Laman Webantu   KM2A1: 3755 File Size: 19.7 Kb *



TAG MT 31: BBM Menghulurkan Perasa Politik Terbaru
By Shahanaaz S. Habib

8/2/2001 6:40 pm Thu

TAG 031

[ Sekali pandang rencana ini menggambarkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) gagal memainkan peranan. BBM cuba berperanan menjadi kumpulan pendesak yang sepatutnya dipelopori oleh pemuda Umno. PAU sengaja diatur agar lebih merupakan upacara pemujaan berlebihan kepada pemimpin dan gelanggang mencemuh pembangkang. Seperti biasa 'perpaduan' menjadi alasan walhal dalam diam-diam surat layang ditabur untuk meminggirkan seseorang yang tentunya akan memecahkan perpaduan. Begitulah liciknya permainan Mahathir.

BBM yang didalangi oleh golongan terpinggir cuba menyelamatkan Umno dan Mahathir sebenarnya. Ia sekadar menghantar satu resolusi yang tidak sedikitpun menyentuh isu DSAI atau menyuruh Mahathir berundur. Ia cuba menarik sokongan belia kerana sebahagian ahli BBM adalah bekas exco pemuda Umno yang cuba menyaingi pemuda Umno yang kini sudah tumpul bisanya. Tanpa sokongan kaum belia, Umno akan berkubur kerana kebanyakkan pengundi baru adalah kaum belia.

Soalnya apakah Umno baru sedar dan ingin menjadi orang baik semula? Selagi Mahathir menjadi diktator dan Anwar di penjara, itu semua sorak kosong sahaja. Kerana isu Anwarlah Umno bercelaru jadinya. Anwar disisihkan dengan aibnya tanpa sebarang bukti nyata. Kalau itupun BBM masih buta, jangan harap BBM akan berjaya menggarap sokongan reformis di seluruh negara.
- Editor (rasa sedap pun tak guna kalau sakit perut dibuatnya!)
]


Penterjemah: -MT-


BBM Menghulurkan Perasa Politik Terbaru

(MAF Offers New Political Flavour)

"Tidak ada salahnya kalau kita membuat warung baru di kawasan yang memang banyak terdapat warung di situ." Demikianlah analogi yang digunakan oleh Dato' Ibrahim Ali sebagai penyelaras utama Majlis Badan Bertindak Melayu di satu persidangan akhbar sehari sebelum dilancarnya majlis persidangan itu. "Biarkan rakyat jelata membuat pilihan warung yang mana menyediakan hidangan mi yang paling menyelerakan," katanya lagi.

Ibrahim menggunakan analogi ini untuk meyakinkan kenapa masih ada ruang lagi untuk penubuhan satu lagi badan bertindak Melayu dalam satu gelanggang yang samakin sempit itu. Kalaulah perhimpunan di Putra World Trade Centre (PWTC) itu menjadi ukurannya, nampak sangat para aktivis UMNO itu sedang mencuba mencuri gema daripada para pesaingnya.

Di sebalik segala laungan agar orang Melayu bersatu dan mengeluarkan amaran kepada kumpulan bukan Melayu agar tidak mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, perhimpunan itu telah mengambil kesempatan untuk mencemuh kerajaan dan juga Perdana Menteri Mahathir Mohammad. Mereka mengatakan bahawa hanya segelintir orang Melayu saja yang telah merasa nikmat projek penswastaan kerajaan. Mereka menuduh konglameret tempatan bersikap tamak dan mengsyorkan agar biasiswa diperbanyakkan lagi daripada pemberian pinjaman bank kepada bumiputra yang belajar di universiti.

Beberapa penceramah telah bersuara lantang bagi pihak orang Melayu yang mereka fikir sengaja telah terpinggir, polis, askar tentera, pegawai perkhidmatan awam, para nelayan dan petani. Kritikan seperti itu seolah-olah datang daripada pihak pembangkang. Malahan, pandangan seperti itu hanya akan muncul daripada mulut orang UMNO ketika perhimpunan tahunan UMNO bersidang. Jadi, apakah sebenarnya sasaran kumpulan itu?

