Laman Webantu   KM2A1: 2413 File Size: 12.1 Kb *



Fwd - Dr Shafee hero - Amin Sapiro FeU
By web aNtu

14/6/2000 8:00 pm Wed


DATUK SHAFIE YAHYA!
ANDA ADALAH SEORANG WIRA NEGARA!!
(Sah Dr. Mahathir pelindung penjenayah..!!)

KITA tidak akan terperanjat jika yang bercakap itu adalah seorang yang mempunyai kepentingan peribadi atau memang diketahui umum mempunyai niat jahat tersembunyi terhadap Dr. Mahathir Mohamad. Apa yang diterangkan oleh Ybhg Datuk Shafie Yahya itu membuatkan rata-rata orang mengeluh panjang kerana seorang berjawatan seperti beliau bukan bertaraf ?midget?.

Datuk Shafie telah mula bertugas sejak zaman Tunku dan Tun Razak; dan sekian lama pula di JPM. Termasuk Mahathir, sudah 4 orang PM telah membimbing beliau semoga mencurahkan jasa khidmat kepada rakyat dengan jujur dan ikhlas. Barang tentu sekali pengalaman beliau sedemikian luas sejajar dengan apa yang wajib dilakukan oleh seorang kakitangan awam. Beliau maklum dengan urusan dan tanggungjawab kakitangan awam sebagai Ketua Pengarah BPR, beliau wajib mempunyai integriti dan harga diri, bertugas dengan penuh dedikasi terhadap kerjaaan dan rakyat selari dengan fungsi jawatan yang diamanahkan kepadanya.

Di mahkamah, beliau menjelaskan bagaimana sikap Dr. Mahathir Mohammad membentak seorang kakitangan awam seperti beliau; semata-mata kerana Ybhg Datuk Shafie menjalankan tugas yang bertahap ?ibadah dan jihad?. Ini amat mengecewakan rakyat. Geleng kepala kita. Siapa yang tak geleng?

Ini Sudah ?Lebe?, Weiii..!!

Datuk Shafie bukan orang biasa di jalanan (man on the street). Jawatan beliau berasaskan pengertian, ilmu dan jati-diri. Tentunya beliau tidak akan sanggup dipersenda oleh sesiapa walau di mana-mana dan bila-bila masa. Dia bukan hamba suruhan Dr. Mahathir yang wajar ?disuruh pergi dan dipanggil datang?.

Walaupunpun mungkin Dr. Mahthir mahu ?anak didiknya? si Abol Ha#san itu diharap akan mengikut jejak langkah beliau supaya turut jadi seorang ?KEPARAT BANGSAT?, tetapi Dr. Mahathir perlu ada maruah diri (paling kurang sedikit) supaya bercakap dengan bahasa dan intonasi yang lebih berhemah dan meletakkan dirinya sebagai seorang yang ?berstatus? manusia yang bermaruah terhadap seorang kakitangan awam yang melaksanakan tugas yang dipertahankan oleh pelbagai Akta dan Peraturan yang sah diperlakukan.

Cerita Datuk Shafie di mahkamah adalah satu luahan dari seorang kakitangan kerajaan yang melaksanakan tugas dengan baik. Akta Rasuah itu bukan beliau yang meluluskan. Ia adalah bersandarkan kuasa Parlimen. Bermakna ia adalah kuasa yang diamanahkan rakyat kepada Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan. Terbukti sekarang, Mahathir adalah seorang pelindung jenayah di kalangan kakitangan awam seperti Abol Ha#san yang menjadi subjek.

Mahathir dapat dilihat sebagai membelakangkan keputusan parlimen dan menjadi ?pencacai? mandat rakyat. Dipendekkan cerita, Mahathir adalah seorang ?penjarah? yang memusnahkan kewibawaan negara, bangsa dan ugama (tak kira apa ugama sekalipun).

Tugas berat itu tidak harus dilaksanakan jika Datuk Shafie dipaksa memandang si Abol sebagai ?kawan baik? Mahathir. Suka atau tidak, Datuk Shafie wajib melaksanakan waima orang yang wajar dikenakan tindakan itu adalah zuriat seketerunan dengan Dr. Mahathir sekalipun. Bagi rakyat, faktor samada Mahathir suka atau tidak bukan jadi soal. Mahathir sudah dibogelkan habis-habisan. Masih Ariffin Jaka memperakukan hujah Fernando tidak releven?

