Laman Webantu   KM2A1: 3779 File Size: 14.2 Kb *



TAG MT 34: B1 Tugas Yang Membosankan (Asiaweek)
By W. Carragata

13/2/2001 11:08 am Tue

TAG 034

[Bukan mudah untuk memerangi kroni, sehingga ramai pengerusi IBRA angkat kaki kerana mereka terpaksa berdepan dengan kaki kroni yang sudah lama bersarang dalam 200 institusi kewangan sistem perbankan Indonesia. Karenah mereka perlu dibongkar malangnya IBRA hanya menyuntik modal atau menjual harta. Itu tidak ubah seperti pasar yang dikawal oleh tangan-tangan yang berada di luar.

IBRA perlu menendang keluar mahluk perosak itu jika tidak ia hanya menolong mereka mencari jalan keluar. Mereka akan menggganas lagi apabila mereka kembali segar. Sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Akhirnya negara akan tergadai....

Kroni Indonesia mempunyai hubungan yang intim juga dengan beberapa kroni Malaysia. Seandainya ia terbongkar di sana, kroni di sini akan terketar-ketar. Malah mungkin ramai juga yang akan basah di dalam seluar.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Bahagian Satu:


Tugas Yang Membosankan

(One Lousy Job)

Oleh: Warren Carragata

Asiaweek: Februari 16, 2001 Vol. 27 No. 6

Catatan:

[Penterjemah bercadang menterjemahkan artikel ini dengan membagikannya kepada empat bahagian. Artikel ini mempunyai kaitan yang amat dalam maknanya kepada ekonomi Malaysia dan akan mendedahkan secara berkias di mana perginya wang ringgit rakyat marhaen Malaysia, selama ini. Melalui artikel yang berisi maklumat ini rakyat marhaen harus sedar bahawa segala gembar-gembur mengenai pemulihan ekonomi negara adalah kelentongan semata-mata. Apabila diambil-kira artikel ini dan diimbau balik tulisan MGG 3901 "The Bankrupt Icons..." serta nukilan terbaru Amin Sapiro "Jangan Besar Pancing Dari Umpan", rakyat marhaen akan sedar

bahawa Mahathir dan Daim sedang bermain mekap dengan perangkaan untuk menunjukkan ekonomi negara sudah beransur pulih. Insya Allah segala alasan mainan mekap ini akan diterangkan dalam MMM4. -MT- ]

<<<<<>>>>>

Setiap pagi Edwin Gerungan melakukan senaman menarik nafas panjang-panjang sebagai satu riadah amalan dirinya, sebelum dia memulakan pula tugas formal sebagai seorang insan yang bukan kepalang kuasanya. Orang lain merasa hairan bagaimana dia mampu bertenang dalam tugasnya yang dianggap paling sukar di Indonesia. Edwin Gerungan ialah pengerusi IBRA (Indonesian Bank Restructuring Agency) yang bertanggungjawab ke atas sistem perbankan negaranya. IBRA juga mempunyai kuasa ke atas satu kumpulan aset negara yang pelbagai bentuknya: dari ladang ternakan udang hinggalah pusat pelancongan di Bali. Keseluruhan institusi itu telah ditaksir oleh Bank Dunia bernilai $58 bilion dollar. Memang, lima puluh delapan bilion dollar - dalam bentuk bank, syarikat, hartanah, dan kebanyakan semua itu berada dalam keadaan muflis.

