Laman Webantu   KM2A1: 3760 File Size: 12.8 Kb *



TJ MT MGG: Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetian Kepada UMNO
By M.G.G. Pillai

8/2/2001 11:25 pm Thu

MGG3601

[Kisah yang dipaparkan ini memang benar dan amat menyedihkan. Kos untuk mengerjakan ladang kelapa sawit lebih tinggi dari hasilnya. Pelbagai syarat remeh-temeh terpaksa dipenuhi tetapi itu pun masih belum dapat menjamin masa depan peneroka apatah lagi untuk mendapat geran mereka. Mereka perlu 'bersyukur' dan 'menganut ugama' Umno dengan taat lagi setia pula barulah diberi 'pahala'! Tidakkah kejam dewata yang bergelar Wira?

Menurut sumber teman terdekat PNB sebenarnya memberikan dividen yang lebih tinggi dari sepatutnya untuk memberi gambaran ekonomi sihat sejahtera supaya lebih ramai melabur dan tertipu dengan angka. Padahal beberapa pelaburan semasa PNB, khususnya industri kelapa sawit merugikan sahaja (Setiap pohon rugi RM10-RM20). Kerajaan tidak bersungguh-sungguh mahu membantu peneroka padahal majoriti mereka mengundi Umno. Kini mereka sudah tidak rela menjadi hamba lagi, dan kemenangan BA di beberapa DUN Pahang baru-baru ini adalah tandanya. Itu sudah cukup untuk membuat Umno tidur tidak lena di mana-mana. - Editor]


Penterjemah: -MT-

Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetian Kepada UMNO

(MGG: Felcra Settlers Must Prove Loyalty To UMNO)


Ketua Menteri Melaka, Dato Wira Ali Rustam telah memberi ingatan kepada para peneroka Felcra Sri Mendapat di Merlimau. Para peserta yang sudah menunggu 16 tahun untuk mendapatkan geran tanah mereka, perlu mengharungi satu halangan lagi. Mereka mesti berterima-kasih kepada UMNO (sila lihat The Sun Sunday, 04 Februari, m.s. 13). Setiap peserta mesti membayar RM2,500 sebagai bayaran premium terlebih dulu. "Mereka mesti tahu bersyukur dan tidak melupakan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN. Para peneroka mesti membuktikan sokongan kepada kita sebagai tanda penghargaan mereka dan tidak menyokong parti pembangkang." Dia berkata, penantian 16 tahun itu adalah satu perkara istimewa: peserta Felcra Kampung Tun Razak terpaksa menanti 35 tahun sebelum menerima geran mereka, kerana itulah tempoh masanya mereka perlukan untuk mengumpulkan wang premium yang dimestikan.

Tetapi, para peneroka rancangan kelapa sawit itu memang tidak mampu membayar premium yang dimestikan. Ramai yang sudah berusia menjangkau lima puluhan, ada juga yang berusia enam puluhan dan lebih tua lagi. Mereka terpaksa menggaji pekerja kontrak untuk mengerjakan ladang mereka. Di kebanyakan rancangan Felcra dan Felda, hanya golongan tua yang tinggal kerana yang muda sudah lama pergi mencari rezeki lain. Menggunakan tenaga kontrak memang tidak menguntungkan. Ia memerlukan RM120 untuk menggaji boroh luar yang mampu mengeluarkan hasil bernilai RM100. Pihak berkuasa selalu mengabaikan kesulitan para peneroka dan mentadbir mereka dengan kuku besi. Terpaksalah para peserta mengadu kepada pihak lain yang besimpati dengan mereka. Selalunya pihak pembangkang, terutama sekali PAS. Dalam pemilu 1995 peserta Felcra Sri Pendapat memberikan 38 undi kepada pihak pembangkang. Pada 1999, undi mereka naik melonjak kepada 238. Itu sebabnya peneroka Felcra Sri Mendapat mesti didera dan akan terus didera.

