Laman Webantu KM2A1: 2436 File Size: 3.4 Kb * |
Fwd: Hati2 menilai artikel oleh SA By web aNtu 30/6/2000 7:32 am Fri |
Hati-hati Menilai Artikel Saya mengambil peluang menulis di laman ini kerana telah beberapa kali cuba menulis di malaysiakini mengenai sesuatu isu dalam
mempertahankan maruah Islam 'agak' tidak dihiraukan. Sekarang agak jelas bagi saya laman malaysiakini hanya sanggup menyiarkan
sesuatu artikel yang Islamic untuk dipertikaikan dan kemudian dibiarkan tanpa pembelaan walaupun saya yakin ramai yang memberikan
reaksi terhadap sesuatu isu yang menyerang kesucian Islam. Namun saya akan terus menulis kepada mereka disebabkan kadang-kadang
tidak tahan di hati ini melihat Islam dipermudahkan oleh orang yang bernama Melayu.
Saya turunkan dua contoh di sini berkenaan dengan apa yang saya perkatakan.
Pertama, saya pernah menulis kepada mereka mempertikaikan penglibatan 'A friend from Toronto' yang begitu kuat menyokong Sisters
In Islam dalam membicarakan isu-isu Islam sedangkan beliau sendiri seorang bukan Islam. Pada hemat saya pendirian kita ialah tidak akan
campurtangan dengan perdebatan yang berlangsung di antara dua pihak yang mempunyai anutan agama yang sama.
Kedua, tulisan saya mengenai pertanyaan saya terhadap beberapa perkara terhadap tulisan Cincaluk yang mengkritik Tok Misai iaitu saya
mencabar beliau untuk membuktikan kenyataan beliau dalam artikel tersebut yang menyatakan semua Melayu adalah Islam dengan
memeriksa data di Jabatan Agama atau Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau juga menyatakan pada asasnya Melayu memahami apa itu
Islam, jadi saya membuat pertanyaan mudah, kenapa dalam temuduga kursus perkahwinan pun ramai anak muda tidak dapat menjawap apa
itu Rukun Iman. Sebagai kesimpulannya saya mempertikaikan pendirian beliau yang seolah-olah tidak mahu menerima Islam sebagai jalan penyelesaian
seperti yang diajukan dalam tulisan Tok Misai. Kedua-dua tulisan saya ini setakat yang diketahui tidak pernah disiarkan. Saya amat maklum
bahawa hak penyiaran adalah di tangan editor setiap laman web. Cuma apa yang saya ingin sampaikan di sini, jika pembaca semua inginkan
sumber yang menegakkan Islam, layarilah laman yang secara jelas menyatakan Islam sebagai matlamat perjuangan yang ingin dijulang
setingginya dan ditunggaki oleh penulis-penulis Islam.
malaysiakini.com juga memerlukan berita sensasi (tidak dinafikan laman-laman lain), cuma ia lebih 'terbuka' dari media yang dikongkong
kerajaan BN. Tetapi dalam 'keterbukaanya' itulah, editor malaysiakini secara sengaja atau tak sengaja membuat keputusan untuk menyiarkan
artikel yang menyerang Islam yang kadang-kadang tidak sesuai untuk diperdebatkan secara terbuka.
Cuba renung dalam isu terbaru mengenai JAIS dan artis. Jarang-jarang atau tiada langsung kita lihat artikel yang mempertikaikan
perkara-perkara mengenai Kristianiti, Hinduisma atau Budhisma di malaysiakini.com. Jadi hati-hatilah kita semua dan sama-sama
mempertahankan Islam yang dicintai ini.
SA Link Reference : SA Hati2 tranungkite |