Laman Webantu   KM2A1: 3764 File Size: 15.8 Kb *



TJ MT MGG: Apakah Dato Seri Anwar Dipecat Kerana s###m*?
By M.G.G. Pillai

9/2/2001 4:06 pm Fri

MGG3801

[MGG Pillai membongkar betapa Mahathir sebenarnya memecat Anwar kerana bimbang pengaruh dirinya sendiri terhakis olehnya. Sebab itulah dia tidak lagi menyebut s**** itu kerana ia akan semakin menjerut tengkoknya.

Faktor Anwar kini menjadi tajuk penentu pertemuan PAS dan Umno. Mahathir dikatakan bersedia untuk mengampunkan Anwar, tetapi penolakan mahkamah rayuan itu membuntukan prosesnya. Anwar sebenarnya menjadi lambang perpaduan orang melayu yang teruk berpecah akibat ambisi Mahathir sendiri. Dia perlu melakukan sesuatu kerana ahli Umno sudah berbondong-bondong lari, samada ke BA atau ke BBM jika masih kuat berdaki. Mereka mungkin tidak akan memaafkan Mahathir jika beliau terus berdegil lagi. Nyatalah Mahathir di dalam dilema akibat sentuhan dirinya sendiri. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Apakah Dato Seri Anwar Dipecat Kerana s###m*?

(MGG: Was Dato' Seri Anwar Ibrahim Sacked For s###m*?)

Catatan: Tulisan asal ditujukan untuk HARAKAH keluaran 15-28 Februari 01 yang sudah berada di pasaran sejak semalam.


Pada 1998 dulu, Perdana Menteri telah membuat pengumuman memecat timbalan perdana menterinya tanpa menghormati etika peraturan kerja yang lazim. Dia telah berucap panjang lengkap dengan dalil dan gerak geri tangannya yang sungguh meloyakan itu betapa timbalannya dipecat disebabkan beliau didapati tidak berakhlak; kerana itu tidak layak menjadi pemimpin negara. Perkara itu diulang-ulangnya di setiap persidangan akhbar di negara sendiri dan juga di luar negeri. Namun, dua sessi mahkamah yang boleh dipertikaikan itu membicarakannya berasaskan salahguana kuasa dan s###m*, akhirnya menjatuhkan hukuman untuk memenjarakan beliau hingga 2015.

Kes mahkamah sudah pun selesai. Walaupun proses rayuan masih belum selesai lagi, Mahathir dan UMNO sudah pun dihantui oleh sokongan Melayu yang sudah lama berubah. Ini yang membuatkan beliau berubah sikap pula. Dalam satu wawancara dengan Asiaweek bulan yang lalu, dia telah menuduh Dato Seri Anwar kerana mempunyai ambisi plolitik yang terlalu tinggi, sehingga berhasrat menggantikannya dan melakukan kegiatan politik di luar garisan norma. Tidak pula dia menyebut kisah Dato' Seri Anwar yang tidak bermoral dan tidak layak memimpin negara kerana tuduhan s###m* yang memenjarakannya. Dengan lain perkataan, yang membuatkan Dato' Seri Anwar terpenjara ialah kerana dia mempunyai ambisi politik (yang tidak disenangi oleh si diktator tua -penterjemah)

Intisari yang terdapat pada politik ialah konflik yang tercetus di kalangan manusia yang berambisi dan yang sanggup bertelagah sesama sendiri sambil tendang-menendang di tiang licin yang menjanjikan kejayaan gemilang. Setiap pertubuhan yang berjaya mesti mempunyai pemimpin yang berambisi dan juga tamak-haloba untuk memimpinnya. Sesaorang itu menceburi politik kerana mahu menikmati kemuncak ambisinya tidak kiralah apa bentuknya. Dato' Sri Anwar Ibrahim sepatutnya memimpin Malaysia dan membasmikan segala ketidakadilan yang menebal yang sungguh berkarat. Kehangatan usahanya itu telah dirasai oleh Perdana Menteri dan para sukusakatnya. Kerana itu mereka berkomplot untuk mengnyah Anwar.