Datuk Shafie menginsafi hakikat itu. Khidmat beliau berlandasarkan tanggungjawap sebagai seorang berkhidmat untuk rakyat; dan beliau mesti merasa imbuhan tugas belau adalah halal. Beliau tidak ada pilihan. Rakyat memperakui beliau sebagai seorang yang jitu pendirian dan jelas visi. Yang menjadi suasana kelamkabut hanya Mahathir Mohamad yang beragenda busuk kepada rakyat, negara ini dan ugama sendiri.

Mahathir dan Kepompong Khayalannya

Kita tidak mahu memperhetongkan keaiban Mahathir sebagai seorang perosak tamadunan manusia dari segi ?hidayah? manusia yang berugama - sebarang apa jua ugama. Tetapi kita kesal dengan sikap Mahathir merosakkan fabrik hidayah diri insan seperti Datuk Shafie yang cintakan hidup luhur dan tidak mahu tinggal dalam illusi. Berbanding Mahathir dan Abol Ha#san, hingga ke hari ini mereka hidup dengan kepompong dan kegelapan tanpa panduan.

Amat memeranjatkan bila kita mendengar Datuk Shafie menjelaskan di mahkamah bahawasanya (secara bersumpah) Dr. Mahathir berkata kepada beliau ?How dare you raid my senior officer's office?" (berani awak menggeledah, apa namaaaa pejabat pegawai tinggi aku?).

Sebagai seorang yang berhemah, Datuk Shafie tersentak mendengar bentakan Dr. Mahathir itu. Jawapan beliau amat lurus. Katanya, asas penyiasatan beliau berpunca dari rungutan dari pihak yang berkenaan dan beliau melakukannya atas keperluan rasmi.

Kita juga hairan mengapa Dr. Mahathir menuduh Datuk Shafie cuba mengkhianati Abol Ha#san. Sebagai kakitangan awam, apalah yang boleh beliau lakukan sebagai memperjelaskan kedudukan selain dari berkata - ?adalah salah bagi Dr. Mahathir menuduh beliau cuba bersikap khianat Abol Ha#san, dan sebagai seorang insan yang menghayati Islam, adalah berdosa besar mengkhianati seseorang?. Itu pegangan beliau. Tapi bukan Dr. Mahathir dan Abol Ha#san yang mengadukan kepadanya. Memang kedua manusia memang bangsat karekter!!

Itulah jauh beda perkerti orang seperti Datuk Shafie yang luhur budi dengan ?bangsat akal dan bicara? seperti Mahathir muhamad dan kroninya. Selain dari Datuk Shafie, kita tidak tahu berapa ribu pegawai awam yang ?diperas-ugut? oleh si Diktator tua ini. Padahal, Mahathir sentiasa memberi amaran supaya kakitangan awam melaksanakan tugas berasaskan ketelusan dan jangan menududh tanpa bukti-bukti sahih dan nyata. Seharusnya, Dr. Mahathir wajib memberi Datuk Shafie ?Tahniah? bukan maki seranah dan sergahan!! Inilah dia Presiden UMNO dan pemimpin mereka yang berhemah untuk menerajui rakyat?

Mahathir & Kroni ?above the Law??

Itu wajib diperjelas. Tambahan pula, bukankah Dr. Mahathir juga yang pernah berkata dengan bangga, kununya ?No one is above the law?. Bermakna, beliau sendiri tahu dengan penuh mengerti bahawa termasuklah Abol Ha#san dan dirinya (Mahathir) sendiri; jika didapati bersalah akan dihumbankan ke dalam penjara. Jika selama ini Dr. Mahathir boleh bercakap sejujur ?wali-wali? di hadapan ?public?; mengapa di belakang rakyat Dr. Mahathir adalah betul-betul umpama ?Ketul-ketul Taik?? (pinjam panggilan Pak Shahnon).

Dari sini kita dapat menilai siapa Dr. Mahathir sebenar. Tidak salah jika Zunar mengkarikaturkan Mahathir ?seekor biawak lidah bercabang?..!! Pepatah Melayu mengandaikan Mahathir ini sebagai ?pepat diluar rencong di dalam?. Mahathir diumpamakan ?gunting di alam lipatan?..!!

Jika selama ini, dalam Delimma Melayu, Dr. Mahathir mempersenda orang Melayu hingga dianggap ?bengap? sangat, apa yang diperjelaskan oleh Datuk Shafie tidak sama dengan yang pernah dinyatakan oleh saksi-saksi Azizan atau Ummi Hafilda (yang memang antara saksi Konspirasi yang lebih dari bengap). Kita memberi tahniah kepada Peguam Fernando atas kegigihannya.

