Laman Webantu   KM2A1: 3703 File Size: 9.3 Kb *



TAG MT 29: Siapakah Presiden Yang Sebenar?
By MSNBC

31/1/2001 9:49 am Wed

TAG029

[Filipina dilanda krisis lagi ekoran pertabalan presiden baru agak meragukan dari sudut perundangan, mengikut seorang peguam yang cukup kontroversi di negara itu. Arroyo dilantik ekoran satu tunjuk perasaan yang dibiarkan oleh tentera dan polis. Kepincangan ekonomi menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan Estrada, lebih-lebih lagi bila ramai 'rakan'nya terlibat dalam korupsi mula memberi maklumat.

Negara kita mengamalkan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' tetapi apa yang berlaku kini tidak menggambarkan semua itu. Rakyat semakin curiga kerana banyak teman rapat menteri-menteri diberikan projek yang akhirnya rugi tetapi diselamatkan dengan alasan yang tidak berguna sama-sekali. Itu semua hanya mengundang kebencian rakyat yang akan meledak satu ketika nanti bila tekanan ekonomi sukar dibendung lagi. Tidak ada pemimpin yang akan dapat bertahan lagi walaupun dia seorang maha firaun. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Siapakah Presiden Yang Sebenar?

(Court Battle Over Who Is President)

Breaking News: MSNBC News Service


Manila Jan. 29: Seorang peguam Filipino yang kontroversi telah meminta Mahkamah Tinggi negaranya untuk menggugurkan gelaran yang baru disandang oleh Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan mengisytiharkan bahawa mantan presiden Joseph Estrada sebagai sedang "mengambil cuti".

Oliver Lozano yang mempunyai rekod dalam mengemukakan banyak permohonan kepada Mahkamah Tinggi atas urusan yang pelbagai telah menyebut bahawa tindakan mahkamah tinggi untuk mentabalkan Arroyo adalah satu kesilapan kerana Estrada belum pun melepaskan jawatannya secara rasmi. Dia meminta mahkamah menjelaskan asas tindakan undang-undang dalam mentabalkan Gloria Macapagal Arroyo pada Januari 20 itu. Macapagal Arroyo ditabalkan ekoran protes jalanan yang disokong oleh panglima tentera sehingga memaksa Estrada keluar meinggalkan istana.

Estrada sengaja tidak meletakkan tandatanganya kepada surat perletakkan jawaan. Dia berkata bahawa dia cuma keuzuran untuk seketika dan menyerahkan kuasanya untuk sementara. Malahan, Estrada telah menulis sepucuk surat secara peribadi kepada kongres menyatakan bahawa dia telah menyerahkan tugas sementara itu kepada Arroyo dan merujukkannya sebagai seorang 'pemangku presiden' sahaja, bererti dia akan kembali semula untuk berkuasa.

"Adalah didoakan bahawa...Puan Gloria Macapagal Arroyo ditabalkan sebagai pemangku presiden dan Presiden Joseph Ejercito Estrada sedang bercuti bagi kepentingan pemulihan negara dan kesejahteraan awam," demikian kenyataan Lozano dalam permohonannya. Lozano, merupakan seorang penyokong kuat bekas diktator Ferdinand Marcos. Beliau telah menarik perhatian media bulan September lalu, ketika tentera Filipina melancarkan operasi terhadap kumpulan permberontak Abu Sayyaf yang menculik beberapa tebusan negara dan juga asing di kepulauan Jolo. Dia pernah membuat pengumuman bahawa sebagai peguam kepada pemimpin Abu Sayaf yang bernama Galib Andang, anak guamannya itu sudah bersedia untuk menyerah diri. Andang tidak pun pernah berniat begitu.

Sokongan Untuk Estrada

Sambil itu, sekitar 100 penyokong Estrada elah berhimpun di luar Mahkamah Tinggi, mengibarkan sepanduk putih dengan bertandakan symbol tandatanya yang dibuat dengan warna merah. Mereka melaungkan sokongan terhadap mantan presiden itu.

Presiden baru yang telah bercuti untuk bermain golf dan berkumpul di gereja terpaksa menghadapi berita buruk pada Isnin lalu apabila menteri kewangan Emilia Boncodin mengumumkan bahawa bajet difisit mungkin melonjak kepada $4 bilion dolar tahun ini kalau kerajaannya gagal berjimat dan memperbaiki system kutipan cukai. Satu kajian menunjukkan bajet yang dicadangkan oleh kerajaan Estrada bernilai $14.5 bilion itu memerlukann pinjaman yang tinggi, kata Boncodin.

