Laman Webantu   KM2A1: 3707 File Size: 10.5 Kb *



TJ MT MGG: Taufan Dalam Cawan
By M.G.G. Pillai

31/1/2001 5:39 pm Wed

MGG2801

[Satu rencana yang amat baik isi dan terjemahannya dalam isu 'Melayu Singapura lebih berjaya'. Ramai yang tertipu dengan apa yang dikata tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang ada. Maka mereka berlaga sedangkan tiada apa-apa.

Setiap kaum, walau dimana-mana mereka berada tidak boleh menilai kemajuan mereka mengikut suasana tempat lain. Singapura mementingkan merit (kebolehan) tetapi Malaysia asyik mementingkan segelintir rakyat memecahkan rekod 'Boleh' sahaja. Patutlah hanya sedikit yang berjaya di sini berbanding di sana, kerana Singapura memberi peluang agar 'SEMUA boleh', bukan peluang buat segelintir 'boleh' sahaja. -Editor]


Penterjemah: -MT-


Taufan Dalam Cawan

(A Storm In A Teacup)


Perkara itu terpaksa terjadi juga, walaupun penyebabnya tidak seberapa. Inilah yang berlaku di Singapura dan Malaysia disebabkan kenyataan yang disuarakan sesama mereka. Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong, telah mengucapkannya dalam satu majlis jamuan, betapa orang Melayu Singapura adalah lebih berjaya daripada saudara mereka di Malaysia, berdasarkan perangkaan yang ada di tangannya. Kenyataan itu adalah satu tindakan bertahan terhadap sindiran yang mengenai Melayu Singapura yang ditulis dalam sebuah buku oleh seorang Melayu Singapura dua tahun yang lalu. Inilah yang menjadi isu dalam percaturan politik orang Melayu, memungkinkan otak mereka menjadi kematu.

Apa yang tertulis dalam buku dan apa yang disebut pada majlis itu, tidak menjadi penting lagi. Tidak ramai di Malaysia yang pernah memegang buku itu apatah lagi untuk membacanya. Sedangkan kemarahan mereka menunjukkan seolah-olah mereka semuanya sudah pun membacanya. Inilah gambaran betapa persepsi dan bukannya kenyataan yang telah memainkan peranan. Utusan Melayu sudah pintar dengan mainan itu. Ia menggunakan buku yang sudah berusia dua tahun itu dan ditulis oleh sorang pendidik Melayu di Australia untuk menunjukkan betapa lemahnya orang Melayu. Bukan sahaja mereka lemah di Malaysia bahkan di mana saja mereka merupakan kumpulan yang minoriti. Inilah satu tindakan yang populis dan berbaur perkauman. Sepatutnya sikap semacam itu biarlah kekal di Malaysia sahaja. Nampaknya tidak pula.

Singapura mengambil pilihan untuk menjawab. Tetapi, kenapakah Goh Chok Tong sanggup mencetuskan perkara ini sambil mencemarkan hubungan baik dua hala, adalah sesuatu yang tidak menyenangkan ramai manusia. Kenapakah dia tidak mewakilkan kerja-kerja semacam ini kepada seorang ahli politik bawahan? Goh adalah seorang yang sungguh dihormati di Malaysia. Ia memang lebih disegani daripada menteri kanan, Lee Kuan Yew ataupun anaknya timbalan perdana menteri, Lee Hsien Loong.

Wisma Putra telah memanggil Pesuruhjaya Singapura, K. Kesavpany, untuk menyerahkan bantahan terhadap kenyataan Goh itu. Tetapi perkara itu ditenteramkan dengan cepat sekali. Menteri Luar Syed Hamid Albar menyatakan bahawa kenyataan Goh itu adalah satu tindakan untuk mencetuskan hubungan yang lebih akrab. Itu saja yang mampu dilakukannya. Dia tidak mampu memanjangkannya kerana kenyataan Goh itu memaparkan perbezaan pendirian dalam kaedah pemerintahan di dua negara itu.

Singapura terpaksa terus maju dengan kepintarannya dengan mendapatkan khidmat golongan yang pintar-pintar untuk menjadikan negara itu sebagai model antarabangssa. Itu sebabnya ia menggalakkan rakyatnya sentiasa berwaspada, merangkul peluang yang ada dan berusaha menjadikan negara mereka terunggul di rantau ini. Inilah kejayaan Singapura walaupun ia dilakukannya dengan mencetuskan iri hati negara-negara jirannya. Inilah kejayaan sebuah republik yang bermajoritikan kaum Cina sedangkan rantau ini adalah bermajoritikan orang Melayu. Inilah kejayaan "sebuah kepulauan Cina di samudera Melayu yang memang lama cemburu."

Singapura memang mementingkan meritokrasi, satu konsep di mana yang paling cekap dapat bertapak, kerana itulah matlamatnya. Di Malaysia, dalam dasar tindakan afirmatif terhadap orang Melayu, konsep meritokrasi sengaja dipinggirkan. Orang Melayu Singapura mesti menyesuaikan diri dengan pandangan meritokrasi itu, kerana kerajaan bersedia membantu orang melayu ke arah itu dan tidak dengan cara memanjakannya. Kalau konsep meritokrasi itu menjadi panduan di Malaysia ia akan menghumbankan ciri-ciri "ketuanan Melayu" itu terpelanting jauh-jauh. Inilah yang telah diulang-ulang oleh perdana menteri Mahathir Mohamad sejak berapa lama dulu lagi.

