Laman Webantu   KM2A1: 3723 File Size: 12.7 Kb *



B1: 'Reformasi Umno' - Satu Gurauan Paling Lucu Melinium Ini
By Amin Sapiro

3/2/2001 10:11 pm Sat

Amin Sapiro (kan dah kata sudah berkerat Rotan!)

[Jika Umno mahu mereformasikan dirinya ia tidak perlu membina laman web, bahan percuma di dalam laman web reformis yang sedia ada sudah cukup untuk dijadikan petua sehingga tidak habis untuk membaca kesemuanya. Memang benar kata Wak, lebih mudah dan boleh dicapai bila-bila seikut rasa.

Usaha membaiki Umno sudah lama dibunuh dengan kejam lagi aibnya, sehingga Umno sendiri terbelah lebih daripada dua. Yang tinggal kini hanyalah mahluk perosak belaka yang sudah tiada harapan lagi untuk disembuh sesiapa walaupun oleh seorang bomoh dari India. Mungkin elok dipenggal sahaja kepalanya sebagaimana yang tercatat di dalam sejarah ngeri di Batu Talam. Sesungguhnya banyak manusia mudah musnah dengan kepercayaan yang tidak bersempadan apabila terpukau oleh beberapa helah kesaktian. - Editor]


'REFORMASI UMNO' - SATU GURAUAN PALING LUCU MELINIUM INI

Bahagian 1

SAYA menerima e-mail dari seorang teman PW LamanWeb Reformasi memaklumkan kewujudan satu LamanWeb UMNO yang beragenda lain - kununnya bertujuan untuk 'reformasi'kan UMNO.

Perkara pertama yang datang ke kepala saya ialah, 'UMNO sudah ketinggalan keretapi'. Daripada membazir dan mensia-siakan masa dan tenaga mereformasikan UMNO lebih baik saya ke dusun durian pesaka dan mengutip telur ayam dari reban sebelum jadi tembelang, bersembang di warong Pak Mat dengan teman-teman yang sehaluan. Itu lebih banyak memberi faedah.

Perbandingan dalam kepala saya: Janganlah saya cuba nak jadi jaguh berhajat setinggi langit kununnya nak meratakan bukit Kaff dengan cangkul sebilah. Silap cara, diri sendiri akan menghempap kepala oleh batu yang luruh sebesar piramid. Tak kan mampus sudahnya?!

Tak salah jika orang ketawa dengan berkata, 'Nah! Itu lah macamnya kerja orang bangang! Kalau UMNO dah nazak 'nyawa-nyawa ikan', buat apa nak pasang tali-temali 'life-saving equipments' lagi. Cabutkan saja semua - kalau nak hiduplah, kalau nak mampos biarkan ia mengikut 'natural proses'. Kalau hidup pun bukan mendatangkan faedah..?.

Amin Sapiro - Berkerat Rotan

Saya tak sangka ada artikel saya di LamanWeb Reformasi dititip ke Laman UMNO itu. Saya rasa adalah lebih mudah puak yang nak mereformasikan UMNO itu melihat arkib di laman webaNtu, Feu dan Tranung Kite saja. Kalau nak respond pun elok sangat mereka bertandang ke pondok reformis di FGR. Kita boleh sembang-sembang ala 'warong teh tarik' yang terhidang goreng pisang panas dan roti prata yang dicanai anak Melayu yang serba berkebolehan sekarang.

Jangan fikir Amin Sapiro seorang saja. Ada banyak mereka sehaluan Wak Amin di sana. Beliau ramai adik-adik, kakak, abang, pak cik-mak cik, datuk-nenek, sehabat handai. Mereka adalah kelompok Melayu yang bernawaitu satu. Mereka berjuang demi 'menegakkan Keadilan' yang terhakis dan 'menumbang Kezaliman' yang semakin mendarah dalam UMNO/BN. Tidak ada agenda lain.

Jika dipantau apa nawaitu perjuangan penulis Reformis dan Islah, jawapan mereka itulah dia. Jika kami disangka beragenda sendiri, tak salah penulis Reformis berkata, 'itu adalah pandangan orang celik mata tetapi buta hati..!!'.

Jika puak 'meneliti satu persatu corak penulis reformasi bekas UMNO, ternampak seolah-olah ada suatu kemarahan yang memuncak pada diri mereka keatas UMNO;jawapannya adalah satu, iaitu cuma orang buta mata hati dan beku perasaan kemanusiaan saja yang tak nampak dan tidak merasa apa akan jadi jika dibiarkan budaya 'tandil-tandil' Mandeliar menyusup menular budaya ketimuran orang Melayu.

Jika dikatakan 'kemarahan ini cuba di suntik oleh mereka kepada pendokong-pendokong reformasi BA agar semangat juang mereka senantiasa di bakar untuk membantu perjuangnya agar kejayaan menjadi satu kepastian baginya'; jawapannya 'Itu adalah tanggungjawap kami. Kami memikirkan nasib zuriat akan datang. Sementara pemimpin UMNO sekarang cuma sibuk berkompromi belot kepada orang Melayu dan beragenda mengisi tembolok sendiri saja'.

