Laman Webantu   KM2A1: 3762 File Size: 13.0 Kb *



TJ MT MGG: Menyelamatkan Sang Selamat
By M.G.G. Pillai

9/2/2001 9:18 pm Fri

MGG3701

[Lanjutan tempoh konsessi tol menunjukkan pihak kroni sekali lagi gagal bernafas sehingga terpaksa diselamatkan lagi, cumanya ia tersembunyi di dalam resit tol yang terpaksa dibayar rakyat acap-kali. PLUS adalah satu-satunya 'cash-cow' Renong yang sarat berhutang lebih RM30 bilion. Kerajaan sanggup mendera rakyat bila kroni kesusahan tetapi tidak pula mampu menolong rakyat yang memerlukan pembelaan. Padahal rakyatlah selama ini yang membayar cukai dan memberi undi.

Perjanjian dan transaksi antara kerajaan dan pemegang konsessi tol sengaja dirahsiakan kerana di situlah tersingkap segala-segalanya. Kerajaan tidak bersedia mempamirkannya kerana ada sesuatu yang tidak kena. Kerana mereka akan terkena dengan bukti yang tercatat di sana. - Editor (Sila baca komen menarik Pak -MT- di bawah]


Penterjemah: -MT-


Menyelamatkan Sang Selamat

(Bailing out the bailors)

Menteri Kerjaraya, Dato' Seri S. Samy Vellu telah menyatakan bahawa kerajaan terpaksa memberikan pampasan kepada pemegang konsensi lebuhraya sebanyak RM19 bilion untuk selama 20 tahun, lamanya. Ini bukannya kerja yang mudah, katanya. Adalah lebih baik kalau dicipta satu formula baru agar pemegang konsensi ini mendapat pinjaman mudah sahaja. Dia tidak mahu membelakangkan kepentingan rakyat dalam hal ini dan mahu mencipta satu formula agar kedua-dua pihak berada dalam satu situasi yang sama-sama menang. Dia tidak mahu rakyat marhaen tertekan membayar sebanyak yang sepatutnya. Di waktu yang sama dia mahu menentukan agar pemegang konsessi itu akan terus pergi ke bank dengan keadaan yang lebih ceria. Kerajaan memberikan bayaran kepada mereka kerana tidak menaikkan harga tol. Sebahagian besar wang pembayaran itu adalah berupa imbohan kerana mereka gagal memenuhi kadar jangkaan lalulintas yang sengaja mereka lebih-lebihkan angkanya dulu. Inilah yang menjadi masalah yang menyulitkan pihak kerajaan dan orang awam. Pada 1986, Plus Highway (Lebuhraya Plus) telah mengambil alih urusan Lebuhraya Utara Selatan (North-South Highway) dan membelanjakan RM6 bilion untuk menaikkan status jalan itu dengan upahnya berbentuk konsessi selama 30 tahun. Ini bererti tempoh konsesi itu berakhir pada 2016. Tetapi, rancangan Dato' Samy itu akan melanjutkan konsessi itu hingga 2021 pula.

Kerajaan memberikan semua pemegang konsessi lebuhraya kemudahan pinjaman berdasarkan 'bayar-balik bila mampu', di samping tanah yang luas kawasannya sehinggakan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan membina jalanraya. Tetapi, kontrak kerja itu sengaja dibebani dengan segala modal itu sehinggakan rakyat marhaen terpaksa membayar tol yang sentiasa dinaikkan kadarnya. Tambang keretapi dan bas ke Seremban lebih rendah harganya berbanding harga tol yang dikenakan ke atas pemandu yang menggunakan keretanya di lebuhraya itu. Dulu harga tol cuma RM1 kini ia sudah naik sehingga RM6.50. Apakah penyebab yang wajar menyebabkan harga itu dinaikkan dalam satu dekad? Kalau kerajaan mempunyai dana secukupnya kenapa tidak dibina sendiri Lebuhraya Sprint untuk kegunaan mereka yang duduk di Kuala Lumpur ataupun Petaling Jaya menggunakannya untuk ke Taman Tun Ismail ataupun Damansara Utama ataupun sebaliknya dengan dikenakan bayaran tol? Lebuhraya itu khabarnya memakan belanja RM 1 bilion.


