Laman Webantu   KM2A1: 3794 File Size: 14.0 Kb *



TAG MT 39: Dunia Hiburan Ala Malaysia (Asiaweek)
By Santha Oorjitham

15/2/2001 8:00 pm Thu

TAG 039

[Kerajaan sanggup membebaskan budaya liar yang mencemar ugama tetapi menyekat pula penceramah ugama BA walaupun ia tidak menyentuh isu politik semasa di masjid dan surau di seluruh negara. Malah pernah satu ketika dulu ceramah hebat Ahmad Deedat di dataran merdeka pun ditamatkan walaupun belum puas mendengarnya tetapi persembahan artis menyolok mata dibiarkan sahaja tanpa hadnya.

Kesah 'The Ship' (dan kes 'ratu cantik') menggegarkan bumi Selangor juga. Sekiranya JAIS atau polis tersilap, mereka sewajarnya dihukum tetapi tidak pula. Campurtangan politik telah membebaskan Azlina, bukannya ugama. Politik telah mengatasi ugama walaupun Umno kununnya mengaku memperjuangkan ugama. Walaupun Azlina tampak menang, Umno Selangor, khususnya Abu Hassan Omar tertewas kerananya.

Kini tempat sial itu tidak lagi melayan orang islam minum alkohol sebebasnya. Azlina terasa walaupun tidak terdenda sehingga dia memperbaikki sedikit penampilannya. Tetapi kerajaan semakin buta dan memenjarakan kebebasan JAIS pula.

Itu mendorong Ning bermaharaja-gila dengan tayangan pusatnya merata-rata dan mendedahkan fantasi seksnya yang tidak enak didengar pandang oleh semua. Apa nak buat, mufti yang ada sudah dibuang dan yang lainnya sudah digam mulut mereka. Penerapan nilai-nilai Islam hanya tinggal cogankata yang dipersetankan sahaja demi keuntungan dunia yang sementara. Kini dengan semua akhbar membisu akan karenah Ning Baizura, jelaslah Umno tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga maruah wanita dan budaya orang melayu yang berugama. Nyahkan Umno segera sebelum tercemar semuanya.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Dunia Hiburan Ala Malaysia

(That's Showbiz - Malaysian Style)

Oleh: Santha Oorjitham - Asiaweek


Bagaimana agaknya cara seorang penghibur wanita melayari dunia hiburan di Malaysia sekarang ini? Saya telah menanyakan soalan ini kepada seorang penyanyi kelab malam Azlina Aziz dan juga Vermon Kedit, pengurus kepada vokalis R&B Ning Baizura - dan mendapati dua cerita yang berbeza daripada mereka. "Tak menasabah". Itulah yang keluar daripada mulut Azlina mengenai beberapa sekatan yang perlu dihadapi oleh para penghibur beragama Islam. Namun, Kedit berpendapat keadaan sudah semakin baik sejak lima tahun yang lalu.

Pada 10 Jun tahun lalu, Helmi dan 'The Gimmick' yang turut dianggotai oleh Azlina telah membuat pertunjukan di 'The Ship', sebuah restoren di Selangor (tempat yang sebenar ialah di Damansara Utama kira-kira 100 meter jaraknya daripada Masjid Mujahideen - penterjemah). Azlina yang berumur 30 tahun dengan ditemani oleh dua orang pemain muzik (lelaki) pengiringnya sedang berehat sambil menunggu giliran mereka untuk menghibur bagi kala ke-tiga pada malam itu. Kira-kira 11.30 malam, 30 anggota polis termasuk pegawai JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan beberapa petugas sukarela Islam telah menyerbu masuk. Mereka telah mengepung semua pelanggan lelaki yang beragama Islam yang sedang menikmati minuman beralkohol - satu perbuatan yang melanggar hukum syariah. Oleh kerana beliau tidak pun meminum minuman beralkohol, kata Azlina, "saya fikir saya tidak akan diapa-apakan." Tetapi kumpulan itu menyiasat semua wanita Islam yang ada, dan memberitahu bahawa mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksion 10 hukum syariah negeri kerana mencemar dan menghina martabat Islam - ia merupakan satu seksion undang-undang yang Azlina tidak pernah mendengarnya sebelum itu.


