Laman Webantu   KM2A1: 3706 File Size: 10.7 Kb *



TJ MT MGG: Kuasa Yang Tidak Berkuasa
By M.G.G. Pillai

31/1/2001 5:19 pm Wed

MGG 2701

[Menyatukan parti tidak akan menyatukan orang selagi krisis dalaman antara pemimpin dan yang dipimpin masih berantakkan. Seorang pemimpin yang hebat pun gagal menyelesaikannya selagi jurang itu ada. Setiap pemimpin perlu mendengar dan menjaga masalah pengikut mereka untuk terus sihat dan berdiri. Tanpanya mereka akan tumbang walau disentuh perlahan. Kegagalan melayan kaum sendiri itulah yang menyebabkan perpecahan, dan jika ini tidak diselesaikan sampai bila pun masalah tidak akan padam walaupun semua parti disatukan.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Kuasa Yang Tidak Berkuasa

(The Power Of The Powerless)

Muncul di 'Chiaroscuro' pada January 29.


Perdana Menteri Mahathir Mohamad mahu kaum India bersatu-padu di bawah panji-panji MIC. "Kalau mereka tidak bersatu, bererti perpecahan akan berlaku." Dengan lain perkataan, kalau mereka bersatu, penyatuan pun berlaku. Itu sebabnya MIC menggunakan kuasa veto mereka menolak usaha Indian Progressive Front (IPF) untuk menjadi anggota Barisan Nasional. Presiden MIC, S. Samy Vellu mahukan IPF dibubarkan dan semua ahli parti itu menjadi ahli MIC pula. Mereka beranggapan usaha ini akan menyatupadukan orang India di bawah panji-panji Barisan Nasional.

Boleh jadikah perkara itu? Kemudian, MCA dan Gerakan harus bersatu pula di baah Ling Liong Sik. Oleh kerana PPP (People's Progressive Party) pada dasarnya adalah sebuah parti kaum India, ia pun harus dibubarkan untuk menganggotai MIC. Seandainya Gerakan dan PPP adalah parti multi-kaum, dan bukannya parti perkauman, memang patutlah mereka bersatu sahaja.

Nampak sangat bodohnya perkara ini, bukan? Tetapi, begitulah halnya dengan harapan Dr. Mahathir. Sesuatu masyarakat itu tidak besatu disebabkan menyokong hanya satu parti politik. Bukannya politik yang menyatupadukan masyarakat seperti yang dilakukan oleh sesuatu budaya. Malangnya itulah anggapan setiap ketua kaum di dalam BN, yang bertambah yakin bahawa perkara itu boleh terjadi kalau hanya satu badan masyarakat yang mewakili semua kaum itu. Inilah silapnya.

Sesuatu masyarakat dapat bersatu dan maju kalau ia mampu menyelesaikan masalah yang mencabar kemajuannya. Apabila masyarakat itu menjadi terpinggir daripada para pemimpinnya seperti yang berlaku dalam BN kini, masyarakat itu tidak akan berpatah balik untuk mengizinkan para pemimpin itu meneruskan usaha mengaibkan mereka.

Pandithan telah tersilap langkah berpolitik apabila dia mengisytiharkan taat setia kepada BN. Dia menyekat peluangnya untuk memimpin IPF menyertai barisan pembangkang. Itu sebabnya BN boleh mengawal peranannya dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi, BN tidak boleh melepaskan beliau begitu saja. Kuasa undi yang sungguh diperlukan daripada kaum India pimpinannya, mampu mencetuskan taufan Lunas di masa hadapan.

Dr. Mahathir sudah terlalu mengalut dengan wawasan meganya hinggakan beliau terlupa akan peraturan biasa. Bagaimana mungkin sesuatu masyarakat itu bersatu sama ada secara berpolitik ataupun mengamalkan budayanya sedangkan ia mesti taksub hanya kepada pendapat seorang pemimpin sahaja? Kedua-dua presiden MIC dan juga MCA amat cekap menyingkirkan sesiapa sahaja yang cuba menyanggah kuasa mereka dengan mengemukakan pendapat berbeza mengenai cara memajukan kaumnya.

Apabila sesuatu masyarakat itu menghadapi masalah yang luarbiasa seperti Sekolah Wawasan ataupun dilema kaum India di ladang-ladang, para pemimpinnya mengambil sikap diam membisu. Rakyat marhaen tidak digalakkan memilih pemimpin untuk mewakili mereka, kerana golongan yang memerintah yang akan memilih siapa yang patut mewakili rakyat marhaen itu. Isu yang asas dan masalah yang mudah-mudah sengaja diabaikan. Tercetuslah jurang pemisah yang dalam di antara sesuatu masyarakat itu dengan pemimpin politik mereka.

Para pemimpin di akar umbi menghabiskan masa yang lama untuk mengkaji bagaimana caranya berada di tahap atas tangga kepimpinan parti, sedangkan mereka harus membuat kajian bersama para pemimpin tinggi parti dan menyelesaikan sikap para pengikut yang amat mudah meludah ke arah mereka. Sikap para pemimpin yang angkuh dan sombong yang diperkuatkan dengan sindiran ketika berucap memberikan kekuatan kepada apa yang mereka cakapkan berbanding dengan apa yang sebenarnya mampu mereka lakukan. Selalunya apa yang mereka katakan adalah janji-janji palsu hanya layak untuk orang-orang yang otaknya sudah keliru.

