Laman Webantu KM2A1: 2496 File Size: 11.1 Kb * |
500 thn sesudah R Mandeliar N Si Kitul di sula!! By Amin Sapiro 4/8/2000 8:32 pm Fri |
Amin Sapiro 500 TAHUN SESUDAH ?RAJA MANDELIAR dan SI KITUL? DI SULA..!!
Siapa Orang-orang Ini? Kita sudah membaca huraian sdr. Raja Petra Kamruddin bagaimana Datuk Seri
Anwar Ibrahim ?bersilat? di mahkamah membelasah Eusof Chin, hingga si tua
Korup itu tergagap-gagap tidak berupaya menangkis serangan Anwar. Itu nasib
seorang penjarah bertaraf ?Ketua Hakim Pengkhianat?..!
Kita nampak jelas (walaupun tidak hadir di mahkamah) bagaimana Dr. Mahathir
ditelanjang dan bogelkan hingga nampak sejelas-jelasnya ?luar-dalam? sifat
kebintangan dan kehaiwanannya. Mungkin itu yang Mahathir hendak sebelum
?mati dalam buangan?..! Anwar bukan seorang peguam. Anwar juga tidak punya bahan rujukan sebagai
panduan untuk beliau mengingati segala peristiwa busuk yang dilakukan oleh Dr.
Mahathir, Eusoff Chin, Mokhtar Abdullah dan kroni-kroni mereka. Sah sekarang
mereka terperangkap dalam serba ?kegelapan?..!
Anwar telah dikurung dengan paksa sekian lama dalam penjara. Namun, sebagai
satu keistimewaan kurniaan Allah swt. beliau mampu mengingat setiap rentetan
peristiwa rasuah dan penyelewengan yang lakukan oleh manusia-manusia
durjana yang bersekongkol memusnah kebenaran dan keadilan. Kehebatan
beliau makin terang..! Kita kagum dengan daya ingatan Anwar yang sungguh istimewa. Pasti itulah dia
keistimewaan seorang pejuangan. Berbanding pula dengan Azizan yang dipaksa
menjadi saksi terulung dalam ?Konspirasi Mahathir? menjatuhkan politik beliau
(Anwar); kita nampak Ariffin Jaka sewajarnya memberi keputusan bahawa
?ANWAR WAJIB DIBEBASKAN SERTA MERTA?.
Mengapa Anwar ?ANWAR WAJIB DIBEBASKAN SERTA MERTA?? Kerana
beliau tidak mampu dibukti oleh Mahathir sebagai bersalah. Puncanya, Mahathir
sendiri kecut ?pel#r? (dengan maaf) menjadi saksi di mahkamah!! Jika tampil,
pasti ?seluar dalam? Mahathir akan terlondeh lagi untuk tontotan seluruh dunia
dan manusia sejagat. Sah Mahathir seorang manusia menyerupai binatang
berkaki empat ??bangsat keparat?..!! Mahathir replika ?Raja Mandeliar? Kalau ditanya mengapa dan bagaimana hujjah hingga Anwar ?wajib
dibebaskan?. Jawapan yang mudah hanya satu cuma, iaitu: ?Konspirasi ini
adalah satu proses Mahathir dengan sengaja mengada-adakan satu rantaian
cerita bohongan paling buruk dan busuk dalam sejarah tamaddun Melayu.
Mahathir dan sekongkol dalam UMNO sebandingan dengan Raja Mandeliar dan
Si Kitul yang menyebabkan Bendahara Seri Maharaja terbunuh dengan sia-sia.
Kerana itu, Kerajaan Melaka Tua termusnah dan terjajah selama 500 tahun
kemudian"..? Orang Melayu wajib merungkai semula Sejarah Melayu karangan Tun Seri
Lanang. Bacalah bab dan muka surat yang menceritakan bagaimana hebat dan
besarnya bangsa Melayu di kepulauan Nusantara. Bahasa Melayu adalah
?lingua franca?. Kebesaran Kerajaan Melaka Tua terdengar hingga ke negeri
China @ Ling Leong Sik, Tanah Jawa @ Amin Sapiro, Siam, India @ Karala,
Arab @ Baduwi hingga Portugal @ Grago.
