Laman Webantu   KM2A1: 3775 File Size: 19.0 Kb *



TAG MT 33: Tidak Ke Mana Pun (Asiaweek)
By J. Sprague and W. Caragata

12/2/2001 7:39 pm Mon

TAG 033

[Indonesia bergolak lagi kerana terlalu banyak krisis yang muncul tetapi sukar untuk pergi. Kepimpinan yang ada pula lebih banyak tertidur dari berjaga, masakan semua yang tercetus itu boleh reda? Kini Gus Dur mula menjadi mangsa curiga oleh dua skandal yang boleh menggugat kariernya, Bulog-gate dan Brunei-gate. Tetapi beliau masih berehat lega padahal sudah kekeringan nyawa.

Inilah musibahnya bila seorang presiden tidak bekerja atau membuat lain kerja. Tanpa menumpukan perhatian kepada maslahah pokok yang ada, Indonesia akan terus punah dan binasa. Asas kekuatan sebuah negara sudah hancur diolak-alik oleh Suharto, dan dengan Gus Dur bersikap bersahaja masalah negara akan terus mencekik semua. Hutang bertapuk dan kekeringan dana hanya akan mencetus huru hara antara kaum berbilang bangsa selagi ia tidak diselesaikan segera. Soalnya tidak ada pemimpin yang berkaliber yang mampu memacu Indonesia kerana Suharto dibiarkan menjajah rakus terlalu lama. Terpaksalah rakyat menanggung derita warisannya dalam tempoh yang sukar diteka. Atau berhijrah ke bumi Malaysia yang sakitnya hampir serupa?. Tepuk dada tanyalah selera. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Tidak Ke Mana Pun

(Going Nowhere)

- Jonathan Sprague and Warren Caragata

Asiaweek Edisi February 16, 2001 Vol.27 No.6


Rumah berbumbung warna merah di No. 7 Jalan Irian nampak bersahaja di antara mahligai di daerah Menteng di Jakarta, yang menjadi kawasan elit masyarakat ningrat Indonesia. Timbalan Presiden Megawati Sukarnoputri berada di sebuah mahligai tidak jauh dari situ. Begitu juga dengan halaman rumah Suharto. Namun, rumah dua tingkat yang ini dan yang dipagari oleh satu tembok batu mungkin merupakan saebuah rumah yang paling penting di seluruh Indonesia masakini. Di sinilah Presiden Abdurrahman Wahid beristirehat setiap petang, tanpa sepatutnya sambil berbincang secara tidak formal dengan para sahabat dan juga pihak lawannya. Adakalanya perbualan mereka itu boleh memanjang sehingga fajar subuh mula menyinar. Bangunan parlimen terletak hanya empat kilometer jauhnya. Tetapi, di sinilah para penunjuk perasaan berkumpul hampir setiap hari di mana para penyaingnya sedang merencana untuk menyingkirkannya. Wahid masih mahu merundingkan sesuatu untuk terus berkuasa ataupun menunggu untuk disuruh melepaskannya. 'Saya mengharapkan segala perbincangan di sebalik tembok itu akan menyelesaikan sesuatu,' kata analis politik Andi Malalrangeng. Jika tidak, ekonomi negara akan tertambat dan kerajaan akan tersekat. Kesannya ialah huru-hara.'

Di masa keadaan paling mewah, Indonesia merupakan sebuah negara yang sukar diperintah, kerana terlalu besar dan luas dan berpecah-pecah oleh perbezaan budaya dan ekonomi yang pelbagai. Kini, peperangan perkauman di Kepulauan Maluku, pergolakan pemisah di Aceh dan Irian Jaya dan ekonomi yang masih lumpuh kesan krisis 1997 dulu, menyebabkan Indonesia seolah-olah tidak mempunyai seorang pemimpin unggul yang mampu menangani semua masalah itu. Wahid, ataupun lebih popular dengan panggilan Gus Dur, sedang dihantui cabaran yang paling getir dalam sejarah kuasa pegangannya. Minggu lalu, 10,000 pelajar universiti telah berkumpul di jalanraya Jakarta untuk mendesak beliau 'mundur' ketika parlimen mengganyangnya mengenai hubungan beliau dengan dua skandal korupsi. Dia boleh didakwa dalam masa beberapa bulan yang terdekat. Kepimpinan politik banyak bergantung kepada nasib presiden, pergerakan reformasi yang dapat membantu kegiatan ekonomi sudah dihentikan. Pengguguran Wahid tidak akan menyelesaikan masalah negara itu kerana ia sudah berpecah begitu hebat sekali sehingga pegolakan yang lebih besar memang boleh dijangkakan. Ribuan penyokong Wahid sudah berhimpun di Surabaya yang merupakan kubu kuat Wahid. Mereka telah membakar pejabat parti pembangkang yang diketuai oleh Golkar dan mengancam pertumpuhan darah, malahan peperangan saudara seandainya orang kesayangan mereka digugurkan.