Dalam politik, masing-masing ada strategi untuk mengaut sokongan rakyat. Selagi BA berteraskan Keadilan dan mendaulatkan Agama (tanpa 'cakap tak serupa bikin' macam UMNO), rakyat akan semakin faham; dan sokongan semakin melimpahruah.

Jika UMNO/BN boleh tahan - tunggulah. Dongeng usang seperti 'perpaduan Melayu' dan 'Tak akan Melayu hilang di dunia' itu adalah slogan Feudal yang dangkal dan tidak releven. Orang celik nampak siapa bedebah yang 'memecah perpaduan' Melayu dan siapa penyebab 'Melayu hilang di dunia'.

Kebelakangan ini 'UMNO' yang terbatal, sesudah UMNO baru ditubuhkan, ia dibaru(A)kan pula. Paling mengaibkan orang Melayu akgi, UMNO Baru(A) itu sudah di'MAMAK-MALBARI'kan pula. Tidakkah Melayu sudah hilang di dunia?

Nostalgia Sia-sia

Saya tau, malah banyak kali menemui seorang berdua teman-teman UMNO lama yang pernah seperahu mendayung UMNO ke seberang sana. Tetapi apabila 'Dacing' tidak meneraca imbangan yang setepatnya, dicuba juga memperbetulkan jarumnya 'dari dalam', namun ramai yang bertenggek di dulang sebelah kiri, maka dacing yang sepatutnya berimbangan sama semakin senget dan tidak boleh diimbangi lagi - waktu itu, elok dibiarkan saja.

Bukan saya seseorang saja yang pernah menyanyikan lagu bersatu teguh itu yang sudah 'fed-up' kepada karenah pemimpin elit UMNO yang sudah mengikut jalan salah simpang; malah ramai yang 'meronggeng dan mendondang-sayangkan' lagu itu pun sudah 'Blahhhh..' mengikut sempang lain. Jika saya salah langkah, masakan mereka salah juga. Hari ini nampak bahawa UMNO memang sudah salah sempang. Lebih jual temberang menunjukkan belang.

Proses mereformasikan UMNO sudah dilakukan lebih awal sebelum bekas YB UMNO seperti Tengku Mansor mewujudkan LamanWeb 'reformasi UMNO dot com'. Anwar sendiri lebih awal mencanangkan supaya UMNO berfikiran terbuka membuat perubahan mereformasikan parti dari dalam.

Pemuda UMNO sendiri sangat kritikal supaya pemimpin elit UMNO jangan bersikap memaksa Pemuda mengadaptasi 'sindrom bisu'. Selaku pemimpin pelapis, Pemuda UMNO berpendirian supaya harus dibebaskan melaksanakan fungsi 'ombudsmen'.

Tetapi apa sudah jadi? Anwar sendiri adalah mangsa proses mereformasikan UMNO dari dalam. Seluruh UMNO ternyata tidak membantu beliau melaksanakan iltizam semurni itu. Sebaliknya, pemimpin sebesar Anwar itu dibiarkan 'rotting away with nobody in UMNO itself seemed to be bothered to come to his side'. Ini nampak semasa Mahathir membuat keputusan membuang beliau di mesyuarat MKT (bulan September 98).

Inilah nostalgia yang menguatkan tekad 1.8 juta anak-anak muda terpelajar dan berminda terbuka untuk melupakan UMNO untuk sekali dan selama-lamanya. Inilah menyebabkan penyokong berkerat rotan seperti Amin Sapiro berhijrah ikut simpang lain. Bukan sikit Amin Sapiro yang berhijrah itu. Tengok apa jadi di Terengganu dan Kelantan, Kedah dan Pahang!!

Nostalgia itu lebih bermanfaat dari mensia-siakan masa menostalgiakan UMNO yang dipimpin oleh Allahyarham pejuang 'Anti Malayan Union' dulu. UMNO Asal itu sudah terkubur kerana UMNO merelakan Mahathir Mohamad (baka paria Krala warisan Raja Mandeliar dan si Kitul) itu menjadi 'Belanda dapat tanah' bila diagih peluang menerajui kepimpinan sebuah parti tunjang orang Melayu.

Mahathir Perosak Kontrak Sosial UMNO dan Orang Melayu

Semakin nampak, Mahathir inilah 'jelatang' paling busuk yang beragenda merosakkan fabrik UMNO yang 'disosial-kontrakkan' oleh semua parti-parti nasionalis Melayu yang berbagai corak dan ragam yang bersetuju membentuk UMNO Asal supaya ditubuhkan.

Mahathir yang biadap ini semakin nampak tidak berterima kasih kepada orang Melayu. Si 'munafiq tua' ini beragenda busuk terhadap orang Melayu. Mahathir ini jugalah yang telah menghasut dan merosakkan budaya kepemimpinan dalam UMNO Asal hingga kedaulatan Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan beralih ke tangan beliau.

