Laman Webantu   KM2A1: 3750 File Size: 10.8 Kb *



TJ MT MGG: Forum Badan Bertindak Melayu: Menggigit Balik
By M.G.G. Pillai

7/2/2001 6:21 pm Wed

MGG3401

[Membidas orang memanglah seronok, malah lebih seronok jika orang yang diembak itu tidak berada di situ. Inilah gelagat sebenar golongan terpinggir dalam Umno. Mereka takut menyerang berdepan kerana suasana perhimpunan agung Umno tidak mengizinkan mereka berterus terang kerana bimbang tenggelam dalam serangan balas. Di sinilah kuasa pengerusi memainkan peranan berkesan untuk mengawal citarasa (mood) dan hala tuju perbincangan. Perhimpunan Agung Umno tidak bersedia untuk mempamirkan debat sebegitu padahal ia mampu mengubat penyakit Umno yang sudah parah itu.

Ringkasnya perhimpunan ini lebih merupakan satu cetusan (escapism) perasaan membuak-buak kerana satu impian yang tidak kesampaian yang terlalu lama disimpan dalam geram. Ia bukan 'takkan melayu hilang di dunia' tetapi 'takkan mereka sapu semua' kerana pendokong BBM itu kebanyakkan bekas 'penyapu' belaka. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Forum Badan Bertindak Melayu: Menggigit Balik

(MGG: Malay Action Front Forum: Biting The Biter (fwd)

Walaupun tempat pelancaran forum berubah daripada padang Kelab Sulaiman kepada PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), mesej yang mahu disampaikan oleh pihak penaja dan peserta forum tidak pun tercemar dan menyimpang daripada tujuan asalnya. Namun, inilah mesej yang tidak digemari oleh para pemimpin UMNO. UMNO secara rasminya tidak ada kena mengena dengan forum itu, MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs) telah menegah para ahlinya daripada turut serta. Sekaligus ini menunjukkan bahawa para pengasas forum itu tidak mendapat restu Perdana Menteri. Namun, di sebalik semua hingar bangar majlis forum itu, satu kumpulan pendesak di dalam UMNO muncul dari kalangan yang turut serta yang memikirkan mereka masih mempunyai pengaruh untuk mendesak UMNO memperbetulkan perjuangan mengikut pandangan yang mereka kemukakan.

Setiap fraksi besar dalam UMNO telah menyisihkan diri mereka, walaupun kewujudan forum itu membantu beberapa kumpulan yang tidak menyerlah dalam usaha menyokong si perdana menteri. Sebelum perhimpunan itu diadakan, pihak penaja telah cuba mendapatkan sokongan daripada veteran UMNO, tetapi tidak ramai yang sanggup menerima tawaran mereka. Bekas timbalan perdana meneri, Tun Ghafar Baba telah hadir, tetapi ucapannya mengenai perpaduan perkauman bukanlah sesuatu yang dijangkakan oleh hadirin yang berhimpun di situ. Setiap insan yang berada di atas pentas adalah ahli UMNO dan tentunya kehadiran mereka itu memberikan keyakinan betapa wujudnya kini satu kumpulan pendesak dalam parti itu. Hakikatnya tumpuan utama majlis itu ialah terhadap ketuanan Melayu tetapi ia juga telah mengkritik kerajaan UMNO dan peranannya dalam menangani masalah orang Melayu. Namun, terdapat banyak kelonggaran dalam ucapan yang dikemukakan itu. Ada beberapa penceramah yang berlagak seperti ahli pembangkang. Kalau mereka sebenarnya ahli pembangkang, sudah pasti mereka akan menerima bahana merasakan keadaan sebenar menghuni sebuah kamar penjara. Terdapat beberapa kenyataan mengenai orang Melayu yang berbaur perkauman yang sungguh menakutkan.

Perdana menteri Mahathir Mohammad memang tidak terlepas daripada cemohan mereka. Ramai yang mencemoh cara pembelaan yang dilakukan kepada MAS dan Projek LRT. Ramai yang mahukan Mahathir mendengar rintihan akar umbi dalam parti. Cemohan terhadap Mahathir semakin menggila sehinggakan ada ketikanya pihak penaja majlis hampir meminta ahli UMNO (yang tidak tahan mendengar cemohan -penterjemah) keluar daripada majlis itu untuk seketika. Tentu tidak dapat kita bayangkan apa yang mungkin terjadi kalau semua penceramah yang berada di atas pentas keluar daripada majlis itu, kerana mereka samuanya adalah ahli UMNO juga.

Kehadiran sekitar 3,000 peserta di majlis itu menunjukkan mereka amat ingin melihatkan kehangatan majlis itu. Ramai yang tiba dengan bas. Tetapi kehangatan yang dijangkakan tidak pula tercetus. Sekali-sekala terdengar tepukan gemuruh para hadirin apabila kerajaan dan juga perdana menteri dicemuh dan sebaik sahaja rencana Dasar Ekonomi Terbaru dicadangkan. Kalau hadirin seramai ini berada di padang Kelab Sultan Sulaiman, kehadiran mereka mudah dianggap sebagai kewujudan bunga-api yang sudah lembab sahaja.