Yang mencetuskan krisis ini disebut 'Bulog-gate'. Inilah skandal yang membabitkan tukangurut Wahid dan juga kadangkala merupakan rakan niaganya. Beliau dikatakan telah mencuri USD3.6 juta daripada sebuah agensi makanan, Bulog. Ini telah disusuli oleh satu skandal lagi yang diberi nama 'Brunei-gate' di mana USD2 juta pemberian Sultan Brunei itu tidak dapat dikesan. Pembabitan presiden itu memang masih samar dalam kedua-dua kes itu. Sebuah suruhanjaya parlimen ada menyebut; 'cuma ada kemungkinannya beliau (Wahid) disyakki memainkan peranannya' dalam Bulog-gate, dan mungkin juga berkeadaan yang sama mengenai skandal Brunei itu. Namun, skandal itu sudah cukup untuk mengapikan keresahan terhadap segala kelemahan yang terdapat dalam stail pemerintahan Wahid dan kepada kelembapan kemajuan reformasi. Wahid menafikan segala tuduhan itu dan bertegas beliau akan terus memegang kuasa sehingga akhir tempohnya pada 2004. Para penentanngya bertindak untuk menafikan perkara itu. 'Lagi lama dia berkuasa, lagi banyak bencana akan dilakukannya kepada ekonomi dan politik negara,' kata speaker parlimen Akhbar Tanjung daripada Golkar.

Indonesia akan terus dihantui keresahan selagi pergelutan ini tidak berkesudahan. Ekonomi negara sudah dihenyak oleh masalah struktur yang hanya dapat dirungkaikan oleh satu kepimpinan yang tegas. IBRA (Indonesian Bank Restructuring Agency) masih bergerak terhencot-hencot dalam usaha menjual syarikat yang sedang tersedak, kerana dicekik oleh dasar kerajaan yang kabur dan kepimpinan yang saling bertukar-ganti. Para pelabur memang marah terhadap kelecehan mahkamah yang mengadili kes-kes kemuflisan; kerana itu mereka masih enggan untuk menambahkan pelaburan mereka. IMF (International Monetary Fund) telah menyekat penulasan bantuan terbaru yang bernilai USD400 juta itu. Inilah jumlah terkini daripada bantuan yang bernilai USD5 bilion semuanya. Pegawai dana itu berkata mereka amat runsing mengenai rencana untuk melemahkan kuasa kebebasan bank pusat, dan juga keupayaan institusi wilayah untuk meminjam. Tindakan kerajaan amat dinantikan untuk membetulkan dua kisah kebangkrapan; satu kes melibatkan Manulife Financial Corp. dan yang satu lagi melibatkan anak syarikat Bank Dunia, International Fincnaial Corp. (IFC).

Bilakah semua masalah ini dapat ditangani? 'Selagi kekalutan politik ini tidak diselesaikan,' jawab Raden Pardene daripada Danareksa Research Institute, Jakarta, satu kumpulan pemikir hal ehwal ekonomi , 'adalah sukar untuk mengharapkan satu dasar ekonomi yang tetap.' Keadaan ini lebih menyakitkan hati kerana keadaan ekonomi yang terus bergerak dengan ihsan pengekspotan yang meningkat dan harga minyak yang terus naik tinggi. Keadaan politik yang tidak menentu boleh mencekik usaha pemulihan ini. 'Inflasi kini bergelegak padakadar 9.5%, memberikan petunjuk bahawa kehendak domestik sedang naik memuncak,' kata pakar ekonomi Arjuna Mahendra di SGS Securities, Singapura. 'Yang diperlukan kini ialah keyakinan yang mampu menarik pelaburan dan menempatkan Indonesia kembali kepada keadaan mampu membangun terus.'

Yang lebih dramatik, ialah keadaan perpaduan negara yang semakin rapuh. Di Aceh yang terletak di bahagian barat, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia tidak mahu menyambung genjatan senjata yang berusia lapan bulan itu setelah terbunuhnya seorang ketua tentera di sana. Di Irian Jaya yang terletak di bahagian Timur, petugas kerajaan telah berjaya mendesak para pemberontak membebaskan sepasang rakyat Korea Selatan yang telah mereka culik, walaupun keadaan masih tegang lagi. Wahid gagal menyelesaikan sebarang isu yang fundamental, walaupun beliau berjaya meredakan keadaan yang mungkin meledak. Seandainya dia digantikan (semua calon penggantinya lebih bersikap nasionalistik daripada dirinya), semua percaturan akan berledakan. 'Kalau Gus Dur dipaksa mundur, (berkemungkinan) akan muncul momentum mengisytiharkan kemerdekaan,' kata Theys Eluay, seorang pemimpin Irian Jaya. Satu rencana penubuhan autonomi wilayah yang bertujuan menyahut kehendak pemimpin wilayah untuk menguasai rencanan pembangunan wilayah mereka telah diluluskan pada bulan yang lalu. Tetapi rancangan itu mempunyai banyak kelemahannya. Menteri yang bertanggungjawab menjadi begitu tertekan dengan kegagalannya mendapatkan sokongan Wahid sehinggakan dia meletakkan jawatan.

