Laman Webantu KM2A1: 2508 File Size: 7.7 Kb * |
Si Awang Utusan Meloya itu "Unta Umno" kah? By Amin Sapiro 7/8/2000 12:26 am Mon |
SI AWANG DI UTUSAN MELOYA ITU ?UNTA UMNO? KAH?!
MEMBACA ulasan ruangan ?Bisik-Bisik Mingguan? di Utusan Malaysia (6
Ogos 2000), kita makin nampak bagimana rendahnya nilai moral, etika,
pendidikan sosial dan pencakupan minda wartawan/penulis yang diupah
UMNO untuk menulis di akhbar itu. Penulis Akbar Yang Tidak Bertamaddun Tanpa bertujuan mendiskredit latarbelakang pendidikan akademik
penulisnya; pembaca akan nampak penulis yang memanggil dirinya
?Awang? itu memang tidak nampak jiwa dan keperihatinan sosial beliau
mengahayati perkembangan tamaddun dunia.
Percubaan beliau membicarakan isu besar mengenai ?hak bersuara? yang
bermaksud ?hak rakyat untuk mengkritik kerajaan serta
pemimpin-pemimpinnya (yang kini semakin kuat); dapat dirasakan bahawa
tulisan beliau sendiri membayangkan bagaimana terbelenggunya beliau
oleh ?tuannya?. Dengan itu, sekaligus beliau gagal menunjukkan ?perpindahan paradigma?
seorang penulis akhbar arus perdana yang seharusnya membawa
perubahan minda kepada pembaca selari dengan hala tuju masyarakat
madani dunia sejagat. Malanglah rakyat!
Adakah Awang ?Kerbau Di Cucuk Hidung??
Membaca tulisan si Awang itu, dapat diandaikan beliau umpama seekor
kerbau bertandung panjang, berbadan tegap-sasa bermata garang
melejang; malangnya telah dicucuk hidung dengan tali panjang sejengkal
yang ditambat ke tiang seri mahligai di Putera Jaya!!
Sebagai orang akhbar, si Awang ini seharusnya perlu melihat bahawa
rakyat negara ini bukan lagi berada dalam zaman feudal. Pendidikan dan
keterbukaan minda rakyat sudah jauh berbeda hingga mereka sudah jauh
lebih rasional dari para pemimpin politik (khusunya UMNO/BN) yang makin
bersifat ?dungu? dan layak dijadikan oleh Presiden parti mereka sebagai
?tukang karut? saja. Sementara rakyat banyak semakin sedar dan mengambil berat hal ehwal
mereka; hingga mereka begitu kritikal terhadap keadaan sekeliling - namun
Awang dan akhbar masih dibukus dalam kepompong. Rakyat
bermati-matian mempertahankan hak asasi mereka, tetapi akhbar Awang
seolah-olah tidak menghalalkan tindakan rakyat dari segi undang-unang
dan Perlembagaan negara. Mana beliau sekolah undang-undag dulu?
Undang-undang belantara kah? Membantah Kezaliman ada Hak Rakyat Jika rakyat beramai-ramai berdemo membantah KEZALIMAN sebuah
kerajaan yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang engkar
undang-undang, bersungguh memperlekeh nilai-nilai budaya dan ugama
Islam orang sebangsa dan Perlembagaan negara; si Awang dan akhbar
adalah diharap memberi kerjasama secara terbuka membetulkannya.