Gerungan ialah orang kelima yang mengepalai agensi itu sejak ia ditubuhkan di bahagian akhir pemerintahan Suharto pada 1998. Perlantikannya itu berlaku kali ketiga dalam satu tahun. Sebelum menerima jawatan pengerusi itu dia merupakan timbalan presiden kanan Bank Mandiri kepunyaan kerajaan. Sebelum itu, Gerungan, 52, telah bertugas selama 25 tahun dengan Citibank, Jakarta. Jawatan terakhirnya di situ ialah sebagai timbalan presiden. Dia memang kelihatan tenang, tetapi Gerugan memang boleh dimaafkan kalau merasa janggal mengenai keselamatan dalam pekerjaannya yang baru itu. Tiga bulan setelah menjawat pangkatnya itu, ofisnya masih menampakkan satu tanda seolah-olah penghuni kamar itu memang bersedia untuk meletakkan jawatan bila-bila masa. Tidak ada foto keluarga menghiasi meja-tulisnya, ataupun alat-alat kegemarannya, malahan tidak ada langsung sebarang hiasan menggambarkan bahawa dia memang selesa di situ. Selain satu balang plastik yang berisi biskut keluaran "Jacob's", kamar itu memang ketandusan barangan peribadinya sehingga mencuit hati seorang pegawai IBRA untuk berusaha secara sukarela menggantung sekeping lukisan dinding di bahagian belakang meja tulisnya. Apa dihairankan kalau dia tidak merasa selamat di situ; Gerungan bertanggungjawab memulihkan sistem perbankan Indonesia, memberikan nafas baru kepada ekonomi negara dan merobohkan keseluruhan legasi Suharto yang jijik-jijik. "Masalah yang dihadapi di sini mungkin lebih berkecamuk daripada tempat yang lain," kata Gerungan. Ini merupakan satu kenyataan merendah diri kerana IBRA ditubuhkan pada 1998 untuk menyelamatkan secara pukal sistem perbankan yang melibatkan lebih 200 institusi kewangan yang kurang daya dananya, kabur strukturnya, dan dibebani oleh hutang yang berbilion banyaknya sedangkan sebahagian besar hutang itu ditanggung oleh para peminjam. Jumlah asset dalam kawalan IBRA bernilai sekitar 57 persen Keluaran Kasar Negara. Di waktu yang sama ia sudah menjadi semakin tidak efisen, kurang daya saing, kerap menjadi korup kerana disokong dan digalakkan pada dasarnya oleh kerajaan pusat yang lemah. Masalah itu bukan berakhir di situ sahaja. IBRA sudah merupakan pusat pergolakan untuk menguasai jiwa ekonomi Indonesia. Di satu pihak terdapat satu ketumbukan yang masih berbisa yang dianggotai oleh anasir regim lama - inilah anak-anak Suharto dan para kroninya. Di satu pihak lagi adalah para penggiat reformasi ekonomi dan aktivis yang mahu menuntut bela dan pembalasan kerana segala kepedihan yang mereka lihat pernah tanggungi oleh negara; gara-gara perjanjian yang manis-manis dan segala bentuk korupsi yang menggunung tingginya.

Memang tinggi sekali perhitungannya. Seandainya IBRA gagal menjual segala institusi bermasalah itu, segala usaha menegakkan ketelusan korporat dan pemerintahan negara akan pincang. Para kroni yang pernah mengkutak-katikkan ekonomi negara di zaman Suharto akan kembali bersarang. "Peneraju konglomeret itu masih tidak putus asa," kata Sri Mulyani, seorang professor ekonomi di Universiti Indonesia yang pernah menjadi penasihat ekonomi kepada Presiden Abdurrahman Wahid. Apa juga yang akan berlaku ke atas Wahid akhirnya, memang tidak ada sebab untuk mempercayai sesiapa yang akan menggantinya nanti mampu memperolehi kuasa dan kepakaran untuk mengadili segala pertelingkahan itu. "Segala usaha untuk mempercepatkan dan mendera golongan supra-ningrat kerana kebajingan korupsi mereka terletak kepada keupayaan Indonesia melayari proses pemulihan yang akan membantutkan proses kemajuan negara itu untuk satu waktu yang bertahap di hari muka." Inilah laporan Standard & Poor, sebuah firma penilai bon dalam satu laporan terbaru mereka. Kalau masa depan Indonesia itu dikiaskan kepada satu acara tarik-tali, IBRA merupakan tali yang perlu ditarik itu. Demikian pula pendapat perunding perniagaan Jakarta, JamesVan Zorge daripada Van Zorge Heffemen. "IBRA akan menjadi penentu kepada pengagihan kekayaan negara di masa hadapan."

Perkara itu bukannya satu omongan. IBRA memperolehi asetnya dalam proses memulihkan bank yang mencetuskan dua cara: (i) dengan menyuntik dana modal dan (ii) dengan mengambil alih segala hutang lapuk yang ditanggungi oleh bank tersebut. Para pengkritik IBRA berkata, agensi itu telah sengaja mengelakkan penjualan aset tersebut kerana mengelakkan pendedahan segala kemudahan yang pernah disalurkan kepada para kroni yang selalunya merupakan tuanpunya bank yang diberikan bantuan. Yang dipersoalkan ialah segala aset yang diterima oleh IBRA itu bukannya setara dengan segala nilai pampasannya. "Sepatutnya kerajaan berterus terang mengeluarkan kenyataan bahawa segala wang yang dibayar itu tidak akan dapat ditebus balik." Demikian pendirian Eko Budianto seorang bekas timbalan pengerusi IBRA yang melepaskan jawatannya tahun lepas setelah bertelagah mengenai apa yang dianggapnya sebagai campurtangan politik. Kalau agensi itu berjaya mendapatkan balik 20 hingga 40 cents bagi setiap dollar yang dikeluarkannya, mengikut taksiran para pakar sebagai penilaian yang munasabah, ini bererti proses menyelamatkan bank yang tercungap itu akan menelan 40 bilion dollar, bersamaan dengan 144 persen daripada bajet (peruntukan kewangan) tahunan kerajaan. Marie Muhammad, pengerusi jawatankuasa penilaian IBRA telah berpendapat bahawa IBRA harus meneruskan kerja-kerja menjual aset (institusi) yang ada. "Kita harus mengiktiraf betapa sudah berlakunya banyak kemusnahan."

