Laman Webantu KM2A1: 2510 File Size: 11.2 Kb * |
Islam VS Nasionalisma By web aNtu 8/8/2000 6:51 am Tue |
Berikut adalah "excerpts" surat saya kpd MT - belum hantar lagi .... tengah2 cari idea.... susah beb nak hantar surat yg REAL kpd sdr MT ni. Berikut adalah surat yg tak REAL lagi......
Semasa membaca warkah ini saya rasa sdr mungkin telah pun membaca sedikit
cetusan2 idea saya di laman KM2 sebagai komen/menjawab surat sdr. Sebenarnya
bukan menjawab - tetapi satu 'analisa warga muda' yg dibisikkan oleh satu
penulisan yg amat bermakna dari "wargatua". Mula2 saya merasa ingin memasukkan
cetusan2 itu di dalam warkah ini, tetapi bahasanya tidak sesuai - kerana gaya
penulisan saya yg tak seberapa, walaupun diubah sini dan sana.
Penulisan sdr adalah merupakan satu aset yg amat penting untuk perjuangan ini.
Sekali lagi saya doakan agar sdr terus menulis, dan kalau boleh di forwardkan
kepada saya di alamat ######@yahoo.com untuk siaran di KM2 dan ruangan penulis
reformasi dinewskini [dlm rangka pembinaan].
Islam dan Nasionalisma: Nationalism is the source of all misfortunes of Muslims - Khomeini.
Those who wish to revive nationalism are confronting Islam - Khomeini.
Our heart belongs not to India or Rome or Damascus. Our only homeland is Islam -
Iqbal. Nationalisma adalah satu isu yang menarik perhatian masyarakat. Setakat manakah
Islam boleh menerima ideologi ini?. Bolehkah seseorang muslim itu menjadi seorang
yang beriman dan seorang nasionalis pada ketika yang sama?
1) Timbulnya nasionalisma sebagai satu pegangan
Walaupun ciri2 nasionalisma mungkin telah ujud dalam sistem kaum Greek beribu2
tahun yg lampau, nasionalisma sebagai satu ideologi politik dan sosial lahir di
barat semasa revolusi Perancis. Abad ke 19 dipanggil "abad emas" nasionalisma. Pada abad inilah Thomas Jefferson
N Thomas Paine meletakkan batu asa nasionalisma Amerika. Di England pula Jeremy
Bentham membuka skop baru utk nasionalisma bersama William Gladstone. Pada waktu
ini nasionalisma merebak ke tengah2 N barat benua eropah. Pada abad inilah munculnya,
Mazzini dari Itali, seorang pakar dan pelopor teori nasionalisma dan hero2 nasionalisma
seperti Guiseppo Garibaldi (Itali), Victor Hugo (Perancis) dan Otto Bismarck
(Jerman). Nasionalisma mengukir sejarah pada abad emas ini - di mana byk negara mendapat
kemerdekaan, sprt Belgium. Tapi sejarah menunjukkan nasionalisma lebih byk
membinasa daripada membina.Napoleon III dan Bismark menggunakan slogan2
nasionalisma N liberalisma sebagai alasan (empty cover) untuk menghambakan
bangsa2 yg ditindas. Nasionalisma sebenarnya satu ideologi yg diciptakan oleh barat utk mengisi
kekosongan ideologi. Manusia tidak boleh hidup tanpa iman (faith), yakni sesuatu
yg ia dapat menunjukkan rasa sayang dan cinta. Dlm zaman pertengahan, faith ini
kedapatan dlm ajaran kristian tetapi ajaran ini tidak realistik, cacat serta satu
dimensi. Kerana itu ia tidak saintifik N anti-intelektual - menyebabkan ia tidak
dapat bertahan sebagai satu ugama universal dan kekal.
Nasionalisma adalah punca imperialisma. Pada abad ke 19, pihak barat memulakan
satu perlumbaan menjajah negara2 dunia ketiga. Nasionalisma dijadikan asa utk
merompak N menjajah bukan sahaja hasilbumi kita, malah pemikiran kita bersekali.
(Kesannya empayar Islam Melaka terkubur - Editor)
Secara otomatik nasionalisma menjadi alat utk kapitalisma. Penjajahan memberikan
peluang perniagaan N sumber modal haram. Dunia kapitalisma menjadi rancak dgn
terciptanya pelbagai mesin pada abad ke 18. Ia bermula pada tahun 1732 - di mana
John Key mencetus revolusi industri. Pada waktu inilah sentimen nasionalisma
digunakan oleh kapitalisma utk mempromosi barangan kapitalis dan melawan
kapitalis luar. a) Menjamin pasaran di bhg2 dunia yg lain (secure new markets).
b) Monopoli barangan tempatan dan menahan impot.
Maka wujudlah tema "tempatan" dan puak2 kapitalis ini melaung2 kan keuntungan
mereka utk disinonimkan dengan "national interest", "country interest" dsb. Pada
saat inilah buruh2 ditindas dan dieksploitasi.
Sejarah nasionalisma abad ini boleh dibahagikan kpd dua peringkat:
a) Awal abad 20 Pada Awal abad 20, gejala nasionalisma ini begitu menular di Eropah N Jepun -
hingga mencetuskan perang dunia. Pada tempoh inilah anak2 didik nasionalsima
meletak nasionalisma ketempat yg paling tinggi dan paling dahsyat melalui
Mussolini di Itali, Hitler di Jerman, Peron di Argentina, Franco di Sepanyol dan
Salazar di Portugis. Bersambung... (baru muka 26) Link Reference : Newskini |