Laman Webantu   KM2A1: 3759 File Size: 13.1 Kb *



B1: Mahathir Dan Umno/BN Dlm Proses Penghapusan Oleh Rakyat
By Amin Sapiro

9/2/2001 3:14 am Fri

Amin Sapiro (sudah gali lubang nak kambus UMNO/BN)

[Mahathir memerintah mengikut satu sistem yang mempunyai pelbagai sub-sistem untuk memprogram minda rakyat supaya mengikut dan terikut dengan rentak dan arahan. Beliau meletakkan orang beliau di beberapa tempat strategik untuk memastikan imej beliau dan kuncu-kuncu tidak terjejas.

Di sini imbuhan dan wang memainkan peranan. Beberapa lantikkan terus dalam Umno, kabinet dan institusi kerajaan menggambarkan bagaimana beliau mendindingi kuasa untuk menjadi seorang yang amat berkuasa dan super diktator.

Tetapi itu semua pun masih tidak mampu untuk membendung kesedaran rakyat juga kerana orang melayu khususnya mempunyai satu sifat yang istimewa. Belas dan kasihan kepada mereka yang teraniaya dan bakat terpendam yang tidak tercium sesiapa. Cubalah Mahathir menekanya.... kerana ia akan menguburkannya.
- Editor
]


MAHATHIR DAN UMNO/BN DALAM PROSES PENGHAPUSAN OLEH RAKYAT

SATU soalan yang kerap ditanya orang ialah: Apakah yang menjadikan seseorang pemimpin itu 'hebat' dan berpengaruh?

Persoalan seperti ini harus mencakup punca dan sebab-musabab seseorang itu berkuasa; dan bagaimana ia merancang, menangani agendanya demi survival kedudukan dan kepentingan diri mereka.

Dr. Mahathir, UMNO dan Orang Melayu

Perhatikan ini dulu: UMNO Asal tertubuh atas daya juang orang Melayu sebelum tahun 1946. Insiden 'Anti Malayan Union' adalah satu daya penggerak. Spontan pertistiwa itu menyedar, mencerna dan menjana penyatuan seluruh orang Melayu di negara ini tanpa mengira status dan cara hidup.

Wadah mereka adalah satu, iaitu menuntut Kemerdekaan sebagai agenda pertama. Tidak ada lagi kompromi dan tolak ansur terhadap penjajahan. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan mereka sanggup berjuang walaupun dengan darah dan nyawa.

Kerajaan British semakin sedar bahawa tuntutan Kemerdekaan rakyat tempatan disemua tanah jajahan empayar British adalah satu realiti yang harus diakui dan diakuri. Di India, kerajaan British telah mengalah pada tahun '46. Di Indonesia, Belanda mengaku kalah. Begitu juga di beberapa buah negara lain.

British juga sedar, rakyat tempatan telah sedar kekuatan mereka. Mereka sedar kekuatan British semakin pudar - kesan dari bukti penjajahan Jepun ke atas negara di rantau ini. Keadaan ini adalah proses semulajadi yang wajar diakui bahawa sesebuah kerajaan itu hanya akan kuat dan berdaya memerentah sekiranya ia mendapat pengiktirafan dan sokongan rakyat. Itu adalah 'essence of Democracy'.

Mahathir Dan UMNO

UMNO bukan ciptaan Mahathir dan UMNO/orang Melayu tidak samasekali bergantung kepada Mahathir. Walaupun Mahathir berfikir bahawa orang Melayu adalah sedungu dan sebebal kaum yang ditakrifkan beliau dalam 'Delima Melayu'; tetapi Mahathir lupa dan tidak menduga bahawa (demi masa) orang Melayu akan mencapai 'anjakan paradigma' dan kesedaran sosio-politik yang semakin maju, jati diri dan kental memperjuangkan hak-hak asasi mereka.