Tan Sri Musa Hitam dan Tengku Razaleigh merupakan manusia yang berambisi juga tetapi dinyahkan kerana Perdana Menteri tidak mengaibkan mereka seperti yang dilakukannya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Namun, beliau dan juga UMNO tidak dapat bertahan dalam suasana yang dihangati oleh kritikan yang terlalu pedas. Kini, Perdana Menteri tidak lagi mampu mengulang-ulang segala tuduhan mengenai korupsi dan s###m* tanpa menghadapi risiko kehilangan sokongan orang Melayu terhadap dirinya dan juga UMNO. Inilah sebab utama kenapa orang melayu terlalu bencikan Perdana menteri. Cardinal Richeliu pernah mengilhamkan satu bidalan yang berbunyi: "Berikan saya dua ayat yang diungkapkkan oleh seorang insan yang jujur dan saya akan usahakan untuk menjerutnya di tempat pergantungan yang terdekat." Jadi, tuduhan s###m* dan korupsi adalah satu alasan untuk menyingkirkan Anwar daripada pentas politik secara yang sungguh mengaibkan. Tindakan itu memakan tuannya. Dua tahun sudah pun berlalu (872 hari sebenarnya - penterjemah) Dato Seri Anwar yang terpenjara adalah lebih dihormati daripada sorang perdana menteri yang sedang bebas bergaya.

Wawancara Asiaweek itu telah memusnahkan kewibawaan Perdana Menteri itu daripada arena politiknya. Kini, dia dihantui oleh persoalan bagaimana mahu menangani kisah Anwar dan segala tuduhan yang pernah direncana ke atasnya. Untuk tujuan membetulkan rekod negara, Mahathir terpaksa menjelaskan perkara sebenarnya kenapa Anwar diaibkan. Mahkamah telah menolak tuntutan Anwar terhadap Perdana Menteri. Rayuan telah dikemukakan terhadap keputusan mahkamah yang memang telah melakukan kesilapan untuk menolaknya.

Masa terus berlalu, Perdana menteri semakin kehilangan sokongan akar umbi sedangkan sokongan terhadap Anwar semakin menggunung tinggi. Perpaduan Melayu, yang menjadi isu perundingan di antara UMNO dan PAS berkisar kepada persoalan bagaimana Anwar Ibrahim boleh dibebaskan daripada penjara tanpa mencemarkan imej UMNO (yang sudah pun tiada - penterjemah). Dengan lain perkataan, apa juga agenda mengenai perpaduan Melayu itu, ia mesti tunggu dulu sehingga masalah Anwar Ibrahim diselamatkan daripada jalan buntu. Sekaligus, Anwar Ibrahim sudah menjadi lambang perpaduan orang Melayu. Perdana Menteri harus bertanggungjawab kerana dilema itu.

Perdana Menteri tidak punya pilihan lain lagi selain mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang berambisi. Saya telah diberitahu bagaimana wakil daripada kedua-dua pemimpin ini telah bertemu untuk menyelesaikan kemelut itu. Perdana Menteri sudah bersedia menguruskan satu keampunan untuk Anwar tetapi Anwar sudah pun menyatakan syaratnya. Dia bertegas agar ditubuhkan satu suruhanjaya (siasatan) diraja untuk menyelongkar balik kisah perbicaraan dulu dan diberikan hak, kalau dia fikirkan berselera, untuk menandingi jawatan presiden UMNO.

Ada bidalan yang mengatakan: disebabkan nafsu- nafsi membuatkan kucing sanggup menyamar seperti merpati. UMNO dan Perdana menteri mahukan Anwar terus dipenjara kerana pertaruhan yang tinggi menjadi percaturannya. Inilah yang menghantui UMNO dan Perdana Menteri; Anwar adalah insan yang membahayakan mereka apatah lagi kalau dia dibebaskan. Anwar sudah menjadi satu tokoh penentu dalam usaha UMNO menyatupadukan semula orang melayu. Apabila dan kalaupun presiden UMNO dan PAS bertemu untuk berunding mengenai perpaduan Melayu itu, mereka mesti bersetuju dengan langkah terbaik untuk diambil dulu terhadap Anwar, sebelum mereka membuka bicara terhadap isu yang lain.

