Laman Webantu   KM2A1: 3743 File Size: 8.4 Kb *



Bila Belodok Jadi Belukang Darat? Begitulah!!
By Amin Sapiro

7/2/2001 1:08 am Wed

Amin Sapiro (takut jerung)

[Kegelisahan Mahathir dengan gambar Asiaweek mencerminkan beliau terlalu mementingkan imej yang hebat untuk menonjolkan diri sebagai 'wira adi jagat' selama ini. Dia sepatutnya bersyukur gambar beliau menjelir lidah tidak disebar, begitu juga paparan lucah satu ketika dulu. Jangan di salahkan gambar kerana itu cermin diri sendiri juga. Kamera tidak menipu tetapi melayu mudah tertipu - itu semua sudah dicatat oleh pengarang Dilema Melayu. - Editor]


BILA BELODOK JADI BELUKANG DARAT? BEGITULAH!!

KADANGKALA kita cukup-cukup hairan bila tengok karenah pemimpin UMNO ini salah memilih priority. Gambar punya pasal nak gadoh sampai kenyataan akhbar. Goh Chok Tong puji Melayu Singapore, kata sikit pasal Melayu di Malaysia dan nak hantar protokol bantahan. Sewel punya kerja..!!

Apa pasal sensitive sangat?

Dalam zaman bapak kami kanak-kanak dulu, memanglah perkara 'pijak kertas' yang diandaikan 'bapak aku/bapak hang' boleh jadi bertumbuk pecah batang hidung. Tapi budak-budak sekarang kalau buat juga adu-domba cara itu; diorang kata, 'Kenapa hang ni bangang sangat' Bapak aku ada kat ofis buat kerja.' Katanya. Adu-domba cara itu tak boleh jadi gadoh lagi.

Tapi hari ini, yang bangang-bangang itu orang yang berstatus pemimpin Negara. Mahathir sendiri bergelar dik Berahim 'Wira Dunia Ke-3', pun masih perangainya kalah budak-budak tadika. Mahathir seranah majalah ASIAWEEK, macamlah gambar dia mesti handsome saja. Kalau dah kerepot nak buat camana lagik, hah?

Tak tau ke Mahathir, pokok nyior gading puncak mahligai yang tegak menjulang pun - lama-lama sambang juga. Tak berbuah! Daunnya tiga pelepah, condong nak menyembah bumi; tak sempat nak menongkat langit, dah tumbang ditolak angin. Inikan pulak manusia.

Pakai 'susuk' satu badan pun, lama-lama tubuh sajalah yang penuh dawai. Muka tetap kecut, sebab sel-sel manusia bukan lama sangat tahannya. Firaun yang mengaku dirinya Tuhan pun mampus - kering kontang menyeringai???

Apa Cerita Sebenarnya Ni?

Kita hairan bila membaca Syed Hamid Albar berang-berang berkata:

[''.the pictures of Dr Mahathir in the article had a "certain slant'. It wanted to portray that the leadership of the country is weak,'' he said. The article, entitled "Mahathir's Dilemma'', Dr Mahathir was slumped in his chair and appeared tired and worn down by the unprecedented criticism of his rule'. As such, it is easy for them (the magazine) to influence the people to want a change in government,'' he added. The foreign media had been interpreting actions by the country's leadership in a cynical manner to destabilise the country and scare away investors']].

Kita mau tanya Syed Hamid, 'Siapa sebenarnya yang sewel nih' Pemimpin UMNO ke atau Mahathir. Gambar punya pasal nak heboh satu dunia, apa haram-jadahnya? Ow?. Kalau Mahadey itu handsome lagi, muda macam 'aminsapiro' (hehehe..), kau ingat negara ni boleh stabil ke?

Estrada pun handsome juga, lagi muda dari Mahathir - pun buang kerja dek rakyat?!?. Apatahlagi Mahathir, memang sah tak handsome, dah berpuluh ribu satu dunia kata 'mesti Undor', pemimpin nak 'retain' dia pasal apa, hah?

Menteri UMNO Tak Pakai Logik?

Kalau soalan itu ditanya saya, jawapan saya, 'Bukan saja tak logik, malah menggambarkan orang macam tu tak ada 'isi rong' dalam tengkorak kepala hotak. Dah botak macam lantai siramik , jambul yang terjueh di keliling telinga itu pun tak menunjukkan kesuburan minda di dalam. Pemimpin ke ini macam? Isk..isk..Hamid Albar'.

Cuba tengok betul-betul, kenapa tak cakap 'Thank you, Mr.' kepada Editor majalah terbabit. Tak tengok ke latar belakang gambar Mahathir ada tulisan Arab. Tulisan Arab boleh jadi ayat Al-Quran, kan? Tentu implikasinya, orang Melayu akan kata, 'Amboi'. Dr. Mahathir waraq macam ulamak PAS jugak. Depan-belakang ada tulisan Arab. Maknanya, Dr. Mahathir handal macam TG Nik Aziz, Haji Hadi Awang. Tak kan orang kata - Dr. Mahathir macam Samy Vellu atau Leong Sik. Tulisan Arab jauh beza dari tulisan Tamil atau tulisan Cina. Tak boleh nak fikir positif macam tu, kaaa??