Nampaknya dengan menggalakkan ahli UMNO bersidang dan membuat kritikan terbuka terhadap pucuk kepimpinan parti, sasarannya ialah untuk menumpulkan pengaruh parti pembangkang dan di waktu yang sama menarik balik sokongan orang Melayu. Lagipun, kalau UMNO sudah sedar akan kelemahan yang ada dan sanggup berbincang mengenainya, apa lagi yang mampu dilakukan oleh parti pembangkang?

Ada pihak yang berpendapat bahawa majlis itu yang diberikan kelulusan permit polis adalah satu strategi terbaru UMNO yang didalangi oleh pucuk pimpinan parti yang mahukan sokongan Melayu itu semula. Namun, apabila dilihat akan kata-kata keras yang diucapkan untuk mengutuk Mahathir, adalah amat sukar untuk mempercayai bahawa majlis ini adalah hasil tajaannya. Lagipun, BBM itu telah 'menasihatkan' agar Perdana menteri mendengar suara rakyat dan meminta beliau membersihkan kabinetnya.

Jelas, pendedahan segala kritikan itu telah mengejutkan banyak pihak sehingga mereka berada di satu pihak yang semacam belum bersedia. Seorang pemimpin pergerakan pemuda UMNO yang enggan namanya disebut di sini, telah berkata: "Saya tidak faham apa tujuan mereka sebenarnya sedangkan mereka adalah ahli UMNO juga. Takkan mahu tubuhkan satu parti pembangkang dalam UMNO itu sendiri".

Seorang ahli exco pemuda UMNO, Zahari Wahab berpendapat bahawa BBM seharunysa tidak terlalu ghairah tertiru-tiru gelagat pembangkang mengkritik dasar parti semata-mata kerana mahu mengkritik. "Ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. Segala perkara yang dibangkitkan itu adalah isu yang sememangnya menjadi prioriti kepada kerajaan selama ini."

"Adalah kurang bijak untuk mengatakan bahawa orang Melayu telah dipinggirkan. Kalau apa yang dilakukan oleh kerajaan itu masih tidak mencukupi, apakah cadangan anda? Kita mesti memberi cadangan yang berkesan untuk menyelesaikannya," kata beliau.

Zahari telah menceritakan beberapa projek penswastaan kerajaan yng mendatangkan kebaikan seperti sistem jalanraya, bandar baru, kenaikan harga tanah di kampung-kampung, aktibiti ekonomik dan sumber pekerjaan. "Kenapakah ditonjolkan perkara yang tidak baik sahaja"? soalanya.

Dia menyebut betapa dalam setiap dasar itu memang ada kecacatannya dan masih ada ruang tertentu untuk rakyat termasuk ahli UMNO mengemukakan pendapat mereka. "Kita tidak boleh bersikap angkuh seolah-olah perkara ini tidak diketahui oleh kerajaan. Kita harus bertolak ansur dalam menilai perkara ini secara rasional" katanya lagi.

Seorang ahli exco Pemuda yang kini menjadi ahli korporat terkemuka membuat catatan bahawa pemimpin dalam BBM itu semuanya pernah berkhidmat dalam kerajaan. "Mereka pernah diberikan peluang. Tetapi apakah yang mereka lakukan ketika berkhidmat dengan kerajaan dulu?" soalnya pula.

Di antara pemimpin BBM itu termasuklah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Khalid Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Drs. Sulaiman Mohamed, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Ali, bekas timbalan menteri pertanian, Datuk Suhaimi Kamaruddin, ahli exco Kedah, Datuk Zakaria Said, bekas MP Tamrin Ghfar dan Datuk Mazlan Harun.

