit, apatah lagi sudah beberapa kali menjalani bedahan susulan kepada
injap jantungnya. Janganlah dia cuba berangan-angan mahu terus menipu rakyat
negara ini. Daripada rambutnya mungkin dia mampu terus menghitamkan setiap
helai juraian uban yang timbul itu. Tetapi, dia tidak akan mampu terus
menghitamkan apa juga yang semakin terserlah dan terdedah hasil kerjanya
yang keji-keji.
Kalau diamati segala peristiwa yang tercetus sejak dua tahun yang lalu kita
akan faham betapa adanya satu sindiket khas yang berbentuk mega yang
menupang Mahathir Mohammad untuk terus berkuasa. Sindiket ini bukan
calang-calang kekuatannya. Ia mampu membunuh, mencederakan, menipu, manyamun
dan mengarahkan drama sensasi. Begitu canggihnya sindiket ini sehingga ia
mampu merencana bagaimana Mahathir harus berlakon depan rakyat marhaen dan
membaca doa ketika majlis persidangan UMNO satu ketika dulu.
Untuk memahami kekuatan sindket mega ini kita perlu meneliti 'verdict
Ariffin Jaka' sebelum menjatuhkan hukumannya terhadap Anwar. Tidak ada satu
nisbah pun yang boleh diterima oleh akal yang waras dalam verdik itu.
Tetapi, itulah hakikatnya. Segala tuduhan terhadap Sukma Darmawan dan Anwar
Ibrahim adalah hasil satu jalinan fantasi yang dilaksanakan oleh sekumpulan
orang Melayu yang bertaraf professional. Kalau ada pun seorang bukan Melayu
( daripada golongan profesional) yang terlibat dalam persekongkolan itu
beliau adalah seorang hakim yang bernama Augustine Paul.
Jelas kini, Mahathir Mohammad mampu terus berkuasa kerana dia mampu
memutarkan otak pemikiran sekumpulan Melayu yang taksub dan setia kepada
kepimpinannya. Cara dia mampu mengawal minda dan perilaku sekumpulan Melayu
ini adalah sungguh menakjubkan. Ia hanya akan terdedah semuanya apabila
berlaku satu peristiwa mengejut di negara ini seperti Mahathir mati secara
tiba-tiba samada mengikut amalan biasa ataupun sebaliknya. Ataupun
Mahathir kehilangan kuasanya itu secara mengejut juga melalui amalan
demokrasi ataupun rampasan kuasa oleh pihak tertentu dalam parti UMNO
ataupun di luar percaturan parti politik. Ataupun sekumpulan orang Melayu
yang dipukau untuk melaksanakan tugas yagn jijik itu tiba-tiba sedar
daripada pukauan yang menghantui mereka sehinggakan kesedaran itu membawa
satu reaksi yang spontan untuk mendedahkan kejijikan cara kepimpinan
Mahathir itu.
Rancangan Mahathir yang kotor dan jijik ini harus difahami oleh rakyat
marhaen yang cintakan negaranya. Kita harus bersikap positif dalam perkara
ini. Janganlah ada kumpulan di pihak pembangkang yang mudah menyelar
kumpulan Melayu yang taksub dengan kesetiaan kepada Mahathir ini sebagai
kumpulan yang sesat. Ramai di antara mereka itu nampak sesat kerana
diperangkap melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan etika
pekerjaan mereka. Kalaulah kesalahan yang terserlah itu dipergunakan oleh
Mahathir, manusia ini sudah tentu kehilangan sesuatu ayng berharga dalam
hidup mereka. Apabila sesuatu itu mudah hilang di ambang kesenjaan khidmat
mereka, makanya jalan yang paling mudah ialah untuk terus akur mengikut
perintah. Tidak kiralah kalau keakuran itu bererti mereka menggadaikan
martabat diri dan harga nama sendiri.
Memang, sekali pandang kita mudah menuduh Eusuoff Chin, Attorney General
Mokhtar Ahmad, Hakim Ariffin Jakka, SAC 1 Musa Hasaan, Gani Patail, Dato
Zulkifli Abdul Rahim dan banyak lagi. Semua ini adalah berbangsa Melayu yang
menjalankan pelbagai peranan untuk menghenyak Anwar Ibrahim. Betapa pula
dengan Mantan Ketua Polis Negara Rahim Nor yang melebaman mata Anwar.