Apa salahnya kalau kerajaan memberi saguhati kepada pemegang konsessi dan mengambilalih peranan mereka dan kemudian batalkan saja bayaran tol? Tidak, perkara semacam ini tidak mungkin boleh berlaku. Pemegang konsessi tidak boleh meraih keuntungan selagi pengguna jalanraya tidak meningkat kepada puluhan ribu (kenderaan) setiap hari. Lebuhraya Utara selatan dapat bertahan kerana kutipan sebanyak RM4 jua yang dikutip setiap hari di Lebuhraya Persekutuan dan sekitar RM3 juta pada hujung minggu. Ini bererti, pemegang konsessi membuat keuntungan di setiap selekoh yang ada. Mula-mula mereka membalun keuntungan dalam kerja-kerja pembinaan, yang diagihkan kepada anak syarikat yang menyungkit naik harga projek mereka. Kemudian projek itu diagihkan lagi kepada anak-syarikat yang lain sambil menyauk keuntungan dalam setiap peralihan itu. Keuntungan yang paling besar dibalun lagi apabila syarikat utama yang kini sudah pun bertapuk hutangnya didedahkan kepada pasaran saham. Selepas itu bermulalah satu lakonan panjang di mana kerajaan akan bertindak simpati kepada pemegang konsessi dalam rayuan mereka mendapatkan bantuan imbohan. Inilah lakonan yang dilakukan selama ini seolah-olah pemegang konsessi itu adalah kaki botol yang sedang mabuk di rumah-sundal.


Adalah tidak memeranjatkan apabila setiap pemegang konsessi itu mengalami hutang besar yang tidak mampu dibayarnya. Pampasan daripada kerajaan membolehkan mereka hidup senang-lenang laksana maharajah di zaman dulu-dulu sehingga mereka mampu bertukar isteri, pesawat udara, istana kediaman di Switzerland, London dan New York dan segala rupabentuk kemewahan lagi yang menunjukkan mereka sudah kaya-raya. Itulah sebabnya Renong-UEM yang dikuasai oleh kumpulan yang sama, mempunyai hutang berkarat melebehi RM30 bilion. Namun, pemegang konsessi itu terlalu yakin bahawa mereka akan terlepas daripada beban hutang itu, tidak lama lagi. Kerajaan memang sedia membantu menyelamatkan keadaan mereka. Tidak kiralah kalau usaha menyelamatkan itu adalah satu bebanan kepada rakyat marhaen. Inilah sebabnya saya mempersoalkan kenyataan Dato' Samy Vellu yang berkata: "orang ramai tidak semestinya berfikir bahawa kerajaan tidak memikirkan masalah mereka secara serius." Sebenarnya Dato Seri rakyat memang tidak memikirkannya.


Apakah sebabnya Tan Sri Halim Saad diselamatkan? Kenapakah Tan Sri Tajudddin Ramli diselamatkan selepas beliau mepunahkan MAS? Kenapakah kerajaan tidak membeli balik 29 persen saham pegangannya di BSKL dan menguasai MAS kembali dengan cara itu? Kelantangan Dato Samy Vellu mengenai pinjaman mudah itu adalah satu usaha menyediakan minda rakyat marhaen kepada satu lagi proses penyelamatan. Tentunya dia harus menyediakan satu kenyataan yang lebih jelas untuk dibentangkan di parlimen mengenai beban yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk menswastakan lebuhraya. Dia mesti nyatakan berapakah kos pampasan kepada kadar tol, berapa pula pampasan kepada pemegang konsessi kerana gagal mendapatkan pengguna yang dijangkakan, berapa pula pinjaman mudah yang akan terbabit dan apakah asas pemberian pinjaman itu. Daripada segala pinjaman yang telah diberikan, berapakah jumlah yang telah dibayar balik? Kita juga harus tahu kenapakah masalah tol ini menjadi isu hangat politik? Sebenarnya segala cadangan Samy Velu itu adalah merupakan satu proses 'bailout' ataupun penyelamatan yang menggunakan nama lain pula.


-MGG Pillai-
7.2.2001.




Catatan penterjemah:

Saya telah banyak menulis secara berkias akan kenaikan tol itu sejak siri SLPM. Masalahnya ialah pengurusan yang menipu rakyat marhaen. Terlalu banyak kebocoran dalam kutipan tol. Kita kerap diberikan resit perjalanan lain yang menunjukkan kadar bayaran lebih rendah daripada kutipan sebenarnya. Misalannya kalau kita ke Seremban daripada Kuala Lumpur, kita kerap diberikan resit berharga RM1.90 menunjukkan harga perjalanan terdekat ke pintu masuk Seremban itu. Bagaimanakan perkara ini boleh berlaku tanpa pengetahuan pihak pengurusan? Kenapakah terlalu sangat komputer rosak di tengah malam? Ini menunjukkan penipuan berterusan di pihak pemegang konsessi. Malahan kita masih ingat betapa kad ataupun tiket tol itu diimpot daripada Amerika.