Pemenjaraan Anwar telah menentukan betapa UMNO sudah semakin tidak relevan lagi dalam tatasusila kehidupan di negara ini. Di dalam UMNO sendiri, dua pertiga ahlinya sudah tidak menyokong pucuk kepimpinan parti, sekitar satu pertiga masik menyokong seorang 'Pertapaan' (Tengku Razaleih Hamzah) di Langgak Golf. Yang berbaki masih menyokong Dato Anwar. Kerana fenomena inilah makanya peraturan pilihanraya dibuat begitu mengelirukan.

BAHAYA YANG BESAR kepada UMNO ialah apabila ahlinya beralih kesetiaan untuk menyokong PAS ataupun Keadilan. Penyebab terbesar beralihnya kesetiaan itu adalah terletak di bahu seorang insan sahaja: Perdana Menteri. Inilah pendapat yang semakin disokong oleh rakyat marhaen sekarang ini. Inilah juga yang diberikan penekanannya oleh Badan Bertindak Melayu (BBM) ketika berforum di PWTC pada 4 Februari 2001. Kehangatan ucapan yang mengutuk Perdana menteri hampir mendesak penaja forum meminta ahli UMNO keluar daripada dewan ketika cemohan dan serangan itu semakin galak diperhangatkan.

Apakah kaitannya semua ini dengan pemenjaraan Dato Seri Anwar di atas tuduhan salah guna kuasa dan s###m*? Semua sekali ada kaitannya. Kalaulah dia tidak dipecat dan diaibkan berasaskan tuduhan s###m* yang direncana oleh Perdana Menteri, UMNO dan juga Perdana Menteri tidak merasakan keributan yang melanda kini, sokongan orang Melayu tentunya semakin padu dan UMNO tentunya terus hidup tenteram. Malahan, ada orang yang sudah membaling batu terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim kerana beliau diunjukkan sebagai pengganti perdana menteri.

Sebaliknya, negara ini tidak mahu mengampunkan Perdana Menteri di atas keaiban yang dilaksanakan terhadap bekas timbalannya. Dalam usaha UMNO mencari perpaduan Melayu itu, katakunci usaha itu ada di tangan bekas timbalannya itu. Begitu berpengaruhnya beliau, Perdana Menteri sudah tidak lagi berani mengeluarkan perkataan s###m* sebagai merujuk kepada Dato Seri Anwar, sedangkan satu ketika dulu itulah perbuatan yang dia terlalu yakin dapat meyakinkan orang lain juga. Nampaknya dia berada di satu keadaan disebabkan ambisinya itu. Apakah ambisi itu mengikut takrif perdana menteri sama maknanya dengan s###mi?

-MGG Pillai-
8.2.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT8/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Harakah

COLUMN


Was Dato' Seri Anwar Ibrahim Sacked For S*d*m*?

M.G.G. Pillai


The Prime Minister, to justify expelling his deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, from UMNO without due process and sacking him from office in 1998, said, with inappropriate hand gestures, he was a s###mist morally unfit to lead Malaysia. He kept up the refrain, in press conferences at home and aborad, while the two questionable trials for misuse of office and s###my could only convict him to keep him in jail till 2015.

Now that the trials are over, even if the appeals are not over, he and UMNO in a spot with the Malay ground, he changes tack. In an interview with Asiaweek last month, he accuses Dato' Seri Anwar of political ambition, of wanting to displace him, and of other normal political activities. Not once did he talk of Dato' Seri Anwar's moral unfitness for office nor of the s###my for which he was convicted. In other words, it was ambition which brought Dato' Seri Anwar down.

The very essence of politics is conflict when men of ambition fight the greasy pole up to the top. For any organisation to succeed, it must have at its helm men of ambition and even greed. You enter politics to achieve your ambition whatever it is. Dato' Seri Anwar Ibrahim's was to lead Malaysia and put the gross injustices to right. The Prime Minister felt the heat, his acolytes felt the heat, and they ganged up on him.

