Laman Webantu   KM2A1: 3765 File Size: 10.4 Kb *



TJ MT MGG: Keretakan Yang Melebar Dalam UMNO
By M.G.G. Pillai

9/2/2001 8:12 pm Fri

MGG3901

[Dengan BBM mengkritik Mahathir secara terbuka, retak di dalam Umno akan semakin terbuka. Kehadiran golongan vetren dan hampir kesemuanya ahli Umno pasti akan membuat Mahathir terbeliak mata. Dia masih terdiam dan berdilema untuk menghadapi mereka. Sebarang tindakbalas akan membuatkan dirinya semakin tercedera tetapi jika terus berdiam dia akan berdepan dengan lebih asakkan yang membara. Lama-lama Mahathir akan terbakar dan hilang di dunia yang dijajah olehnya jika dia tidak kembali ke jalan yang sebenarnya.

Dulu Mahathir langsung tidak kasihan kepada Anwar, malah dia mengaibkannya supaya rakyat membencinya. Tetapi rakyat tidak pula membenci Anwar, tetapi mereka semakin membenci dirinya, termasuk ahli Umno juga. Sesungguhnya kebencian itu boleh menghilangkan seseorang itu dari dunianya, walaupun dia begitu berkuasa bertahun lamanya.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Keretakan Yang Melebar Dalam UMNO

(MGG Harakah: The Cracks Widen In UMNO)

Catatan: Artikel asal tersiar dalam HARAKAH terkini untuk 15-28 Februari.

Dalam perhimpunan "Tak Akan Melayu Hilang Di dunia" yang ditaja oleh Badan Bertindak Melayu (BBM) di PWTC pada 4 Februari yang lalu, akhirnya bertukar rupa menjadi satu majlis untuk mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Inilah pertama kalinya dia dicerca secara menggila di perhimpunan terbuka kerana keangkuhannya bersua muka dengan rakyat jelata. Mereka menuduh beliau sengaja menyelamatkan Tajuddin Ramli dengan membeli 29 persen saham pegangannya pada kadar lebih dua kali ganda daripada harga pasaran terbuka. Begitu juga dengan tindakannya menyelamatkan pemegang konsessi dua syarikat LRT.

Perhimpunan itu diberi taraf perjumpaan tidak rasmi, sehinggakan Dr. Mahathir enggan mengiktirafnya. Apatah lagi kerana para penaja majlis iaitu adalah insan yang sudah tidak bergigi dalam kuasa politik mereka. Senarai para penyokong majlis itu memang panjang pada awalnya. Pihak penaja telah menghubungi sesiapa sahaja yang dikira mempunyai keyakinan bahawa si tua itu sudah kehilangan mandatnya. Namun, para penjilat Perdana Menteri cepat-cepat menyorokkan diri ataupun sengaja cabut lari. Sikap mereka tidak melemahkan puak yang masih bertenaga untuk berhimpun secara terbuka, termasuklah ahli kabinetnya sendiri. Dua timbalan menteri, Datuk Sulaiman Mohamad (kesihatan) dan Datuk Mohama Khalid Yunus (penerangan) telah menggunakan kata-kata keras dalam mengkritik Perdana Menteri dalam ucapan mereka.

Rencana asalnya ialah menghimpunkan manusia di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, tetapi polis enggan mengeluarkan permit untuk perhimpunan di situ. PWTC dipilih sebagai penggantinya untuk membolehkan polis mengeluarkan permit mereka. Penganjur tidak pernah berhasrat mengumpulkan ahli-ahli yang tidak puashati terhadap UMNO. Kalau diadakan himpunan itu di Sulaiman Club, anggaran kedatangan dijangka sekitar 10,000. Tidak ramai yang setuju dengan taksiran itu tetapi di PWTC, kedatangan mencecah 3,000. Ramai yang datang kerana berminat mendengar kutukan terhadap Mahathir kerana segala belit-belitan dan songlapannya. Tidak ramai orang luar parti yang hadir. Itulah gambaran betapa satu bahagian besar ahli parti sudah muak dan mual dengan Mahathir dan UMNO.

Kalaulah ucapan yang dituturkan itu diluahkan oleh ahli parti pembangkang, sudah pasti para pemidatonya dikenakan tindakan hasutan dan didera lebih teruk lagi. Ornag Melayu mesti diberikan hak mereka, si pemidato itu berkata, dan orang lain harus dinafikan hak itu. Tidak ada banyak bezanya di antara tuntutan Kumpulan Suqui dengan apa yang dicanangkan oleh BBM itu, sebagai penyambung hasrat masyarakat yang mereka wakili. Hanya Tun Ghaffar Baba yang mengambil jalan menyimpang daripada pendekatan yang ramai apabila dia menyarankan agar perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di utamakan; dan seperti yang pernah dicadangkan oleh Suqui agar perbezaan di antara Bumiputra dan bukan Bumiputra itu dihapuskan. Tetapi, itu saja suara yang penuh kewajaran. Yang lain bersuara lantang tanpa sesalan.

