Laman Webantu KM2A1: 2491 File Size: 3.0 Kb * |
Rakan Lama Yg Mengalirkan Airmata By Amin Sapiro 3/8/2000 10:03 am Thu |
Amin Sapiro - Rakan Lama Yg Mengalirkan Airmata
LIHAT BAGAIMANA ?JEJAK KASIH? BERLAKU DI ALAM SIBER.
Fri Jul 28 22:12:23 2000 Bagimana pula keinginan kita bertentangan mata dengan sdr. Anwar?
Mungkin 1000 kali pun tidak sama. Terimbau hati menyertai
perjuangan ini, semata-mata kerana menginsafi hakikat bahawa
?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman? bukan untuk
kepentingan diri. Ia adalah ibadah dan jihad untuk satu generasi
yang menanti. Saya imbau rakan-rakan di laman-laman menghayati Reformasi.
Jangan undur?. kerana perjuangan kita belum sempurna lagi. Se
patah kata merangsang pejuang dan perjuangan, bermakna 1000
tapak kita menuju ke distinasi yang kita impi-impikan.
Menapaklah?.dan terus menapak!! Pasti, kejayaan itu akan nampak.
Jangan semudah itu visi kita dikeliru dan dikaburi. Padanglah
generasi kita, apa akan jadi kepada mereka. Jika hari ini kita masih
mampu menelan sesuap nasi, namun kita tidak tahu samada negara
akan terserah kepada puak ?tangut? yang ?memadu-cinta? dengan
Yahudi; untuk selama-nya..!! Politik, sosial dan ekonomi, undang-undang, pentabiran dan
kebebasan diri??sudah jadi ?cacamarba?. Makin hari kita mulai
kehilangannya dari genggaman. Minda kita sudah mulai disalut dan
diisi dengan fitnah, aib dan pembohongan serta adu-domba. Kita
sudah lihat bagaimana ugama kita telah beransur-ansur di
sekularkan!! Muda-mudi kita sudah mulai menjual maruah diri
semata-mata kerana bermata duitan. Inikah ini ?Melayu Baru? puak
itu yang sedang diolah bakal menganggotai umat Muhammad akhir
zaman? Negara ini adalah tanggungjawab kita. Sesungguhnya, kita sedang
menghadapi suatu cabaran ?penjajahan minda?. Perhatikan, saban
hari kita disogokkan dengan pelbagai ugutan, ancaman dan
propaganda. Tepuklah dada - tanyalah selera!! Keputusannya ada ditangan anda
semua!! 2003 di liku sana! Amin Sapiro |