Laman Webantu   KM2A1: 3783 File Size: 13.8 Kb *



TAG MT 36: B3 Tugas Yang Membosankan (Asiaweek)
By W. Carragata

13/2/2001 8:14 pm Tue

TAG036

[Pengerusi IBRA mungkin seorang yang cekap tetapi dia tentu bosan dan kecundang juga menerokai hutan yang sarat dengan binatang buas yang sering meninggalkan jejak yang mengelirukan. Tambah lagi IBRA masih meraba tidak tahu yang mana satu menatap akaun yang begitu bercelaru. Tanpa rekod dan bukti, adalah sukar untuk pelabur menilai untung dan rugi. Pegawai IBRA pula asyik menghilang bila diperlukan.

Skandal Bank Bali sudah mencemarkan IBRA sehingga Habibie terkeluar. Tetapi dalangnya masih bebas hingga ke hari ini. Rakyat mula mencurigai IBRA menyogok perunding luar kerana menyelamatkan syarikat Parti Golkar. Malangnya tiada bukti walaupun banyak angka sudah lari.

Itulah akibatnya kerana rakyat membiarkan kroni bermaharaja gila terlalu lama di bumi sendiri. Apabila mereka kaya, tidak sedikitpun diberi, tetapi bila rugi, mereka dibuncitkan tanpa syarat itu ini. Kalau rakyat jangan haraplah untuk dilayan walaupun menangis sepanjang hari. Patutlah ramai orang melayu hilang di dunia padahal Umnolah yang memerintah selama ini. - Editor ]


Penterjemah: -MT-

Bahagian Tiga:


Tugas Yang Membosankan


>>>>>+++++<<<<<


Kejayaan IBRA pada tahun 2000 telah meyakinkan Gerungan untuk berkata betapa segala kritikan mengenai kelembapan agensi itu untuk menjual asetnya sebagai tidak bertempat. 'Ternyata sudah ada kelajuannya,' tegas beliau. Jika demikian ia merupakan satu pergerakan yang tidak akan mampu melaksanakan apa-apa, sedangkan itulah yang mahu dilaksanakan oleh Gerungan seperti ucapan mula kerjanya di mana dia berazam untuk memacu agensi bergerak lebih cergas lagi. Lagipun itulah laungan Rizal Ramli, menteri kanan ekonomi yang mendesak IBRA melipatgandakan proses penjualan asset yang ada. Gerungan memang sudah merencana satu rancangan untuk menjual lebih banyak asset lagi secara melakukan kongsi-sama dengan satu atau lebih bank pelaburan utama di sana. Bank-bank pelaburan akan mengambil alih hutang lapuk sekitar 500 juta dollar, menyusunya semula untuk dijual dengan mengongsi sama segala keuntungan yang berbangkit bersama IBRA.

Sebagai sebuah institusi, IBRA mungkin cepat menjadi capik dengan segala asset yang telah diperolehinya, sehingga menjadi kabur untuk menyelesaikan segala masalah yang menghantuinya. Budianto, bekas timbalan pengerusi telah mengimbau pengelamannya ketika bertugas di agensi itu. Pada satu ketika di waktu IBRA mahu menutup bank-bank yang kemuflisan, agensi itu gagal menetapkan destinasi dana sejumlah 106 juta dollar yang baru tiba. 'Kami belum mengenal siapa yang mempunyai apa,' kata Budianto. Dalam banyak kes, para penghutang masih membayar hutang mereka walaupun bank yang meminjamkan hutang itu secara rasminya sudah gulung tikar. Dalam kes lain pula, sistem perakaunan memang mencelaru, dan pembayaran selalunya tidak dicatatkan (posting) kepada akaun hutang yang sebetulnya. Pegawai Budiyanto menghabiskan tiga bulan untuk menyelidik dan membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Namun, lebih 10 juta dollar tidak dapat diperbetulkan.

