Laman Webantu   KM2A1: 3769 File Size: 11.9 Kb *



Mahathir..!! Jangan Besar Pancing Dari Umpan..!!
By Amin Sapiro

11/2/2001 7:24 am Sun

Amin Sapiro (negeri tengok serangan Jerung-herung ini)

[Budaya 'biar dan tak apa' seharusnya dikikis segera sebelum negara punah ranah dikerjakan oleh pemimpin Umno. Semakin lama mereka dibiarkan semakin sukarlah negara akan dapat dipulihkan. Itu semua kerana pembangunan diatur tidak mengikut kemampuan dan sering tercemar dengan sogokkan wang dan kepincangan pengurusan.

Kesannya negara asyik berhutang sedangkan pulangan masih meragukan. Terpaksalah dana awam dan wang Petronas dikorek untuk menutup lubang tetapi sampai bilakah ia akan dapat bertahan jika bocornya melebihi caruman? Sudah tentu rakyat akan dipaksa untuk mencarum lebih banyak wang, sebab itulah potongan EPF ditambah dan tol dinaikkan. Siapakah agaknya yang terkesian?
- Editor
]


MAHATHIR..!! JANGAN BESAR PANCING DARI UMPAN..!!

[NB: Dua hari saya tidak menulis. Saya dalam perjalanan. Menyahut pangilan kawan-kawan lamo. Kami saling merindui. Termasuklah mereka yang masih dalam parti. Banyak maklumat yang dapat. Ada yang boleh diceritakan terus-terang, dan ada yang cuma boleh dibayang-bayangkan. Tentu ramai rakan-rakan yang faham cara tulisan saya selama ini. Kali ini pun begitu juga. Bacalahhhh?.!!]

BERKATA beberapa orang teman yang masih dalam parti (UMNO) dan menduduki tempat yang ternama (bergelar vetren), katanya, 'Mahathir umpama pengail SEWEL..!! Masakan mengail pari berumpan salah. Tak sudah begitu, pancing pula lebih besar dari umpan. Bagaimana mulut pari sekecil itu akan menelan pancing yang besar dengan umpan sekecil tadi?'

UMNO/BN Terkena 'Down Syndrom'

Makin hari semakin ketara: Apabila Mahathir ini bercakap saja, akan terhambur dari mulutnya kata-kata yang tidak elok didengar oleh sesiapa jua. Samada kawan atau lawan akan bertanya: Mengapa seorang berjawatan seorang Perdana Menteri dan Presiden sebuah parti tunjang dalam pemerentahan bersikap melawan arus kebangkitan rakyat?

Tidakkah pemimpin UMNO/BN terfikir bahawa keadaan sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa Mahathir tidak harus menduduki tempat itu lagi? Kemanakah rasional mereka hingga sanggup membiarkan negara porak-peranda dan dunia semakin memencil negeri ini?

Seluruh kepimpinan UMNO dan BN seperti ular sawa yang kekenyangan. Mereka lebih dungu dan bangang dari seseorang terkena serangan penyakit 'down syndrom'. Dengan terus-menerus menganggap Mahathir sebagai pemimpin yang berwibawa, sebenar pemimpin UMNO dan BN bercakap dan bertindak melakukan kerja-kerja bodoh. Mereka seolah-olah seperti orang bebal - tidak tahu membedakan antara yang salah dengan yang benar!!

UMNO Membiarkan 'Buaya Naik Ke Darat'

Kita sudah lihat beberapa negara di Asia yang mengalami kejutan kemelesetan ekonomi pertengahan tahun 90-an sudah mulai meningkat kadar pertumbuhan yang mendadak naik. Perangkaan menunjukkan Singapura dan Hong Kong sedang mendahulu banyak negara di rantau ini.

Walaupun Indonesia, Filipina dan Thailand mengalami sedikit kekacauan politik, namum gangguan itu dianggap sebagai 'sementara'. Mereka pantas menyelesaikan masalah kepimpinan dalam sehari dua saja. Kemudian mereka meneruskan urusan negara seperti biasa. Tidak ada nostalgia..!! Bukan macam UMNO/BN!! Mereka teragak-agak! Nak tunggu apa?

Yang amat memalukan Malaysia, negara-negara tersebut menyelesaikan masalah mereka mengikut cara berhemah, rasional dan berintegriti; sebaliknya negara kita dilihat 'somewhat dragging its feet'..!! Kununnya nak berbincang itu-ini. Fikir-fikir betul-betul; sebenarnya pemimpin negara sedang membuang masa yang sangat berharga, membazir tenaga yang sedikit, mempunah-ranahkan sumber yang terhad, membiarkan 'buaya naik ke darat'..!!

