Laman Webantu KM2A1: 2337 File Size: 4.2 Kb * |
kenyataan MID Man di awal hijrah 1421H By lela 8/4/2000 8:30 am Sat |
sumber : www.parti-pas.org/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sempena menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1421 “Bersyukur Tanda Keteguhan Iman” telah dipilih sebagai tema sambutan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Maka diwar-warkanlah oleh kalangan kepala-kepala pimpinan mereka agar rakyat bersyukur terhadap apa yang dianugerahkan oleh kerajaan UMNO BN terhadap mereka kerana jika rakyat tak berbuat demikian bermakna rakyat telah tidak beriman! Juga turut dipropogandakan adalah isu perpecahan ummah yang kononnya dikaitkan dengan kerja-kerja parti pembangakang khususnya PAS yang mengakibatkan umat Islam di Malaysia resah dan berpecah. Yang paling celupar dan cabul mulutnya sempena 1 Muharam ini tidak lain adalah Menteri UMNO yang dipertanggungjawabkan terhadap hal-ehwal agama iaitu Hamid Othman. Sepatutnya beliau sebagai seorang yang memahami agama melahirkan idea-idea yang bernas bagi mengatasi masalah perpecahan ummah yang didakwa oleh partinya itu, sebaliknya sempena tanggal keramat ini beliaulah yang tertonjol menabur fitnah dan pembohongan kepada rakyat dalam keadaan yang amat jahat dan biadap. Pertama beliau telah mendakwa bahawa Kerajaan PAS di Trengganu berdolak-dalik, tidak konsisten dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik apabila mengumumkan penglulusan 8 lesen arak di negeri itu baru-baru ini. Hamid Othman cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa seolah-olah Kerajaan PAS Trengganu dengan sewenang-wenang melulus lesen baru arak sedang dalam waktu yang sama menyalahkan Kerajaan Pusat kerana menghalalkan arak. Yang nyata Kerajaan PAS sebagaimana di Kelantan mengawal premis arak dengan cuma membenarkan “consumption” dikalangan rakyat bukan Islam sahaja dengan pelbagai syarat-syarat sampingan dikenakan serta ujudnya penguatkuasaan. Kerajaan Pusat bukan hanya gagal mengelakkan umat Islam dari terjebak ke kancah meminum arak malah meluluskan lesen-lesen pengilangan arak dengan orang-orang Islam dibenar bekerja serta memilii saham-sahamnya! Dan kedua serta yang paling biadap serta pembohongan terbesar adalah apabila Hamid Othman menyatakan bahawa Kerajaan PAS Trengganu bercita-cita mendirikan ladang ternak babi yang terbesar di Asia Tenggara sepbagaimana dipetik dalam akhbar The Star (7/4/2000) mukasurat 6 bawah tajuk “PAS chided for allowing liquor”: “Now Trengganu PAS want to build the biggest pig farm in South East Asia” Dari mana Hamid Othman memperolehi maklumat palsu ini hanya Allah sahaja yang tahu, namun yang jelas kenyataan ini sungguh jahat dan perlu diberi perhatian serta diambil tindakan oleh Kerajaan PAS Trengganu. Jika benar beliau berkata demikian Kerajaan Trengganu perlu mengambil tindakan dengan meminta Hamid biadap ini memohon maaf secara terbuka ataupun jika enggan disaman sahaja dimahkamah. Dan jika beliau menafikannya maka akhbar The Star pula perlu dituntut melakukan perkara yang sama. Terserlah lah siapakah dia penabur fitnah dan pemecah belah ummah yang terbesar dan terjahat di alaf ini. Raja-raja Melayu yang prihatin sewajarnya mengheret Hamid yang cabul ini agar bertanggungjawab terhadap kenyataan beliau. Manusia seperti inilah yang sebenarnya bertopengkan agama, kehadirannya cuma akan merugi dan menjahanamkan ummah bukannya membantu atau menguntungkan. Bijaklah rakyat Sik apabila telah menerajang keluar beliau dari kerusi Parlimennya. Cuma yang kurang bijak adalah wakil Kubang Pasu yang telah memungut beliau dan ditabalkan pula sebagai ulamak jalanan yang tiada kerja lain melainkan menyekat kekuatan dan kebangkitan Islam dirantau ini dengan fitnah dan kerja-kerja jahat beliau. Roslan_s@yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ |