Laman Webantu KM2A1: 2494 File Size: 7.4 Kb * |
Reformasi - Suatu Proses Menumbangkan Kezaliman By Amin Sapiro 3/8/2000 11:32 pm Thu |
Amin Sapiro (jawapan kpd email yg tak terjawab)
?REFORMASI? - SUATU PROSES MENUMBANGKAN
KEZALIMAN ..... Untuk menjawab pertanyaan beberapa orang rakan yang menulis
kepada saya bertanya sesuatu yang sukar saya jawab seorang demi
seorang, beginilah jawapan saya?.. Amin Sapiro mendapat ilham dari pengalaman dari orang biasa dalam
dirinya. S?seng Bando seorang ?escapist? yg suka bergurau, kerana
merasa terlalu tertekan oleh ledakan permasalahan yg mengancam
persekitarannnya. Dan ?Orang Biasa? itulah antara ribuan orang lain
yg turut terhoyok-hoyok sama-sama memikul beban dan
tanggungjawab seorang anggota masyarkat yang cintakan kedamaian
dunia yang didiaminya. Amin Sapiro dan S?seng Bando adalah jiwa dan peribadi sebenar si
?Orang Biasa? itu. Falsafah hidup 3 orang ini adalah sama -
kempunan tekaknya dan melonjak keinginannnya melihat ?Keadilan
ditegakkan dan Kezaliman di tumbangkan?.
Dunia ini sudah jadi terlalu zalim dibuatkan oleh penghuninya.
?Pemimpin? tidak mahu menerima perkataan ?terima kasih? sebaliknya
mahu ?disyukuri? pula. Padahal ?syukur? itu hak Allah swt.
Makin banyak dilihat sekarang para Pemimpin tidak lagi bersih dan
amanah. Walaupun dua perkataan (terima kasih dan syukur) itu
bermaksud sama, tetapi penilaian semantiknya adalah terlalu jauh
berbeda. Begitu juga dengan perkataan ?keadilan dan kezaliman?. Makin hari
makin nampak bahawa manusia menganggap ?kezaliman? itu adalah
suatu budaya. Kerana itu ?keadilan? hilang dari amalan harian
manusia . Mereka melupakan bahawa keadilan sebenar ada tersimpul
dalam Al-Quran Allah swt. dan kumpulan hadis-hadis Qudsi Sunnah
Muhammad saw. Tapi bila ia ditunggang-terbalikkan oleh puak-puak
?taghut? pengikut mahaFIRAUN; maka dunia ini hanya melihat
ganjaran mengangkat si penzalim sebagai ketua yang mampu mengisi
keperluan keinginan dan makna hidup bagi mereka.
Kecelaruan itulah yang menyebabkan MahaFIRAUN diangkat dan
dijulang oleh sebahagian besar manusia yang sudah hilang pegangan
terhadap ?kebenaran? yang diserukan Allah swt. dan para
Rasul-rasulnya. Makin nampak sekarang, yang menjulang Mahathir mungkin seorang
ulamak yang tinggi bacaan ilmu ugamanya. Malangnya, mereka yang
bertaraf seorang ?ulamak? cuma setakat pandangan mata kasar.
Tetapi bila dinilai perjuangan mereka menegakkan syiar dan
kebesaran Allah swt., nampak mereka terkial-kial untuk mencari
?kebenaran dan keadilan? sebenar. Kehebatan dunia masih menjadi
prioriti hingga mereka tercari-cari justifikasi untuk
?menghalalkan yang haram?. Maka diperakukanlah ?kezaliman? sebagai keadilan?.
Ulamak jenis itulah yang disinonimkan rakyat banyak sebagai ?Ulamak
UMNO?. Mata mereka sudah buta dan hati mereka sudah ?hitam?.
Mereka sanggup membantu seorang perompak supaya terus berkuasa
sebagai seorang Diktator. Berkata seorang sahabat saya - ?Haji Musa?, katanya
?Sesungguhnya ulamak seperti itu sudah diberi tahu oleh Muhammad
saw. akan timbul di akhir zaman. Mungkin mereka itulah ?dajjal? yang
bermata satu sebenar. Mata yang melihat ?keadilan ditegakkan dan
kezaliman ditumbang? sudah tidak ada. Dan mereka akan mengatakan
kepada pengikutnya bahawa orang yang bermata dua adalah manusia
ganjil dan harus dihapuskan?.?. Bermakna, sebagai proses permulaan, mereka yang bermata dua akan
dilumpuhkan dengan pelbagai ikhtiar. Seluruh sistem pemikiran dan
kehidupan akan dibentuk supaya mentakrifkan bahawa ?Keazaliman?
itu adalah ?Keadilan?. Kerana itu mereka akan dapat ramai
kawan-kawan untuk sama-sama masuk ke Neraka Jahanam. Mereka
akan reput di sana hingga mencukupkan azab yang harus dilalui
mereka, atas hukuman Tuhan rabbul alamin.
Siapakah pengikut mereka? Padanglah keliling - mereka terdiri dari
orang-orang yang mendapat nikmat dunia yang berlebihan melalui
rompakdan dan penipuan. Dan juga mereka yang diamanahkan kuasa
dan melaksanakannya tanpa menjadi peringatan Allah swt. sebagai
panduan mereka. Maka nampaklah kepada kita, mereka yang seharusnya melaksanakan
tanggungjawab menjaga keselamatan awam tidak lagi berfungsi
memepertahan hak asasi rakyat (yang wajib menajdi keutamaan
mereka). Para Hakim dan orang yg bertanggungjawab menegakkan
keadilan undang-undang berobah sikap; cuma memikirkan
kepentingan diri mereka saja. Kakitangan awam yang seharusnya
bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan rakyat, sebaliknya
akan berleka-leka dengan keseronokan.
Mengapa begitu? Kerana ?KEADILAN sudah tumbang dan
KEZALIMAN pula yang ditegakkan?. Tuduhan ke atas Anwar sudah
dibicarakan. Hukuman pun sudah dijatuhkan. But, ?HAD JUSTICE
BEEN DONE?? Rakyat yang lemah adalah bertanggungjawab mereformasi minda
untuk mengembalikan sinar ?kebenaran? yang makin pudar.
?REFORMASI? bermaksud suatu islah berupa tindakan melakukan
pembaharuan - merubahan dari keadaan yang sedia ada yang
mencengkam kepada yang lebih baik demi kesejahteraan manusia di
dunia dan di akhirat!! Reformasi makin diperlukan kerana UMNO
Baru(a) dibawah kepimpinann Mahathir sudah makin terhindar jauh
dari ?Kebenaran? sejagat - hingga menyeret umat ke jalan sesat lagi
menyesatkan!! Mungkin ia dapat dibayangkan dan berlaku diperingkat minda sahaja.
Tetapi realitinya, ia adalah mencakup seluruh kehidupan, peradaban
manusia yang makin nampak kehilangan tamaddun dan rasional.
Reformasi perlu diwujudkan supaya kita kembali semula ke zaman
umat manusia menghormati menghayati unsur-unsur keimanan,
keterampilan undang-undang dan perauturan, bagi mengelakkan
kemungkaran berleluasa. Tidakkah kita berbeza dari haiwan? Mungkin haiwan lebih mudah
mengadaptasi perkelilingan dari manusia yang dikhayalkan cuma oleh
nafsu, kebendaan, pangkat-darjat dan khayalan!!
Amin Sapiro |