Pelabur Asing Sudah Bosan

Senario yang nampak jelas, Dr. Mahathir bersikap sama seperti Mobutu Sese Seko dan Idi Amin semasa mereka menerajui regim masing-masing. Mahathir juga tidak peduli apa yang berlaku kepada sistem perundangan, pentadbiran dan keselamatan sosial yang semakin kelamkabut dan huruhara.

Tidak ada tindakan beliau yang menguntungkan rakyat. Beliau asyik bertekak dengan menyalahkan orang lain, sementara negara dan rakyat semakin merempat..!!

Kajian Perunding Pelaburan Asing di rantau ini menunjukkan bahawa sudah terlalu ramai pelabur-pelabur dunia dari negara luar yang berminat melabur di rantau ini; sebaliknya menunjukkan petanda bosan dan jijik mereka terhadap Malaysia. Penurunan/kejatuhan Indeks pelaburan asing ke Malaysia tak kurang dari 70%-80% dari jumlah pertambahan di Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

Bermakna, Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dan berterus bermula dari penghujung tahun 2001 hingga 2005. Mungkin ia akan berlanjutan sekiranya kesetabilan politik dan imej kerajaan tidak dapat dipulihkan seperti yang sepatutnya. Infalasi akan meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan menurun secara drasti/mendadak.

Kesimpulan mereka, sekiranya Mahathir dan sekongkolnya, UMNO dan BN masih menerajui pemerentahan - negara ini akan semakin sukar dipulihkan. Kepimpinan UMNO/BN yang tersisa sudah jauh ketinggalan zaman. Budaya kerja dan falsafah mereka tidak akan semudah itu dipinda-obah. Nepotisme, Rasuah dan Kronisme sudah menjadi dadah!! Pemimpin yang adalah tularan penyakit masyarakat yang parah!!

Siapa Yang Akan Merengkok Kesusahan?

Jawapan kepada soalan itu ialah RAKYAT..!.. RAKYAT..!.. RAKYAT..!.. Setiap individu terpaksa membayar hutang dari pinjaman luar yang semakin meningkat. Segala bon-bon pinjaman luar yang dibuat atas perjanjian Mahathir dan Daim dengan 'Loan sharks' Antarabangsa akan meningkat sekali ganda dalam tempoh satu dekad.

Bermakna, setiap rakyat hanya berkerja untuk membayar hutang yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi dan pembuat hutang bertaraf 'PUK*M*K' seperti Mahathir dan Daim berdua ini. Sementara, sebahagian besar wang pinjaman itu sudah diangkut semula ke negara lain sebagai simpanan tetap atau ditukar menjadi hartanah dan pelaburan mereka.

Pinjaman anggaran RM20 bilion sudah diketahui umum dilakukan oleh mereka dengan kerjasama Perbadanan Usahawa Nasional Berhad (PUNB). Walaupun penyiasatan sedang dijalankan oleh BPR, tetapi terhenti kerana orang-orang tertentu terlibat. Jangan tanya siapa orangnya - memang benar: Si keparat yang dua ekor itulah dianya!!

Bermankna, Mahathir-Daim bagai memancing dengan mata-pancing lebih besar dari umpan. Masakan bilis-bilis macam kita (rakyat marhain) akan mendapat sisa.


Kumpulan Wang Rakyat 'Lesap'

Rakyat wajib difahamkan betul-betul bahawa Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) tidak digunakan mengikut sewajarnya. Tabung Haji (LUTH) sudah hilang 'kesuciannya'. Permodalan Nasional Berhad (PNB) sudah sampai ketahap 'tidak bermodal' lagi.

PETRONAS yang selama ini menjadi 'bank roll' negara semakin lancang diganggu oleh kedua-dua 'Belodok-belodok brensek bangsat keparat' yang dua ekor ini, dengan anak-anak, suku-sakat dan kroni-kroni mereka. Hampir semua kaedah dan sasaran 'Programme-Budgeting System' yang ada di PETRONAS sudah 'hay wire'.

Maklumat ini diketahui dari beberapa pakar kewangan dan projek di menara berkembar itu. 'Tangan dan kaki kami terikat dan terus diikat, Wak..!!', keluh mereka. 'Jika dinilai, perjalanan PETRONAS hari ini sama seperti PERTAMINA di zaman Soekarno..', katanya.

Fahamlah saya, jika gangguan politik sampai mengkucar-kacirkan sebuah agensi penjana 'national wealth' dibiarkan berleluasa, bermakna negara itu akan lumpuh kekeringan sumber. Apatahlagi, sumber 'minyak petrol' negara adalah terhad. Ia adalah 'irreplaceable asset'. Tak payah berbincang dengan 'orang minyak', kita sendiri tau!

