Laman Webantu   KM2A1: 3742 File Size: 8.1 Kb *



Cerita Sambil Menunggu Durian Tak Gugur?!!
By Amin Sapiro

6/2/2001 11:41 pm Tue

Amin Sapiro (buah langsat kuning mencelah?)

[Satu rakam bual menarik di kebun durian yang mengajar sesuatu kerana di mana ada durian, disitulah akan terdapat banyak tupai yang bergayutan. Tupai itu dilepaskan oleh pemimpin Umno sendiri yang sudah lama mengidam selepas menang. Apabila durian semakin berkurang, mereka akan saling berperang untuk menggempur lebih banyak kebun durian. Kini beberapa kebun sudah dicantumkan kerana tidak dapat menampung kekurangan. Di mana penjaga kebun jika tidak kesibukkan dalam rutin kerja harian. Padahal berehat di kebun itu banyak faedahnya kerana disana akan tampak tupai yang asyik menebuk berpanjangan... - Editor]


CERITA SAMBIL MENUNGGU DURIAN TAK GUGUR?!!

DALAM satu Seminar pengusaha IKS Melayu tahun lalu, seorang teman lama memberi tahu saya - Dr. Mahathir menyuruh hadirin merujuk buku beliau 'Delima Melayu'. Beliau bertanya samada saya ada buku itu. Beliau mahu pinjam. Nak baca, katanya.

Saya kata, 'OK. Boleh..' saya pun pinjamkanlah. Sebagai bacaan tambahan saya beri beberapa ucapan Dr. Mahathir mengenai manfaat dasar pengkopratan, penswataan, dll. Dalam ucapan itu Dr. Mahathir menceritakan serba serbi kelemahan orang Melayu dalam bidang perniagan dan keusahawanan.

Dr. Mahathir bukan main hebat menghentam orang Melayu; kunun tak macam kaum Cina. Katanya (lebih kurang) begini, 'Orang Melayu suka beremosi saja. Kalau orang Cina tak ada, mungkin kemajuan Malaysia tak seperti hari ini'. Di sebutnya juga, orang Melayu jangan jadi 'masyarakat subsidi. Mesti pandai berdikari'. Macam-macam lagi.

Selang seminggu, beliau bertandang ke dusun durian pusaka kami. Sambil kami makan durian tembaga baka cantum se negara dengan Astora Jabat; teman itu berkata, 'Eh, Wak. Terfikir pulak saya, kok ia hebat sangat teori Dr. Mahathir; kenapa Syarikat Perkapalan Mirzan lingkop. Kenapa PERWAJA, walaupun Mahathir serahkan kepada kawan sekelambunya Eric Cheah; tapi sekarang tersadai hutang berpuluh billion. Kenapa Indah Water Konsortium Vincent Tan terpaksa dibailout 800 juta RM. Itu tak masuk lagi MAS, LRT dan lain-lain', tanya beliau.

Kunci Kejayaan Berniaga

Saya sengeh saja mendengarnya. Saya kupas sebuah durian yang lebih baik lagi isinya. 'Nah, kita makan durian yang ini. Cuba rasa isinya'. Kami pun menyentallah. Habis se ruang, se ruang lagi. Bukanmain nyonyot lagik..hehehe..!!

Tiba-tiba beliau bertanya, 'Eh, Wak. Kalau di pasaran berapa harga se kilo jenis ini, hah?' Saya tak jawab. Saya tanya beliau balik, 'Berapa agak-agak?'.

Beliau tak jawab dengan cepat. Kemudian beliau berkata, katanya, 'Saya tak pakar dalam hal-ehal durian Wak. Sumpah! Kalau pasal makan, saya OK. Lain hal, saya lengit (orang Johor kata 'lengit' maknanya sama dengan 'hampeh' kata orang N9, 'nyot sayot' kata orang Sarawak, 'gedebe' kata orang Kelantan, 'langiah' kata orang Minang macam Rais laaa.. ) hihi?!!

Saya jawab, 'Nah itu lah dia contohnya; apasal Syarikat Perkapalan Mirzan lingkop, kenapa PERWAJA, tersadai hutang berpuluh billion; kenapa Indah Water Konsortium Vincent Tan terpaksa dibailout 800 juta, MAS, LRT dan lain-lain - sebab diorang tak cakap macam you. You tak tau - cakap tak tau. Diorang suka tipu diri sendiri. Tak macam you'.

Pandai Songlap

'Habis apa diorang tau, Wak' dia tanya lagi.

Saya jawab pendek saja, 'Diorang pandai 'songlap' aja?..!!' Kami ketawa.

