Laman Webantu   KM2A1: 3793 File Size: 9.4 Kb *



TJ MT MGG: Krisis Baru Di Kelantan
By M.G.G. Pillai

15/2/2001 9:05 pm Thu

MGG 4101

[Umno sengaja mengkucar-kacirkan keadaan dengan melibatkan sultan. Padahal terselit agenda Petronas ingin mengaut keuntungan berlebihan dari bumi Kelantan. Pindaan perlembagaan Kelantan mahu dipersoalkan sedang Umno terlebih dahulu mahu raja mengikut peraturan.

Umno tidak ikhlas mencerna idea perpaduan. Dulu ia mengacau royalti, kini ia mahu mencetus kontroversi bintang. PAS tidak perlu bintang kerana bulan sudah cukup terang. Takkan orang Umno masih belum faham? Rakyat Kelantan masih belum lupa beban hutang kerajaan BN yang terpaksa dibayar oleh PAS sampai sekarang. Itu termasuk sesuatu untuk Sultan tetapi PAS sengaja diamkan demi perpaduan. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Krisis Baru Di Kelantan

(MGG: An Unspoken Crisis Rears Its Head In Kelantan)


Ketika Sultan Kelantan pulang daripada lawatan tidak rasmi ke Dubai minggu lalu, dia telah disambut oleh Badan Bertindak Rakyat Kelantan yang ditaja oleh UMNO. Sekitar dua ribu orang telah menyambut baginda. Apa sebabnya dia berada di Dubai itu tidak pula sesiapa yang tahu. Cuma menteri kewangan, Tun Daim ada tercongok mukanya sebelum baginda berlepas dari sana. Apa yang dibincangakan memang terpaksa diagak-agak sahaja. Tentu sekali ada kena mengena dengan perbalahan terbaru di antara istana Kelantan dengan kerajaan PAS. Memang sudah berlaku satu konfrontasi bermula dengan tindakan istana menarik balik bintang gelaran yang telah diberikannya. Perangai buruk-siku-diraja ini dikenakan ke atas dua orang exco-mengikut laporan New Straits Times - kerana tidak meluluskan tanah yang Sultan mahukan. Tetapi, itu bukan cerita yang sebenarnya. Petronas mahukan tanah untuk memasang paip gas daripada tuanpunya tanah yang terbabit. Tetapi tuanpunya tanah itu mahukan pampasan mengikut kadar pasaran. Apabila kerajaan enggan menyahut tawaran mereka, inilah yang membabitkan beberapa peristiwa yang melibatkan dua orang pegawai exco itu terpaksa memulangkan balik bintang yang mereka terima.


Kisah selanjutnya masih ada lagi. Dewan undangan negeri sudah pun bersedia menggugurkan kekebalan diraja dengan membuat pindaan kepada perlembagaan yang ada dalam persidangan dewan di akhir bulan nanti. Kerajaan Kelantan tidak melakukan pindaan itu ketika semua kerajaan negeri yang lain melakukan penyelarasan dengan pindaan perlembagaan persekutuan mengenai perkara yang sama. Pindaan ini memberi ruang kepada seorang raja untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang dalam masa tiga puluh hari untuk menjadi satu undang-undang. Jika tidak, dan kalau raja memberikan alasan kenapa beliau enggan, perkara itu diperdebatkan lagi. Apabila ia diluluskan oleh dewan, ia akan menjadi undang-undang secara otomatik sahaja. PAS menguasai semua kerusi dewan kecuali dua kerusi, dan pindaan itu akan diluluskan apabila dibentangkan. UMNO Kelantan telah mempersoalkan tindakan itu. Tetapi PAS menjawab balik bahawa ia adalah bertujuan menyelaraskan pindaan perlembagaan mengikut kehendak Perdana Menteri yang mahu raja-raja mengikut peraturan.


Satu cadangan agar proses 'management buyout' dilaksanakan terhadap Keloil, yang sedang kerugian tetapi mempunyai hak keatas setiap petrolium dan gas yang digerudi di Kelantan. Nampak sangat ada satu mainan raksasa oleh Petronas yang mahukan syarikat itu disuntik melalui sebuah syarikat yang tersenarai dipasaran saham.Walaupun ia sudah gagal memenangi kuasa politik melalui peti undi UMNO Kelantan sedang bergiat untuk menconteng arang ke muka pihak yang sedang menikmati kuasa. Di waktu yang sama ada pula rancangan untuk membina sebuah pelabuhan besar di Tumpat, sebagai landasan untuk memunggah barangan yang datang daripada Kambodia dan Laos. Saya diberitahu projek ini akan menelan sehingga satu bilion ringgit.



