Laman Webantu   KM2A1: 3781 File Size: 18.3 Kb *



TAG MT 35: B2 Tugas Yang Membosankan (Asiaweek)
By W. Carragata

13/2/2001 4:35 pm Tue

TAG035

[Memang tugas IBRA menjual aset untuk mendapat dana, tetapi jika si kroni pincang juga membelinya masalah muflis akan berkitar semula. IBRA sepatutnya menyelamatkan institusi kewangan, bukannya kroni yang meragukan yang asyik berhutang. Rakyat semakin curiga kerana IBRA tidak telus dan telah berunding diam-diam dengan kroni seperti Salim, Admadjaja, dan Liem dalam beberapa kes. Urusan dalaman dan sikap tidak tegas IBRA hanya akan mencemarkan proses pemulihan yang diharapkan. Pemecatan Shuster membayangkan IBRA sudah diikat tangan dan Indonesia mungkin menuju kemusnahan yang tidak berkesudahan.

Apa yang berlaku di Malaysia juga hampir serupa, kerana Danaharta lebih memihak kepada kroni dalam semua projeknya. Kemusnahan yang lebih besar akan melanda, malangnya rakyat Malaysia masih teralpa. Selamat berhutang semua! - Editor ]


Penterjemah: -MT-

Bahagian Dua:


Tugas Yang Membosankan


>>>>>+++++<<<<<

IBRA memang tidak perlu tergopoh-gapah mendedahkan segala-gala perangkaan dalam neraca kewangannya. Sejak dua tahun yang lalu, ia telah menjual kembali aset bernilai $3.8 bilion dollar bersamaan dengan hanya 8 persen daripada keseluruhan pegangannya mengikut taksiran Bank Dunia. Setiap hari berlaku kelompongan dalam aktibiti itu, bererti bertambah lagi besarnya ancaman akan berlakunya sesuatu mudarat, seperti satu kejutan mendadak terhadap iklim ekonomi negara ataupun berlakunya krisis politik yang akan mencetuskan satu lagi pusingan perniagaan yang muflis dan hutang yang bertapuk lagi. Walaupun hampir 70 bilion dollar telah disuntik ke dalam sistem perbankan sebagai dana modal, bank-bank Indonesia masih tidak mampu menanggung gegaran ekonomi, betapa kecil sekali pun ledakannya. Selagi IBRA gagal menjual asetnya, adalah tidak mungkin reformasi sebenar ataupun kebertanggunjawaban dapat dikuatkuasakan ke atas syarikat yang tempang itu. IBRA beranggapan ia perlu terus wujud berdekad lamanya untuk membetulkan segala keributan, kata Jim Castle, seorang perunding ekonomi di Jakarta yang mengepalai Indonesia-U.S. Chamber of Commerce. Ketika IBRA ditubuhkan sasarannya ialah hanya untuk tujuh tahun sahaja. Dia berpendapat agensi ini harus tegas dalam peranannya kalau ia tidak mahu menghadapi risiko dikuasai akhirnya. "Kewujudan IBRA ialah menjual aset yang telah diperolehinya," kata Castle. "Kalau perkara itu tidak terlaksana, bererti IBRA gagal segagalnya."

Hambatan utama terhadap penjualan aset muncul daripada kumpulan ningrat yang lama-lama yang mengimpikan satu harapan bahawa kelecehan dalam penjualan itu akan memberikan peluang untuk mereka mendapatkan kembali aset yang hilang. Para kroni ini masih lagi mempunyai kuasa yang besar sehinggakan mereka mudah mencetuskan kebencian rakyat marhaen. Di akhir tahun yang lalu, Lim Sioe Liong (a.k.a -also known as ataupun lebih dikenali sebagai Sudono Salim) telah membeli balik asetnya yang tergadai kepada IBRA. Inilah yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen sehinggakan kerajaan bertindak menyekat kroni nombor satu negara itu daripada membuat pembelian balik itu. Sekatan itu tidak menghalang Lim membeli balik sebuah syarikat bernama Karimun Granite dan juga QAF, sebuah syarikat berdaftar di Singapura yang telah diserahkan kepada IBRA. (Catatan Penterjemah: Sila lihat MMM3 yang menceritakan bagaimana BERNAS telah digunakan untuk membeli sebahagian besar saham QAF atas dasar kelentongan mahu mengembangkan perniagaan BERNAS di antero dunia, kununnnnnnnya!!!! )

Kisah Bank Danamon adalah satu episod lain pula yang membabitkan orang-orang kaya yang bertaraf taikun. Pada akhir tahun yang lalu, dalam tempoh kurang satu jam dan tanpa sebarang penjelasan, pengerusi IBRA yang diganti oleh Gerungan, Cacuk Sudanjanto, telah memecat Milan Shuster sebagai presiden Bank Danamon. Shuster merupakan salah seorang rakyat asing yang mengepalai bank Indonesia dan memang dihormati oleh masyarakat bisnes kerana berambisi untuk membangunkan Danamon yang dulunya dimiliki oleh seorang kroni Suharto bernama Usman Admadjaja. Shuster mahu menjadikan Bank Danamon sebagai sebuah institusi perbankan yang terbaik.