Selang beberapa minit, kami duduk bertenggek di tepi pangkin pondok durian mengirup kopi panas dari thamos yang dibawak dari rumah. Kali ini kami tak melawak lagi. Saya kata:

''Dr. Mahathir fikir orang Melayu bodoh agaknya. Orang Melayu tidak bodoh. Cuma orang ini lurus bendul. Apa orang cakap, mereka fikir itulah sebenarnya. Bila Delima Melayu dibaca, woiiihhh? orang Melayu dah naik ghairah. Terus sangka: Mahathirlah orang paling layak - berpotensi jadi PM. Tak pandang sebelah mata pesanan Tunku. Tak tengok kiri kanan - PAS ke, PRM ke. Siang-siang saya dah kata dulu, jangan sokong membuta tuli. Fikir dulu - bagi UMNO sikit kejutan. Biar pemimpin UMNO sedar bahawa 'people power' itu jangan dijual murahan. Esok-esok menyesal kemudian. Saya cuma mengingatkan'', kata saya. Serius juga.

Beliau mengangguk. Kemudian beliau bertanya, 'Habis amacam nak buat Wak. Kan dah terlambat?', katanya.

Dunia Belum Kiamat

Cepat-cepat saya jawab, 'Hei..hei.. dunia belum kiamat, youuuu'.!! Esok masih ada. Dunia masih berputar. Bintang, bulan dan matahari masih menyinar. Orang Melayu jangan cepat rasa gagal. Kalau pemimpin UMNO tak boleh diharap, kita ada pilihan lain parti. Kita ada BA, ada PAS, ada KeADILan. Jangan fikir kita 'berkail sebentuk dan berumpan seekor'. Tak! Tak! Nabi tak tegah kita berhijrah. Malah digalakkan untuk mencari kelebihan. Takkan lah orang jual durian sompong pun kita nak beli. Duit kita punya, durian dia punya - kalau kurang baik, kita beralih penjaja. Kan itu cara berniaga - berjual beli??. Dia ketawa. Saya senang hati.

Saya sambung lagi, 'Maknanya, jangan serah hak kita bila tengok orang pelemah kita. Mungkin itu agendanya nak menipu kita. Tengok apa jadi hari ini?' saya memandang ke mukanya. Dia angkat muka semacam bertanya - tapi tak menjawab.

Saya jawab, 'Haa..haaa' Mahathir dah buat orang Melayu sama macam orang kulit hitam di hutan Afrika - kaum 'Hutu' dan 'Tutsi'. Dilaga-lagakannya kita sesama se kaum. Polis Melayu belasah Melayu. Rahim Nor belasah Anwar. Mokhtar 'dugong' tuduh Anwar yang bukan-bukan. Sampai 3 kali alih tarikh Villa tu. Sampai bawak tilam berlobang 13. Padahal belum dibina lagi. Ugut Murad tuduh Anwar rasuah Rm3 bilion. Bila nak panggil ke mahkamah - dikatakan Murad sakit gigi? hihih! Nak cabut pun pergi England?? gurau saya. Kawan tu ketawa. Saya sengeh juga.

'Tak cukup dengan tu, suruh Wanita UMNO gadoh dengan 'anak dara' dan 'janda muda'. Rafidah naik radang sampai nak tunjuk 'ape ke bendanya'. Pemuda UMNO nak debat dengan Mahfoz - nasib baik tak jadi. Dah tu pulak, endorse BBM 'Tak akan Melayu hilang di dunia'. Nasib baik yang datang tu seramai orang datang 'kenduri janda' aja. Nampaknya Mahathir suka Melayu sama Melayu beramok?..?. Kami ketawa bila sebut 'kenduri janda' tuuu.. hehehe..!!

'Logik' Satu Fatwa Unggul

'Jadi amacam kita nak maju dalam perniagaan Wak?' tanya beliau.

Susah juga saya nak jawab. Saya cuba juga, kata saya,'Mulakan dengan Bismillah'. Tetapkan nawaitu kerana Allah swt. Sudah itu kaji kelemahan dan kekuatan kita - makna kata kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kemudian - bercakap siang pandang-pandang, berakap malam dengar-dengar. Lebihkan banyak tunduk dari tengadah. Jangan berniaga 'buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap!!'

Saya tengok kawan kita tu terangguk lagi, saya sambung, 'Jangan ikut macam perangai orang Melayu berjudi - untung sepuluh dikatakan seribu. Bila rugi 1000 dikatakan 10 aja. Bandingkan dengann orang Cina, untung 1000 dikatakannya?..?Haiyaaa.. tak dak untung lho!!? Tapi kalau rugi 10 dikatakannya?.. 'Haiyaaaa'lugi manyak terok hooooo?.!? Tengok bezanya?, kata saya mencuit mindanya.

Apa Gunanya 'Malay Delima'?

'Jadi tak gunalah baca Delima Melayu tu, ya Wak?' soalnya.

'Eh bergunaaaa.. Mana pulak tidaknyaaaa?!' balas saya. 'Paling kurang kita tahu dimana kita sudah buat silap besar! Kalau tak baca kita tak tahu macamana pemimpin UMNO yang ada sekarang dah terjual murahan. Dimana kita kena tipu bontang. Kena temberang?..?

Kami pun bangun dan berjalan pulang, sambil sendawa panjang. Terlampau kenyang. Badan pun rasa panas miang.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)