Ramai pula yang mengharapkan BBM dapan menyuntik sesuatu yang baru kepada sebuah parti yang sedang keuzuran.

Seorang pemimpin bahagian UMNO telah berkata betapa dia memikirkan perhimpunan pada hari Ahad itu akan merupakan satu lagi lakonan Ibrahim Ali dan merasa lega melihatkan perjalanan majlis yang sebenarnya. Ibrahim Ali telah mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk menilai masalah orang melayu yang menyangkuti perkhidmatan polis, angkatan tentera, para petani dan nelayan dan merangka satu Dasar Ekonomi yang baru. Tun Ghafar yagn hadir di majlis itu sudah pun bersetuju menjadi pengerusi majlis itu.

Ibrahim telah menyebut berapa nama cendikiawan Melayu termasuklah Tan Sri Ghazali Shafie, Prof Ungku Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa hitam, Tan Sri Awang Had Salleh, Tan Sri Nordin Sopiee, Datuk Maznah Jalil dan Tan Sri Harun Hashim yang akan dijemput menyertainya.

Bekas exco pemuda Umno Tamunif Mokhtar telah berkata cadangan itu menempatkan BBM di satu landasan yang betul kerana mereka yang dinamakan untuk menganggotai jawatankuasa kerja itu merupakan para pemikir yang memahami orang Melayu dan masalah di akar umbi. "Jawatankuasa itu hanya kekurangan pakar ekonnomi," katanya.

Cadangan DEB yang kedua ini, katanya, memberi peluang untuk menilai kembali beberapa perkara seperti pendidikan dan "ada kalanya adalah lebih baik kalau kita menyorot kepada sistem lama yang baik itu." Tidak ada sesiapa yang menyanggah pendapatnya itu.

Ahli exco Pemuda Umno yang tidak mahu namanya disiarkan itu berkata dia dapat merasakan akan ada beberapa penama yang dicadangkan itu menolak jemputan yang akan diajukan kepada mereka. "Keadaan akan berbeza kalau jemputan itu datangnya daripada kumpulan akademia yang bersikap berkecuali," katanya.

Ada pula pihak yang berkata BBM itu yang ditubuhkan dan sebahagian besarnya dianggotai oleh bekas ahli exco Pergerakan Pemuda Umno, adalah bertujuan untuk menyaingi tugas pergerakan pemuda UMNO) yang ada tetapi gagal menarik minat kaum belia. Ekoran penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim, muda mudi Melayu lebih berminat menyokong pergerakan reformasi. Kerana itu ramai di kalangan bekas exco pemuda yang mahu memainkan peranan menyekat kereputan keadaan itu.

Tamunif masih teringat akan musim pilihan pemimpin UMNO yang lalu, ada perwakilan yang mahukan penyertaan orang bukan kerajaan menganggotai majlis tertinggi parti. "Mereka mahukan UMNO yang lebih terbuka dan telus," katanya. Dia juga berpendapat oleh kerana Khalid dan Sulaiman yang telah berucap kepada perhimpunan itu adalah ahli majlis tertinggi parti, "mereka berdua seharusnya berucap seperti itu juga apabila Majlis Tertinggi itu bersidang."

Mengenai nasihat BBM agar Dr. Mahathir mendengar rintihan akar umbi, Zahari berpendapat bahawa Perdana Menteri memang mendengar semua itu dan adalah tidak wajar kalau difikirkan lain pula. "Saya menolak sebarang kenyataan bahawa PM tidak mendengar rintihan rakyat. Minggu yang lalu saya ada menulis sepucuk surat kepadanya. Saya mengemukakan kritikan membina terhadap sistem parti dan mengemukakan cadangan terhadap penyelesaiannya.

"Sudah tentu PM membaca setiap surat yang diterimanya. Tetapi, kita tidak boleh harapkan beliau sengaja berada di meja untuk membaca surat kritikan sahaja," katanya.