Pengalaman sebuah syarikat kommunikasi yang bersaiz sedang daripada Amerika Utara yang datang dengan niat melabur dalam beberapa syarikat di Indonesia mungkin boleh dijadikan satu petunjuk bagaimana cekapnya IBRA. Seorang pegawai syarikat itu telah berbual dengan Asiaweek dengan syarat namanya dan juga nama syarikatnya dirahsiakan telah bercerita bagaimana syarikatnya telah membelanjakan sekitar dua juta dollar dan menghabiskan satu tahun membuat penyelidikan beberapa institusi yang kebanyakannya sudah pun diletakkan di bawah pengawalan IBRA. Ceritanya itu merupakan satu rangkaian masalah yang menghantui IBRA. Masalah utama yang dihadapi oleh semua orang, ialah sukarnya untuk bercakap dengan orang yang bertanggungjawab. Pesanan telefon yang dibuat kepada IBRA memang jarang sangat dijawab balik. Sessi mesyuarat yang telah dirancang kerap sangat dibatalkan di saat akhir. Kalau pun ada mesyuarat yang difikirkan membantu perundingan, kerap sangat tidak ada seorang pun wakil IBRA yang datang. Tiga bulan berlalu dalam satu proses perundingan itu, pegawai yang mewakili syarikat pembeli daripada Amerika Utara itu masih mencari jawapan kepada satu soalan yang dikemukakan pada hari pertama dia mula-mula berjumpa pegawai IBRA. Ia sudah menjadi semacam satu lelucon sahaja.

Yang lebih teruk lagi, ada kalanya IBRA sendiri tidak tahu-menahu mengenai beberapa asetnya. Pegawai itu pernah menanyakan beban hutang salah sebuah firma yang sudah diambilalih oleh IBRA. 'Kami tidak ada rekodnya.' Itulah jawapan yang diterima. 'Anda tidak mendapat keyakinan akan apa yang anda mahu beli,' kata pegawai Amerikan itu. Akhirnya syarikat itu mengambil pendirian bahawa memang tidak berbaloi untuk menunggu lama-lama lagi. 'Risiko yang tinggi tidak bersairas dengan pulangan yang tinggi.' Beberapa cerita yang menakutkan itu, mengikut Castle, memang lumrah sekali. 'Itulah pengalaman yang selalu diulang-ulang sehinggakan orang pun naik muak dan tidak berminat lagi.'

Para pengkritik kerajaan semakin yakin betapa korupsi memainkan peranannya dalam penentuan pendirian IBRA untuk bertindak ataupun tidak. Tetapi, tuduhan salah-guna kuasa selain daripada kes yang melibatkan skandal Bank Bali, masih lagi tidak ada buktinya. Bank Bali telah melebamkan mata IBRA sehingga membantu menjatuhkan orang yang digantikan oleh Gus Dur, B.J. Habibie.

Pada mulanya bank itu telah diambilalih oleh IBRA dan telah membayar komisen sebanyak 60% kepada sebuah syarikat yang ada kaitannya dengan Parti Golkar sebagai satu kaedah untuk menebus pinjaman antara-bank dengan IBRA. Selain itu, ada satu kajian oleh Pricewaterhouse Coopers mengenai ketelusan bisnes sejagat. Kajian yang telah pun dibukukan itu mencatatkan betapa Indonesia adalah sebuah negara yang mendudukki tempat kedua sebagai paling korup di dunia ini selepas Russia. IBRA sudah 'menjadi satu padang dimana korupsi membiak,' kata AmienRais, speaker Dewan Perundingan Rakyat dan salah seorang pembangkang yang lantang suaranya terhadap kerajaan Wahid.

Beberapa bukti salahguna kuasa adalah bercorak samar-samar sahaja. Satu siasatan oleh agensi odit negara telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai cara IBRA membuat bayaran kepada khidmat perunding. Pada tahun lalu jumlah bayaran itu memuncak sehingga 68 juta dollar. Sebahagian wang itu mungkin berbentuk wang sogokan, kata juruodit secara terbuka. Namun beberapa akaun yang dikatakan terpalit korupsi dalam IBRA sendiri masih tidak mempunyai sebarang bukti. Mengikut pendapat Marie Muhammad, selain dari skandal Bank Bali, 'memang tidak ada bukti berlakunya korupsi secara besar-besaran.'

Kalau diambilkira segala masalah yang menghantuinya apakah Gerungan mempunyai peluang yang baik untuk membetulkan keadaan? Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan kejujuran dan keazamannya. Tetapi dia merupakan seorang novis-politik yang tidak mempunyai penaungnya. Walaupun ini menggambarkan kebebasannya, ia juga membawa erti akan tercetusnya kesulitan untuk mendapatkan sokongan politik ketika dia amat memerlukannya. Laksamana Sukardi seorang bekas menteri dalam kabinet Wahid dan juga merupakan teman sejawat dengan Gerungan ketika di Citibank dulu, amat yakin sahabatnya itu akan dihantui masalah akhirnya. 'Citibank adalah satu suasana kerja yang memang selesa, kerana semuanya dalam keadaan yang baik,' katanya. 'Apabila anda keluar daripada Citibank, ia persis bertugas dalam hutan rimba.' Itulah jawapan kepada persoalan kenapa kamar pejabat pengerusi IBRA itu nampak tidak berhias. Gerungan telah memberitahu kawan-kawannya betapa dia memang bersiap sedia untuk melepaskan jawatannya jika diperlukan.

