Laman Webantu KM2A1: 2509 File Size: 7.1 Kb * |
Tun Teja Mencuit Minda & Keperihatinan Kita By Amin Sapiro 6/8/2000 11:27 pm Sun |
TUN TEJA MENCUIT MINDA dan KEPERIHATINAN KITA
Terperanjat beruk saya bila membaca rencana Tun Teja bertajuk
?MOMENTUM YANG PERLU DISEKAT.. ? di [Minda Rakyat].
Secara tiba-tiba rencana Srinkandi Reformasi ini mengalamatkan rencananya
dengan permulaan kata??Hai Pak Amin? What's up??.
Pada mulanya saya ia agakkan adik Tun Teja bergurau saja. Tapi makin
terbaca perenggan demi perenggan, saya rasa mesej beliau makin serius.
Bila sampai ke hujung perbincangannya, saya lihat Tun menyebut juga nama
rakan lama saya Pak Marhain Tua. Dengan itu saya harus berkongsi respon
dengan beliau. Apo kobar Pak Marhain. Sehat-sehat koh haghi nih?
Hehehe?!! Sebetulnya saya yang baru saja pulang dari kuliyah Subuh. Lebih seminggu
saya di Johor menyahut imbauan dari rakan-rakan lama yang mendesak
saya menjawab puluhan soalan mengapa saya mengistiharkan diri sebagai
?BEKAS ahli UMNO?. Mustahil saya menerangkan kepada mereka
sebab-musababnya tanpa berurusan secara berdepan. Jadi kami setuju
mengadakan Forum-Forum tertutup mencakup mereka yang pernah menjadi
pemimpin UMNO di peringkat pertengahan. (FYI: mereka sudah berpaling
tadah) Apa yang disebut oleh Tun Teja dalam rencana pendeknya sangat releven
kepada seluruh persoalan penyokong UMNO ?atas pagar?.
Kata Tun Teja: [?.Hati saya juga rasa terusik apabila mendengar, pagi semalam para
pejuang yang dibelasah dan ditangkap tanpa sebarang kesalahan dilakukan.
Sungguh kejam dan zalimnya mereka (polis).. Kekejaman dan kezaliman ini
akan kekal dalam lipatan hati dan sejarah bangsa].
Sebagai jawapan saya cuma dapat berkata begini:
?..Walaupun saya tidak sempat ke Kuala Lumpur (maklumlah saya penghuni
ceruk desa) untuk melihat suasana kecoh yang berpunca dari kegelabahan
pihak tertentu; namun saya dapat menggambarkan persamaan episod di
Tienanmen Square (beberapa tahun dulu) dengan apa yang berlaku di
Dataran Merdeka/perkarangan Mahkamah itu.
Jika Tienanmen Square di negeri China di perentah-tadbir oleh sebuah
kerajaan berhaluan Komunis; saya mahu bertanya kepada pembaca: ?Cuba
anda tafsirkan kejadian di Dataran Merdeka/ perkarangan Mahkamah itu
bagaimana pula! Adakah berbeda falsafah regim yang mentadbir negara kita
waktu ini??. Saya teringatan kembali catatan rengkas di kuliyah tadi. Kata penceramah
(seorang ulamak bebas yang ternama): [[?Hari ini kejayaan Rasulullah melalui revolusi aqidah dan Keislaman telah
mulai pudar. Umat Islam diselubungi pengaruh-pengaruh jahiliah moden yang
cuba bertapak semula difikiran umat Islam hingga ramai diantara mereka telah
menolak dan tidak mahu menerima kenyataan dan kebenaran. Sebaliknnya
mereka mengikut sesuatu amalan yang merupakan warisan walaupun ianya
bertentangan dengan aqidah Islam yang sebenar. Dari situ terbitlah punca
upacara puja-memuja yang diamalkan?]]
Sambung beliau: [[?..Mengapa hari ini masih terdapat sebahagian umat Islam yang tidak mahu
menerima kebenaran dan tidak mahu melalui jalan lurus yang terbentang.
Setelah itu menolak dan tidak mahu menerima hakikat kejayaan yang dicapai
oleh Rasulullah dalam perjuangan pahit dan getir hampir suku abad yang
diharungi oleh Baginda dalam menghapuskan kebatilan, menegakkan
kebenaran dan tidak ada kebenaran lain lagi sealain kebenaran di dalam
Islam yang dipaarkan melalui Al Quran dan Hadis Junjungan]]
Seterusnya beliau membuktikan dengan Firman Allah swt yang tercatat dalam
surat Yunis ayat 32, bermaksud?.. [?.Maka yang demikian sifatnya dan kekuasaanNya ialah Allah tuhan kamu
yang sebenarnya sesudah nyata betul dan yang benar maka yang lain
daripada itu salah dan karut sahaja. Oleh itu bagaimana kamu dapat
dipesongkan dari kebenaran.]] Dengan itu, mungkin terjawab beberapa persoalan yang dibangkit oleh Tun
Teja yang prihatin. Saya rujuk perenggan yang dilakarkan beliau berbunyi?.
[[Memang benar dalam Islam jika memilih pemimpin, pastikan seseorang itu
tidak mudah tunduk kepada 3 kegilaan...gila kuasa..harta dan betina (forgive
my language). Jika pemimpin mempunyai salah satu daripada ini maka dia
akan terus menjadi gila secara keseluruhan. Dan bila pemimpin gila, rakyat
juga akan terbawa-bawa menjadi gila kalau yang agak waras dan teguh
imannya akan mendapat sakit jiwa...seperti yang sedang dialami oleh
sesetengah rakyat kini. Bila lagi agaknya diktator gila ini akan tumbang?]]
Kita sudah nampak sekarang bagaimana jauh menyimpangnya UMNO,
kepimpinan dan jentera kerajaan yang dipergunakan oleh Mahathir (yang
puja dan ditaksubi oleh jongos-jongosnya) dalam melaksanakan
penghukuman keatas rakyat yang merdeka.
Mungkin kita tercengang jatuh bodoh mendengar Dr. Mahathir mengalih
pandangan rakyat bahawa Anwar bersalah berkelakuan aib dan melucutkan
jawatan beliau; padahal kecut ?buah sentul? terkonteng-konteng kot#i
dicelah k#ngk#ng bila dituntut rakyat supaya diheret ke mahkamah menjadi
saksi. Sebaliknya, seluruh penyokong dan pemimpin UMNO (termasuk
ulamak mereka) duduk bisu bagai tunggul mati.
Jadi, bagaimana sebuah pemerentah yang sudah jelas menyimpang jauh dari
kebenaran mampu ?menegakkan Keadilan dan melupuskan Kezaliman? dari
limpa hati mereka. Lebih-lebih lagi, jika mereka taksub dengan ?syaitan?
berwajah manusia!! Saya minta semoga saudara kita Tok Misai dan Marhain Tua (dan
saudara-saudara yang berilmu dibidang ini) mengulas lebih jelas lagi.
Hahaha?maksud saya: Sebelum sempat ulamak tiga-suku seperti Astora
Jabat atau Ka#sim Ahmad memutarbelitkan fakta-fakta ugama kita mengikut
kemahuan para ulamak yang mendukung ketua padri mereka si
?MahaTAIK?..!! Terima Kasih Tun!! Tulis lagi, pls. Amin Sapiro |