Laman Webantu   KM2A1: 3751 File Size: 10.1 Kb *



TJ MT MGG: Perunding Yang Mengenakan Caj RM100,000 Sejam
By M.G.G. Pillai

7/2/2001 6:09 pm Wed

MGG 3501

[Hubungan intim dengan orang dalam memang penting untuk membina kekayaan melalui perniagaan dan ramai sanggup membayar ratusan ribu untuk mendapatkan kunci kemewahan itu. Malah ia memungkinkan si orang dalam itu mendapat pendapatan sampingan yang cukup lumayan hanya dengan berbicara tidak sampai sejam.

Inilah ekonomi maklumat (K-Ekonomi?) bawah meja yang sudah menjadi tradisi sehingga komisyennya melangit tinggi. Ia mencetuskan budaya lobi yang akhirnya berjangkit dari atas kepada akar-umbi. Patutlah indeks rasuah dan korupsi Malaysia teramat tinggi kerana ramai pihak yang terlibat, sehingga dia tidak mahu berhenti walaupun sudah tua dan buncit di mahligai kini.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Perunding Yang Mengenakan Caj RM100,000 Sejam

(MGG: The RM100,000 An Hour Consultant)


Kerjaya sebagai seorang perunding sudah menjadi satu fesyen sekarang ini. Mereka wujud dalam pelbagai sikap dan sifat. Seorang perunding mungkin diperlukan untuk membuka pintu ke ruang yang dipenuhi oleh golongan atasan. Seeorang lagi mungkin diperlukan untuk berkhidmat melobi kontrak ataupun menentukan tempahan dibuat ke atas barangan yang sengaja ditinggikan nilai harganya. Para perunding seperti itu memang dibayar dengan harga yang tinggi dan ada di antara mereka memang pakar dalam pekerjaannya. Bayaran khidmat itu bukan selalunya murah. Saya pernah terdengar beberapa kisah yang belaku dalam Darulboleh, yang memang ada kebenarannya, walaupun ia mengejutkan kerana ada seorang perunding yang mengenakan kadar khidmat sebanyak RM100,000 bagi satu jam. Dia memang begitu berjaya sehinggakan kini dia mampu hidup mewah laksana seorang ahli perniagaan. Saya pernah bertanya apakah sebabnya orang lain sanggup membayar wang sebanyak itu untuk mendapatkan khidmatnya? Soalan itu diperbetulkan pula. Rupanya, insan yang itu mampu mengenakan caj sebanyak dua kali ganda daripada biasa pada bulan itu dan masih ramai orang lain yang akan merapatinya untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Inilah yang merupakan anak tangga pertama dalam satu proses kemajuan seorang ahli perniagaan di Darulboleh. Pada tahap awalan saya memang tidak menyangkakan perkara ini boleh berlaku ke atasnya. Dia memang pintar membuat dua kerja dalam satu masa, laksana meminum air sambil menyelam. Kerana itu dia mampu mengejar masa sambil menyumpah dirinya kerana tidak menceburi bidang perundingan itu lebih awal lagi. Dia memang mempunyai segala kelulusan yang terpuji dan keupayaannya membuka pintu untuk mendapatkan peluang memang sudah teruji. Oleh kerana kebijaksanan itu saya pernah diberitahu betapa hadiah yang mahal-mahal pernah dihulurkan selepas perjumpaan yang pertama.

Saya memang pernah mendengar betapa wang yang banyak bertukar tangan sebagai tanda penghargaan yang diamalkan di sebuah negeri. Ahli perniagaan selalunya sanggup bermati-matian berlumba-lumba menyediakan wang yang banyak untuk mendapatkan pingat 'datuk'. Memang tidak ada sesiapa yang mahu bercerita mengenainya, tetapi memang ada pasaran khas bagi 'bisnes' seperti ini. Dalam urusan ini ada kumpulan orang tengah yang lebih seronok kalau dikenali sebagai perunding mengikut selera kerjaya masakini. Perunding jenis ini memang diperlukan untuk memudahkan satu kumpulan yang memang sedia membayar harga yang diperlukan untuk mewujudkan satu hubungan, kerana tanpa hubungan itu bererti mereka menjadi mangsa kepada peraturan birokrasi. Jadi, kita ada perunding yang bertindak sebagai broker yang menjual projek, yang kebanyakannnya saya dapati adalah palsu. Ada pula perunding yang merupakan agen yang mampu memberikan maklumat awal kepada anda mengenai projek yang akan muncul pada bulan dan tahun yang boleh dijangkakan. Bayarannya bukan murah, kerana mereka ini merupakan rakan niaga yang menjalankan peranan sebagai agen makan komisen sahaja. Malahan, tidak ada satu benda yang dapat dilakukan melainkan ia diuruskan melalui perunding, tidak kiralah apa jenis manusianya.

