Laman Webantu   KM2A1: 3733 File Size: 10.3 Kb *



BBM - Peluru Habis Palembang Tak Alah
By Amin Sapiro

5/2/2001 11:44 am Mon

Amin Sapiro (tembak tepat ke arah sasaran)

[Pendekatan BBM adalah terlalu provokatif kerana logo keris berlatar belakang merah itu lebih berupa satu ancaman berhias kekerasan untuk menakut-nakutkan orang untuk satu natijah 'perpaduan'.

Sebenarnya pendidikkan itulah asas untuk mencerna pemikiran dan perpaduan, bukannya sorakkan dan pekikkan. Pemikir negara sudah lama berkarya ke arah itu malangnya di mana pejuang BBM ketika itu? Mereka melompat untuk disusu dan langsung tidak perduli nasib rakyat yang terjajah di bumi sendiri.

Dimanakah mereka ketika Hamid Tuah memperjuangkan tanah untuk kaum petani? Malah selepas dikenakan ISA, Hamid Tuah masih berjuang walaupun tua dan uzur sekali tetapi Ibrahim Ali bukan sahaja sudah lupa diri, malah semakin membuncit lagi. Bila peluru sudah habis, dia akan menyerah diri hanya untuk menjadi hamba abdi.
- Editor
]


BBM - PELURU HABIS PALEMBANG TAK ALAH

ORANG Melayu memang kaya dengan peribahasa. Macam-macam. Ada yang disebut perumpamaan, pepatah, petitih-perbilangan, sindiran?.. entah apa lagi. Kalau tanya pakar budaya cendekiawan Melayu macam Prof. Awang Had, anda akan taulah. Dengan itu, jika ditanya apa maksud 'Peluru habis Palembang tak alah', pasti beliau akan bercakap berjam-jam.

Saya memang menyanjungi cendekiawan seperti Prof. Awang Had. Begitu juga Tan Sri Ghazali. Mereka adalah orang lama yang telah meniti pelbagai zaman.

Prof. Awang Had seorang cendekiawan contoh yang memulakan zaman persekolahan di sekolah Melayu, menapak ke Maktab Perguruan terbaik di Tg. Malim. Tetapi beliau jenis orang Melayu yang kaya dengan semangat juang dan degil hati. Akhirnya beliau berjaya menjalani pengajian di IPT tempat dan luar negara hingga memperolehi kejayaan akademik Kedoktoran (Ph.D). Khidmat beliau begitu cemerlang hingga beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus. Bukan mudah nak berjaya semacam itu.

Tan Sri Ghazali juga seorang cendekiawan, seorang pentadbir disamping kemampuan beliau sebagai seorang ahli politik yang tak payah diperkenalkan lagi. Ramai antara kita yang muda-muda ini hampir-hampir tidak berapa mengetahui siapa beliau. Tetapi, sekiranya ada yang mahu bertanya apa dia 'Peristiwa 13 Mei', Tan Sri adalah 'the walking encyclopedia'.

Pantun Nostalgia Penuh Makna

Saya masih ingat dalam ucapan sulung beliau di Parlimen pada awal tahun 70-an sempena bermulanya sesi pertama setelah sekian lama negara di perentah dibawah MAGERAN. Beliau menyelitkan sebuah pantun yang sangat istimewa (bagi saya), walaupun biasa didengar. Pantun itu berbunyi:

Buai laju-laju
Sampai balik sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga Cina.

Bermula dengan pantun itu, Tan Sri telah memulakan satu kejutan kesedaran kebangsaan yang sewajarnya orang Melayu berfikir panjang siapa dia bangsa Melayu, negara ini, tanggungjawab kita kepada diri sendiri, masyarakat, kaum dan agama.

Paling menarik (pada tafsiran saya), Tan Sri mengingatkan semua kaum supaya mengamalkan sikap toleransi dan berbaik-baik sangka. Keharmonian kaum adalah kunci kecemerlangan dan kemajuan negara.

Orang Melayu tidak boleh bersikap pasif - mesti proaktif. Dasar Kerajaan yang bakal digubal harus menimbangkan keperluan rakyat banyak dan tidak menjurus kepada kepentingan sesuatu pihak.