Mahathir telah merancang, mengolah dan melaksanakan suatu percubaan sistem pentabiran dan 'modes of governance' keatas UMNO dan negara, yang berbeda dari yang diwarisi rakyat setelah mencapai Kemerdekaan.

Contohnya, dalam majalah TIME beberapa tahun dulu, sikap dan padangan Mahathir terhadap orang Melayu begitu rendah sekali. Beliau mentakrifkan orang Melayu akan terus membudayakan dan akan tertakluk kepada sistem pentadbiran 'Feudal'.

Dengan sistem ini bermakna Mahathir Mohamad menganggap orang Melayu sebagai 'remeh' sahaja. Beliau membuat assumpsi bahawa orang Melayu akan patuh dan tunduk kepada tekanan dan ugutan. Orang Melayu akan redha dengan cara hidup 'secukup hidup' tanpa cita-cita untuk lebih maju ke tahap yang lebih tinggi - berbanding kaum lain di negara ini.

Dengan itu, Mahathir terus merobah keutamaan UMNO (yang mewakili majoriti orang Melayu) secara mendadak kepada Sistem 'EMAS SEBAHARA' (gelaran sistem oleh Amin Sapiro terhadap sistem pentadbiran Mahathir ini); iaitu: Memberi upah kepada pemimpin dalam regimnya dan merangkum beberapa orang dari rakyat biasa dan diangkat ke tahap 'Bangsawan'.

Mahathir dan Orang Melayu

Berasaskan sistem itu, maka diwujudkan beliau dasar 'Kronisme' berpaksikan 'Korupsi dan Kolusi' sesama mereka. Mahathir tidak melepaskan peluang melakukan 'Nepotisme' yang bermaksud memberi 1001 kemudahan kepada anak-beranak dan suku-sakat isteri dan keluarga beliau.

Mahathir memberi perlindungan dan sokongan kepada semua mereka yang terlibat dan kait-mengait dalam perselingkuhan ini. Mereka harus merafaqkan sembah setiap tahun dan menyebarkan ke seluruh alam ini tentang kehebatan 'Wira Lintah Darat' ini sebagai 'Wira Dunia Ke-3' (mengikut tafsiran Ibrahim Ali - penjilat paling intim).

Berkesudahanlah, Mahathir dan sistemnya telah mendapat sokongan pemimpin UMNO dan BN disekeliling beliau. Penggunaan wang makin berleluasa. UMNO adalah penjana konsep 'politik wang' terhebat; mengalahkan mana-mana parti politik paling busuk dalam sejarah manusia. Buktinya, ia menjadi isu besar yang merobah konsep politik puak UMNO.

Mahathir BerSANDIWARA Lagi

Sebagai seorang licik dan berniat jahat, Mahathir berlakun di pentas UMNO dengan imej 'hero' umpama 'Hang Tuah' yang berjuang demi rakyat, kunun. Beliau kununnya sudah menangis, marah dan berdoa - tetapi UMNO masih taksub mengamalkan gejala rasuah yang dibenci (kunun lagi).

Tetapi rakyat rakyat semua kaum tahu, berapa billion wang rakyat yang sudah disonglap oleh puak beliau. Rakyat juga tahu bahawa sistem yang diperakukan oleh regim beliau yang disokong oleh 'balaci dan pencacai UMNO/BN' adalah bermula dari 'kepala ikan busuk' itulah - ie. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO dan Perdana Menteri..!!

Mahathir membiarkan pemimpin sekongkolnya melakukan RASUAH dan Penyelewengan dalam perlaksanaan DASAR kerajaan yang dikawal dan urustadbir oleh Mahathir seorang sahaja (ulang: seorang sahaja). Perkataan universal cara pentabiran Mahathir dan sikap beliau itu disebut 'DIKTATOR'.

Melalui sistem dan cara Mahathir itu, maka berkembanglah corak pemerentahan 'Machiaveli' yang tidak mempedulikan tuntutan rakyat - sebaliknya memanipulasi pandangan dan kekuatan 'people power' untuk memusnahkan musuh-musuh politiknya.