Para pegawai Danamon yang arif dengan keadaan itu telah menceritakan bagaimana Shuster telah disingkirkan. Salah satu sebabnya adalah kerana dia terlalu gemar mencabar Cacuk dan kerajaan agar menyebelahinya dalam sengketa membabitkan Admadjaja. Mengikut jalan cerita yang diterangkan oleh Cacuk kepada komiti parlimen selepas beliau dipecat pada Oktober lalu, dia enggan melupuskan satu pinjaman bernilai 16 juta dollar daripada Admadjaja kepada bank itu, yang masih dikekalkan catatannya dalam akaun perbankan sebagai satu bebanan hutang walaupun bank itu sudah muflis. Shuster bertegas oleh kerana saham pegangan Admdjaja dalam Danamon sudah terhakis sebaik sahaja bank itu bankrap, pinjaman itu sepatutnya dipupuskan juga. Tetapi, keadaan itu tidak pula berlaku.

Keadaan sengit itu semakin memuncak dan menjadi satu peperangan di antara Shuster dan Admadjaja berkaitan dengan satu pajakan tapak ibu pejabat bank itu dengan salah satu anak syarikat kumpulan Admadjaja. Shuster tidak berkenan dengan terma pajakan dan mahu ianya dihentikan. Dia berjaya melakukan niatnya itu walaupun tanpa sokongan Cacuk yang pernah diharapkannya di tahap awal usaha itu. Kini, IBRA membantunya membayar sewaan untuk satu tahun yang kalau dengan kadar dulu bernilai untuk sewaan satu bulan sahaja. Cacuk dan Admadjaja tidak bersetuju untuk ditemubual dan Shuster tidak pula berkenan dengan penyingkirannya.

Pada hakikatnya, peranan IBRA ialah untuk berunding dengan kumpulan elit lama Indonesia. Pada dasarnya walaupun ada ketelusan dalam peranan agensi itu, ia mudah terdedah kepada tuduhan betapa ia mudah akur kepada tekanan dan bersikap memihak kepada para kroni tersebut. Tetapi IBRA dan juga kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk menghakiskan syak wasangka rakyat marhaen. Perundingan kerap dilakukan secara tertutup mencetuskan kesangsian berlakunya pilih kasih. Satu contoh boleh diambil daripada satu kes yang penuh kontroversi membabitkan penyusunan hutang bernilai 2.7 bilion dollar pemberian IBRA dan membabitkan Texmaco sebuah kumpulan tekstil dan kejuruteraan kepunyaan Marimutu Sinivasan. Ramai pengkritik yakin perundingan struktur itu memihak kepada Sinivasan, hasil temubual dengan orang yang terbabit dengan perundingan itu menyerlahkan bahawa anggapan pengkritik itu tidak benar. (Pada malam Rabu yang lalu, kerajaan telah mengumumkan kebenaran kepada penyusunan semula hutang Texmaco, walaupun butir-butir lanjut masih belum jelas lagi.) Adalah sesuatu yang sukar untuk membuat andaian yang jitu kerana ketiadaan butir-butir lanjut yang diedarkan kepada orang awam. IMF dan juga Bank Dunia telah turut menyokong kritikan agar ketelusan diamalkan dalam segala kerja seperti itu. Mengikut Ketua Bank Dunia Cawangan Indonesia, Mark Baird, "kerajaan mesti menghentikan amalan urusan dalaman." Kebencian dan kecurigaan rakyat marhaen terhadap para kroni memang kerap menggugat rancangan yang direka oleh IBRA. Awal tahun lalu, IBRA cuba menjual bank yang nombor dua terbesar di Indonesia, Bank Central Asia (BCA). Rakyat marhaen bangkit kerana marah dengan pembabitan Liem yang satu ketika dulu merupakan orang terkaya di Indonesia dan merupakan rakan paling akrab kepada Suharto. Kebangkitan rakyat itu telah memusnahkan satu rancangan untuk menonjolkan bank itu sebagai yang terbaik di mata seorang bakal pembeli.