Malangnya..TIDAK!! Jadi, dimanakah letak nilai akhbar itu? Yang jelas, si Awang dan
akhbarnya lari lintang-pukang ke sarangnya seperti ?cencorot??!! Habis
bagaiman status kesemua mereka ini? Namaklah berbondong-bondonglah puak si Awang mengeluar berpendapat
bertujuan membodek; kununnya regim yang bersifat diktator itu berhadapan
dengan ?hostile environment?. Eiwahhhh?!! Begitu ppula tafsirannya. Sewel
sungguh!! Nampak lagi betapa beliau dan regu-regunya berpura-pura tidak tahu
bahawa rakyatlah yang sedang merengkok dalam ?hostile environment?
yang diwujudkan oleh regim ini. Rakyat makin tidak mempunyai ruang yang
cukup untuk meluahkan perasaan mereka. Akhbar seangkatan dengannya
asyik memberi tafsiran yang jauh menyimpang dari budaya tamaddun
manusia. Sekiranya perkelilingan yang begitu hostile (yang diwujudkan oleh
pemerentah itu) tidak ada; pasti perjuangan rakyat untuk menikmati
kebebasan hak bersuara diperakukan sebagai cukup baik. Malangnya
rakyat digugat dengan ancaman FRU yang bermotto ?sedia berkhidmat?
untuk membelasah rakyat. Puluhan lori memuatkan ratusan polis rusuhan
dengan sejnjata lengkap siap mengugut apabila rakyat mengadakan
ceramah. Apa itu, Oiii?Awang. Buta mata kaaaaa??
Awang = Mamat ?Cencaru? Kita dapat merasakan si Awang ini sah memang ?confuse? bercelaru
kepala hotaknya dalam memahami apa yang ditafsirkan sebagai kebebasan
rakyat mengeluarkan pandangan dengan penjenayah jalanan. Ini bersebab
dari keadaan beliau dan akhbarnya sudah ?dikasi? hingga mereka tidak
lebih dari sekumpulan ?eunuchs? (sida-sida).
Kita wajar kesihan belas dengan orang seperti Awang dan media
seangkatan dengan akhbar beliau yang hidup dalam kepompong Akta
Hasutan dan ISA. Mereka hidup dalam ketakutan tanpa mengenalpasti hak
asasi mereka. Aduh?!! Betapa bebalnya orang surat khabar jenis ini!! Padan
jugak lah akhbar ini begitu pantas di ?recycle? jadi ?kertas tisu? tandas!
Memang disedari sesebuah negara regim Dikator sangat peka mengawal
percakapan dan kecaman rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin negara.
Memang lumrah sebuah regim Komunis membelasah dan menyiksa rakyat
yang cuba menyuarakan pendapat. Di akhir-akhir ini tidak ada beza
diantara apa yang berlaku di Tienanmen Square dengan apa yang terpamir
di Dataran Merdeka dan di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.
Regim Russia Sudah Sedar Kesilapan Mungkin Rakyat Russia sudah mulai sedar dengan kesilapan mereka hingga
sistem sebuah regim berhaluan Komunis sudah mulai dihakis. Malangnya,
disambung pula oleh regim Mahathir yang disokong oleh puak kepimpinan
UMNO/BN yang rata-rata mengamalkan RASUAH, PENYELEWENGAN,
ADU-DOMBA dan penghakisan HAK ASASI MANUSIA dan KEBEBASAN
BERSUARA!! Baru kini saya tahu sebab mengapa rakyat Malaysia sudah tidak mahu lagi
membaca akhbar arus perdana hingga memboikot terus. Begitu juga nasib
regim Mahathir dan parti ?cacamarba? UMNO/BN yang hilang pengaruh
dan kwibawaannya di mata rakyat banyak!
Berkata seorang pemerhati politik luar, ?If freedom of the press is not
recognised by the fruling government, it is most unfortunate to the public at
large?. Kita dapat tafsirkan, rakyat Malaysia adalah yang paling malang
menyerahkan amanah kepada sebuah parti yang berketua seorang
DIKTATOR yang berfalsafahkan ?I am above the Law of the Land?.
Sudah MERDEKA kah kita? Uffffff?..!! Entahlah!? Saya masih
tertanya-tanya!! Mungkin si ?Awang? sudah 3 kali lebih bebal dan dungu
dari kita!! Tak payahlah baca akbar si Awang; kerana nilainya sama
setanding dengan Ning Baizura saja. (Eiii?yahoooooo?.Jijik!!)
|