Semakin nampaklah Dasar Ekonomi Baru (DEB) berukar wadah menjadi Dasar Ekonomi Baru(A), dan pemimpin dan korporat UMNO pilihan beliau sebagai 'UmnoPUTERA'. Orang-orang ini tidak ramai. Tetapi yang merengkok jadi korban adalah jutaan orang Melayu rakyat termiskin. Mereka itulah pengait kelapa sawit, penoreh getah kebun kecil dan estet, nelayan pesisir pantai, setenggan peneroka bandar, tukang angkat sampah, pesawah padi huma dan Minah-Mamat pekerja kilang!!

Sistem 'Pembelot Dan Pengkhianat Rakyat'

Bermakna, Mahathir sudah berjaya mewujudkan satu sistem 'Pembelot Rakyat' yang mengkhianati ikrar kepimpinan dan pemerentah sebuah regim yang lebih cenderung memecahkan amanah yang dimandatkan rakyat.

Walaupun sistem itu masih memakai proses dan bentuk demokrasi universal; namun jika diperinci: seseorang penganalis sains politik akan nampak cara pengendaliannya penuh menyenak dengan pelbagai manipulasi, ugut-mengugut dan tekanan, penipuan dan pembohongan.

Bukti di Terengganu pada P/raya Nov. '99 menunjukkan bahawa rakyat di sana sudah faham dengan kejijikan perbuatan SPR yang direstui Mahathir dan pakar-pakar manipulator dalam tahun-tahun sebelumnya. Akhirnya, UMNO/BN kecundang dan UMNO/BN tumbang bagai pokok reput dilanda taufan.

Peristiwa Lunas adalah satu lagi bukti bagaimana rakyat yang disedarkan telah berjaya menunjukkan kepada Mahathir dan UMNO/BN bahawa mereka pengundi berjenama 'people power' sudah hilang sabar.

Jangan fikir keputusan menyebelahi Barisan Alternatif Pembangkang sebagai 'protest votes'; sebaliknya itu adalah bayangan 2004; bagaimana rakyat sudah bosan terhadap sebuah pemerentahan yang wajib ditumbangkan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan.

Agenda Licikan 'Umpan-Mengumpan'

Sebagai ulangkaji sejarah kelicikan beliau yang berkuasa mutlak keatas UMNO dan pemimpinnya, Mahathir telah berjaya mengumpan beberapa pihak, antaranya:

a) Pemimpin UMNO

Mahathir meletakkan 'orang-orangnya' di agensi-agensi Kerajaan untuk melaksanakan 'titah perentah' beliau tanpa sebarang bantahan.

Mereka yang terpuruk dalam kerangka sistem 'Emas Sebahara' itu akan diberi ganjaran RASUAH dan perlindungan hingga mereka sanggup menafikan ilmu dan pendidikan serta maruah mereka ditengah-tengah masyarakat.

Ini terbukti dari gelagat pemimpin UMNO yang berpendidikan tinggi yang berstatus 'kaki ampu, tukang jilat, tukang anggguk dan Kakak Tua' yang dilantik Mahathir dalam regim keparatnya secara berpilih-pilih. Lihat berapa ramai yang dilantik dari proses 'Senator' - termasuk mamak-malbari penjual teh tarik dan roti canai di Jln Chan Sow Lin, taik judi, dan paria kacang puteh.

Mahathir memilih 'hamba-hamba suruhan' terpilih untuk mengendalikan jabatan-jebatan Kerajaan seperti Polis, Perundangan dan Kehakiman dan kementerian tertentu, supaya mudah bagi beliau 'menonyoh dan meloceh buah sentul' mereka - sekira membantah. Mereka cuma ada dua pilihan iaitu samada : 'hilang syoru dan jalan pintas ke Sg Buloh atau Ikut arahan macam lembu korban' jika mahu selamat.