Semangat nasionalisme yang membuak pun boleh menyekat usaha IBRA menjual murah institusi yang tenat. Awal tahun lalu, kerajaan telah menolak satu cadangan untuk menjual sebahagian saham minoriti dalam BCA kepada satu bank asing yang mampu melakukan penyusunan semula untuk mempergiatkan operasi perbankan yang mampu menghasilkan keberkesanannya. Sumber yang rapat dengan IBRA mendedahkan betapa IBRA dan kerajaan Wahid amat takutkan kebangkitan rakyat gara-gara penjualan itu. Anggapan songsang betapa masa akan menjadi penenang yang akan memperbaiki harga dan nilai aset yang terperam itu memang sudah lama terpahat pada pemikiran IBRA dan juga pihak kerajaan. Ini merupakan satu gambaran betapa wujudnya satu keraguan kemungkinan berlakunya kemasukan orang asing untuk menyapu habis segala institusi bermasalah itu dengan pembelian yang murah-murah. Kesannya, 22.5% saham bank itu telah dijual melalui tawaran awalan awam pada bulan Mei. Tawaran IPO (initial public offering) itu memang merupakan satu usaha yang amat menyedihkan. IBRA hanya meraih 107 juta dollar, bersamaan dengan setengah daripada yang diharapkannya. Penjualan sambungan BCA yang dirancangkan akhir tahun lalu telah ditangguhkan dengan harapan sentimen pasaran akan berubah dalam beberapa bulan lagi. Kini, IBRA mengumumkan penjualan pegangannya dalam BCA dan juga Bank Niaga di akhir bulan Jun. Tetapi, selagi orang asing tidak dibenarkan membelinya, harga penjualan saham-saham itu sudah tentu akan merupakan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran yang sebenar. IMF menjadi tidak senang dengan satu lagi janji mengenai tindakan selanjutnya dan telah enggan melepaskan ansuran pinjaman seterusnya yang bernilai 400 juta dollar. "Anda tidak boleh terus berjanji sahaja di setiap suku tahun," kata wakil IMF di Jakarta, John Dodsworth.

Ada juga pembeli asing yang dibenarkan untuk turut serta. Ini adalah kesan pembaharuan dalam agensi itu. Sepanjang tahun 2000, IBRA telah mampu mempamerkan satu prestasi yang baik dalam satu tempoh yang pendek. Agensi itu berjaya menjual sekitar 2.2 bilion dollar dalam bentuk syarikat dan bebanan hutang. Ini merupakan sedikit tinggi daripada sasaran yang ditetapkan oleh parlimen. Kejayaan terbesar setakat ini berlaku 11 bulan yang lalu pabila IBRA menerima 500 juta dollar daripada penjualan saham untuk menguasai Astra International - yang merupakan pembuat kereta terbesar Indonesia kepada Cycle and Carriage Singapura. Urusan penutup yang menggembirakan IBRA berlaku dengan penjualan 24 ladang kelapa sawit berharga 370 juta dollar yang dulunya dimilikki oleh Liem kepada Kumpulan Guthrie.

.....bersambung.....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 12/2/2001<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Bahagian 2:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98452,00.html

ASIAWEEK FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6

One Lousy Job (cont'd)

But the agency is in no hurry to reveal a potentially enormous hole in its finances. In the last two years, it has unloaded all of about $3.8 billion worth, only 8% of the estimated value of its total holdings by World Bank estimates. And each day of inaction increases the threat that something really serious could happen, a severe economic jolt or political crisis that could spawn a new round of business failures and debt insolvencies. Even after almost $70 billion in capital injections, Indonesia's banks are far too shaky to withstand more than a minor tremor. Meanwhile, as long as IBRA fails to sell assets, it's unlikely that real reforms or accountability will be imposed on crippled companies. IBRA figures to be around for decades trying to sort out the whole mess, says Jim Castle, an economic consultant in Jakarta who heads the Indonesia-U.S. Chamber of Commerce. When it was founded, it was supposed to wrap up its work in seven years. He says the agency needs to stay focused or risk being overwhelmed. "IBRA is there to sell assets," says Castle. "Until they do that, they're a failure."

The main barrier to asset sales has always been the opposition of Indonesia's old elite, who harbor hopes that delay will give them more opportunities to regain assets. The cronies often still wield tremendous power and stir great public animosity. Late last year, bowing to public outrage that Liem Sioe Liong (a.k.a. Sudono Salim) was buying back assets that had been taken by IBRA, the government blocked Indonesia's No. 1 crony from any more bidding. (But not before Liem repurchased a company called Karimun Granite and a piece of QAF, a Singapore-listed food company that had been handed over to IBRA.)

