Laman Webantu KM2A1: 2458 File Size: 12.5 Kb * |
Fwd: RMYCK sahkan kena trick By web aNtu 14/7/2000 5:25 am Fri |
Nampaknya sudah ada org almaunah tampil kehadapan.
Berikut adalah artikel yg dihantar ke laman mahazalimtwo:-
#### a#salamualaikum wbk, Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang saya ketahui mengenai kes rompakan senjata di Grik
dan Al-Maunah secara khususnya mudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang dari kedua-dua belah pihak.
Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Maunah semenjak penubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif,
walaubagaimanapun saya mengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang juga ditangkap setelah
diPERANGKAP di Grik baru-baru ini, saya juga merupakan salah seorang dari kalangan professional dalam Al-Maunah. Saya akan cuba
menjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Maunah dan bagaimana kumpulan Al-Maunah di Grik baru-baru ini di PERANGKAP oleh
pihak yang berkuasa untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya Parti PAS, ringkasnya serampang dua
mata. Persoalan Pertama: Kami diberitahu bahawa semua manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman “ruh” semenjak kita dilahirkan, cuma kita tidak pernah
mendidik apatah lagi tahu cara menggunakannya. Al-Maunah telah mengajarkan bahawa untuk mengaktifkan kuasa dalaman,
mendidik dengan cara Islam seterusnya menggunakannya untuk tujuan yang baik sebagaimana kita menggunakan anggota fizikal
seperti kaki untuk berjalan dsb. Kuasa dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat dan bermunajat kpd Allah SWT seterusnya
dilatih dengan latihan pernafasan dengan kalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali tarik/lepaskan nafas. Antara kuasa ilmu ilmu
dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh dan senjata gagal menghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb. Cara
menggunakannya insyaAllah saya akan sampaikan dilain masa. Walaupun nampak mudah tidak semua orang dapat mengeluarkan
kuasa (menguasai) ilmu ini kerana syarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau pengamal sembahyang tak cukup 5 kali
sehari, pakai seluar pendek diluar dan melakukan maksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat. Aqidah pun clear, tak
ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli yang berlatar belakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi latihan
dan ahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama dimasjid/surau dan sembahyang berjemaah. ADAKAH AL_MAUNAH
SESAT? Periksa dahulu, ingatlah hadis yang menyatakan sekiranya pihak yang dituduh SESAT tidak sesat maka hukum sesat/kafir
tersebut jatuh pada DIRINYA. Persoalan Kedua: Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan utamanya sebagai salah satu cara untuk mengajak individu Islam
mengamalkan Islam disamping memiliki ilmu mempertahankan diri disamping tujuan am Al-Maunah hanyalah untuk menyediakan
kalangan umat Islam yang bersedia dengan kekuatan bila tiba masanya JIHAD itu wajib (bila keadaan menjadi tidak aman) dan
menyediakan kalangan orang Islam yang bersedia mempertahan Islam dan umat Islam pada masa akan datang. Sebab itu Al-Maunah
cuba mengumpulkan seberapa banyak orang Islam menyertainya dan telah pun cuba mendapatkan pengesahan JAIS dan disahkan
pun dan mendaftarkan pertubuhan agar orang ramai tidak ragu dengan pertubuhan dan sebab itu juga ramai professional dan
kakitangan awam termasuk tentera dan polis termasuk SB masuk menjadi ahli.
Persoalan Ketiga: Sebahagiannya telah dijawab diatas. Al-Maunah bukan pertubuhan underground dan tidak mengadakan aktiviti secara sembunyi2,
Al-Maunah menyiarkan iklan di akhbar2, membuka ibupejabat, menyampaikan maklumat dimajalah2, dan ahlinya pernah muncul TV3
(majalah3). Aktiviti termasuk latihan diadakan ditempat terbuka disiang hari dan orang awam boleh melihat dan sekiranya tertarik
boleh menyertainya. Semua ahli dikehendaki menyediakan gambar dan salinan I/C selain alamat. Sekiranya ada 1000 ahli maka akan
ada 1000 keping gambar ahli, dan saya fikir tak banyak pertubuhan lain yang boleh ikut, UMNO Bahagian pun belum tentu ada
kesemua gambar AJK cawangan di bahagian tsb. Al-Maunah juga mempunyai web site rasmi yang boleh dicapai oleh siapa saja
termasuk MEDIA dan SB. Pendek kata ada ke dalam dunia ini pertubuhan HARAM dan MILITANT yang berani buat macam Al-Maunah.
Ringkasnya tindakan BUNUH DIRI. Sekali lagi adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT? TIDAK.
Persoalan Keempat: Benar, sebahagian besar meraka adalah dari kumpulan Al-Maunah. Walaubagaimanapun mereka telah diperangkap dengan KEJAM.