Malah, pemimpin berpendidikan Agama juga sanggup menghumbankan kopiah dan seban mereka ke liang 'jamban Cina' dan membiarkan Al-Quran dan Hadis disepah-sepahkan berdebu dalam gerobok buruk di reban ayam. Buktinya orang-orang seperti Wan Mokhtar Ahmad, Yusof Nor, Hamid Osman, Zainal 'the double stooges', Haji Nakhaei, Dusuki Ahmad dan yang sewaktu dengannya sebagai contoh terbaik.

Akhirnya, Mahathir berjaya menanamkan budaya 'Belodok Goblok Brensek Bangsat' dalam UMNO, pemimpin Kerajaan, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Korporat regimnya. Mereka hidup dalam dua dunia. Sistem 'Emas Sebahara' menjadi-jadi dan dibudayakan tanpa sekatan.

Siapa Jadi Korban Sistem 'Emas Sebahara' Itu?

Orang Melayu sebagai rakyat banyak adalah mangsa pertama yang menjadi korban tindak-tanduk dan agenda beliau. Para pembudaya gejala 'Belodok Goblok Brensek Bangsat' yang berkeliaran mencari keuntungan tembolok masing-masing makin ceria mendapat habuan berjuta atas keringat rakyat.

Di persidangan Parlimen, mereka cuma minum kopi di kantin dan bersembang sesama sendiri bagaimana hendak jadi 'jutawan segera'.

Dr. Mahathir sendiri tidak datang langsung ke Parlimen. Beliau asyik mencari helah - kununya sebok! sebok! sebok!! Kesebokan beliau termasuk melakukan rundingan dengan juruperunding Yahudi Solomon bagaimana 'melantak habis-habisan' wang negara melalui bailout dan rompakan beragenda.

Lapisan rakyat miskin (khususnya orang Melayu) semakin terindas dan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan semakin terhakis. Perihal dan rungutan mereka tidak menjadi tajuk kesukaan Mahathir dan UMNO/BN. Mereka tidak lebih umpama rakyat dalam sistem pemerentahan Firaun - rakyat adalah hamba dan hak-hak asasi mereka tidak diberi pengiktirafan.

Parlimen Tempat Mahathir Mengistiharkan Kuasanya

Undang-undang negara di bawah telunjuk beliau, dan kuasa Raja-Melayu dan YD Pertuan Agung cuma 'pada nama' sahaja. Mahathir merangka satu sistem 'Republikan' dalam sistem pemerentahan 'Raja Berparlimen'. Wakil Rakyat UMNO/BN adalah perkakas.

Sistem Berparlimen yang memberi kekuatan 'demokratik' kepada rakyat tidak lebih dari pentas bangsawan. Speaker semua Dewan perundangan rakyat adalah 'Badut-badut' pilihan Mahathir - berfungsi sebagai 'Penghulu-penghulu yang merogol dara sunti di kampung sendiri'.

Dengan itu, wadah UMNO Asal yang diperjuangkan oleh nenek-moyang kita yang pernah 'menyula' pembelot dan pengkhianat rakyat seperti Raja Mandeliar dan si Kitul dari 'd###r hingga ke tenggorok' dalam abad ke-15 dulu tidak berwawasan lagi.

Orang Melayu yang begitu kuat dan jati diri menghalau penjajah sejak 450 tahun dulu hingga 31 Ogos 1957; sekaligus terhapus - bermula dari zuriat Mandeliar melinium ini berkuasa 20 tahun dulu.

Persoalannya:

Itu baru item (a). Apakah orang Melayu harus dungu dan bebal sampai bila-bila? Apakah orang Melayu tidak mampu menghukum 'Madeliar dan sekongkolnya'? Sudah hilang dari dunia, atau orang Melayu kehilangan wadah cuma?

Kita akan teliti di item (b) di Bahagian Ke-2.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)