Bagaimana pula dengan Tun Hanif Omar yang mengaku betapa ada tuduhan
terhadap Anwar melakukan perbuatan sumbang? Tetapi, apabila kita selidikki
dalam-dalam akan peranan setiap insan yang tersebut namanya di atas ini
dengan menyingkap perlabgai latar belakang mereka, kita dapati mereka
mempunyai beberapa kelemahan yang mampu diliwat oleh Mahathir agar terus
taat setia terhadapnya secara membuta-tuli. Dengan lain perkataan, mereka
mampu diputarbalik untuk menjadi robot bikinan seorang insan yang sudah lupa
daratan.
BANGSA MELAYU YANG DIBICARAKAN
Hukuman yang dikenakan terhadap Anwar dan Sukma Darmawan adalah satu hukuman
yang melambangkan betapa seluruh bangsa Melayu itu telah dihukum. Ya, pada
hari ini 8 Ogos 2000 bangsa Melayu telah dihina secara rasmi kerana sikap
orfang melayu yang sanggup merendah diri kepada kepimpinannya. Inilah
lambang bagaimana orang melayu itu sanggup berserah kepada taqdir setiap
kali musibah datang menjalang. Ironisnya, setiap kali musibah itu menjalang
ia datang daripada otak jemala orang Melayu juga. Lihat dulu sejarah bangsa,
bagaimanakah kerajaan Sultan Melayu Melaka hancur lebur kalau bukan
disebabkan kegagalan orang melayu menyedari hakikat betapa orang mendatang
mampu mempunah-ranahkan bangsanya? Bagaimana pula Dato Maharajalela dan
Dato Sagor boleh terhukum kalau bukan kerana adanya orang Melayu yang
sanggup belot terhadap bangsanya?
Kini, sejarah berulang lagi. Seorang wira Melayu terhukum kerana dia mahu
mempertahankan harga diri bangsanya.
Seorang diplomat asing yang sudah lama berada di negara ini menitiskan
airmatanya ketika berbual dengan penulis mengenai DSAI. Dia berkata betapa
dari segi ketokohan memimpin masyarakat bangsa, kewibawaan Mahathir adalah
jauh lebih rendah daripada kewibawaan Anwar Ibrahim. Inilah penyebab utama
berlakunya segala usaha daripada pihak Mahathir untuk memusnahkan Anwar
Ibrahim. "Sebenarnya sudah lama Mahathir mahu memusnahkan Anwar, tetapi
Allah sentiasa memihak kepadanya. Cuma, Anwar tidak berwaspada daripada
mulanya lagi. Dia memikirkan Mahathir cukup dilembutkan-hatinya dengan
memberi taraf kebapaan terhadapnya. Di sinilah kesilapan terbesar Anwar,
sebenarnya. Anwar lupa dan mungkin tidak perasan bahawa mahathir berkuasa
penuh kerana dia dikelilingi oleh manusia yang berhati syaitan, yang sudah
lupa akan kekuasaan Tuhan dan tidak mahu memikirkan bahawa setiap insan akan
mati menemui penciptanya. "
Dalam dunia korporat di negara ini, kita akan mudah terdengar beberapa
insiden di mana orang melayu sanggup berlapar saban hari semata-mata mahukan
masa yang baik menunggu peluang bersua muka dengan mahathir. Betapa pun
pentingnya masalah yang mereka hadapi,orang melayu yang kebanyakannya
berkelulusan tinggi dan mempunyai degree yang menjela panjangnya akan
sanggup menanti peluang yang baik untuk mengemukakan masalah mereka .
Tetapi, perkara seperti ini lain pula cara ditangani oleh orang bukan
Melayu. Terlalu banyak insiden bagaimana Mahathir sanggup keluar daripada
majlis yang dipengerusikannya apabila dia melihatkan jentikan jari yang
disorongkan terhadapnya oleh korporat bukan Melayu yang diberi peluang
menghulurkan jarinya itu melepasi celah pintu. Ironisnya, sebilangan besar
korporat bukan Melayu itu tidak pun mempunyai sebarang ijazah yagn panjang
menjela. Mereka melonjak naik ke mercu kejayaan nama mereka melalui kerja
kontrak pilihan semata-mata. Inilah korporat ulungan yang bernama Eric Chia,
Ting Pik King, Vincent Tan, Abdullah Ang, dan banyak lagi.
Dengan lain perkataan, Mahathir bin Mohammad berjaya merobotkan sebilangan
besar pemimpin Melayu yang sanggup terus taat setia kepadanya. Tetapi, di
waktu yang sama dia mudah dirobotkan oleh segelintir orang bukan Melayu yang
tidak pun mempunyai sebarang kelulusan profesional pada nama mereka. Kerana
itu mereka sanggup bermati-matian mengejar segala gelaran bintang dan darjat
penganugerahan sultan dan gobenor di negara ini. Semua itu mereka lakukan
dengan jayanya setelah menjebak Mahathir dalam satu perangkap emas yang
tidak nampak di mata rakyat marhaen di negara ini.
Segala insiden merendahkan martabat Mahathir oleh segelintir ketua korporat
bukan Melayu (terutama sekali orang Cina) di negara ini dilakukan dengan
jayanya disebabkan adanya sokongan dan persekongkolan segelinir orang
Melayu. Pemimpin kaparat bukan Melayu hanya mampu merobotkan Mahathir dengan
kerjasama kumpulan kaparat Melayu yang diberikan amanah oleh masyarakat
bangsanya. Satu parsatu di antara mereka ini sedang dihantui satu dilema
kehidupan yang menjijikkan. Tak payahlah disebutkan nama mereka itu kerana
kita tidak mahu mengaibkan ahli keluaurga mereka yang tidak berdosa. Biarlah
masa yang terdekat menentukan segalanya di mana mereka akan menanggung aib
kerja jijik yang mereka lakukan itu. Contoh yang paling baik ialah episod
percutian Eusoff Chin dan Mokhtar Ahmad bersama Vincent Tan di luar negara.
Apakah mereka mampu tidur lena dengan segala pendedahan yang dilakukan di
media ma#sa? Dalam satu waktu yang terdekat manusia yang disebutkan
namanya ini akan merasakan betapa hinanya hidup mereka walaupun segala
gelaran bintang dan anugerah raja telah disematkan di dada mereka.
Penghinaan terhadap Anwar akan menghantui hidup mereka seterusnya.
Demikianlah halnya dengan seorang insan bernama Aziz Shamsuddin. Ada satu
kes yang melibatkan kehilangan sekeping chek (atas nama isterinya) yang
dicuri orang ketika berlakunya kemalangan yang meragut nyawa isteri beliau.
Aziz Shamsuddin adalah seorang insan yang hampir menyerupai syaitan
perangainya. Dia disanjung tinggi oleh orang UMNO kerana dia adalah pakar
pemikir sindiket Mahathir. Tanpa memenangi kerusi pilihanraya dia mampu
menjadi timbalan menteri dan besar kemungkinannya sehari dua ini menjadi
seorang menteri penuh. Kepintarannya mengawal minda Mahathir semakin
terserlah dengan adanya Tengku Adnan sebagai setiausaha kerja UMNO. Kuasa
yang ada di tangannya mampu menangguhkan kes chek yang hilang itu daripada
pengetahun umum. Tetapi, sehingga bila agaknya? Kini, Aziz sibuk dengan
masalah tebusan di Sipadan yang dipunyai oleh salah seorang anak Mahathir.
Mungkin Aziz pun mempunyai saham dalam perniagaan di pulau itu. Soalnya
sekarang, apakah kerja-kerja sulit yang dilakukanoleh Aziz itu sebagai satu
strategi untuk menyingkirkan seseorang menteri yang kini berada di jawatan
yang akan digantikan oleh Aziz itu? Sambil memikirkan perkara ini, berapa
ramaikan orang Perak yang terfikir betapa Aziz juga berjaya menyingkirkan
seorang menteri kesayangan Mahathir yang bernama Megat Junid?
Kini, proses menonjolkan Aziz Shamsuddin dijangka akan berjalan dengan
rancaknya. Kalaulah pesawat yang membawanya ke Pulau Jolo itu tidak disekat,
Aziz mampu melonjakkan namanya lebih tinggi lagi. Demikianlah perancanaan
manusia yang mampu diveto oleh Allah yang Maha Berkuasa. Dengan terhumbannya
Anwar untuk satu waktu yang panjang di penjara satu rancangan jahat untuk
menentukan siapa yang akan menggantikan Mahathir sudah lama direncanakan. Di
bawah ini dipeturunakna satu analisa ramalan bagaimana dinasti Mahathir ini
mahu dikekalkan:
a) Perlekehkan masyarakat agama Islam agar generasi muda Melayu akan lebih
taksub kepada parti yang memerintah. Salah satu tugas memperlekehkan ajaran
Islam sedang dilakukan oleh seorang bekas menteri di kabinet Tun Razak dulu
- Dato Abdullah Ahmad. Contohnya boleh didapati dalam tulisan beliau
bertajuk "Hadi The Real Danger Man" (Sila lihat Straits Times August 8,
Mukasurat 14). Saya ingin petik sebahagian kecil penulisan beliau:
... " Saya memberikan satu pengajaran kepada PAS di sini. Yang merupakan
ssesuatu yang penting kepada seorang insan yang bercita-cita seperti Haji
Hadi kerana partinya menguasai hanya 2 daripada 14 negeri. Dia mesti
mengingati ini selalu: UMNO akan berkuasa kembali dan akan membalas
tumbukan PAS dan menyingkirkan beliau akhirnya sebaik sahaja ia bersedia
melakukannya. ..."