....bersambung....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 12/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98452,00.html

ASIAWEEK FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6

One Lousy Job

The agency assigned to clean up Indonesia's economy has an impossible task and powerful opponents. Too bad it is probably incompetent, too

By WARREN CARAGATA

Chalk it up to the deep-breathing exercises that Edwin Gerungan does every morning on rising, and the power-walking that follows. Gerungan is surprisingly calm given that he has probably the toughest job in Indonesia: chairman of the Indonesian Bank Restructuring Agency. Not only is he responsible for managing almost all of the nation's banking system, IBRA also controls a huge range of assets from shrimp farms to Bali tourist resorts. The total is estimated by the World Bank to be worth $58 billion - that's right, billion - in banks, companies, property and mostly dud debt. "There are nothing but problems here," he told Asiaweek in a recent interview in his office on the top floor of a central Jakarta office tower that IBRA inherited from a failed company.

Gerungan is the fifth person to head the agency since it was established in the last months of Suharto's rule in 1998 and the third in less than a year. Before taking the chairman's job, Gerungan, 52, was a senior vice-president at state-owned Bank Mandiri. Before that he spent 25 years at Citibank in Jakarta, rising to be a vice-president. He seems calm on the outside, but Gerungan would be excused if he were rather uneasy about job security in his new job. After three months as chairman, Gerungan's office still suggests a man ready to leave on a moment's notice. There are no family pictures on the credenza, no personal knickknacks, none of the touches that usually mark the office of the man in charge. Other than a plastic canister of Jacob's biscuits, the office is so bereft of personal effects that before the interview begins, an IBRA staffer volunteers to hang a painting above the desk.


Little wonder if he is insecure: Gerungan is responsible for restoring Indonesia's banking system to health, reviving the economy and dismantling Suharto's entire ugly legacy. "The complexity of the problems here is probably more than anywhere," he says. Talk about understatement. IBRA was established in 1998 to rescue a basket case of a banking system that included more than 200 poorly capitalized, opaque institutions burdened with billions of dollars in bad debt and usually owned by the debtors. IBRA today controls assets equal to 57% of GDP. Meanwhile it has become an inefficient, less-than-competent, sometimes corrupt bureaucracy supported, to use that term loosely, by a weak central government. The problems don't end there. IBRA is at the epicenter of a struggle over Indonesia's economic soul. On one side are the still-powerful forces of the old regime - Suharto's children and cronies. And on the other are economic reformers and activists who want retribution for the pain they see inflicted on the country by sweetheart deals and outright corruption.

The stakes are high: If IBRA fails to sell off the troubled assets, real improvements in corporate transparency and governance will founder. Cronies who dominated the economy under Suharto could return in full force. "The conglomerates don't want to give up," says Sri Mulyani, an economics professor at the University of Indonesia and a former economics adviser to President Abdurrahman Wahid. Regardless of what happens to Wahid (see previous story), there is no reason to believe that any successor will have the legitimacy and talent to adjudicate this dispute. "The pursuit and punishment of Indonesia's super-elite for past corruption lies at the heart of Indonesia's nation-building process and will take its toll on growth for years to come," the Standard & Poor's bond-rating agency says in a recent report. In this tug of war for Indonesia's future, IBRA is the rope. Says Jakarta business consultant James Van Zorge of Van Zorge Heffernan: "IBRA is going to decide on the future division of wealth of this country."

That is no exaggeration. IBRA acquired its assets in exchange for helping banks in two ways: first by injecting capital and second by taking on the worst of the banks' bad loans. Critics of the agency say IBRA has actively avoided asset sales because they will expose a giveaway to the cronies, who often own the banks that were helped. The argument is that the assets that IBRA received are nowhere close to full compensation. "The government should have been honest enough to say that the money is not going to be recovered," says Eko Budianto, a former IBRA deputy chairman, who left last year in a fight over what he says was political interference. If the agency manages to recover 20 to 40 cents on the dollar, which experts say is realistic, it means that bailing out the banks will cost Indonesia perhaps $40 billion, equal to 144% of the government's annual budget. Mar'ie Muhammad, chairman of IBRA's oversight committee, says the agency should get on with selling the assets. "We should recognize that the damage has been done"

....to be continued.....