Persidangan agong UMNO telah diatur begitu licik sekali lengkap dengan koreografinya hingga menjadikannya satu majlis yang sungguh bergemerlapan sehinggakan issu yang serius tidak layak dibincangkan. Presiden MIC kerap mencabar sesiapa bertumbuk dengannya di dipersidangan agong tahunan parti, kalau-kalu mereka tidak puashati dengannya. Presiden MCA begitu popular di kalangan ahlinya sehinggakan setiap kali dia berucap tidak ada sesiapa yang mahu mendengarnya.

Perubahan tidak dapat dilakukan kalau wujudnya kumpulan yang terdesak bersatu di bawah kepimpinan seorang pemimpin yang sudah tersedak. Sikap MIC menyerap IPF tidak akan menyatupadukan orang India, tidak juga kalau MCA dan Gerakan bergabung sama-sama. Semua kaum telah berpecah-pecah di antara satu dengan lainnya dan juga daripada pemimpin mereka. Para pemimpin masyarakat telah mengabaikan pengikutnya seperti juga kerajaan yang mengabaikan kepentingan dan masalah mereka.

Tetapi, dari kalangan mereka itu muncul pula pemimpin yang tidak punyai kesetiaan kepada mana parti politik dan yang sanggup berusaha menyelesaikan masalah yang ada. Sekaligus mereka mencabar pemimpin politik itu. Inilah yang berlaku dalam kisah Sekolah Wawasan dan Sekolah Damansara. Para pemimpin politik cuba berusaha merapati masalah itu tetapi tidak berjaya.

Orang yang berkuasa memerlukan sokongan puak yang tidak berkuasa untuk terus berkuasa. Tetapi, golongan yang tidak berkuasa selalunya memang mencari satu tapak kuasa sendirian pula. Inilah satu petua yang telah dilupakan oleh BN selama ini: sesuatu masyarakat itu menjadi kuat apabila pemimpin yang mewakili mereka muncul dari kalangan mereka jua.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:

26 January 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai


The Power Of the Powerless


Prime Minister Mahathir Mohamed wants Indians united under the MIC to strengthen the governing National Front coalition, that "If they don't unite, there is disunity." Or, to put it another way, if they unite, there is unity. So, the MIC vetoes the Indian Progressive Front's attempt to join the National Front. Its president, S. Samy Vellu, wants the IPF dissolved and its members join it instead. This, they believe, would unite the Indians under the National Front.

Would it? Then the MCA and the Gerakan ought to reunite under Ling Liong Sik. Since the People's Progressive Party is, to all intents and purposes, an Indian party, the PPP should also with MIC. If Gerakan and PPP are multiracial, not racial, parties, than they should unite instead.

It looks silly, does it not? But then so Dr Mahathir's hopes. A community is not united because it backs one political party. It is not politics which unites but culture. But every racial leader in the National Front insists it is. It also believes that if there only one communal body to represent it. It does not.

A community unites under a clash of opinions that clarifies what it must do to move ahead. When it is alienated from its leaders, as now in the National Front, it will not return to allow the leaders to continue to insult it.

Pandithan played his cards wrong in pledging loyalty to the National Front. He will not lead his IPF into the opposition. So, the National Front can lead him on. And little he can do. But the National Front cannot let him go either. His all-too-important vote bank of Indians can throw up more Lunas typhoons.

Dr Mahathir is so besotted with his grand view that he forgets the essentials. How does a community unite, politically or culturally, when it is allowed only one worldview, that of its leader? The MCA and MIC presidents are quick to expel any serious contender with a different view of how the community should progress.

When a community is faced with an intractible problem, like Vision Schools and Indians in estates, the leaders keep mum. Leaders are discouraged from the ranks; the ruling coterie selects them. Basic issues and problems are forgotten, and widens the gap between community and political leaders.

The ground leaders spend more time on how they can go up the political ladder than find out why they, and their leaders, are spat at. The supercilliousness amongst leaders, strengthened each time they speak, makes what they say more important than what they do. And what they say is often a pie in the sky.

UMNO General Assemblies are so well choreographed that it becomes a spectacle not where serious issues can be aired. The MIC president challenges to a fight those who disagree with him at its annual conferences. The MCA president speaks but no one listens, so popular is he.

This cannot change if disparate groups unite under a weak leader. The MIC absorbing IPF will not unite Indians, nor would Chinese if the MCA and the Gerakan come together. The communities are alienated -- from each other and from their leaders. The leaders ignore their communities as the government their concerns and problems.

But leaders emerge amongst them who owe no political loyalty, work with it to articulate their concerns and fears. This puts them into conflict with the political leaders. This is what happened in the Vision Schools and the Damansara new village school fiascos. The political leaders have to run to catch up -- and cannot. Power needs the powerless to survive. But the powerless seek a power base of their own. The National Front misses an important rule of thumb: a community is stronger when its leaders emerge from amongst it.