Mahathir betul-betul sudah menjadi seperti Raja Mandeliar. Pemimpin berkaliber Melayu sentiasa menghadapi proses pemusnahan sekiranya tidak sehaluan dengan agenda peribadi beliau. Kedaulatan Raja-raja Melayu dengan peruntukan Perlembagaan yang menjadi pasak perlindungan orang Melayu dimusnahkan. Mahathir mau kuasa itu berpindah ke tangan beliau untuk dipergunakan bagi melaksanakan agenda keparat peribadinya.

Budaya UMNO sudah diubah kepada 'gejala mengharapkan emas sebahara' hingga pemimpin UMNO sanggup bersekutu dengan si Mandeliar ini memusnahkan sopan santun ketimuran orang Melayu, kedaulatan undang-undang, cara mencari kekayaan, keunggulan agama Islam dan 1001 keaiban lagi.

Pemimpin UMNO Terbeli Murahan

Mahathir inilah yang semakin menghebat merasa dirinya berkuasa mutlak boleh buat apa saja. Sebabnya, pemimpin UMNO (dan saki baki penyokong yang tak seberapa yang boleh dibeli dengan ringgit dan sen) yang seharusnya tahu 'people power' sebaliknya berwenang-wenang tidak mempedulikan kuasa itu dan menyerahkannya kepada 'mamak tongkang' ini.

Pemimpin UMNO tidak peduli kepada rintihan rakyat marhain. Kerana, mereka sibuk bersengkongkol mengisi tembolok sendiri. Mereka leka mencari jalan mudah hingga sanggup menyerahkan 'people power' kepada kepada Mahathir, asalkan mereka terus dapat mengenyangkan tembolok masing-masing.

Siapa dalam kepimpinan UMNO yang berjawatan yang masih tinggal tidak melakukan rasuah? Orang berserban besar seperti Wan Mokhtar (sekadar contoh dari 1000) yang memerentah Terengganu lebih 20 tahun adalah 'penyangak paling gampang' mengkaya-rayakan diri dan kroni mengikut cara ini.

Tidakkah Terengganu antara negeri termiskin walaupun lebih RM7.0 billion Royalti minyak habis begitu saja. Sebaliknya PAS/BA mengambilalih Terengganu tersadai dengan hutang lapok Rm700 juta? Bersihkan ulamak politik dalam UMNO?

Mahathir dan pemimpin UMNO yang tersisa ini telah berdendam kesumat kepada rakyat yang insaf yang merobah Kerajaan Terengganu. Dengan kelentong 'lembu paria' yang disangkutkan oleh si Mandeliar ini ke leher pemimpin yang tinggal di kandang UMNO, mereka sama-sama berhujah umpama seorang buta huruf. Mereka memberi alasan bangang yang terkeluar dari undang-undang untuk memberi justifikasi perampasan hak 1 juta rakyat Terengganu yang masih hidup dalam kemiskinan.

Apa UMNO sudah buat dulu, dan apa agenda sekarang dan masa depan? UMNO Terengganu nak reformasikan UMNOnya? Piraaahhhhh?..!! Anda sakelian sudah jadi nyamok. Reformasi BA sudah pakai SHELTOK dan FUMAKILA sekarang!!

Rasuah Dalam UMNO Sudah Jadi Madat

Sekarang pemimpin UMNO semacam orang ketagih madat, sanggup menjilat p*ngg*ng Mahathir untuk mendapat reja-reja rempah yang keluar dari d*b*r si Mandeliar ini. Inilah yang dijilat-nikmat oleh pemimpin UMNO sekarang.

Bermakna Mandeliar ini sudah merobah seluruh iltizam UMNO sejak 20 tahun beliau menerajui UMNO. Mandeliar ini sudah begitu yakin kepada dirinya.

Bukan setakat Khir Toyo saja yang sudah dijadikan 'Pateh Karma Wijaya (PKW)', tetapi ramai lagi sudah jadi PKW dalam UMNO. Mereka sudah siap ditempatkan oleh si Mandeliar ini menerajui korporat-korporat, agensi-agensi dan Jabatan kerajaan yang berhubungkait dengan rakyat. Mereka inilah yang membuat keputusan dan melaksanakan agenda Mahathir.

Kerana mereka 'mengharapkan sebahara emas', ulamak UMNO sendiripun sudah menghumbankan intipati praktikal Al-Quran dan Hadis. Masing-masing sudah jadi 'Kakak Tua' yang sekali sekala mencok di jendela, semacam ayam jantan laga - cuma berkokok berderai-derai tetapi, bukan saja ekor sendiri bergelumang taik malah sudah makan tahi sendiri!!

Ulamak UMNO - mereka inilah 'bikin karenah tak serupa buku cakap'. Mereka inilah paling kuat 'Ngap' beratus juta secara rasuah dan penyelewengan. Mereka cuma jadi 'jembalang' menggadai Al-Quran dan Hadis, rela serban mereka dijadikan penyapu punggung Mandelia ini selepas berhadas ditandas - asalkan mereka dapat fulus juta-juta dan karenah busuk mereka diberi perlindungan!

Kita bicara lagi di bahagian ke-2: apa UMNOkah yang nak di reformasikan lagi? (Geleng kepala kita).

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)