Laman Webantu   KM2A1: 2406 File Size: 6.3 Kb *



Surat: Sedih walau tak kecewa - Elniza
By web aNtu

13/6/2000 2:53 am Tue


From: ENIZA
Subject: BERASA SEDIH WALAUPUN TIDAK KECEWA


BERASA SEDIH WALAUPUN TIDAK KECEWA

1) Saya merasa sedih walaupun tidak kecewa dengan apa
yang berlaku sejak kejadian bertafakur dalam gelap
oleh ?6 budak hitam? dulu. Lepas itu ada ini pulak
berlaku gambar ?lucah? yang melanggar etika & dasar
Tripod. Langsung semua archive di LR hapus. Bermakna
bahan sejarah Pembangunan Reformasi yang terkumpul
selama 2 tahun jadi abu?.. Malang..malang apa sudah
jadi niiii?.!!

Saya akur dengan pandangan sdr. WebAntu. Dalam dunia
teknoloji yang mencabar minda ini, kita mesti pasang
perisai 10 lapis. Kalau tak gitu masih belum cukup,
pasang 100 lapis kalau boleh.

Analoginya, macam Bank Negara Msia, kerana terlalu
bangga dgn bangunan yang berdinding tebal dan pegawai
yang bergaji besar - asik dengar ?temberang? si Keling
Kutty tua itu saja; akhirnya bila si ?Mat? Soros
datang petik switch langsung nilai wang merundum? Nak
salahkan siapa? Kita tak letak injap ?kawal-selamat?
yang terbaik. Sengaja tak peduli harta orang yang
diamanahkan. Itu yang paling saya kesal. Begitulah
kalau nak cerita bagi mudah kita faham, kan??

Sekarang beringat pun dah tak guna sebab:

a) bukan senang nak bagi netters yakin postkan
artikel ke mahazlim, dll
b) netters dah serik sebab arkib dah hapus?..
anak-cucu pun tak boleh nak rujuk lagi.
c) Orang dah mula anggap hasil pemikiran dan penat
jerih mereka akan dipersia-siakan oleh WM terbabit..

Akhirnya siapa rugi?

2) Spt yg sdr. WebAntu katakan itu, Sdr. Amin Sapiro &
Marhaintua adalah penulis yang ramai peminat.
Tulisannya keras dalam lembut dan original. Saya yang
mengikuti laman tertentu saya terjumpa tulisan sdr.
Amin Sapiro hingga dimuatkan di malaysiakini dan
DETIK. Ini satu perkembangan yang sehat. Beliau saya
puji kerana berani dan berterus terang dalam
tulisannya. Beliau bagi pembaca semacam ransangan.
Mendalam. Itu saya selalu katakan, saya tabik kpd
beliau.

Kadang-kadang saya ambil kesempatan membuat ulasan
terhadap kadnungan rencana Pak Amin. Saya rasa itulah
kekurangan netters kita. Padahal saya fikir, bukan
senang memerah otak menghasilkan rencana sebanyak itu.
(Re. Koleksi Amin Sapiro di FeU - link di Laman
KeADILan & Mindarakyat). Malangnya saya nampak semua
itu Link ke FeU. Harap sangat semoga laman FeU
selamat. Sayayakin.

Kalaulah koleksi arkib beliau hilang dilaman
mengendalikan koleksi beliau, saya fikir kita akan
kerugian. Kalau beliau simpan tak apa juga,
takut-takut tak ada?. Memang rugi.

Itu sebab saya ambil kesempatan ini memohon supaya
mana-mana WM laman yang mengendalikan arkib tolonglah
berjaga-jaga. Kecuali macam laman Forum ?FGR?, tak
upayalah nak simpan. Persoanally, saya tak
download/simpan artikel mereka. Only at random..

Akhirnya, saya harap WebAntu tolong post artikel saya
ini di Laman Reformasi WebAntu, Saya tak tau macamana
nak pos. Tendang balik.. Tkasih. Salam.


(Elniza)

####

Jawapan:-

'alaikum salam wrbth

Saya ada simpan sikit archive laman reformasi - tapi tak lengkap. (hingga Nov 99 sahaja). Tak semua laman mahazalim diceroboh - cuma mahazalimtwo sahaja. Laman arkib masih ada

  • mahazalimd
  • mahazalimz
  • mahazalimx - boleh
  • mahazalimv
  • mahazalims
  • mahazalimq
  • mahazalimt


    - cuma payah nak masuk/crawl kerana ketiadaan index.html yg browseable. Saya harap webmaster laman re4mc tersebut mempermudahkan akan hal ini.

    Nasihat saya kpd semua webmasters:-

    1- Gunakan pa#sword yg strong
    eg ganduingan huruf besar N kecil, nombor, serta non alpha. tapi ramai yg tak nak atau suka sebab susah nak ingat, jadi pakai pa#swd lebih kurg macam ni

    contoh : K3 |/\/\4n4n = ke imanan <-- ok tapi tak bagus sangat
    b3R 7v4|\|G = ber juang <-- ok tapi kurang bagus
    (`|\|-c4w') = cin-cau ) <-- macam ni OK.
    ILLPTa'la = Allah Ta'ala<-- pa#sword macam ni tak OK

    jangan pakai pa#swd yg ada dlm kamus - baik kamus malaysia, ataupun kamus org putih. kalau kamus cina mungkin boleh kut?

    2- Pamirkan email alias dlm semua laman. Email alias ini TAK SAMA dgn email yg digunakan utk memohon free web page. Email sebenar boleh pakai hushmail (web based) kerana ia encrypted, atau ca.privacyx.com (web/pop capable/SSL). Alias boleh pakai bigfoot, come.to dll. Selain itu kalau nama web mahazalim ,jangan signup mahazalim@privacyx.com, pakai nama lain seperti emma@privacyx.com. Gunakan emma@privacyx utk signup tripod free web page. Disamping itu, kalau nak subscribe onelist atau apa2 mailing list sprt sang kancil etc etc, jgn pakai emma@privacyx.com ataupun alias dibigfoot - pakai aje anon@yahoo.com (sebarang nama yg tak melibatkan nama web). Kalau pakai windows jangan pakai outlook kerana byk vulnerability. Pakai Netscape Mail atau Eudora version lama2 selamat sikit. Kalau Linux - tak ada masalah .. byk choice.


    3- Gunakan PGP utk setiap komunikasi rahsia. Utk yg tak rahsia pakai nickname/email lain.

    4- Kalau pakai tripod - jangan signup utk lycos network. Signup utk free webpage aje. Tak payah signup benda2 free yg lain (advert mail).

    5- Kalau pakai FTP utk upload, gunakan PASV mode. Kalau ada wingate, pakai wingate. Sentiasa pakai proxy kalau uploading pakai web based/java scriplets di tripod. Kalau tak nak upload via tripod java, pakai tripod homepage (homepager.tripod.com) - ini tak pakai java - lagi selamat.

    6- Kalau pakai yahoo - enable view mail headers supaya dapat tengok sapa yg email N detect fake mail. Set yahoo supaya tak pakai java N tak pakai frame. Juga jangan enable image loading masa check email, baik web based, maupun pop based email. (Netscape: Edit Preference Advanced - disable auto image load)

    7- Kalau webmaster - pastikan sentiasa backup data. Pastikan pa#sword anda tak ada dlm word list. Check hoobie.net (brutus brute cracker) N wwwhack.com (proxy capable brute force cracker)- kerana byk org attack pakai program macam ni.


    Byk lagi panduan - tapi memadailah setakat ini aje.

    Sekian N Selamat Berjuang!!