Wahid mungkin tidak pernah mendapat peluang (yang diimpikannya). Masalah asas dalam hal ini ialah kerana beliau merupakan seorang presiden secara tidak disengajakan. Dalam pemilu 1999 dulu, parti kepimpinannya menang hanya 13 persen undi yang ada. Hasil daripada siku-menyiku yang tercetus kemudiannya, kiai yang dihormati oleh masyarakatnya itu telah mendapat tempat pilihan yang kedua teratas. Lantas dia memenangi tugas itu. Di tahap awalan lagi, pentadbirannya menjadi tergugat disebabkan dia terpaksa bergantung harap kepada orang lain. Namun, dia telah meminggirkan hampir semua bekas penyokong setianya dengan cara keangkuhannya. 'Gus Dur sedang memerintah satu kerajaan minoriti dan seharusnya berusaha memenangi hati golongan majoriti. Sebaliknya dia terus mengaibkan mereka.' Demikian pendapat Laksamana Sukardi, seorang pembantu Timbalan Presiden Megawati yang telah digugurkan oleh Wahid atas tuduhan korupsi yang tidak pun dapat dibuktikannya.

Apakah yang boleh berlaku seterusnya? Usaha para pembangkang Wahid untuk melaksanakan satu sessi khas Dewan Perundingan Rakyat, yang merupakan badan hukum tertinggi negara, untuk mendakwa presiden itu nampaknya sudah tertahan. Ini akan melambatkan lagi usaha itu sehingga akhir Ogos. Dijangkakan sehingga itu, pergolakan politik akan mencetuskan banyak cemaran kepada negara. Kalau Wahid mundur, dia akan digantikan oleh Megawati yang mempunyai sokongan akar umbi yang mampu menegakkan satu pemerintahan yang tegas. Tetapi populariti seorang suri rumah yang akhirnya menjadi pemimpin politik itu, terletak kepada sejarahnya sebagai anak kepada 'Bapa Kemerdekaan Indonesia' Bung Karno, sedangkan kemampuan dan kepakarannya masih belum teruji. Seandainya Wahid mundur, para penyokongnya di daerah desa akan menjadi ganas menggila. Jika dia enggan mundur, negara itu akan terus hanyut terumbang-ambing ke arah huru-hara. Memang sukar untuk menelah apakah resipi yang terbaik untuk Indonesia.

-Dengan laporan sokongan daripada Amy Chew danArif Mustolih/ Jakarta; dan Assif Shameen/Singapura-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 12.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Sumber: Asiaweek

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98450,00.html

FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6


Going Nowhere

As parliament and street protesters in Indonesia clash over President Wahid's future, reforms are stalled

By JONATHAN SPRAGUE and WARREN CARAGATA Jakarta


The red-roofed house at No. 7 Jalan Irian looks unremarkable among the grand mansions in Jakarta's Menteng district, home to Indonesia's political and business elite. Vice President Megawati Sukarnoputri lives a few blocks away. The Suharto family compound is nearby. But this two-story house behind a stone wall may be the most important in Indonesia today. This is where President Abdurrahman Wahid retires most evenings, takes off his shoes and chats informally with allies and opponents, sometimes into the wee hours. It is here, four kilometers from parliament where demonstrators gather almost daily and rivals are trying to engineer his ouster, that Wahid will broker a deal to stay in office - or be persuaded to leave. "I hope the talks behind the wall can bring some immediate solution," says political analyst Andi Mallarangeng. Otherwise, "the economy will stop working and the government will stop functioning. It can end in chaos."

Even in the best of times, Indonesia is a tough country to govern, so vast and splintered by huge cultural and economic differences. Today, with murderous communal strife in the Malukus, simmering separatist rebellions in Aceh and Irian Jaya, and the economy still crippled by the 1997 regional crisis, there is effectively no one at the helm. Wahid, popularly nicknamed Gus Dur, is facing the most serious challenge so far to his presidency. Last week, 10,000 students marched in Jakarta demanding his resignation as parliament censured him for possible links to two graft scandals. He could be im-peached within the next few months. With the political leadership so focused on the president's fate, reforms that would help revive the economy are stalled. And Wahid's ouster is no cure because the country is so divided that worse turmoil could well follow. Thousands in Wahid's powerbase of East Java have already taken to the streets, torching the Surabaya office of the opposition Golkar party and threatening bloodshed, even civil war if their favorite son is forced out.