Dua puluh lima tahun dulu saya pernah melawat Kampung LBJ, satu rancangan Felda di Negri Sembilan yang mengambil nama Pesiden Amerika yang melawatnya satu dekad sebelum itu. Gelagat pegawai yang mengiring saya itu memperlekehkan para peserta laksana anak-anak sehinggakan usaha mereka memihak kepada PAS memang sudah dapat diramalkan. Apabila rancangan FELDA diwartakan untuk pembangunan seperti pembangunan Putrajaya, dan kalau mereka layak menerima pampasan melebih satu juta setiap seorang peneroka, mereka kerap sangat ditipu. Hanya segelintir yang telah menerima apa yang menjadi hak mereka. Kerajaan memang pandai menaikkan harapan mereka dan lebih pandai melupakan mereka kalau janji-janji yang diucapkan itu tidak dapat ditepati. Sikap memperlekehkan para peserta ini membuatkan pegawai UMNO di akar umbi turut marah terhadap kerajaan.

Dato Ali Rustam mahukan peserta Felcra di Melaka terus bersyukur kepada UMNO kerana mengizinkan mereka terus kerugian. Para peneroka Felda dan Felcra memang telah lama dirantai. Ketika pendapatan mereka naik lumayan, kadar bayar balik hutang dinaikan lagi. Kalau pendapatan itu turun daripada tahap yang ditentukan, mereka dikenakan membayar hutang juga. Sebagai petani mereka kerap diarahkan melakukan sesuatu yang tidak munasabah, tetapi mereka tidak ada alternatif untuk memilih.

Saya masih ingat bagaimana para peneroka di satu rancangan diarahkan menanam hanya satu jenis sayuran sebagai tanaman kontan. Hasil tanaman itu telah membuatkan harga sayoran terus merudum kerana terlalu banyak. Rancangan itu turut merudum sama, para peserta dipersalahkan. Sepatutnya mereka telah diberikan peluang lebih awal lagi memilih apa juga jenis yang mereka suka tanam. Tetapi, pihak pengurusan membuat pilihan untuk menanam hanya satu jenis untuk dipasarkan kerana pihak pengurusan fikir dapat menjanjikan harga jualan yang tinggi. Inilah puncanya bagaimana kerajaan secara tidak sedar membuatkan para perserta itu menjadi penyokong kuat parti pembangkang. Satu kesilapan besar yang terdapat di rancangan Felcra dan Felda itu ialah pengamblan peserta ketika usia sudah lanjut. Mereka diambil ketika di hujung 40 tahun hinggalah yang berusia 60 tahun.

Harga kelapa sawit merupakan masalah yang lebih besar lagi. Tuaian buah tidak boleh dilakukan oleh peserta secara bersendirian. Pengurusan rancangan Felda melakukannya bagi pihak peserta dan segala kerugian terpaksa ditanggung oleh peserta juga. Kerugian itu bukan ditanggung oleh peserta sahaja. Kos menghasilkan minyak sawit di Malaysia adalah sekitar RM750 se tan. Harga pasaran dunia adalah lebih rendah daripada itu. India pernah membuat perjanjian 'barter' dengan membeli minyak sawit Indonesia dengan membayar secara membekalkan kelengkapan pertahanan. Malaysia beranggapan sikap itu boleh mengurangkan stokpail minyak sawit yang ada. Malangnya Perdana Menteri India, Mr. Atal Bihari Vajpayee, telah menangguhkan lawatannya ke Malaysia (gara-gara gempa bumi di Bhuj - penterjemah). Inilah yang membuatkan Dato'Seri Lim Kheng Yaik, Ketua jurujual minyak sawit merasa hampa.

Malaysia memang berusaha mencari jalan untuk mengurangkan stokpail minyak sawit, termasuk membuat penyelidikan menukarnya menjadi bahan bakar seperti disel. Kesannya kepada kerajaan memang agak serius. Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mudah mengisytiharkan dividen yang tinggi, walaupun ia tidak difikirkan perlu, kerana harga minyak sawit yang sedang naik. PNB mempunyai kawasan ladang kelapa sawit yang besar di negara in. Apabila PNB kerugian, bagaimanakah ia mampu menyogok orang Melayu dengan dividen yang tinggi agar mereka terus bersyukur kepada UMNO? Lebih-lebih lagi apabila orang Melayu itu kerap ditipu dan tertipu kalau mereka menjadi peserta rancangan? Sejak bilakah mereka diberitahu agar terus bersyukur kepada UMNO kerana keistimewaan untuk terus diperdayakan itu?