Pernah tercetus satu skandal di Jabatan Perdana Menteri satu ketika dulu, yang terpaksa ditutup rapat kerana malu. Skandal ini membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan yang menuntut bayaran antara RM10,000 hingga 15,000 semata-mata bersua muka dengannya untuk lima belas minit sahaja. Khabarnya dia menambun begitu banyak wang dalam usaha itu sebelum bersara dan kini berlagak sakan dalam dunia korporat pula. Saya peranh diberitahu mengenai dua gelaran Tan Seri yang 'diculik' dan 'dianugerahkan' kepada orang yang tidak pun layak dipertimbangkan untuk menerima gelaran itu. Kerana itu di setiap penjuru putaran sesuatu roda itu, wang akan bertukar tangan menepati putarannya. Memanglah, cerita seperti ini tidak ada buktinya, tetapi orang yang memberi memang enggan bercakap kerana BPR akan menyoal orang yang memberi dan juga yang menerima pemberian itu. Tidak ada sesiapa yang akan dikenakan tuduhan kerana selalunya orang yang mahu dikenakan tuduhan itu bertaraf golongan yang tidak boleh disentuh. Seseorang yang terpaksa berhadapan dengan siasatan seperti itu, ia adalah satu penyiksaan yang tidak dapat dibayangkan langsung, kerana ia akan merobah cara hidup orang yang terlibat.

Tetapi, memang saya ini sepatutnya tidak bersikap dungu seperti itu. Tidak ada sesuatu di Darulboleh ini yang boleh didapati secara percuma lagi. Pemeriksaan perubatan sudah menjadi sesuatu yang menekan hidup saya sehingga saya merasakan tidak lagi termampu menanggungnya. Satu ketika dulu saya hanya dikenakan caj sebanyak RM10 setiap enam bulan. Kini, ia memerlukan RM2,000 untuk satu lawatan. Saya fikir ini adalah bertepatan dengan kadar seorang perunding yang mengenakan caj sebanyak RM100,000 bagi setiap jam. Inilah gambaran betapa dia bersedia memberikan perkhidmatan di mana orang lain sanggup bergadai golok untuk menyediakan harga perkhidmatannya itu. Patutkah kita bising-bising mengenai hal ini? Untuk apakah kita riuh-riuh mengenainya?

-MGG Pillai-
Selasa 6 Feb. 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 6/2/01<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


The RM100,000 an hour consultant

Consultants are the rage in Bolehland. They come in all sizes and shapes. One needs one to open doors if one wants to be in the inner circle. One needs them to lobby for contracts, or to ensure the purchase of an overpriced irrelevancy. The consultants are paid handsomely, and some are very good at what they offer. That does not come cheap. But even I, used to hear such fantastic stories that have, in Bolehland, an undenial ring of truth, blanched when I heard of the RM100,000 an hour consultant. He is obviously so successful that he can live, without effort or debt, the life of the Bolehland business man. In my innocence, I asked about what he does that people willingly pay him that kind of money. I was soon put right. The fellow could charge twice that month an hour and people would still queue to see him.

It is the first rung into the rise and rise of the Bolehland business man. I somehow do not think though he would be one of those. He makes hay while the sun shines. He catches up for lost time, no doubt kicking himself for not having entered the consultancy business much earlier. He has excellent credentials and his promise to open doors to the highest in the land is genuine. And he obviously delivers. For I have heard of expensive gifts given after the initial meeting.

I have heard of this kind of money exchanging hands for a bauble from one of the states. Business men normally would fall head over heels to fight to pay rising sums of money for a datoship. No one talks about this, but there is an informal market for such things. As there are go-betweens -- they call themselves consultants these days -- who ease the way of those who would rather pay and establish a link than be left to the mercies of bureaucratic proceedures. So we have consultant brokers who sell projects, many I have seen spurious; consultant agents who get you advance information of projects that could come onstream in the months and years ahead. And they do not come cheap. Often they condescend to be joint venture partners, their role nothing more than commission agents. Indeed, nothing gets dons without a consultant of whatever hue in tow.

There was a scandal in the Prime Minister's department, hushed up in embarassment, when a senior official was collecting RM10,000 to RM25,000 for 15-minute appointments. He apparently made a tidy pile before he retired, and does well now in the corporate world. I was told of two Tan Sriships formally approved by all concerned hijacked and given to two not even considered for the honour. So, at every turn of the wheel, money changes hands. There is no proof of this, of course, and those who paid would not talk since the Anti-Corruption Agency threatens to investigate both the giver and taker of bribes. No one is unlikely to be charged, since the finger points to those who should not be touched. But to one who has to face its inquisition, it is a terror better imagined. Besides turning one's life upside down.

But I should not have been so naive. If nothing in Bolehland is free -- routine medical checkup for me is so ruinious that I can no longer afford it; where once it cost me RM10 every six months, today it is about RM2,000 -- I suppose it is fair that there are consultants who can command RM100,000 an hour. Obviously, he provides a service people are prepared to mortgage their eyeteeth for. Why should we complain? Why indeed?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my