The trigger for the crisis has been dubbed "Bulog-gate," a scandal in which Wahid's masseur and sometime business partner allegedly stole $3.6 million from the state food agency, Bulog. That was followed by a second scandal nicknamed "Brunei-gate," in which $2 million that the Sultan of Brunei gave to Wahid as a gift for aid projects can't be properly accounted for. The president's culpability is tenuous in both cases. A parliamentary commission said only that "it could be suspected that {Wahid} played a role" in Bulog-gate, and was similarly circumspect about the Brunei case. But the scandals were enough to ignite frustrations over Wahid's inept style of governance and lack of progress on reform. Wahid denies any wrongdoing and insists he will complete his term, which ends in 2004. His opponents vow he will not. "The longer he stays in power, the more damage he will do to this country's economy and politics," says parliamentary speaker Akbar Tanjung of Golkar.

Indonesia can ill afford to wait for this wrestling to end. The economy is riddled with structural problems that can only be blasted loose by strong leadership. But the Indonesian Bank Restructuring Agency (IBRA) is barely moving forward on its mission of selling distressed assets, hamstrung by unclear policies and frequent changes of leadership (see following story). Investors are angry about foot-dragging in reforming bankruptcy courts, without which they are reluctant to commit new money. The International Monetary Fund has blocked release of the latest $400 million installment on its $5 billion aid program. Fund officials say they are worried about plans to weaken the independence of the central bank, as well as the ability of newly empowered regional authorities to borrow. Government action is also needed to straighten out two major bankruptcy cases, one involving Manulife Financial Corp. and the other World Bank affiliate International Financial Corp. (see story page 31).

And when will all these problems be ad-dressed? "As long as the {political} stalemate is not resolved," says Raden Pardede of Ja-karta's Danareksa Re-search Institute, an economic think-tank, "it is difficult to expect any consistent economic policies." What makes the situation extra frustrating is the fact that the economy is finally expanding thanks to higher exports and oil prices. Political uncertainty could squelch the recovery. "With inflation hovering around 9.5% we know that domestic demand is now fairly strong," says economist Arjuna Mahendran of SG Securities in Singapore. "What is needed now is confidence that would attract investment and put Indonesia back into a growth cycle."

More dramatically, national unity is crumbling. In Aceh in the nation's west, the government says it will not extend an eight-month-old truce following the killing of a local military commander. In Irian Jaya in the east, government negotiators got rebels to free a pair of kidnapped South Koreans, but underlying tensions remain. Wahid has failed to resolve any fundamental issues, but he has managed to fend off an explosion. Should he be replaced (and all his likely successors are more nationalistic than he), all bets are off. "If Gus Dur is forced from office, {there will be} momentum to declare independence," warns Theys Eluay, an Irian Jaya rebel leader. A regional autonomy plan aimed at meeting the demand of localities for control over their own development was rushed into place last month. But the plan is full of holes, and the minister in charge became so frustrated with his failure to get Wahid's attention on the issue that he resigned.

Perhaps Wahid never had a chance. His basic problem is that he is Indonesia's accidental president. In the 1999 polls, his party won just 13% of the vote. But in the jockeying afterwards, the widely-respected Muslim scholar emerged as everyone's second choice, and won the top job. From the start, his administration was hobbled by his dependence on others. Yet he alienated most of his former allies with his arrogant style. "Gus Dur is running a minority government and should reach out to the majority, but instead he keeps insulting them," says Laksamana Sukardi, a close aide of Vice President Megawati whom Wahid dumped from his cabinet on charges of corruption, which the president never substantiated.

What happens next? The attempt by Wahid opponents to quickly call a special session of the People's Consultative Assembly, the country's highest legislative body, to impeach the president seems to have stalled. That pushes the session back to as late as August, by when political inertia could cause untold damage to the country. Should Wahid go, he will be replaced by Megawati,whose stronger powerbase (her party holds the largest number of seats in parliament) should ensure stronger rule. But the housewife-turned-politician's popularity rests on being the daughter of Indonesia's independence leader Sukarno, and her governing skills are untested. If Wahid steps down, his supporters in the provinces could turn violent. If he doesn't, the country will continue to drift dangerously toward chaos. It's hard to see what would be best for Indonesia.

WITH REPORTING BY AMY CHEW AND ARIF MUSTOLIH/JAKARTA AND ASSIF SHAMEEN/SINGAPORE