Dengan tercetusnya semua kisah di atas merupakan satu tamparan terhadap keikhlasan UMNO dalam usahanya mengadakan rundingan mengenai perpaduan Melayu. Pada malam semalam Perdana Menteri ada membuat pengumuman bahawa isu kerajaan persekutuan menyekat bayaran royalti petrolium boleh dibincangkan dalam rundingan itu. Kalau perkara ini diungkitkan ia akan mendedahkan betapa UMNO tidak dapat menerima hakikat kewujudan sebuah kerajaan Melayu bukan-UMNO yang sedang berkuasa. Usaha menggunakan segala tipu helah yang ada untuk menghenyak kerajaan PAS itu menunjukkan ia lebih merosakkan perpaduan orang Melayu, jika dibandingkan dengan gelagat Badan Bertindak Melayu yang baru berforum di Kuala Lumpur. Kini, apa yang sedang berlaku di Kelantan adalah satu sinario yang berbeza. Inilah yang menjebak UMNO dalam perangkap yang dipasangnya lama dulu. UMNO tidak boleh menentang apa yang mahu dipraktikkan oleh PAS. Pada awal 1990-an dulu, ia pernah menyerang PAS kerana tindak melakukan pindaan kepada perlembagaannya. Kini, ia tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan melahu sahaja.


-MGG Pillai-
14.2.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 15.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

An Unspoken Crisis Rears Its Head In Kelantan

The Sultan of Kelantan arrived from a week's private visit in the Gulf States last night to an UMNO-sponsored Kelantan People's Action Front welcome. About two thousand were on hand on to greet him. Why he was in the Gulf states is not mentioned, but so also was the finance minister, Tun Daim Zainuddin, who saw him just before he left. What was discussed is left to the imagination but it certainly had to do with the current conflict between the Kelantan palace and the PAS government. The palace and the PAS government heads for a confrontation, which began when the palace withdrew awards from two state executive councillors allegedly -- as the New Straits Times reported -- for not alienating land the Sultan wanted. That is not so. Petronas wants land for a gas pipeline but individuals wanted the land they could sell it at market rates to the oil company. When the government refused, it led to the chain of events that led to the two men ordered to return the awards.

There is more to it than meets the eye. The state assembly is ready to remove the sultan's immunity in a constitutional amendment as early as the sitting later this month. Kelantan did not enact the constitutional amendments the other states did to conform to the Federal constitution which had been amended to remove the ruler's personal immunities, and that the ruler had 30 days to sign a bill into law; if he does not, or if he gives reasons why he would not, it would be debated again, and if passed by both houses it automatically becomes law. PAS controls all but two of the 39 seats in the state assembly, and the amendment passed unanimously if it presented. UMNO Kelantan has questioned the move, but PAS retorts it is in keeping with the constitutional amendments the Prime Minister had passed to keep the sultans in tow.

A management buyout is proposed for Keloil, which runs at a loss but which has a lien on petroleum and gas found in and off Kelantan. That is seen as a power play by Petronas to have it injected into Petronas via a listed company. The details are hazy, but it does appear the current problem the mentri besar, Dato' Nik Aziz Nik Mat, has with the Sultan is directly and indirectly related to this development. The UMNO-sponsored KPAF is solidly behind the ruler; it would to destabilise PAS. When it cannot get political power through the ballot box, it looks for opportunities to blacken whoever is in power. Meanwhile, there is also a move to build a major port at Tumpat, as a step-off point for produce from Cambodia and Laos. This, I am told, could cost as much as a billion ringgit.

That it comes when UMNO and PAS prepares for Malay unity talks later this month questions UMNO's bona fides. The Prime Minister said last night the federal withholding of Petronas royalties could be discussed if PAS so wanted. But when it is, it points to an UMNO that would not accept the reality of a non-UMNO Malay state in power. That it does everything in its federal power to force it into submission is more divisive than the Malay Action Front's rally in Kuala Lumpur last week. What happens in Kelantan now is no different. The cynicism with which UMNO approaches it beggars belief. But UMNO is caught in its own trap: it cannot oppose what PAS has in mind; it attacked PAS for not passing the amendments in the early 1990s; it cannot afford to now.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my