The case of Bank Danamon is another illustration of the ongoing tussle with tycoons. Late last year, on less than an hour's notice and with no explanation, Gerungan's predecessor as IBRA chairman, Cacuk Sudarijanto, fired Milan Shuster, Bank Danamon's president. Shuster was one of the few foreigners to head an Indonesian bank and was well-regarded in the business community for his ambition to remake Danamon, formerly owned by close Suharto associate Usman Admadjaja, into one of Indonesia's best-run financial institutions.

Danamon officials familiar with the situation say Shuster was pushed aside in part because he repeatedly challenged Cacuk and the government to take his side in disputes with Admadjaja. According to testimony Shuster gave to a parliamentary committee after his October ouster, he refused to keep quiet about a loan of $16 million from Admadjaja to the bank that Danamon still carried on its books as a liability even after it collapsed. Shuster argued that, because Admadjaja's equity in Danamon disappeared when the bank crashed, the loan should also have been wiped out. However, that hasn't happened.

The final straw may have been a battle between Shuster and Admadjaja over a lease the bank's main branch had with one of Admadjaja's companies. Shuster felt the terms of the lease were outrageous and wanted to break it. He eventually succeeded - though without Cacuk's cooperation, which he had sought. IBRA now pays in one year what it was paying Admadjaja in one month. Cacuk and Admadjaja did not agree to be interviewed, and Shuster will not comment on his ouster.

By definition, IBRA's job is to cut deals with the old Indonesian elite. Even with the purest of motives the agency would be open to allegations that it has caved in to or even colluded with the cronies. But IBRA and the government have done nothing to appease suspicions. Deals are often cut behind closed doors, raising concerns about favoritism. One example is the controversial deal restructuring $2.7 billion in debt owed to IBRA by Texmaco, a huge textile and engineering group owned by Marimutu Sinivasan (see interview, page 29). While critics insist that the deal favors Sinivasan, interviews with numerous people involved in the negotiations suggest that isn't true. (Wednesday night, the government said it has approved Texmaco's debt restructuring, though details were intially unclear.) But making a conclusive judgment is impossible because important details have not been publicly released. Both the International Monetary Fund and the World Bank have joined the critics in calling for greater transparency. The government, says Mark Baird, the World Bank's Indonesia chief, "must avoid the appearance of insider deals."

The public's hatred and suspicion of the cronies is sometimes strong enough to derail IBRA's plans. When the agency early last year tried to dispose of Indonesia's second-largest bank, Bank Central Asia, a public backlash against the involvement of Liem, once Indonesia's richest man and one of Suharto's closest cronies, helped kill a plan to make the bank look better to a prospective buyer.

Rampant nationalism also prevents IBRA from holding a fire sale of its sickly assets. The government early last year rejected a proposal to sell a minority stake in BCA to a foreign bank which would have restructured the operations and pursued greater efficiency. Sources close to IBRA say that the agency and the Wahid government feared a nationalist backlash against the sale. The misplaced idea that somehow the price of key assets will improve with time is deeply ingrained at IBRA and throughout the government. It reflects a widely held nationalist fear that foreigners will swoop in like vultures to pick up valuable assets at cut-rate prices. As a result, a 22.5% stake in the bank was sold through an initial public offering in May. The IPO was a major disappointment; IBRA earned only $107 million, about half what it had hoped for. A further sale of BCA slated for late last year has been delayed in hopes that market sentiment will improve in a few months. IBRA now says it will sell the stakes in BCA and Bank Niaga by the end of June. But unless outside investors are permitted to bid, the sale prices will be far less than true market values. The IMF is not satisfied by another promise of future action and has refused to release the next $400 million loan tranche from its financial support package. "You can't just keep promising every quarter," says the IMF's Jakarta representative John Dodsworth.

Still, some foreign buyers have been allowed to participate, and the agency is slowly moving ahead. IBRA had the best year of its short life in 2000, selling $2.2 billion worth of companies and bad loans, which was a shade above the target set for it by Indonesia's Parliament. The biggest single triumph came about 11 months ago when it received more than $500 million from the sale of its controlling stake in Astra International - Indonesia's top car maker - to Singapore's Cycle and Carriage. IBRA capped off the year with a $370 million sale of 24 palm oil plantations formerly owned by Liem to Malaysia's Kumpulan Guthrie.

.....to be continued.....