Mereka telah dibawa dalam dua buah van ke sabuah balai polis dan dikurung dalam dua bilik yang berasingan. Orang lelaki dibebaskan dulu. Dia tidak dibebaskan sehingga jam 5 pagi, setelah diberitahu untuk melaporkan dirinya kepada JAIS pada minggu yang ke hadapan. Dia diberitahu betapa kesnya akan di bawa ke mahkamah pada September 21. Namun selang beberapa minggu kemudiannya, pada Jun 28, tuduhan yang dikenakan itu telah digugurkan. Dia berpendapat para pegawai yang terbabit 'tersilap' mengenai hukum undang-undang dan memababitkannya kepada orang beragama Islam. Tempat itu tidak lagi melayan pelanggan Islam dengan memberikan bekalan minuman beralkohol. Dia berpendapat, "Sejak itu mereka sudah lebih berhati-hati." Dia merasa sedih betapa fiasko itu dikatakan salah satu penyebab kenapa bekas menteri besar Selangor, Abu Hassan Omar, meletakkan jawatannya pada Ogos 10 dulu.


"Minuman beralkohol memang disediakan di banyak tempat," kata Azlina. Kalau orang beragama islam tidak boleh berada di tempat semacam itu, "tidak ada sesiapa pun yang boleh memasukki sebuah hotel, lapangan terbang ataupun pesawat terbang". Azlina berkata Helmi dan anggota band beliau membuat persiapan akan pertunjukkan mereka setelah mengkaji pelanggan yang datang dan memilih lagu untuk dipersembahkan serta jenis pakaian untuk diperagakan. Sebelum itu mereka pernah menghiburkan pegawai negeri Selangor. "Saya memang bepakaian sopan dan kami memainkan beberapa lagu tradisi orang Melayu," katanya lagi. Tetapi, sejak penangkapan itu "saya lebih berwaspada dengan pakaian saya. Saya dapata rasakan ada orang yang memperhatikan saya dan mereka berfikir saya bersalah." Dia kerap mengenakan pakaian 'gown yang laboh hingga ke bawah'. Ada juga dia mengenakan pakaian yang berlengan pendek, tanpa berlengan dan mempunyai potongan yang rendah di bahagian hadapan. Kini, dia menutupi lengan dan bahunya dengan menggunakan selendang.

Walaupun pernah ditahan, dia masih percaya, pada keseluruhannya kerajaan Barisan Nasional sedang mencuba mempertahankan hak wanita, bukan sahaja setakat hak orang Islam. Dia berkata PAS tidak mahu benarkan kaum wanita bekerja, terutama sekali di kelab (malam). "Bagaimanakah kita mahu maju kalau kita tidak boleh bekerja?" soalnya. (Menteri Besar Pas di Kelantan, (Tuanguru) Nik Aziz Nik Mat, pernah berkata betapa keutamaan (pekerjaan) harus diberikan kepada wanita yang tidak cantik, kerana wanita yang cantik mudah dipinang.) Azlina ialah seorang janda dan terpaksa bekerja untuk menyarai hidup bersama seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

Walaupun demikian, keadaan sudah pun melegakan Ning Baizura, seorang penyanyi yang berusia 24 tahun. Dia pernah mencetuskan kontroversi ketika menghiburkan pelanggan dengan berpakaian yang mendedahkan pusatnya di Hard Rock Cafe di Singapura pada 1995. "Terdapat wartawan daripada Johor di situ dan mereka telah mencetuskan keributan mengenainya," kata pengurusnya Kedit. Ning terpaksa menuntut maaf secara terbuka kepada menteri penerangan ketika itu (Mohamed Rahmat) dan juga ketua pengarang Utusan Melayu yang mahukan beliau melakukannya secara terbuka.

Tetapi, Ning pernah membuat pertunjukan yang ditaja oleh majallah 'Her World' pada tahun lalu dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan pusatnya lagi. Tidak pula muncul ribut-ribut di situ. Begitu juga dengan pakaian yang pernah dikenakannya sebagai hiasan muka hadapan majalah FHM (For Him Magazine) pada bulan Julai. Menteri Penerangan yang sudah pun diketuai oleh Khalil Yaakob tidak pun membuat sebarang komen mengenainya.


Utusan Malaysia pernah mencuba mencetuskan kontroversi lagi melibatkan wawancara Ning dengan majallah FHM itu. Ketika itu Ning memakai pakaian bertali 'G-string'. Ning pula dilaporkan gemar melakukan seks di pagi hari sembil cerita khayalan yang melibatkan penggunan krim, minyak lilin dan segala aksi lagi. Ning juga dilapurkan suka berfantasi untuk berhubungan dengan lima jejaka pada satu ketika. Akhbar itu menerbitkan artikel yang mengganyang Ning 'setiap hari yang ditulis oleh penulis berbeza,' kata Kedit, 'tetapi akhbar lain tidak pun sibuk mengenainya. Mereka hanya menerbitkan laporannya sahaja.'