Kalau kita masuk tol SPDH daripada Seremban ke Port d##kson, ada tiga jenis harga tol. Kalau diamati selalu kita akan dapati lori yang sepatutnya dikenakan harga lebih tinggi, dikenakan harga kereta biasa. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku selalu? Siapakah yang kaut wang songlapan yang dilakukan itu? Apakah kerja-kerja songlapan itu merupakan satu tindakan secara bersindiket?

Semua bentuk penipuan ini terus berlanjutan tanpa ada sesiapa mahu membincangkannya di parlimen. Hanya sekali-sekala adalah pergerakan parti pembangkang yang berpiket di pintu tol untuk mengganyang kenaikan harga tol. Tetapi, Mahathir jawab mudah sahaja. "I don't care.......!!!!"

-MT-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT8/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Bailing Out The Bailors

The works minister, Dato' Seri S. Samy Vellu, says the government must compensate the highway concessionaires RM19 billion over 20 years. This is too onerous, he says, and a new formula is worked out to that they would get soft loans instead. The people must not be ignored, you understand, so how this would be done is "win-win" for both concessionaire and people. The people will not pay as much as they should, and the concessionaire would run gleefully to the bank. What the government pays out to them for not hiking the tolls as they want is a small portion of this payment. The bulk of that is money handed to the concessionaires when their own inflated estimate of traffic is not met. This becomes a sore point, in the government and out. In 1986 the Plus Highway took over the existing North-South Highway, spent RM6 billion to upgrade it, in return for a 30-year concession. That would end in 2016, but Dato' Seri Samy now says it would not end until 2021.

The government gives all highway concessionaires soft loans, on "payable when able" terms, gives them large tracks of land which they are to have sold to raise capital to build the roads. But the contracts are so loaded towards them that the public must pay ever rising tolls. Train and bus fares are cheaper to Seremban than the tolls a private motor car has to pay. What was once RM1 is now RM6.50. What justifies raising the tolls to this level in a decade? If the government has the money, why did it not build the Sprint Highway which requires those living in Kuala Lumpur or Petaling Jaya working in Taman Tun Ismail or Damansara Utama or vice versa having to pay a toll. That highway cost allegedly RM1 billion.

Why could not the government have bought out the concessionaire and removed the tolls? It could not. Without the tens of thousands of users every day, the concessionaire could not turn in a profit. The North-South Highway is sustained by the RM4 million or so collected along the Federal Highway every day and the RM3 million or so more on weekends. So, at every turn the concessionaires make money. They make money hand over fist in the construction, which goes to subsidiaries, which hike up the price, then to other subsidiaries down the line, the money skimmed of at every level, with the further kill when the now-heavily indebted concession company is listed on the stock market. The government then accedes to heart-rending pleas for more money so that its concessionaires can continue to behave as drunks in a whorehouse.

It is not surprising that every concessionaire is indebted and unable to repay its debts. The government compensations provide them with the money to live as moguls of old, acquires wives, planes, homes in Switzerland, London and New York and other signs of having arrived. So, the Renong-UEM combine, controlled by the same group, is indebted for more than RM30 billion. Yet, the concessionaires are confident they would be debt free soon. The government is around to bail them out. Even at the expense of the public. Which is why I find Dato' Seri Samy Vellu's statement that "people must not think that the Government is not taking their plight seriously." As a matter of fact, Dato' Seri, it does not.

Why is Tan Sri Halim Saad bailed out? Why is Tan Sri Tajiddin Ramli bailed out for destroying MAS? Why did not the government buy his 29 per cent stake in MAS by buying up his shares on the KLSE and controlled MAS that way? Dato' Seri Samy Vellu's talk of soft loans is to prepare the ground for another bailout. He should set out in a full statement in the next issue of Parliament of what it cost the government to privatise the highways: how much it paid in compensation for tolls, how much for the concessionaires not meeting their traffic targets, how much soft loans proferred and at what terms, how much of these loans have been repaid, and other details to find out why the issue of tolls becomes such a hot political issue. What he proposes is a bailout by another name.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my