Kepercayaan dan analisis saya dari maklumat yang saya terima mereka TIDAK terlibat dengan ROMPAKAN Senjata secara langsung.
Teman saya memberitahu memang mereka menggunakan hutan di Sauk sebagai markaz aktiviti tahan lasak selama ini. Beberapa
bulan lepas teman saya sering kesana 2/3 malam untuk meningkatkan ilmu dalam kerohanian dan latihan lasak. Memang sebahagian
mereka mempunyai pakaian baju celoreng.
Persoalan Kelima (terakhir dan penting):
Adakah kumpulan Al-Maunah di Grik MEROMPAK SENJATA dan MEMBUNUH tebusan?
Anda sendiri tentukan.. lihat point saya dibawah.
1. Sumber tentera mengatakan 3 pajero bersama 15 orang berpakaian celoreng membawa lari senjata2 tersebut dalam masa 15-30
minit. Sedangkan bila mereka(tentera) membawa keluar senjata2 tersebut ke balai polis Kati menggunakan 1 trak tentera dan 1
pajero (NTV7 tayang gambar tsb). 2. Badawi mengatakan tebusan telah dibunuh kejam dengan mengatakan mendiang Mathew ditembak kaki hingga hancur, setelah
post mortem didapati 1 peluru sahaja menembusi betis dan 1 didada (sumber akhbar kroni). Bertujuan untuk menghasut orang ramai
bahawa kumpulan Al-Maunah kejam. Hakikatnya kita tidak tahu siapa yang menembak dan kenapa ditembak.
3. Maklumat rahsia tentera yang menyertai operasi menawan kumpulan tsb pada peringkat awal polis/tentera tidak berani masuk ke
kekawasan tsb sehingga hari terakhir setelah 2 orang dari kumpulan tsb menyerah diri dengan tawaran tidak didakwa dan
seterusnya memberi maklumat sehingga membolehkan Jen Zaini masuk dan berdialog. Kemungkinan ialah 2 orang atau lebih yang
melarikan diri dari kumpulan tersebut pada peringkat awal ialah SB ataupun ahli Al-Maunah (SB) yang memerangkap kumpulan tsb.
Maklumat soal siasat daripada mereka ber2 menyatakan bahawa 2 tebusan dibunuh oleh Amin dan seorang ahli kumpulan tsb juga
ditembak oleh Amin dan mereka juga melaporkan kekuatan dan mencadangkan tindakan yang harus diambil oleh pihak tentera
kerana kumpulan tsb tidak percaya polis kerena kalau polis yang masuk mereka tahu polis akan terus membunuh mereka
kesemuanya dan mereka harus mempertahankan diri mereka dengan membalas serangan. Sekiranya tentera yang masuk mereka
(tentera) tidak akan menembak mereka kerana mereka tahu pihak tentera tidak terlibat untuk MEMERANGKAP mereka. Untuk
kepastian Amin meminta berunding dengan Jen Zahidi dan akhirnya menerima berdialog dengan Datuk Zaini dan tidak menembak
komando tentera yang menghampiri dan menawan mereka.
PANDANGAN SAYA: Kita tidak tahu jumlah sebenar mereka yang berada di markaz Al-Maunah di Grik pada masa tersebut. Kemungkinan ialah jumlah
mereka lebih 29 orang, mungkin lebih 2 atau 3 orang lagi menyerah diri tetapi berita digelapkan unutk menyelamatkan mereka
daripada tindakan mahkamah. 2/3 orang inilah mastermind yang berjaya memerangkap kumpulan Al-Maunah termasuk Amin
(presiden) di Grik, saya berkeyakinan SB/polis ini adalah juga ahli Al-Maunah yang aktif.
Perancangan mereka (fakta dan analisis):
1. Semua orang diterima untuk mempelajari/menjadi ahli Al-Maunah termasuklah askar dan polis (niat baik dan jahat) dan Amin tidak
menyedari adanya SB yang akan memerangkap mereka.
2. Mereka (SB jahat) aktif dalam Al-Maunah dan mendapat kepercayaan Amin (presiden)
3. Sebelum ini telah membekalkan baju celoreng kepada pimpinan Al-Maunah untuk aktiviti lasak dalam hutan
4. (Saya dengar) Juga pernah meminjamkan/menunjukkan senjata api mereka kpd yang lain.
5. Berkemungkinan menghasut Amin dan lain-lain untuk berlatih menggunakan senjata api yang mereka bawa semasa latihan
dihutan. Sekian. Maafkan sekiranya berlaku kesilapan.
Rakyat Malaysia Yang Cintakan Kedamaian (RMYCK) 13/07/2000 |