Laman Webantu KM2A1: 2499 File Size: 8.2 Kb * |
4 Ogos - Hari "Keramat" bagi rakyat By Amin Sapiro 5/8/2000 5:01 am Sat |
Amin Sapiro (masih terperosok di Desa ini)
4 OGOS 2000 - HARI ?KERAMAT? BAGI RAKYAT YANG CINTAKAN
KEDAMAIAN..! Dalam perjalanan panjang selama hampir satu minggu ini, saya menemui
banyak orang lama yang pernah tersenyum dan menangis sesama sendiri.
Waktu itu kami sama-sama mengangkat UMNO dan menjulangnya setinggi
langit. Alhamdulillah, bakti kami membuahkan kejayaan untuk meletakkan
UMNO hingga orang Melayu berbangga!! Tapi hari ini, iklim politik orang Melayu sudah jauh berbeda. UMNO yang
kami perjuangkan dulu sudah ?diludah-ludah? oleh orang yang pernah
memperjuangkan parti itu. Pertemuan saya dengan kelompok pemimpin kecil diperingkat pertengahan
dan bawahan di sekitar Johor ini - sangat berbeda. Walaupun kami
berbincang secara aman dan tenang, sambil melakukan ?soul searching?
muasabah diri, TETAPI ledakan semangat juang tidak seperti dulu lagi.
Kini mereka tidak mengagungkan UMNO seperti dulu. Sebaliknya mereka
bertanya kepada saya, ?Apa guna kita sokong UMNO lagi kalau setakat
berjuang memberi ?pisau tajam? kepada Mahathir untuk menyembelih
bangsa sendiri??. Saya begitu ?kaget?, mendengar kemarahan mereka yang berapi-api.
Seorang keturunan Jawa mengangkat penumbuk sambil melaung dalam
loghat biasa, katanya..?Mahathir menatang! Nopo ora gelem modhar
pulak-e? (maksud: Mahathir binatang! Kenapa tak mau MAPOS pula tu).
Suasana menjadi kecoh dengan beberapa sudah begitu berang. Bising!
Saya kebebangan ngeri melihat kemarahan sudah sampai ketahap maksimum
begini. Mujur baik saya mampu mententeramkan suasana dengan berkata dalam
loghat yang sama..kata saya, ?Sabar Wak dekek! Kito thothok ke! Enyeng
kito wakto ngundi engko. Kito mesti guno ke hak demokrasi kito
seentek-entek-e sampek kapan-kapan..!!? (maksud: ?Sabar dulu, Wak!! Kita
mesti tunjukkan kebencian/kemarahan yang mengila-gila waktu mengundi
nanti/kelak. Kita mesti gunakan hak demokrasi kita sehabis-habis maksima
selama mana/sampai bila-bila). Setelah bercakap dalam ?lingua franca? (heheh..!) ?mantaram? itu, suasana
menjadi tenang kembali. Kamal Al-Fikri memandang kepada saya sambil
berbisik, ?Wak Amin macam bomba. Pandai padamkan api..!!?. Dalam
gementar saya tersengeh. Mungkin hadirin nampak, muka saya pucat lesi.
Saya bawak berjenaka dengan berkata, ?Mendengar semangat Wak-wak
semua yang berapi-api. Saya ketakutan. Kalau Hishamuddin Hussein dah
tentu nangis?hehehe!?. Maka si Wak tadi meluru kepada saya dihadapan
rostrum, lalu menghulur tangan dan berjabat. Saya dipeluk dek-e!!
Kepalang mesra dakapan beliau. Terasa kepada saya betapa kuat degupan
jantungnya. Memang padan dengan bulat penumbuknya tadi Saya pasti?
semangat juang menumbangkan UMNO dan menyingkir Mahathir amat sukar
untuk dipatahkan kembali. Rumusannya, orang Melayu di Johor sudah mulai memandang UMNO bukan
warisan peninggalan allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj atau
Datuk Onn bin Jaafar lagi. Mereka sudah putus hati berkata, ?UMNO?.anak
Keling bedebah yang empunya..!! Buang UMNO, buang Mahathir! Nescaya
kita akan kembali aman. Kita akan bebas beramal ibadat menurut syiar Islam
sebenar?.!!?. Nampak sudah kepada saya, orang Johor bukan lagi milik UMNO. Mereka
sudah kembali kepada yang asas, iaitu mahu berjuang ?menegakkan
Kebenaran, Keadilan dan menjahanamkan Kezaliman dan Penyiksaan?.