Cuma satu saja. kalau tulisan jawi yang jadi latar belakang gambar tu, janganlah dijadikan perhiasan pulak. Itu dah 'sandiwara' lagi. Lebih-lebih lagi, kalau ia ayat Al-Quran.

Kalau dah letaknya dibelakang, bila Mahathir kentut, amacam? Hehehe? kentutkan ayat Al-Quran - berdosa tauuuu?.!! Bilek tu jadi sial, tak tempuh dek 'malaikat 44'. Jangan main-main. Malaikat pergi.. Jin Aprit pulak yang ganti youuuu! Berhantuuu?Woihh?grrrrrrrr?..!!

Sensitif Lidah Termakan Cili Api

Saya fikir, perkara yang sebenarnya pemimpin UMNO sengaja nak 'diperlembu' dek Mahathir. 'Si Gaek sewe' ni sengaja hendakkan orang 'mua-muakan' dia. Macam budak-budak - nak ditimang-timang, kunun. Boleh jadi, esok-lusa Mahathir akan suruh Hamid Albar dukung dia keliling Putera Jaya. Kemudian 'dodoikan' dia bila nak tidur di Mahligainya. Hamid masih nak juga?

Ramai rakyat, termasuk orang Melayu dan orang UMNO, sudah meluat habis tengok perangai pemimpin UMNO yang terlampau sangat 'angkat-angkat' Mahathir ini. Kalau Mahathir dah jadi macam raja Feudal, takkanlah kalian berotak 'sempudal'. Nanti orang kata hangpa bebal-madal, kok marah. Tapi tu lah 'pekagha sebenaqnya'.

Jadi, ramai yang buat kesimpulan, puak UMNO ni tak sedar bahawa karenah Mahathir macam inilah yang menyebabkan UMNO sebagai sebuah parti politik seperti 'orang hanyut' selepas perang Vietnam. Rakyat sudah tempatkan mereka disebuah pulau terpencil ditengah lautan.

Sedarlah sikit, UMNO sedang mengalami 'exodus' paling teruk. Bandingkan sewaktu Ku Li berpecah dan menubuhkan S46 dulu, 80% orang Melayu masih lagi menyebelahi UMNO. Tapi sekarang apa macam? UMNO semakin nampak 'memaksa' (ulang: memaksa) rakyat menyokong parti itu. Ini cakap bukan main-main. Serius!

Pemimpin UMNO terkejut beruk bila ada orang komen pasal Malaysia. Kalau perhatikan baik-baik, ia berpunca dari keadaan yang disebutkan itu adalah menggambarkan keadaan sebenar. Jadi, macam orang berlidah sensitif - pemimpin UMNO terlalu cepat terasa pedas bila termakan Cili Api. Makin itu semakin orang tumbuk lumat-lumat dan tampalkan ke lubang kalian. Nah! Rasakanlah!!

Malaysia Dilanggar Todak

Berabad-abad dulu kita dengar seorang kanak-kanak bijak mempertahankan Singapura dari serangan Todak. Pemimpinnya mengarahkan rakyat berkubukan betis. Banyak yang binasa.

Kini Goh Chok Tong sudah pasang benteng di keliling pantai Singapura, semuanya tanggung beres. Semua kaum tak perlu berkubu betis lagi, termasuk orang Melayu.

Tapi orang Melayu di negara ini masih dalam seksa. Bukan setakat berkubu betis saja, malah kaum sendiri diarah membelasah saudara sekaum dan seagama. Berkubu tubuh badan.

Cuba tanya orang Melayu berpendapatan rendah di desa-desa yang menoreh getah. Kalau pokok sudah tua dan harus ditebang; adakah mereka diberi bantuan? Mana perginya 'export cess' yang dikutip setiap kilo yang dijual?

Sebaliknya, tanya mereka: Adakah anak-anak mereka yang berpendapatan RM15/hari mendapat biasiswa? Jawapan mereka "Ada..!!" Biasiswa Pinjaman dengan faedah 4%?. Bolehkah Mahathir menganggap mereka Kroninya?

Mengikut definasi 'Kronisma'; yang kita tau ialah mereka yang dibailout dengan imbuhan wang puluhan billion dari kocek rakyat; dan disebut 'Danamoda'. Siapa yang dapat kemudahan itu? Boleh siasat - akan berputarlah berlengkar-lengkar macam ular; akhirnya masuk kocek pemimpin berkenaan. Itulah contoh mengapa rakyat harus disedarkan.

Kita tak mau lagi tengok pemimpin gunakan wang rakyat sebagai modal mereka berniaga mengenyangkan tembolok mereka. Sementara melopong, mulut masuk langau hijau.

Pemimpin UMNO boleh letak gambar masing-masing cantik-cantik macam Elizabeth Taylor atau hero-hero Bay Watch - tapi kalau karenah macam ular sawa, rakyat tetap akan suruh Undor!!

Fikirlah semua!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)