Di konsert terbuka, Ning dan kumpulannya memang berpakaian kurang seksi. Tetapi di satu pertunjukan khas, Ning telah melakonkan aksi Jennifer Lopez dengan menyanyikan 'We had fun,' kata Kedit. 'Tidak ada pun sesiapa yang membuat komen mengenainya.'


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 15/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Sumber: Asiaweek

http://www.asiaweek.com/asiaweek/daily/foc/0,8773,99330,00.html


From Our Correspondent:

That's Showbiz - Malaysian Style

Two Muslim women, two different stories

By SANTHA OORJITHAM

Wednesday, February 14, 2001

Web posted at 06:15 p.m. Hong Kong time, 06:15 a.m. GMT

What's it like being a Muslim woman in show business in Malaysia today? I spoke to club singer Azlina Aziz and to Vernon Kedit, managing partner of elusive R&B vocalist Ning Baizura - and heard two radically different views. "Ridiculous!" That's how Azlina describes some of the restrictions affecting Muslims in the performing arts. But Kedit says things have actually improved over the past five years.

On June 10 last year, Helmi and the Gimmick, in which Azlina performs, were appearing at the Ship restaurant in Selangor state. Petite 30-year-old Azlina and her two band-mates were taking a break before their third set, around 11:30 p.m., when over 30 policemen, Selangor Islamic Department (JAIS) officials and members of a Muslim volunteer group burst in. They rounded up all the Muslim males who were drinking alcohol - an act forbidden under Islamic shariah law. Since she had not been drinking, says Azlina, "I thought I would be all right." But the team also picked up all the women, telling them they would be charged under Section 10 of the state shariah laws for acts insulting or lowering the dignity of Islam - a section she had never heard of.

Azlina says the men and women were taken by van to a police station and kept in separate rooms. The men were released first. She was not released until 5 a.m., after being told to report to JAIS the following week. She was told her case would be tried in the shariah court on Sept. 21, but after a couple weeks, on June 28, the charges against her were dropped. She reckons the officials "misinterpreted" the legislation and applied it to Muslims being in a place where alcohol was served "for the first and last time." Her conclusion: "Now they'll be careful." She was saddened to read that the fiasco was listed as one of the possible reasons for the resignation of Selangor chief minister Abu Hassan Omar on August 10.

Many places serve alcohol, says Azlina. If Muslims cannot be in such locations, "nobody could enter a hotel, an airport or a plane.." Azlina says Helmi and his band members prepare for all their shows by studying the crowd and deciding what kind of songs to perform and what to wear. They have performed for Selangor state officials before. "I was totally covered and we performed traditional Malay songs," she says. But since the arrest, "I have been even more cautious in dressing. I feel that people are watching me and that they think I was wrong." She had always worn ankle-length evening gowns, but some of them were short-sleeved, sleeveless or spaghetti-strapped, with low necklines. Now she covers her arms and shoulders with a selendang (shawl).

Despite the arrest, she believes that, overall, the ruling Barisan Nasional coalition is trying to protect women's rights, not only the Muslims. But she says PAS [the opposition Parti Islam SeMalaysia] doesn't want women to work at all, especially singing in a club. "How can we progress if we can't do our jobs?" she asks. (PAS chief minister of Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, has said priority should be given to hiring women who are not beautiful, since beautiful women can easily get married.) A divorcee, Azlina has to work to support herself and her three-year-old daughter.

For 24-year-old singer Ning Baizura, however, the mood now is more relaxed. She had sparked a controversy when she performed in a navel-baring outfit at the Hard Rock Café in Singapore in 1995. "The Malaysian press were there from Johor and they created a big fuss," recalls her managing partner Kedit. Ning had to apologize publicly to the minister of information (then Mohamed Rahmat) and the editor-in-chief of the Malay daily Utusan Malaysia, who had demanded an apology.

But at a concert organized by Her World magazine last year, another navel-exposing outfit created "no flak whatsoever," says Kedit. Neither did a similar costume she wore in a cover shot for FHM (For Him Magazine) in July. The Ministry of Information (now headed by Khalil Yaakob) did not comment on either occasion, Kedit notes.

Utusan Malaysia did try to stir up a controversy over Ning's FHM interview -in which she said she wore G-strings, preferred sex in the morning and was into whipped cream, candle wax and role-playing. She also said her unfulfilled fantasy was to have sex with five men at the same time. The Malay daily published attacking articles "by different writers each day of the week," Kedit recalls, "but the other papers did not comment on the interview. They just reported."

At public concerts, Ning and her entourage dress more conservatively. But during a recent performance at a private function, Kedit reports, Ning performed the Jennifer Lopez number "Let's Get Loud" - accompanied by five topless, gyrating male dancers. "We had fun," he says. "And there were no comments from anyone."