Laman Webantu KM2A1: 2515 File Size: 3.8 Kb * |
Re: Fwd Malaysiakini - anti Islam?? By web aNtu 8/8/2000 11:54 pm Tue |
Sumber: ADIL Net Date: Tue, 08 Aug 2000 02:26:48 +0800
From: Abdul Rahman Tuan Editor, Saya di sini MEMPERSOALKAN sikap Malaysiakini yang nampaknya semakin
ANTI ISLAM. Mengapa saya kata begitu???. Ini adalah kerana Malaysiakini bertindak
TIDAK ADIL di dalam menangani isu2 yang berkaitan dengan Islam. Sebagai
contoh, di dalam isu Vengaboys baru2 ini saya telah menghantar lebih
dari 5 surat kepada Malaysiakini tetapi tiada satu pun surat tersebut
yang disiarkan. Surat2 saya itu mengandungi FAKTA2 dan HUJJAH2 menyokong
protest terhadap konsert Vengaboys. Surat2 saya juga MENENTANG hujjah2
kosong yang diberikan oleh Farish Noor dan rakan2.
Artikel2 yang disiarkan dari sudut MENYOKONG PROTEST Vengaboys pula
adalah dalam bentuk SURAT dan bilangannya tidak banyak serta
kandungannya juga tidak berapa kuat sedangkan artikel yang MENYOKONG
KONSERT VENGABOYS mendapat tempat yang ISTIMEWA dalam Malaysiakini.com.
Mengapa bias ini berlaku???. Dalam isu EVOLUTION saya juga telah menghantar 2 artikel yang bersifat
SAINTIFIK di dalam menentang idea EVOLUTION ini. Tetapi tiada satu yang
disiarkan oleh Malaysiakini.com. Tetapi pada waktu yang sama Malaysiakini telah menyiarkan satu surat
yang bersifat REMEH bertajuk Unwelcome wake-up call/ Aug 5-6 , 2000.
Isu ini adalah isu yang remeh kerana si pengkomplen hanya perlu membuat
SATU PANGGILAN TELEFON kepada JAIS atau pihak jawatankuasa masjid
berkenaan untuk diperbetulkan keadaan tersebut. Mengapa perlu
DIPERBESAR2KAN isu tersebut sehingga mendapat tempat dalam
Malaysiakini?? Tetapi, surat bersifat REMEH ini TETAP DISIARKAN sedangkan tulisan2
saya yang menyentuh ISU yang LEBIH BESAR dan penting telah DIBAKUL
SAMPAHKAN. Mungkin juga surat saya telah MENYERANG fahaman LIBERALISMA BARAT yang
saya syak menjadi ANUTAN para WARTAWAN Malaysiakini. Sememangnya
menjadi tabiat para LIBERAL baik di Amerika mahupun di Malaysia bahawa
mereka amat bersikap TIDAK TERBUKA apabila mereka dikritik.
Pada waktu yang sama mereka menuduh golongan agama sebagai SEMPIT kerana
tidak boleh dikritik. Nampaknya mereka bersikap HIPOKRIT kerana mereka
menuduh orang lain APA YANG MEREKA SENDIRI BUAT.
Saya sendiri mensyaki bahawa para wartawan di Malaysiakini.com mempunyai
PREJUDIS yang tersimpan dengan agama/islam yang kadang2 mereka tertunjuk
juga kepada para pembaca akan sikap PREJUDIS mereka. Ini adalah lumrah
para LIBERAL yang tidak habis2 bersikap PREJUDIS dan BANGGA DIRI.
Saya hairan apabila para wartawan Malaysiakini.com sudah mula
memperbesarkan perkara REMEH hanya untuk memburukan Islam kerana mereka
tahu bahawa Islam adalah ANTITHESIS yang amat kuat kepada fahaman
Liberalisma Barat. Saya juga mempersoalkan mengapa tiada rujukan atau
penulis staff yang BERKELAYAKAN tentang Islam di dalam
Malaysiakini.com???. Kalau Malaysiakini.com mampu untuk mengambil kerja wartawan2 seperti
Amir Muhammad dsbnya mengapa tidak mahu mengambil kerja wartawan2 yang
mempunyai kefahaman Islam yang tinggi. Malahan tiada pun tempat RUJUKAN
ULAMA ISLAM yang dimasukkan di dalam senarai
staff Malaysiakini.com. Walaubagaimanapun, sekiranya Malaysiakini.com sanggup membuat satu
perubahan yang positif di dalam menjaga KEHARMONIAN KAUM, maka saya
mengalu2kan nya. Abdul Rahman Abdul Talib Link Reference : Newskini |