Walaupun tujuan BBM itu nampak mulia dan untuk kebaikan UMNO, keadaan sebenar politik mengajar kita betapa sukarnya menelah percaturan politik itu, akhirnya. Kalau kita sorot kembali analogi yang digunakan oleh Ibrahim Ali, adalah terpulang kepada rakyat marhaen memilih warung ataupun gerai yang mana menjadi pilihan mereka untuk menikmati hidangan mi yang lazat. Tetapi, BBM mesti membuat penentuan agar warungnya itu sentiasa bersih. Pengusaha dan pekerja warung itu mesti sentiasa bersih dan menentukan makanan yang dihidangkan itu sentisa bersih juga.

Mi yang lazat tetapi dihidangkan dalam satu mangkuk yang kotor akan mengakibatkan pemakannya dihantarkan ke hospital kerana keracunan.

-Shahanaaz Sheer Habib-
7.2.2001 - The Star.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 7.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Sumber: http://thestar.com.my/news/story.asp? file=/2001/2/7/nation/0704szma&sec=nation

The Star Wednesday, February 7, 2001


MAF offers new political flavour

THEY sat bersila (cross-legged) on the floor as a symbolic gesture of Malay tradition. Described by critics as "political has-beens,'' the people behind the Malay Action Front however should not be so easily dismissed. Indeed, it adds a new dimension to the current political scenario, writes SHAHANAAZ SHER HABIB.

FOR Datuk Ibrahim Ali, the setting up of the Malay Action Front (MAF) can be likened to a food stall.

"Although there already are many other stalls, there is nothing wrong with opening a new stall.

"Let the people decide which stall serves the tastiest mee,'' he said in a press conference a day before the MAF solidarity gathering.

Ibrahim, who is the MAF co-ordinating chairman, used the analogy to justify why he believed there was still room for yet another Malay body in the seemingly already crowded field.

And if the Sunday solidarity gathering at the Putra World Trade Centre (PWTC) was anything to go by, the body led by "Umno activists'' is trying to steal the thunder from the opposition.

Besides echoing the Umno line in calling for Malay unity and issuing a warning to non-Malays not to mess with Malay rights, it went as far as to lash out at the Government and criticise the country's top leader Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

They claimed only a few benefited from a number of privatisation projects, accused local conglomerates of being greedy and called for scholarships instead of loans to be given to bumiputra students at universities.

A few speakers spoke up for the segment of Malays who they believe are being marginalised--the police, armed forces, civil servants, fishermen and farmers.

Such comments could have easily come from the opposition.

And in fact in the past--the yearly Umno general assembly being an exception--such hard-hitting comments aired so publicly have almost always been exclusively an opposition domain.

So what is this group trying to do?

It would appear that by having Umno members indulge in this form of self-criticism, the motive is to try and neutralise the influence of the opposition and win back Malay support.

After all, if Umno is aware of its weaknesses and are talking and doing something about it, there would be no more grounds for the opposition to attack them on that front.

Some claim the venue and the fact that the gathering was granted a police permit was an indication that this could be a new Umno strategy stage-managed by the Umno top leadership or an "unseen hand'' to woo the Malays back.

Yet from the harsh attacks against Dr Mahathir, it would be hard to believe this was stage-managed by him.

After all, MAF "advised'' the Prime Minister to listen to views from the ground and even told him to "clean up his Cabinet.''

But clearly, the public airing of such critical views seemed to have caught others within the party off guard.

A former Umno Youth exco member who declined to be named said bluntly: "I can't understand what they are trying to do. They are still part and parcel of Umno.

"You can't have a party within a party--a pembangkang (opposition) within Umno.''

Another former Youth exco member, Zahari Wahab, said MAF should not be emotive and jump on the bandwagon of the opposition and criticise policies just for the sake of criticising.

"That does not resolve anything. The matters raised are the very issues that have been the priority of the Government all this while.