Pada zaman itu, dapat kita bayangkan, orang Melayu adalah bangsa yang murni
dengan budaya hayatan dan ugama Islam anutan mereka. Masjid yang terbina di
Tranquerah sekarang adalah kesan sejarah. Ada orang mengatakan disana
pernah Laksamana Tun Tuah sujud bersolat. Bukit Cina ditengah-tengah Bandar
Melaka adalah tempat semayam Hang Li Poh, isteri Sultan Melaka. Sungai
Melaka yang bersejarah adalah laluan hilir-mudik perahu payang dari Ulu
Melaka. Pedagang bersesak di pasar hingga wang emas dan perak bergericing
didalam pundi-dompet mereka. Diceritakan oleh yang empunya cerita, segala-galanya hilang setelah peristiwa
getir pembunuhan Bendahara Seri Maharaja. Melaka yang begitu istimewa bagi
pedagang rempah dan kayu cendana, luput berkecai setelah pembesar Melayu
dikalangan istana membudayakan FITNAH, AIB-MENGAIB, RASUAH kerana
berminat dengan EMAS SEBAHARA dan TANJAK lengkap SEPERSALINAN.
Semua itu adalah sebagai tukaran menafikan firman dan sunnah. Mereka
sanggup bertukar budaya dari pemimpin amanah kepada insan-insan durjana!
Nawaitu mereka cuma mengaut khazanah negara membolot semua untuk
tembolok mereka! Hari ini, dalam abad ke-20/21, setelah 50 tahun orang Melayu merdeka dan
dimerdekakan oleh nenek-moyang kita; pemimpin Melayu kembali tertipu oleh
suku-sakat zuriat-keturunan ?Raja Mandeliar? dan Si Kitulnya.
UMNO Menghina Bangsa Kembalilah pemimpin Melayu menjual maruah bangsa, menggadaikan tanahair
dan mensekularkan agama mereka. Mereka sanggup melakukan sebarang
keburukan semata-mata kerana mengharapkan ?emas sebahara dan pakaian
sepersalinan?..!! Hina! Pemimpin Melayu dari puak UMNO memang hina sikap
dan peribadi mereka. Cendekiawan Melayu Islam - DAYUS! Ada juga dikalangan CENDEKIAWAN Melayu yang berpendidikan moden jelas
nampak ketandusan jiwa dan rohaniah. Diantara mereka adalah golongan
cendekiawan Melayu Islam yang bertimbun-timbun membaca buku yang
menghuraikan firman dan hadis hingga hafal. Namun, sejumlah mereka tidak
mampu mendebatkan keserakahan Ka#sim Ahmad dengan ?anti Hadis?nya, dan
Astora Jabat dengan ?tunggang-terbalik? huraian topik-topik Islamiah yang
ditulis diakhbar pro-UMNO yang sesat lagi menyesatkan ummah!!
?Raja Mandeliar dan Si Kitul moden? itu sedang bertepuk tangan melihat orang
Melayu huru-hara. Dalam Kitab ?Delima Melayu? yang menjadi ?gospel? puak
UMNO yang sekongkol, sudah terang-terang menyebut bahawa orang Melayu
adalah suku kaum yang ?dayus dan dungu?. Kerana orang Melayu mudah
?diBANGANGkan?, buku itu diagendakan oleh penulisnya untuk menghalalkan
beliau memecah-belahkan orang Melayu untuk diperentah. Bagi beliau,
pemerentahan yang wajar untuk orang Melayu ialah mirip zaman ?Feudal?.