....bersambung....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 12/2/2001<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98452,00.html

ASIAWEEK FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6

One Lousy Job (cont'd)

BGerungan cites the accomplishments in 2000 as evidence that criticisms of the slow pace of asset sales are misplaced. "The speed is already there," he insists. If so, it is a pace that will not get the job done, which is something Gerungan clearly implied his first day on the job when he said he would push the agency to act more quickly, echoing comments from Rizal Ramli, the senior economics minister, that IBRA should "accelerate the process." In fact, Gerungan is already laying plans to push more assets out the door by setting up a joint venture with one or more big investment banks. The investment banks would take up to $500 million in bad loans, restructure them and share any profits with IBRA.

IBRA as an institution may simply be out of its depth with all its assets, overwhelmed by the scope of the problems it faces. Budianto, the former deputy chairman, recounts a story from his time at the agency. At one point, as IBRA was closing failed banks the agency could not identify the intended destination of $106 million in cash that came in. "We didn't know what belonged to what," says Budianto. He says debtors were in some cases making payments even though their creditor banks were officially shut down. In other cases, bank accounting was shoddy, and payments were not always posted to the appropriate loans. It took Budianto's staff three months of detective work to reconcile most of the items - more than $10 million could never be accurately placed.

The experience of a mid-sized North American communications enterprise that came to Indonesia with the intention to invest in one or more companies is an indictment of IBRA's competence. An executive of the enterprise, who spoke to Asiaweek on condition he and his company remain anonymous, says the firm spent a year and about $2 million investigating various assets, most of them officially under IBRA's care. The stories he tells are a litany of IBRA woes. The first problem, which everyone encounters, was the inability to talk to anyone. Telephone calls to IBRA would rarely be returned. Meetings would be set up and cancelled at the last minute. And when it seemed useful meetings might actually take place, the businessman says sometimes no one would show up on IBRA's side. Three months into the process, according to the executive of the prospective North American buyer, he was still trying to get an answer to a question he asked the first day: The bumbling "got to be a joke."

Worse, IBRA sometimes did not know anything about some of its assets. The executive once asked about the debt load of a particular firm under the agency's control. "We don't have those records," was the reply. "You were never sure what you were buying," the executive says. Ultimately, the company decided it had been through enough: "High risk didn't equal a high return." Such IBRA horror stories, Castle says, are commonplace. "That's an experience repeated all too often." As a result, "people give up."

Government critics are certain that corruption plays a role in some IBRA decisions or inaction. But charges of malfeasance, outside the infamous Bank Bali scandal, are unproven. Bank Bali gave IBRA its biggest black eye and helped end the presidency of Wahid's predecessor, B.J. Habibie. The bank, which had been taken over by IBRA, paid a 60% commission to a firm linked to Habibie's Golkar party to recover interbank loans from IBRA. Beyond that, a recently published study by PricewaterhouseCoopers on global business transparency concluded that Indonesia is the world's second-most corrupt economy next to Russia. So it is hardly surprising that IBRA stands accused by its critics of impropriety. The agency "has become a field for growing corruption,' says Amien Rais, speaker of the People's Consultative Assembly and one of the Wahid government's most vocal opponents.

Other evidence of impropriety is circumstantial at best. An investigation by the state audit agency has raised questions about IBRA's payment of consulting fees, which last year amounted to $68 million. Some of that money could be used for bribes, an auditor publicly suggested. Nevertheless, accounts of widespread corruption inside IBRA remain unproven. Mar'ie Muhammad says that, except for the Bank Bali case, "there is no evidence of large-scale corruption."

Given its daunting litany of problems, what are the chances Gerungan can turn things around? No one questions his honesty or commitment. But he is a political neophyte with few protectors. That suggests he is independent, but it also means he may not be able to muster political support when he needs it. Laksamana Sukardi, a former minister in Wahid's cabinet, worked with Gerungan at Citibank and believes his friend will have problems: "Citibank was like a simulated environment, everything is in order," he says. "When you get out of Citibank, it's like working in the jungle." And there's no ruder jungle than the chairman's suite at IBRA. Gerungan has told friends he is prepared to resign if needed.

.....to be continued.....