Laman Webantu   KM2A1: 3746 File Size: 10.1 Kb *



TJ MT MGG: Perdana Menteri Tua 'Yang Keletihan'?
By M.G.G. Pillai

7/2/2001 9:27 am Wed

MGG3201

[ Tonjol menonjol memang budaya negara sejak Mahathir ditampuk kuasa. Kalau boleh semua hendak ditonjolnya sebagai hebat-hebat belaka tanpa mengira apakah wang yang ada cukup untuk menampungnya. Kini banyak yang ingin ditonjolkan itu lebih menonjol tidak bergunanya daripada berguna.

Kini banyak yang dikatakan 'boleh' sudah 'tidak boleh' melainkan diselamatkan dengan apa jua cara. Yang memang 'tidak boleh' diugut sahaja dengan akta yang sudah purba yang mencengkam kebebasan minda berfikir sedangkan wawasan memerlukan ketangkasan untuk meninjau jauh kedepan dan menukar setiap yang tidak berguna dan keletihan dengan yang lebih cergas dan berkemampuan.

Reaksi Mahathir hanya akan mencederakan lagi dirinya itu dengan komen dungu itu. Perkataan dungu (idiot) memang tidak enak disebut kerana boleh mengundang konfrontasi seperti yang pernah dialami oleh M. Nasir satu ketika dulu. - Editor (sila juga membaca komen Pak -MT- di bawah]


Penterjemah: -MT-

Perdana Menteri Tua 'Yang Keletihan'?

(Is The Prime Minister A 'Tired Man')

Seperti pemimpin di Malaysia yang lainnya, Perdana Menteri memang mudah diwawancara oleh terbitan asing kerana mahu menonjolkan imejnya. Dia tidak akan memberi ruang untuk diwawanscara oleh penerbitan tempatan melainkan untuk memperbaharui penonjolan imej bahawa dialah pemimpin terunggul yang tidak ada bandingannya. Inilah imej yang mesti disogokkan kepada minda rakyat Malaysia. Sebenarnya, dia begitu terpinggir sehinggakan di Malaysia pun tidak ramai orang mahu mengadakan wawancara dengannya. Kerana itu, apabila Asiaweek mengemukakan cadangan bertemu beliau, dia pun melompat dengan penuh keghairahan. Saya sendiri tidak faham kenapa. Hasil wawancara itu telah menghancurkan pandangan perdana menteri itu seperti yang dia mahu kita yakini. Tujuan asalnya ialah untuk memperkokohkan kepercayaannya betapa dunia telah silap mengadilinya. Sedangkan apa yang telah diluahkannya itu adalah gambaran perasaan seorang tua yang keletihan yang telah tercangguk dalam jerat yang dipasangnya sendiri tanpa kemampuan melepaskan dirinya lagi.

Keadaan kesihatannya bukanlah baik sangat. Dia mudah terperusuk di kerusinya. Otaknya selalu mencelaru, dan dia mudah merasa keletihan. Tetapi, insan yang sudah berusia 75 tahun memang mempunyai segala ciri-ciri ini dan mungkin lebih teruk lagi. Dia memang kerap disajikan hidangan yang tidak mudah ditelannya, tambahan pula kalau hidangan itu disediakan mengikut resipi masakannya: itulah kerja-kerja jijik yang mengaibkan timbalan perdana menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Inilah satu tindakan yang telah menghancurkan segala usaha yang baik-baik yang pernah dilakukannya selama dua dekad dia berkuasa. Apa lagi yang akan dilaksanakannya, tidak kiralah betapa unggulnya usaha itu, dia akan terus disumpah-seranah oleh rakyat marhaen dan seterunya sejarah negara kerana kesilapan itu. Dua tahun selepas membuat kesilapan bear itu, sokongan orang Melayu terhadapnya sudah lama berubah. Pandangannya mengenai dunia sentiasa merudum. Apakah yang mampu dibuktikannya melalui wawancara dengan Asiaweek itu?

Pada hakikatnya, wawancara yang dilakukan bersama lebih daripada seorang penemuramah memang satu majlis yang mudah mencetuskan kesulitan. Seseorang hanya mampu mengawal suasana itu kalau seseorang itu berada dalam keadaan yang cergas. Mahathir sudah tidak mempunyai kecergasan itu. Dia mudah merepek, tidak lagi berfikir dulu sebelum mengeluarkan jawapannya dan bercakap seolah-olah dia berdepan dengan wartawan tempatan yang akan diawasi oleh penyelia media Mahathir sebelum hasil tulisannya itu boleh diterbitkan. Mahathir tidak boleh melakukan semua itu terhadap wartawan asing, walaupun dia kerap melakukannya terhadap wartawan tempatan. Masalahnya muncul disebabkan Mahathir terlalu seronok mendengar suaranya sendiri. Itu sebabnya dia suka merepek meleret-leret sedangkan ada ketikanya dia mesti diam membisu sahaja. Cerita utama Asiaweek itu telah menarik penelitian pembaca terhadap Malaysia dan wawancara itu telah memperakukan betapa Malaysia kini sedang hanyut ke arah satu banjaran gunung airbatu yang tenggelam, kesan daripada kepimpinan seorang manusia berhati syaitan. Melalui wawancara itulah Asiaweek dapat mendedahkan betapa teruknya keadaan sebuah negara yang sedang hanyut itu.