b) Kempen menjatuhkan Najib sedang berjalan sekarang. Beberapa tabloid
murahan sudah pun memulakan rencana agar "Najib Perlu Letak Jawatan". Semua
tabloid ini ada kena mengena dengan Mahathir Mohammad, Tengku Adnan dan UMNO
. Pada satu ketika dulu, pengendali tabloid ini amat taksub menonjolkan nama
AAnwar Ibrahim.
c) Kempen agar jawatan naib presiden UMNO dimansuhkan, masih berjalan secara
senyap. Tiga orang yang memegang jawtan itu sekarang sedang diperlekehkan.
Mohd. Taib adalah merupakan seekor kuda tempang. Begitu juga dengan
Mahyuddin Ya#sin yang semakin kehilangan pengaruhnya di Johor. Cuma, Najib
yang mesti diserang habis-habisan untuk melumpuhkan ikatan naib presiden
itu.
d) Paklah akan disogokkan dengan beberapa perkara sensasi yang membuatkan
beliau mudah melatah. Sedikit demi sedikit Paklah akan terpinggir dan
kehilangan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
e) Kempen memansuhkan jawatan naib-presiden parti UMNO telah dicetuskan oleh
Rafidah Aziz. Tentunya dengan arahan seorang atasan yang lebih berpengaruh.
Ramai orang berfikir Rafidah melaungkan pendapat itu sebagai persedian agar
dia dilantik sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri menggangtikan Paklah.
Bagaimana Paklah akan diketepikan adalah satu persoalan yang tidak perlu
difikirkan masa ini. Itu merupakan satu perkara yang amat mudah sahaja.
Terlalu banyak contoh yang telah dicipta dalam negara yang mengamalkan
konsep 'Malaysia Boleh'. Matlamat strategi ini dijangka akan membawa
beberapa perubahan tidak lama lagi. Besar kemungkinannya Rafidah menjadi
Menteri Kewangan ataupun Menteri Besar Perak. Ini membolehkan Aziz
Shamsuddin naik ke atas sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sayang sekali,
seorang menteri Filipina telah menyekat pendaratan pesawat yang membawa Aziz
Shamsuddin di Zamboanga itu. Kalau tidak, Aziz Shamsuddin akan menjadi satu
nama yang menonjol 'baunya'. Samaada haprak ataupun harum bauan itu adalah
satu soal lain pula.
Ironisnya, perkara yang memeranjatkan rakyat berlaku kepada Aziz Shamsuddin
ketika rakyat menghadapi keputusan mahkamah terhadap Anwar Ibrahim. Apakah
satu kebetulan, Aziz berada di Filippina ketika Anwar sedang berperang
terhadap nasih masa depan diri dan ahli keluarganya?
Demikianlah halnya dengan sebuah negara Melayu yang beragama Islam.
Keharmonian bangsa itu menjadi kucar-kacir disebabkan kerakusan kuasa
segelintir manusia Melayu yang terlalu takksub mengekalkan dinasti seorang
diktator tua yang sudah semakin lupa daratan. Pada hari ini (8
Ogos,00)seluruh ibukot nampak sugul dengan hujan turun renyai-renyai
sepanjang hari. Bumi seolah-olah turut pilu dan sayu dengan terjatuhnya
hukuman yang ditimpakan ke atas Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan.
Pada keseluruhannya masyarakat Malaysia merasakan kepiluan hukuman yang baru
itu. Sebilangan besar masyarakat Melayu masih lagi terkejut dengan hukuman
itu. Demikianlah berakhirnya satu babak yang panjang dalam satu drama yang
akan menjadi lebih panjang lagi. Ia tidak akan berakhir walaupun Mahathir
Mohammad sudah lama mampos, nanti. Penderitaan yang akan ditanggung oleh
Anwar Ibrahim dan seisi keluarganaya akan menjadi satu penderitaaan dan
keaiban seluruh masyarakat bangsa Melayu itu, khasnya. Walaupun ada
pengecualian di kalangan segelintir orang Melayu yang lupa daratan,
kerobotan yang berlaku kepada seluruh masyarakat Melayu akan diperbetulkan
oleh masa dengan kuasa yang ada pada Allah SWT juga.
Pembetulan skrip untuk memperbetulkan martabat Melayu yang tercemar itu
adalah satu proses yang sudah bermula dan yang akan berakhir dengan satu
penglaksanaan yang tidak akan mengambil satu masa yang panjang. Lihatlah
nanti. Insya Allah.
-Marhaintua-
8 Ogos, 2000