Hakikat ini, Mahathir dan UMNO tidak mungkin lagi membeli dengan menjual
temberang ?putar alam? seperti selama ini. Nawaitu politik rakyat sudah
?esa? (satu cuma), iaitu ?menumbangkan UMNO secara total pada tahun
2003/4?..!! Bagi rakyat sekarang mereka berjihad untuk menunjukkkan kemarahan dan
bantahan mereka melalui peti undi?!! Mereka akan melaksanakan hak mereka
melalui proses demokrasi selagi masih ada..!! dengan itu, Mahathir tak usah
bikin adu-domba dan memfitnah kononnya "rakyat akan merusuh dalam
demo?. Rakyat sudah bilang ratusan kali, ?Yang merusuh hanyalah kuli-kuli upahan
Mahathir. Memang itu cara dan taktik sebuah regim Diktator untuk bermain
api. Lama-lama akan terbakar tangan sendiri!! Biarkan si Luncai yang satu
ini terjun dengan ?labu-labi? sendiri!! (Heheheh?HAPRAK punya Mahathir!).
Sekembali saya ke rumah semula, saya buka email. Saya pilih satu nama
antara yang paling saya gemari. Nah..! Begini katanya?..
[[?.Cito banyak nak cito, Wak. Tapi kok segan nak cito sorang2 kat Wak,
takutnya Wak sebok. Tak nak ler kacau Wak. Kok tengah datang banyak idea
mencurah2, datang email dari saya terus "writer's block". Kang naya
hehehehehe?..]] Katanya lagi, [[Saya ada.....dalam FGR almost everyday.....!! Tengok banyak
strategi Wak dalam laman2. Have been busy hehehe..!! Wak tak turun
padang ke hari ni?[Jumaat].... Kat sini hujan lebat betul sekarang ni, dengor
kata kat NS banyak kawasan banjir [kemurkaan ALLAH? atau Rahmat
ALLAH? Selanjut beliau menulis..[[I am is still reeling actually.....about tulisan Ka#sim
Ahmad yang kata sembahyang tu hanya adat aje. And about kita kununnya
"mendewakan" Nabi Agung kita....... ?Cis! bedebah punya makhluk ALLAH ni! Bongkak tak bertempat. Dia ni tak
takut azab ke? Saya pantang betul kalau dengar orang kutuk2 Nabi..... Cukup
sensitive Wakkkkkkk! Boleh keluaq ayaq mata......
?.Dah ler tu, keluaq pulak statement dangkal lagi bodoh dari Imam masjid
Putrajaya tu suruh Hj. Hadi bertaubat.... Ini lagi satu jenis manusia nak jadi
berok! Patutnya hangpa pi lah suruh kuNing tu bertaubat. Ini tak pualk! Budak
setan tu lagi di bela. Yang ulama' dia suruh bertaubat..... Na'uzubillah.....Wak,
Wak apa nak jadi ngan kita ni semua?]]
Lihatlah bagaimana mesranya hubungan kami sesama Reformis. Hati kami
lapang. Itu pengahyatan rumusan dari seorang pejuangan Wanita yang kritis
dengan perkelilingan yang diwujudkan oleh Mahathir, jongos-jongos yang
dirasuk SETAN penyokong UMNO. Adakah srikandi ini setaraf dengan
Rafidah Aziz yang merampok harta rakyat? Atau ulamak UMNO yang
memakai serban ?berkulat?? Satu email lagi pun datang dari seorang srikandi berjiwa wira juga.
Katanya?.(setelah disaring): [[?.Keadaan perkelilingan yang mencengkam tidak akan mempengaruhi
keseluruhan pemikiran saya yang mungkin akan mengakibatkan semangat
saya lumpuh. Nope, I don't think so]].
[[?..Perangai orang sekeliling kita, manusia yang hanya mementingkan diri
sendiri.. lupakan! Very funny.. how am I going to face this cruel world
huh??.]]
|