Laman Webantu   KM2A1: 3745 File Size: 4.5 Kb *



SOH23 : MAHATHIR - PANTAI YG TERHAKIS
By La Domeng3

6/2/2001 5:45 pm Tue


SOH23 - MPYT

MAHATHIR - PANTAI YANG TERHAKIS

Jika berani dilambung ombak, berumahlah ditepi pantai. Jika berani menanggung risiko bicaralah tentang perjuangan. Jika terasa diri akan mati berjuanglah menegakkan keadilan dan tentanglah kezaliman. Jika terasa diri akan hidup selama-lamanya jadilah seperti Mahathir.

Mahathir - Pantai yang terhakis dan semakin terhakis. Ombak kesedaran rakyat marhaen semakin jelas 'pukulannya'. Pantai semakin bimbang. Gambarnya dalam kelihatan letih dan bodoh jelas menunjukkan bahawa dia sememangnya telah letih dan menjadi bodoh akibat pukulan ombak yang tidak henti-henti.

Pukulan ombak laut antarabangsa turut merunsingkan dia. Pantai pasirnya yang selama ini begitu menggamit pengunjung kini terpinggir sepi. Pantainya hanya dilawati leh beberapa kerat kroni tajaannya sendiri. Omabk semakin hebat pukulannya. Berapa lamakah pantai pasir itu dapat bertahan?

Biarpun telah banyak benteng (isu dan sandiwara) dibangunkan untuk melindungi pantai pasir yang sepi itu, tetapi hakisan tetap berlaku. Sebab apa? Sebab benteng yang dibina tidak mempunyai asas yang kukuh. Malahan ada yang tidak berasas langsung. Kesimpulannya - biar berapa banyakpun benteng dibina untuk menahan hakisan ombak, namun paluan ombak semakin ketara. Semakin bertenaga.

Isu-isu yang dicipta kebelakangan ini sudah tidak dapat lagi melindungi Mahathir. Dia semakin tidak tentu arah. Apa saja yang dilakukan semua tidak kena. Pembohongannya mengenai penyakit Anwar kepada para Ahli Kongres Amerika telah diketahui rakyat. Mereka (ahli Kongres Amerika) sendiri telah memaklumkan perkara ini kepada pihak BA.

Pantai pasir jerlus itu semakin runtuh dan terhakis. Pantai yang mencemarkan ombak laut dengan segala najis busuk perlu dibersihkan. Perlu diruntuhkan dan digantikan dengan pantai yang baru. Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Perubahan perlu dilakukan. Pemimpin baru yang mempunyai idea segar dan baru perlu diketengahkan. UMNO/BN telah diketahui gagal segagalnya memerintah negara. Hasilnya negara kini berada di tahap papa-kedana. Hutang negara berbillion ringgit tetapi Mahathir masih melaungkan lagu - EKONOMI SUDAH PULIH.

Pembohongan menjadi budaya dan agenda harian Mahathir sejak dulu. Malangnya ramai yang terpedaya dan tidak percaya bagaimana seorang 'bapa' sanggup menganiaya 'anak-anaknya'. Sanggup mencaturkan hidup dan masa depan rakyat demi untuk memuaskan kerakusan nafsunya.

Laut kesedaran rakyat marhaen kini semakin berkocak. Segala kekotoran yang dihumban oleh pantai mesti dibersihkan segera bersama-sama dengan pantainya sekali. Ombak yang cukup kuat dan bertenaga perlu untuk meruntuhkan pantai pasir yang degil dan penuh najis itu. Masanya kini telahpun tiba. Ombak tidak perlu sentiasa berusaha dan berkerjasama. Ombak Kepulauan Melayu, Laut Cina Selatan dan Lautan Hindi perlu bergabung untuk meruntuhkan pantai pasir jerlus bernama Mahathir.

Mahathir semakin terdesak. Ditiupkanlah angin 'Perpaduan Melayu' untuk mengkocakkan laut Kepulauan Melayu. Biar semua orang melihat dan diperasugut mindanya supaya berfikir bahawa Melayu sudah tidak bersatu lagi. Mahathir silap lagi. Melayu yang diserang olehnya dalam bukunya DILEMA MELAYU telah sedar kini. Sedar yang bukan kepalang. Sedar yang timbul oleh kerana sering dipinggirkan. Diperlekehkan. Diperbodohkan. Dipermain-mainkan. Dianaktirikan.

Mahathir sebenarnya sudah tersalah tafsir. Dia menjangkakan orang Melayu masih seperti dulu - lembab berfikir. Rupa-rupanya dia yang berfikiran tepu. Dia sudah tidak berupaya membaca rintihan hati orang Melayu dan kaum-kaum lain. Malangnya dia sengaja mahu menipu dirinya sendiri dan tidak dapat menerima hakikat betapa pantai usianya semakin runtuh dan terhakis. Lihat sahaja betapa marahnya dia bila gambar bodohnya disiarkan.

Untuk apa lagi sebenarnya perlu kita membiarkan pantai busuk itu di situ. Masihkah kita rela untuk terus melihat dan menghidu kebusukkan najis pantai itu lagi? Relakah kita melihat anak-cucu kita terus-menerus bergelumang dengan kekotoran dan kebusukkan selut pantai itu nanti?

La Domeng - Teringat nasihat arwah ayah yang selalu menasihati saya dulu.
Katanya.
"BERINGAT SEBELUM KENA, BERJIMAT SEBELUM HABIS. ALLAH
JANGAN DILUPA WALAU DIMANAPUN BERADA."