Penggunaannya sumber seumpama itu untuk membayar hutang bukanlah satu cara penggunaan yang beretika. Yang akan jatuh miskin, papa kedana ialah rakyat. Jangan tanya siapa yang akan kayaraya. Bukan rakyat banyak.

Pun bukan majoriti pemimpin kerdil UMNO/BN dan para penyokong mereka. Yang jelas ialah orang yang bertaraf 'Belodok-belodok brensek bangsat keparat' yang sekarang bersalin kulit bertukar menjadi 'belukang darat'. Semakin bangsat rakyat!

Undang-undang Malaysia : CACAMARBA

Seorang peguam yang arif di bidang ilmunya berkata, 'Kewibawaan dan kedaulatan undang-undang sudah tidak ada lagi di negara kita ini, Wak. Ia cuma digunakan untuk menangkap bilis-bilis yang melanggar 'traffic light' saja?, katanya.

Beliau bertanya, 'Apa pilihan sekarang, kerana menyelamatkan seorang berdua - 20 juta rakyat merengkok dalam duka-nestapa (misery)' Democracy is the sharing of wealth and power, but Nepotism, Corruption and Cronyism is the sharing of misery among the people at large...

Pun saya tafsirkan kata-kata beliau sebagai 'ejekan' bahawa negara kita yang seindah dan seunggul ini dulu, sudah bertukar menjadi 'Banana Republic'. Jika Argentina menjual 'pisang', kita sekarang menjual 'kulitnya'.

Mungkin Mahathir dan kuncu-kuncu sedang mempermainkan kesabaran rakyat!! Kita akan lihat perkembangan yang akan mengerikan beliau. Pasti sesuatu harus dilakukan sebelum negara ini porak-peranda.!!

'Perpaduan Melayu' dan BBM

Jika orang Melayu meletakkan harapan kepada perbincangan 'Perpaduan Melayu' UMNO-PAS/BA untuk mencari penyelesaian politik; terang-terang orang Melayu akan berkata, 'Jangan harap harimau akan keluar dari belukar..'

Jika BBM cakap berdegar-degar, kununya hendak menggoncang 'tiang seri', tanya diri anda, 'Kemanakah arah saudara bergerak jika berlari dengan kaki berjengket terpijak duri'?

Jika ada puak UMNO bercakap ego kununnya mahu menegakkan UMNO/BN yang sudah condong (hampir tumbang) dengan 'mereformasikannya' dari dalam; dinasihatkan mereka (dengan tulus dan ikhlas), 'JANGAN cuba berangan-angan seperti Mat Jenin. Anda cuma 'nyamok-nyamok' yang seni. Sekali jentik, terpuruklah kalian ke bilik 4' x 7' di Sg. Buloh, terpisah bertahun-tahun dari anak-bini..'.

Fikirkan ini: Jika Mandeliar dan Si Kitul dan seorang berdua yang jadi 'Karma Wijaya' dihimpunkan dalam satu kandang besi, rakyat akan berbincang kemudiannya apa yang harus dilakukan kepada mereka ini. Demokrasi akan pulih dan negara akan bersih.

Orang Melayu - Alang Kepalang Berdakwat!!

Jika rakyat Melaka purba menyula Mandeliar dan Si Kitul dari d###r ke tenggorok, apakah ORANG MELAYU hari tidak ada sanggup menggunakan 'Perpaduan Melayu', 'Badan Bertindak Melayu (BBM), 'reformis' UMNO (kununya) untuk menyelesaikan masalah seremeh ini' Apakah setakat terpekik dan terlolong saja?

Sementara itu, 'NERO' versi 'Mamak-Malbari' yang ini meniup seruling bambunya - bertepuk tangan melihat orang Melayu berbunuhan sesama sendiri. Sah bangang ketetel 10 juta orang Melayu ini..!!

Jika Fujimori, Presiden Chile dipaksa meletakkan jawatan atas kekuatan rakyat menumbangkannya, Soeharto tumbang dengan anjakan paradigma rakyat yang tahan belantan dan gas pemedih mata, jika Estrada terpaksa meletakkan jawatan cuma dengan sebuah keretakebal yang meredah ke pekarangan Istananya, jika Nawaz Shariff dikurung dalam rumah oleh se gerombolan rakyat yang berpakaian seragam - segala-gala itu adalah bayangan kekuatan 'people power'.

Di manakah buah p*l*r kalian? Itukah 'bendanya' yang dijadikan Mahathir-Daim sebagai umpan?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)