Yang diura-urakan agar ditubuhkan satu badan bertindak untuk melindungi dan menyelesaikan masalah Melayu adalah tidak begitu serius bahananya jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka lakukan ketika itu. Majlis itu telah mencabar secara terbuka kesahihan kuasa yang ada pada Dr. Mahathir kini. Adalah satu amalan budaya Melayu feudal yang tidak mencabar ataupun mengkritik pemimpin unggulnya secara terbuka. Tetapi, ia akan berlaku juga apabila apabila sesaorang pemimpin itu sudah tidak lagi disenangi oleh masyarakatnya. Kini rakyat menantikan reaksi Mahathir terhadap dua orang timbalan menterinya yang telah menunjukkan sikap derhaka. Kalau dia tidak bertindak banyak lagi perbuatan 'kurang ajar' yang akan dihadapinya. Seandainya dia menyingkirkan mereka daripada jawatan yang ada, dia terpaksa menahan tekanan yang lebih kuat lagi untuk melepaskan jawatannya.

Masalah perpaduan Melayu tidak pun diselesaikan. BBM telah muncul sebagai satu kumpulan pendesak untuk menekan pemimpn UMNO mendengar desakan mereka dan menyulitkan lagi usaha Mahathir untuk terus berkuasa. Bagaimanakah tindakan ini dapat menjamin oang Melayu tak akan hilang di dunia, adalah sesuatu yang tidak dapat saya fahami lagi. Tetapi, ada satu perkara yang semakin jelas kini: kalau lebih banyak perhimpunan begini direncanakan, lebih ramai lagi rakyat marhaen yang akan datang, laksana perhimpunan pihak pembangkang. Kaedahnya mungkin berbeza tetapi pendekatannya mungkin sama sahaja: bagaimana mahu menyingkirkan seorang perdana menteri tua. Walaubagaimana pun, Dr. Mahathir tidak pula menampakkan bahawa dia terkejut dengan apa yang telah berlaku.


-MGG Pillai-
8 Februari,2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT8/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Harakah

15-28 February 01

For Front Page


CRACKS WIDEN IN UMNO AS THE PRIME MINISTER IS ATTACKED


The Malay Action Front, at its "Malays Shall Not Disappear From This Earth" meeting on 4 February at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur, turned out, in the end, to be an occasion to bring the Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, down a peg or two. It is the first time in public a meeting publicly castigates him for his aloofness, his refusal to meet the UMNO ground, and accuses him for bailing out Tan Sri Tajuddin Ramli by the government purchasing his 29 per cent stake at more than double the market price, and the concessionaires of the two LRTs.

Billed an unofficial gathering, in which Dr Mahathir disdained even to acknowledge, its organisers exist on the fringes of power, or hasbeens, in UMNO politics. The roster of those who backed it is long, the organisers having called upon anyone who felt that Dr Mahathir has lost the Malay mandate. Dr Mahathir's backers quickly distanced themselves from the gathering well before it was held. But it had the clear support of those opposed to the man, even some in his cabinet. Two deputy ministers -- of health, Datuk Sulaiman Mohamed, and of information, Datuk Mohamed Khalid Yunus -- also openly attacked the Prime Minister in their speeches.

It was at first to have been at the Sulaiman Club grounds in Kampung Bahru, but when police refused the permit, it shifted to the PWTC. At no time was this any more than a meeting of disgruntled UMNO members. The organisers expected a crowd of 10,000 at Sulaiman Club. Most had thought that impossible, but 3,000 turned up at the PWTC. Many came to hear the speakers attack Dr Mahathir and his cabinet for acts of ommission and commission. There were very few non-UMNO members around, and what it represented is a growing section of UMNO unhappy with Dr Mahathir and UMNO as it is set up now.

If the speeches at the gathering had been uttered at an opposition meeting, the speakers would have found themselves charged with sedition and worse. The Malays should be given rights, the speakers droned on, that the others should not. There is little in the worldview of Suqui and the MAF on what their respective communities want. Indeed, one speaker, former deputy prime minister, Tun Ghafar Baba, pressed home for Malaysian, not Malay, unity and wanted, as Suqui does, to remove the distinction between bumiputras and non-bumiputras. But his was the rare voice of reason. The others had no such compunction.

What is aims to do -- a task force to protect and overcome Malay problems -- is nothing as serious as what it did. It openly challenged the legitimacy of Dr Mahathir to remain in office. Malay feudal and cultural practice does not allow the leader to be challenged or criticised. This is only done when the leader has lost the respect of the community. Indeed, the Malay cultural ground has shifted firmly to the opposition. It is interesting to see how Dr Mahathir would react to the deputy ministers for their "derhaka" (treachery): if he does nothing, more acts of defiance would follow; if he removes them from office, it could strengthen the pressures against him to leave.

Malay unity was unaddressed. The MAF became no more than a pressure group to force UMNO leaders to its bidding and to make it difficult for Dr Mahathir to coninue. How this would ensure that the Malays would not disappear from this earth is beyond my understanding. But one thing is clear: if gatherings like these are held, they would attracts crowd like the opposition gather. The methods may differ bit the theme of both gathering would be the same: how to get the Prime Minister out of office. Somehow, one gets the impression, Dr Mahathir was not surprised at what happened. -- MGG