-MGG Pillai-
6 Februari,2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 7/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Felcra Settlers Must Prove Loyalty to UMNO

The Malacca chief minister, Dato' Wira Mohamed Ali Rustam, warns Felcra Sri Mendapat settlers in Merlimau who have waited 16 years for their land grants must cross another hurdle: show their gratitude to UMNO (The Sun on Sunday, 04 February 01, p13). The 70 settlers must each also pay RM2,500 premium first. "They should be thankful and not forget the benefits provided by the BN (National Front) government. The settlers should show support for us as a mark of their appreciation, rather than support the Opposition." He said the 16-year wait is not unusual: the ungrateful Felcra Kampung Tun Razak settlers in the state waited 35 years before they got theirs: it them that long to come up with the premium.

But settlers in the palm oil schemes cannot pay. Many, in their late fifties, often older, must hire hire workers to harvest the fruit. In most Felcra and Felda schemes, only the old folk remain, the young having gone elsewhere to earn a living. But hiring workers makes it uneconomical. It costs RM120 to harvest RM100 worth of oil palm fruit. But the authorities ignore the settlers' difficulties and rule the schemes with an iron hand. The settlers turn to others who could help them. Often it is the opposition, especially PAS. The 38 votes in Felcra Sri Mendapat the opposition obtained in 1995 rose to 238 in 1999. For that, Felcra Sri Mendapat must be punished. And punished it will be.

Twentyfive years ago, I visited Kampung LBJ, a Felda settlers scheme in Negri Sembilan, a scheme named after the US President who had visited it a decade earlier, but the officials I accompanied treated them like small children that the shift to PAS could have been predicted. When Felda schemes are required for development, as for Putra Jaya and its related development, and settlers stood to gain more than a million ringgit each, they are shortchanged. Few have received what they were promised. The government raises their hopes, and cavalierly ignore them when they was promised is not what they get. Even UMNO officials there are incensed at moves like these.

Dato' Wira Ali now tells Felcra settlers in Malacca to be eternally grateful to UMNO for being allowed to lose money. The Felcra and Felda settlers have always been kept on a tight leash. When their earnings went beyond a figure, the repayments for the land increased. When it went below that, a minimum sum had to be paid. They were often ordered to do what they, as farmers, would have thought unworkable. But they had no choice.

I know of one Felda scheme when the settlers were ordered to grow one vegetable as a cash crop; the glut from that scheme destroyed the price for that vegetable when it was time to sell them. When the scheme collapses, they are blamed. Instead of letting them choose the marketable produce they grow in their small plots around their houses, they are forced to what the managers think would fetch the highest price. The glut ensures they would not. The government turns them willy nilly into opposition supporters. A major fault in the Felda and Felcra schemes is little attention is paid to the settlers, who come in when they are 40 or so, when they are 60 and older.

Far more serious is the palm oil price. Palm oil cannot be harvested by an individual settler by himself. The Felcra scheme harvests it for them, and the settlers bear the loss. It is not only the settlers who suffer. Malaysia, a high cost producer of oil palm at about RM750 a tonne, sells its produce on the international market at less what it costs to produce. Indonesia, on the other hand, with a production cost half this, does well. When India agreed to barter its defence products to Indonesia for palm oil, Malaysia thought it a good way too to reduce its burgeoning stockpile. When the Indian prime minister, Mr Atal Bihari Vajpayee, cancelled his visit to Malaysia, the minister of primary industries and chief palm oil salesman, Dato' Seri Lim Kheng Yaik, was not the only one disappointed.

Malaysia looks into creative ways to sell its burgeoning stocks of palm oil, and even looks into research for converting into diesel. Its impact on the government is more serious. The Perbadanan Nasional Berhad (PNB) can continue to high dividends, even when it seems it does not make sense, only because of the high prices obtained for its palm oil. It controls the country's largest oil palm estates. When it loses on its palm oil deals, how can it continue to bribe the Malay with higher divideds so that it hopes they would be eternally grateful to UMNO? Especially when the Malay is shortchanged if he went into a Felda or Felcra scheme to survive. When was he told he ought to be eternally grateful to UMNO for the privilege of being shortchanged?


M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my