Dengan ?Feudal? bermaksud Raja-raja Melayu diberi ganjaran faedah dan
hadiah secukupnya. Dimaklumkan bahawa negeri masing-masing adalah
kepunyaan baginda. Hutan belantara dan bukit bukau adalah sumber untuk suku
sakat mereka mendapat wang dan harta kekayaan. Baginda diredhakan untuk
berjudi dan menghisap madat. Suku sakat Baginda diarah supaya jangan
mempedulikan rakyat. TETAPI UMNO memberi syarat ketat, iaitu jangan baginda cuba tunjuk lagak
menyebelahi rakyat ma#sa. Jika melampaui batas-batas yang ditentukan oleh
Presiden parti UMNO; siap sajalah?! Presiden UMNO akan berdatang
sembah..?Ampun Tuanku, Tuanku harus diheret ke mahkamah!!?. Akan diberi
ingatan bahawa negara ini mengamalkan ?Raja Berperlembagaan?.
Mahathir ?Above the Law?? Sebaliknya, telah ditentukan oleh pemimpin UMNO sendiri bahawa Presiden
mereka adalah ?above the Law of the land?. Maksudnya, Dr. Mahathir Mohamad
telah dinobatkan mengatasi Perlembagaan dan undang-undang yang tertakluk
dibawah tapak kakinya. Dengan itu, Mahathir boleh buat apa dia suka. Jika
?Raja Mandeliar? dihukum ?sula? oleh rakyat dan orang Melayu, kini terbalik
?kot?? ?Raja Mandeliar? berkuasa penuh memerentah dan mengarah
?Kitul-kitul?nya ?menyula? orang Melayu, termasuk Raja-raja mereka.
Begitu sekali hebatnya kekuasaan yang dianugerahkan oleh orang Melayu para
pemimpin puak UMNO - penganut taksub Kitab ?Malay Delimma? kepada
Presiden mereka. Memang bijak ?Raja Mandeliar Abad 21? ini. Dah sah Melayu
puak UMNO sudah ?baghal? menjadi ?unta-unta? Mahathir (replika Raja
Mandeliar)!! Orang Melayu 500 Tahun Lagi Kita tanya diri kita: Nampak atau tidak urutan sejarah bakal dilalui oleh orang
Melayu 500 tahun lagi; khusunya setelah membanding sejarah Melayu 500
tahun sebelum merdeka? Jika belum nampak, cuba semak semula Kitab Sejarah Melayu Tun Seri Lanang.
Bawalah diri anda berfikir sejenak. Bayangkan ciri-ciri persamaan peri kejatuhan
Melaka Tua dengan apa yang sedang berlaku kepada negara ini dibad 20/21
sekarang. Bayangkan bagaimana peristiwa hari ini akan mencorak nasib
generasi anda yang akan datang selagi bertuankan kelompok pemimpin UMNO
yang ?bermuka belulang dan berhempedu haiwan?.
Pasti jawabnya mudah saja. Orang Melayu harus sedar dan insaf bahawa ?Raja
Mandeliar? dan ?Si Kitul-Si Kitul?nya sedang melakukan agenda fitnah, tohmah
dan adu-domba dalam siri agenda ?Mega? mereka untuk memusnahkan
ketuanan Melayu yang baru dimerdekakan setakat 50 tahun silam.
Apakah orang Melayu sanggup menghadapi 500 tahun lagi dibawah satu sistem
Feudal bertuankan seorang Diktator yang direncanakan oleh UMNO, atau
?menghumban dan menghapuskan? parti ?Pengkhianat Bangsa dan Ugama? ini
dari lipatan sejarah bangsa kita? Nah!! Kalau sudah insaf, ?tegakkanlah KEADILAN dan tumbangkanlah
KEZALIMAN? hari ini - 4 Ogos tahun 2000. Jika tidak, anda lah orang yang
bertanggungjawap dipersalahkan oleh generasi yang akan datang - 500 tahun
lagi..!! Masa itu orang Melayu sudah hilang di dunia!
Orang Melayu perlu diREFORMASI minda mereka dan menuntut HAK dan
UGAMA mereka dinobatkan ditempat sewajarnya. Mahathir ?mala?un bangsat
laknatullah? suku-sakat ?Raja Mahdeliar? ini wajib disingkirkan; dan ?Kitul-litul?
beliau wajar diheret ke muka ?Pengadilan Rakyat?..!!
Hak itu ada ditangan anda. Lakukan dengan berhemah demi ?SURVIVAL?
bangsa Melayu hingga Kiamat!! |