"It is not a fair comment to say that Malay groups have been marginalised. If you say what the Government has done is not enough, what are your suggestions? You must offer effective solutions,'' he said.

Zahari noted many good things have come out of the Government's privatisation policy such as a good road system, many new townships, enhanced value of villages, economic activities and new jobs.

"So why highlight only the bad?'' he asked.

Every policy, he noted, had its weaknesses and there were "proper channels'' for people, including Umno members, to air their views.

"Let us not be presumptuous that these are not known to the Government. Let us be fair and look at the total policy rationally,'' he said.

A former Youth exco member who is now a corporate figure noted that the leaders in MAF who are speaking out had once served in the Government.

"They had their chance. What did they do when they were in the Government?'' he asked.

Some of the MAF leaders include Deputy Information Minister Datuk Khalid Yunus, Deputy Health Minister Datuk Dr Suleiman Mohamed, former minister in the Prime Minister's Department Datuk Ibrahim Ali, former deputy agriculture minister Datuk Suhaimi Kamaruddin, Kedah state exco member Datuk Zakaria Said, former MP Tamrin Ghafar and Datuk Mazlan Harun.

For some, MAF offers hope to help rejuvenate an ailing Umno.

An Umno divisional leader said he expected Sunday's gathering to be "another round of Ibrahim Ali theatrics but was pleased with the rabbit that was pulled out of his hat.''

This being Ibrahim's proposal for a task force to look into the Malay problem pertaining to the police, armed forces, farmers and fishermen and to draw up a second New Economic Policy.

Tun Ghafar Baba who was present at the MAF gathering agreed to chair it.

Ibrahim said a number of prominent Malays including Tan Sri Ghazali Shafie, Prof Ungku Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa Hitam, Tan Sri Awang Had Salleh, Tan Sri Nordin Sopiee, Datuk Maznah Jalil and Tan Sri Harun Hashim would be invited to be in it.

Former Youth exco member Tamunif Mokhtar said the proposal seemed to put MAF on the right track because those named in the task force were among the brains in the country who really understood the Malays and the situation on the ground.

"The task force only lacks economists,'' he said.

The second NEP proposal, he said, offered the opportunity to relook at some things like education and "sometimes it is better to revert to the good old system.''

Understandably, there are sceptics.

The Youth exco member who declined to be named said he had a feeling that a number of those named would turn down the invitation.

"It would be different if it came from a non-partisan group like academics,'' he said.

Some also say the MAF which is made up mostly of former Umno Youth executive council members was set up because the current Umno Youth movement has been ineffective in attracting the youths.

Following the sacking of former deputy party president Datuk Seri Anwar Ibrahim, the youths seem more inclined towards the opposition's reformasi movement.

Thus these old guards of former Umno Youth executive councils felt they had to step in to arrest the situation.

Tamunif also noted that in the last Umno election, delegates made it clear that they wanted "something fresh'' by voting in more non-government people into the supreme council.

"They want a more transparent and open Umno,'' he said.

He said as both Khalid and Suleiman who spoke at the gathering were also Supreme Council members, "the two should also say the same things that were said at the gathering during the council meetings.''

As for MAF's advice to Dr Mahathir to listen to the grassroots, Zahari believes the Prime Minister does listen and it is unfair to say otherwise.

"I defer vehemently and profusely to the statement that the PM does not listen.

"I wrote to him last week, giving him constructive criticisms on the Umno system and a solution to it.

"And, of course, I believe he reads every letter he receives.

"But you can't expect him to be manning a table of complaints,'' he said.

Although MAF's intentions may be noble and for the good of Umno, in politics it is often difficult to predict how things will turn out.

And going back to Ibrahim's analogy of the MAF and the food stall, it is up to the people to pick which stall they eat at and which mee they like best.

But MAF also must ensure that its stall, stall owner and food handlers themselves should be clean and that food being dished out is hygienic.

A tasty but unclean bowl of mee would only land people in hospital because of food poisoning.