Pemimpin wajib bertanggungjawap kerana mereka adalah fokus rakyat. Dengan itu mereka wajib telus dan terhidar dari gejala yang tidak diingini yang boleh menimbulkan bencana seperti yang berlaku dalam insiden berdarah itu.

'Tidak Akan Hilang Melayu Di dunia'

Hari ini, 4 Februari 2001, orang Melayu dihebohkan dengan laungan slogan 'Tidak Akan Hilang Melayu Di dunia' di auditrium di PWTC. Khabarnya, Badan Bertindak Melayu selaku pihak penganjur telah menderetkan beberapa orang penceramah.

Ramai diantara kita tidak dapat menerima butir-butir maklumat terperinci kerana tidak menghadiri perhimpunan itu. Pertamanya, kerana kita tidak tau apa sebenarnya maksud perhimpunan itu.

Menilai dari gambar 'keris telanjang berlatar belakang warna merah darah', saya fikir majoriti orang Melayu pasti merasa ngeri melihatnya. Tambahan pula, berita yang paparkan di media massa terasa 'lain macam' saja bunyinya.

Penganjur kena faham bahawa orang Melayu adalah kaum yang aman. Mereka lebih suka hidup penuh dengan silaturrahim dan berbaik-baik sangka. Orang Melayu tidak mahu berbantah-bantah dan kesabaran adalah nadi budaya yang terjana dari agama Islam yang mendarah-daging dalam peradaban orang Melayu. Kerana itu, keseluruhan perhimpunan itu dirasakan seperti 'kurang tepat', tidak kena pada masa dan ketikanya.

Beberapa Pertanyaan Yang Tidak Berjawab

Melihat si pengendalinya orang-orang seperti Ibrahim Ali, orang sudah nampak bahawa Perhimpunan itu akan jadi tempat 'jilat-menjilat'. Kalau yang dijilat itu 'air sarbat' tak apa juga; tetapi kalau sama 'bahan' yang lazim dijilat si Berahim tu? hehehe.. 'KACAU' juga!! Jijik yang lebih.. hihihi..!! Berahim ada 'hobby tersendiri', kan?

Mungkin ramai yang bertanya satu soalan yang serius: 'Apakah wajar Perhimpunan semacam itu diadakan? Tidakkah ada pilihan lain untuk mengekalkan orang Melayu supaya 'tidak hilang di dunia'?.

Hematnya, pertanya itu harus di jawab terlebih dulu oleh penganjur Perhimpunan. Lebih-lebih lagi, dalam dunia madani yang serba canggih, minda rakyat sudah terdidik dan perkiraan mereka sudah jauh lebih maju jika dibandingkan 100 tahun dulu.

Penganjur harus peka bahawa penerangan harus menyusul sebelum bertindak. Soal membangkit emosi untuk sesuatu tujuan tersembunyi tidak lagi semudah itu digerakkan. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat terpelajar dan berpendidikan seperti sekarang; mereka lebih rasional dan berminda terbuka.

Orang tidak mahu buang masa jika mereka mempertimbangkan ketidakwujudan 'equilibrium' antara 'kos' dan 'benefit'. Mereka tidak semudah itu terpukau dengan ledakan emosi mendadak tanpa sebab yang konkrit.

Andainya Perhimpunan itu memberi satu anjakan paradigma sosio-politik, manafaat sosio-ekonomi dan perundangan yang ketara; pasti ramai yang berfikir dua kali. Jika faedahnya cuma ditakuk lama, orang tak akan peduli. Kalau tak percaya, tengoklah apa jadi pada hari ini..!!

Apa Sudah Jadi?

Dari bacaan media internet, ramai orang membuat rumusan rambang. Ibrahim Ali - seorang jaguh yang lazim 'berkokok' walau beliau berdiri di atas tunggul reputpun. Si Berahim ini suka membebel macam 'murai cabut ekor' - tak tau apa hujung pangkal yang dicakapkannya..!! Maklumlah, orang tidak ada pegangan politik (jauh lagi dari berprinsip) memang begitulah..!