Kalau kita mentakrifkan Dr. Mahathir sebagai seorang pelakun, memang akur kita kepada beliau sebagai seorang aktor bangsawan yang cukup-cukup pandai bermain ?sandiwara?. Didepan penonton beliau adalah seorang ?primadona?, tetapi dibelakang tabir - Allah swt. saja yang Maha Mengetahuinya. Kita biasa melihat beliau ?menangis?, ketawa dan mencemik muka. Tetapi rupa-rupa Mahathir adalah seekor ?serigala? yang disekeling beliau adalah mangsa-mangsa yang pernah kena gigit oleh taring perkasanya. Tidak hairanlah kalau Anwar sanggup berdepan dengan beliau di mahkamah!!

Kita tak mau terlebih cakap kerana lazimnya sebarang cakap yang mengeji tingkah laku dan ?keiblisan? ?tuan Presiden? orang UMNO ini akan dicap pula kita sebagai tukang ?Fitnah? dan kaki ?tohmah junu-janah?. Tetapi, apa yang luahkan oleh Datuk Shafie Yahya tidak semudah itu kita memberi maaf kepada Mahathir Mohammad.

Apa Akan Jadi?

Kita pasti akan menerima penafian dari Dr. Mahathir. Sebagai seorang yang serasi dengan sikap pembohong, orang seperti itu sudah tidak tau lagi bagaimana mahu bercakap ?benar?. Mungkin mulut dan otaknya sudah disumbat malaikat supaya tidak ada lagi cahaya dan sinar kejujuran, wallahu a?lam. Begitulah selalunya; satu pembohongan wajar ditutup dengan 10 pembohongan. Bagaimana kalau selama hidupnya kita nampak, Mahathir ini sentiasa ada-ada saja agenda tersembunyi yang harus ditutup dengan lakunan ?air mata buaya? atau ?ugut-paksaan?!

Ramai orang percaya, Mahathir Mohammad adalah seorang bersifat pembengis di sebalik lakonan layar perak ?wide screen? di PWTC yang memperlihatkan beliau seorang lemah-lembut dan bersahaja.

Seorang pemberita majalah TIME menulis terang-terang bahawa Dr. Mahathir adalah seorang pembengis dan kasar bahasa. Hematnya, sikap itu adalah lagak seseorang yang cukup cocok untuk menjadi seorang Diktator atau Algojo ?tukang pancung?!

Hari ini, apa yang diceritakan oleh Datok Shafie amat menyedihkan rakyat yang perihatin. Jika cakap beliau itu dinafikan walau 1000 kali oleh Dr. Mahathir, namum rakyat tidak akan berganjak dari mempercayai beliau (Datok Shafie Yahya). Kerana, beliau adalah bercakap di mahkamah terikat dengan ?sumpah?, dihadapan Hakim yang ariff dan dihebahkan oleh akhbar rakyat, maka sekarang Dr. Mahathir wajib tampil membela maruah diri. Kita tidak pernah dengar Datok Shafie membuka mulut bercerita seperti Dr. Mahathir yang gemar ?menceceh? sekeliling dunia bagai orang kencing atas papan.

Benar atau tidak Dr. Mahathir terlibat dalam Konspirasi Politik menumbangkan DS Anwar adalah bersendikan kepada sejauh mana Dr. Mahathir sanggup ke Mahkamah. Dalam kes ugutan beliau terhadap Datok Shafie Yahya ni, rakyat menuntut supaya Mahathir berdepan dengan kenyataan di mahkamah.

Setakat menafikan dimana-mana (bukan didalam mahkamah) samalah Mahathir seorang penjenayah yang terlepas merayau tanpa kekangan. Penafian seumpama itu tidak ada kredibliti - jauh sekali dari wajar diakui sebagai ?benar?.

Tuntutan Rakyat: Heret Mahathir Ke Mahkamah..!!

Rakyat menuntut si Mahathir ini supaya tampil ke mahkamah. Sepanjang tempoh 2 tahun perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sudah berbuih mulut hakim-hakim yang arif diarah oleh beliau mencari ikhtiar dan alasan supaya dirinya dielakkan dari diheret ke mahkamah. Sah mahathir seperti ?tikus?..!! Masih nak percayakah bahawa Mahathir adalah orang yang ?benar??

Apa yang dapat kita katakan setakat ini hanyalah, bahawasanya Dr. Mahathir tidak layak lagi menduduki kerusi Presiden UMNO dan menyandang jawatan Perdana Menteri jika pemimpin UMNO benar-benar mahu menerapkan sikap ?Bersih, Cekap dan Amanah?.

Malangnya itu hanya slogan pemimpin puak UMNO yang tidak lagi punya budi pekerti dan harga diri yang sempurna!! Nyahkan mereka pada tahun 2004..!!.


Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri) 13 Jun 2000

Link Reference : FeU