Yang menjadi satu perkara luar biasa kali ini ialah cemohan terhadap Mahathir. Mengikut budaya dan susur galur budaya Melayu, adalah kurang manis mencemuh dan mengutuk sesaorang pemimpin secara terus terang. Tetapi, sarong keris sudah semakin tergoyang dalam cakapan seperti ini. Semakin ramai orang Melayu yang semakin lantang bersuara masakini berbanding dengan sikap mereka di masa yang lalu. Tidak kiralah sama ada mereka masih berada di tepi pentas kuasa politik ataupun mereka mewakili diri sendiri sahaja. Apa yang mereka laungkan amat mudah disambung-sambung terutama sekali kalau ucapan itu merupakan kritikan terhadap pihak yang memegang kuasa.

Perhimpunan itu berakhir dengan satu resolusi yang diputuskan bersama untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri. Resolusi itu seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa Perdana Menteri tidak mungkin mendengar rintihan yang diucapkan kalau tidak dirumuskan dalam satu resolusi untuknya. Apakah forum seperti ini mampu merobah pemikiran Mahathir untuk menilai dasar-dasrnya setelah kaedah yang lain didapati tidak berjaya? Saya fikir inilah satu lagi cara untuk memberitahu seluruh dunia betapa berkecamuknya pergolakan dalam UMNO. Segala ucapan yang dituturkan tidak akan meberikan kelegaaan kepada Mahathir. Semua itu akan menghantui ketenteramannya.

Akhirnya, kepentingan forum itu terletak kepada perkara yang tidak dibincangkannya. Semua intipati ucapan yang diluahkan itu adalah gambaran jelas betapa bergeloranya keadaan politik negara. Namun, semacam ada satu usaha untuk menentukan satu perkara yang Mahathir tidak mahu mereka bincangkan: kisah yang menhantui mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang masih lagi terpenjara. Walaupun UMNO menunjukkan kurang minat dalam perhimpunan itu, dua timbalan menteri telah turut serta. Mereka berdua ini masih berada di pinggir gelanggang kuasa. Keberanian mereka untuk turut serta memberikan gambaran kisah yang memang sudah lama diketahui oleh semua.

-MGG Pillai-
5.2. 2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 6.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Malay Action Front Forum: Biting the Biter

Moving the venue from the open Suleiman Club grounds in Kampung Baru to the Putra World Trade Centre did not weaken the message the Malay Action Front meant to convey, but it is one UMNO leaders would rather not have had held. UMNO officially distanced itself from it, the Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) discouraged its affiliates from attending, the organisers not thought firmly in the Prime Minister's camp. It was, when all is said and done, a pressure group within UMNO of those on the fringes of power which wanted UMNO to bend to its views.

Every major UMNO faction stayed clear, though that it was held helped those groups not clearly aligned to the Prime Minister. This group had called upon UMNO veterans before the rally to enlist their support but there were few takers. The former deputy prime minister, Tun Ghafar Baba, came, but his message of multiracial amity was not what the crowd expected. Everyone on the rostrum was from UMNO, and it imparted the confidence of an inhouse pressure group.

The ostensible focus was to reassert Malay dominance, but it also criticised the UMNO government and by extension its role in the presumed Malay plight. But it had great latitude. Some speakers, if they had spoken on opposition platforms, would have experienced soon enough of what the inside of a prison cell would look like. Some remarks about the Malay was as racist as can be.

Very quickly, Prime Minister Dr Mahathir Mohamed came in for unwelcome mention. Speakers condemned the MAS and LRT bailouts and wanted Mahathir to listen to what the UMNO rank and file had to say. At one stage this became so serious that UMNO handlers seriously thought of asking UMNO members to leave the hall when he was attacked. One could not explain how the meeting could go on if speakers on the rostrum, UMNO members all, left.

The respectable crowd of 3,000 came because many expected fireworks. Hundreds were brought in by buses, but the meeting did not raise the temperature one bit, except for the intermittent clappings when the government or the Prime Minister was taken to task or when a second New Economic Policy was mooted. If this crowd had been at Suleiman Club, it would have been dismissed as a damp squib.

What was unusual was the open criticism of Mahathir. Malay feudal decorum disallow direct attacks on leaders. But the gloves are slowly taken off, and what Malay speakers say these days they would not have a year ago. It does not matter if they are on to the fringes of political power, or they represent no one but themselves. But what they say these days is eagerly lapped up, especially if it criticises those in power.

The meeting ended with a resolution which they would forward to the Prime Minister. Is the meeting suggesting the Prime Minister would not listen to what they had to say unless it is in the form of a resolution drumrolled through? Can a forum like this force Mahathir to change his policies when other means would not? It seems to me this is yet another means of letting the world know of the convulsions within UMNO. The speeches could not have made Mahathir comfortable. It is yet another which destroys his equanamity.

In the end, the forum is important for what it did not discuss. Running through the speeches is an unhappiness at the current state of events. Even if it kept to not discussing what Mahathir would not have wanted it to discuss: the plight of his jailed dismissed deputy prime minister, Anwar Ibrahim. Despite UMNO's disinterest in it, two deputy ministers turned up. The two remain on the fringes of UMNO. That they dared suggests what has been known for some time.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my