Kita membaca laporan sengkat di MsiaKini, kununnya beliau menyalahkan Dr. Mahathir, Datuk Fadhil Nor dan Datin Seri Wan Azizah mengenai keadaan tidak menentu yang sedang berlaku keatas orang Melayu hari ini.

Tentu ramai yang geleng kepala hairan sangat. Tentu ramai yang bertanya, 'Mengapa si Berahim ni sepantas kilat lupa bahawa satu masa dulu, tidakkah beliaulah yang menganugerahkan gelaran 'Wira Dunia ke-3' kepada Dr. Mahathir? Tidakkah dulu beliau yang bersumpah akan menjilat b*nt*t Dr. Mahathir jika beliau kembali semula ke pangkuan UMNO?'.

Hahahaha.. orang sudah nampak kemudiannya. Selama lebih dua tahun, Berahim ini telah 'menjlat b*nt*t' Dr. Mahathir lah rupa-rupanya; kerana beliau sudah diberi jawatan 'penjilat b*nt*t' paling mahal bayaran di JPM.

Beliau 'penjilat' bertaraf menteri sebelum Rais Yatim menyambung jawatan 'berkelas tinggi' itu. Sekarang nak bersandiwara pulak ke? Isk..isk..isk.. poly 'tikus' murahan lah si Berahim ini..!! Rais pun sama pelahapnya dengan Berahim.. hihihih..!!

Pemburu Menembak Meraba

Ramai yang tak mahu memeningkan kepala memikirkan perhimpunan anjuran BBM itu. Sebenarnya tak ada isu apa-apa pun. Mungkin UMNO memikirkan - kerana orang Melayu sudah berhijrah menyokong BA, maka orang Melayu sudah hilang di dunia. Hihihih? itu nak bikin orang ketawa lah!

Macam kanak-kanak tadika main 'sorok-sorok', orang Melayu akan menyakut? 'Woikkkk.. kami ada disini'. Bila pandang ke arah suara, tentu Berahim terduduk lumpuh termaya - rupa-rupanya orang Melayu sedang bersimpuh di padang Markaz PAS Taman Melewar sedang mendengar ceramah BA. Sambil mereka minum the tarik dan makan sup ekor di 'Melewar Corner'.. hahaha..!!

Bagi saya dan teman-teman lain, keseluruhan Perhimpunan itu umpama dua orang pemburu sedang meredah hutan perca.

Kita nampak Berahim Ali berlagak sombong. Sikapnya saling tak tumpah bagi pemburu menembak meraba. Tembak sana, tembak sini.. lama-lama tertembak kaki sendiri. Tak payahlah kita ulas apa-apa segala butir ucapan beliau; memadai dengan kesimpulan bahawa 'Berahim ini sudah terpadam karier politiknya sampai kiamat. He is 'Mr. Nuts'!! Berahim tendang bola ke gol sendiri!!

Mazlan pula macam tak tau kepada siapa yang dihalakan senapangnya. Pada mulanya kita berharap Mazlan tau apa yang nak ditembak; tetapi kemudian kita nampak senapang Mazlan berjenama 'Senapang Buluh'. Walaupun peluru ditembakkan meletop, malangnya penabur dalamnya tak ada - peluru kapor!!

Perhimpunan 'Berkelah Di Hutan Perca'

Kita kecewa kerana platform mereka yang berhimpun itu macam orang berkelah di hutan perca yang tak ada haiwan buruan. Segala apa yang dibicarakan saling tak tumpah dengan 'Perjuangan BA'. Tak ada apa yang baru dan istimewa.

Kiranya, kalau setakat begitu saja agenda dan isu-isu yang mereka ketengah dan perjuangkan - kita siang-siang nasihatkan mereka: 'Jangan buang masa, jom berhimpun di Tmn Melewar dan minta izin penganjur ceramah BA supaya menambah korum BA..!'

Orang Melayu tak mau buang masa lagi. Lebih-lebih mereka tak mau 'Peluru habis, Palembang tak alah'. Itu kerja bangang nombor wahid..!! Tahun 2004 dah semakin hampir. Hehehe?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)