Orang Melayu Singapura mudah mengeluh kerana dinafikan hak yang dinikmati oleh saudara mereka di bahagian utara republik (Malaysia) sedangkan kaum Cina di Malaysia mengeluh pula kerana tidak menikmati peluang yang dinikmati oleh orang Cina Singapura. Kedua-dua anggapan ini adalah bersalahan. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu menilai kesenangan secara budayanya sedangkan yang lagi satu menilainya dari aspek ekonomi pula. Kesenangan seseorang itu harus dinilai mengikut suasana masyarakatnya dan bukan disebabkan keindahan nirwana di taman lain.

Pencarian menggapai peluang yang lebih indah sedangkan kaki yang mencari itu masih dirantai di bumi yang menambatnya, tentu mencetuskan suasana saling tidak mempercayai di antara kaum yang terlibat. Tidak kiralah kalau masih wujud suasana mengawal perasaan itu daripada mebuak-buak. Inilah mulanya segala masaalah itu, terutama sekali di Malaysia. Di Malaysia, kaum yang dominan ialah Melayu sedangkan di Singapura ia didominasi oleh orang Cina. Yang menjadi minoriti di satu tempat menjadi yang dominan di tempat yang lagi satu. Apabila anggapan ini terus bermain di minda seseorang, otak yang sama menganggap kehadiran kaum yang lagi satu itu sebagai tembok besar kepada kewujudannya sebagai kaum minoriti. Apabila anggapan itu ditonjolkan sebagai satu kerumitan politik dalam sesuatu suasana, sudah tentu ia meletup secara terbuka. Apabila semua itu diulang-ulang ia akan meledak laksana taufan dalam cawan. Semestinya ia dibiarkan begitu saja.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

30 January 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai


A Storm In A Teacup


It had to happen. It does not take much, in Singapore and in Malaysia, for either to be incensed at remarks in the other. The Singapore Prime Minister, Goh Chok Tong, in a speech one wonders why, said Malays in Singapore are better off, statistically, than the Malays across the causeway. It was a defensive retort to sniping about Singapore Malays in the Malaysian media, calling upon a book published two years ago about the Singapore Malay. It became an issue in this current political struggle for the Malay mind.

It matters not what the book, or indeed he, said. Few in Malaysia have read it but are incensed at what they think it contains. It is perceptions, not truth, that take over. The Utusan Malaysia, particularly, used the two-year-old book by a Singapore academic now in Australia to show how vulnerable the Malays are, not just in Malaysia but in every country where they are a minority. It is a populist, even racist, call. It should have remained at that level in Malaysia. But it cannot.

Singapore chose to reply. But why Goh Chok Tong lit the fuse of yet another bilateral spat bothers many. Why did he not leave it to a lesser politician to say, if it had to be said? Goh has much respect in Malaysia, certainly more than either the senior minister, Lee Kuan Yew, or the deputy prime minister and Lee's son, Lee Hsien Loong.

Wisma Putra, Malaysia's foreign ministry, summons the Singapore high commissioner, K. Kesavapany, last week to protest the remarks. But it was quickly hushed up. The foreign minister, Syed Hamid Albar, said what Goh said queered the pitch for better ties. He left it at that. He could not milk this for what it was politically worth, for Mr Goh's remarks showed up the different worldviews towards governance in Malaysia and Singapore.

Two Worldviews

Singapore has to survive on its wits, ensure the best talent it can muster, to make it a global showcase. So, it wants its people to be on the ball, seize opportunities as they arise, make it a centre for the region. It succeeds even if it also stands out like a sore thumb. It is predominantly Chinese as the region is Malay, "a Chinese island in a hostile Malay sea".

Singapore therefore extols meritocracy, the survival of the fittest, as its worldview. In Malaysia, in its policy of affirmative action for the Malay, it eschews it. In Singapore, the Malay must fit into this meritocratic worldview, the government prepared to nudge the Malay along but not to mollycoddle. In Malaysia, Malay dominance, the "ketuanan Melayu", would go the window if meritocracy is set to work. The Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, no less, has said so in so many words.

The Malay in Singapore is disgruntled he does not get the advantages of his brethren to the north, and the Chinese in Malaysia that he would have got a better deal in the island republic. Both worldviews are wrong. Especially when one views one's comforts culturally and the other economically. One lives within the ambit of one's society, not point to the greener grass elsewhere.

But this seach for greener pastures while remaining rooted in one's patch adds to the inherent racial distrust, even if well managed in both. This is where problem begins. Especially in Malaysia. In Malaysia, the dominant race is the Malay and in Singapore the Chinese. The minority in one is dominant in the other. With this at the back of one's mind, one views the other as the bulwark for its minority. When it is raised amidst a political difficulty in one, it breaks out into the open.

When all is said and done, it is a storm in a teacup. It should be left at that.