Mahathir memang terlalu pintar untuk tidak menyedari semua kejijikan itu. Jadinya, dia menuduh Asiaweek bukannya kerana apa yang telah ditulis dan dipaparkan tetapi kerana mengambarkan dirinya sebagai seorang tua yang keletihan. Dia menuduh Asiaweek kerana sengaja memilih gambarnya yang herot-merot. Tetapi, bukankah dia dan juga para pengampunya yang membenarkan gambar-gambar itu digunakan? Para editor yang memilih gambarnya itu berasaskan jalan cerita yang mereka paparkan, bukannya untuk menunjukkan seorang perdana menteri yang kelihatan kacak dan tampan. 'Mereka terlalu mesra degan saya sehingga saya pun terpedaya.' Begitu mudah sekali seorang perdana menteri digoda oleh tiga orang wartawan. Bagaimana pula kisah Anwar yang dicetuskan oleh beberapa insan yang mampu mengkotak-katikkan beliau untuk menghancurkan bekas timbalannya itu tanpa beliau menyedarinya terlebih dulu?

Di sebalik kisah gambar itu, wawancara itu telah memalukan Mahathir dan juga pentadbirannya. Reaksinya hanya memburukkan keadaan. Inilah yang menyebabkan edisi Asiaweek Januari 26 itu akan diulangcetak lagi.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Komen Penterjemah:

Komen Mahathir dan para juaknya muncul hanya satu minggu selepas Laman Web Reformasi menerbitkan artikel asal dan juga terjemahannya. Rakyat marhaen terutama sekali orang Melayu telah terlebih dulu sedar akan kandungan Asiaweek sebelum majallah itu muncul di kedai. Tetapi, kalau pentadbiran Mahathir betul-betul cekap, mereka sudah mampu menyekat pengedaran majallah itu seperti yang dilakukannya dulu-dulu. Kegagalannya melakukan tindakaan ini sekarang, menunjukkan betapa Mahathir dengan kumpulan bajingannya hanya mampu berlagak garang kepada terbitan tempatan sahaja. Mungkin Mahathir kena ambil kumpulan penguatkuasa MPSJ untuk tugas ini. -MT-




Rencana Asal:

Is the Prime Minister a "Tired Old Man"?

The Prime Minister, like most Malaysian leaders, will bend backwards to be interviewed by any foreign publication to reaffirm his self-importance. He would not allow local publications to interview him expect for reassurance that he is a leader beyond reproach. Malaysians should not see him other than at his imagined best. He is so isolated, even in Malaysia, that few would want to interview him. So, when Asiaweek came along, he jumped at the opportunity. I cannot fathom why. It destroyed the Prime Minister's worldview as he wants us to accept. It clearly was to reinforce his belief the world misjudges him. But what he imparted is of a tired old man caught in a maelstrom of his own creation which he cannot let go however hard he tries.

He is in indifferent health. He slumps in his chair. His mind wanders. He tires easily. But then which normal 75-year-old man does not be all this and more. He has problems galore on his plate, the most pressing of which is of his own creation: the humiliation and destruction of his former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim. That one act destroyed what good he did in his two decades in office. No matter what he does, however noble, he remains damned, by his countrymen and eventually by history, for his misjudgement. In the two years since, his Malay ground shifted from him. His worldview collapses around him. But did he have to prove it with his freewheeling interview with Asiaweek?

On the record interviews with more than one interviewer can be tricky. One can manage it if one is in control. He was not. He rambled aimlessly, did not think through his answers, talked as if he would talk to local interviewers who would then be corrected by his media handlers on what they could print. He cannot with foreign and some local reporters. But he is in love with his own voice, and he rambles when he should have shut up. The Asiaweek cover story carried a critical look at Malaysia and the interview confirmed the worst of a country drifting towards an iceberg under an indifferent and cornered leadership. If anything, the Asiaweek cover story affirmed the appalling drift in the country.

He is too intelligent not to have realised it. So, he blames Asiaweek not for what it wrote but of describing him as a tired old man. He accuses Asiaweek of deliberately chosing photographs to show him in a poor light. But he, and his media handlers, allowed it. The editors select the photographs to illustrate their story, not to ensure the Prime Minister is seen at his best. He is also, it seems, naive: "They were so very friendly that I was taken in by them." If he can be taken in by three reporters than all the stories we have heard about how the Anwar affair was botched because others used him to destroy the jailed former deputy prime minister must be true. And the interview damned him. He should not have reacted as he did. More than the photographs, the interview damned him and his administration. His outburst only worsens his case. Meanwhile, there would be a run on the January 26 issue of Asiaweek.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my