Tan Sri Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah were also ambitious men who was sidelined because the Prime Minister did not humiliate them as he did Dato' Seri Anwar Ibrahim. But he and UMNO could not also sustain this excoriation. Now even the Prime Minister cannot repeat his oft-repeated allegations of corruption and s###my without losing further ground, not only his but UMNO's as well.

No wonder the Malay ground is so incensed with the Prime Minister. Cardinal Richeliu, in a famous aphorism said, "Give me two sentences by a honest man and I would have enough to have him hung from the nearest gibbet." So, the s###my and corruption was an excuse to have him removed from the political scene in disgrace. But it backfired. Two years on, Dato' Seri Anwar in jail is more credible than the Prime Minister outside.

The Asiaweek interview all but destroys the Prime Minister politically. He must now state, address Anwar's alleged s###my once and for all. He should clearly and unequivocally, for the public record, why he was humiliated. The courts struck out Dato' Seri Anwar's defamation suit against the Prime Minister. The decision is appealed but the courts were wrong to strike it out.

As the days wear on, the Prime Minister loses ground as Dato' Seri Anwars gains. Malay unity, the subject of talks between UMNO and PAS hinges on how Dato' Seri Anwar Ibrahim can be whisked out of jail without damaging UMNO. In other words, whatever complusions for Malay unity, that must wait until the Anwar Ibrahim problem is solved. He has, willy nilly, become the human face of Malay unity. The Prime Minister must take the credit for that.

But the Prime Minister would well have had no choice now than to paint Dato' Seri Anwar as an ambitious politician. I am told representatives of the two men meet to seek a way out of the impasse, that the Prime Minister is prepared to offer a free pardon but that Dato' Seri Anwar insists upon that with a royal commission into the two trials, and the right, should he so desire, to contest the presidency of UMNO.

Self-interest puts the proverbial cat amongst the pigeons over it. But UMNO's, and the Prime Minister's, dilemma is that so long as he remains in jail, future is at stake so long as the man remains in jail. UMNO and the Prime Minister in a dilemma: he is dangerous in and more dangerous out. He has become the key figure in this UMNO quest for Malay unity. When, if, PAS and UMNO presidents meet over it, they must agree on what to do with Dato' Seri Anwar before they go on to substantive issues.

Indeed what Dato' Seri Anwar in jail ensures it the growing irrelevance of UMNO in national life. Within UMNO, about two-thirds are against the leadership, roughly one-third backing the Hermit of Langgak Golf, Tengku Razaleigh Hamzah, and the other third Dato' Seri Anwar and others opposed. It is for this that the election proceedures are made so complicated.

The bigger danger for UMNO is for members to drift towards the Islamic Party of Malaysia (PAS) or the National Justice Party,(KeADILan). The focus of UMNO's disaffection with the Malay ground is one man: the Prime Minister. It is a view that gets a more public airing these days. The Malay Action Front, at its tamasha at the Putra World Trade Centre yesterday (04 February 01) said so with such force that UMNO handlers at one time seriously thought of having UMNO members walk out when the Prime Minister was attacked.

What has this got to do with Dato' Seri Anwar's conviction for misuse of office and s###my? Everything. If he had not been expelled and dismissed for s###my, as now appears from the Prime Minister's own words, the Prime Ministe and UMNO would not be in the spot they are these days, the Malay ground would have remained intact, UMNO would have drifted along, indeed the crowds would have been throwing stones at Dato' Seri Anwar, as the Prime Minister's successor.

Instead, the country cannot forgive the Prime Minister for humiliating his former deputy. And the deputy holds all the aces now in this UMNO search for Malay unity. So much so that the Prime Minister cannot even repeat for the record that Dato' Seri Anwar is a s###mist, a view he is convinced of, without more calumny thrown on to him. It now appears he is where he is for his ambition. Does ambition, in the Prime Minister's view, equal s###my?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my