Pungutan cukai yang lemah adalah penyebab kepada kekurangan sebanyak $2.72 bilion, yang bererti satu gandaan daripada sasaran asal sebanyak $1.25 bilion.

Estrada menghadapi dakwaan bahawa dia telah membalun sogokan dan inilah yang mendesak Macapagal-Arroyo untuk memberi keutamaan kepada kewujudan sebuah kerajaan yang telus.

Siasatan Jenayah

Kes mendakwa Estrada kini sudah bertukar kepada siasatan jenayah sebaik sahaja dia dijatuhkan. Dia tidak dibenarkan keluar negara dan semua akaunnya di bank telah pun dibekukan.

Menteri Kehakiman Hernando Perez telah berkata di hujung minggu bahawa seorang lagi saksi yang "amat rapat" dengan Estrada telah tampil ke depan untuk membuat pengakuan terhadap kerja-kerja Estrada membalun harta negara. "Dia akan menunjukkan kepada kita saluran dokumentasi yang amat kita perlukan terhadap Estrada," kata Perez dalam satu wawancara dengan stesen radio DZBB.

Kes terhadap Estrada bermula daripada dakwaan pada Oktober lalu yang dibuat oleh Gobernor Ilocos Sur, Luis Chavit Singson, yang merupakan teman baik Estrada ketika minum-minum dan apabila bersamaan di meja judi. Beliau menuduh Estrada membalun berjuta-juta wang daripada keuntungan perjudian dan juga komisen daripada cukai tembakau.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Court battle over who is president

Former Philippine president Joseph Estrada may try to stage a comeback

MSNBC NEWS SERVICE

MANILA, Philippines, Jan. 29 - A controversial Filipino lawyer asked the Supreme Court on Monday to strip new President Gloria Macapagal Arroyo of her title and declare her disgraced predecessor, Joseph Estrada, as merely "on leave."

Estrada made a point of not signing a resignation letter. He has said he was only incapacitated for a while and handed over power temporarily.

OLIVER LOZANO, who has filed a variety of petitions in local courts backing unpopular causes, said the Supreme Court action in declaring Arroyo president was void because Estrada had not officially resigned.

The formal request urges the court to outline the legal basis for its swearing in on Jan. 20 of Gloria Macapagal-Arroyo. Macapagal-Arroyo took office amid street protests that included the country's top generals and forced Estrada to leave the presidential palace.

Estrada made a point of not signing a resignation letter. He has said he was only incapacitated for a while and handed over power temporarily.

Estrada himself has written to Congress, saying he was temporarily handing power over to Arroyo and referring to her only as an "acting president," suggesting he might try a comeback.

"It is respectfully prayed that...Madame Gloria Macapagal Arroyo be declared acting president and President Joseph Ejercito Estrada president on leave in the interest of authentic national reconciliation and public welfare," Lozano said in his petition.

Lozano, a staunch supporter of late dictator Ferdinand Marcos, attracted media attention last September during military operations against Muslim Abu Sayyaf rebels holding foreign and Filipino hostages on the southern island of Jolo.

He announced he was the lawyer of Abu Sayyaf leader Galib Andang and that his client was ready to surrender. Andang never did.


Meanwhile, about 100 Estrada supporters rallied outside the Supreme Court, waving large white placards with a question mark in red spray paint. The protesters chanted support for the ousted president.

The new president, after taking a day off for golf and church, faced more bad news Monday as Budget Secretary Emilia Boncodin said the budget deficit may balloon to $4 billion this year if the government fails to curb expenses and improve revenue collection.

An assessment showed a budget of $14.5 billion proposed by Estrada's administration for this year would require a lot of borrowing, Boncodin said.

Weak revenue collection contributed to a budget deficit last year of $2.72 billion, more than double an original target of $1.25 billion.

Estrada faces allegations that he amassed a fortune in bribes and kickbacks, so Macapagal-Arroyo has made clean government a top priority.

CRIMINAL INVESTIGATION

Estrada's impeachment trial turned into a criminal investigation when he left office. He has been barred from leaving the country and had a bank account frozen.

Justice Secretary Hernando Perez said over the weekend that a new witness who was "really close" to Estrada has come forward to testify about the former president's alleged ill-gotten wealth.

"He will show us the paper trail that we need against Estrada," Perez said in an interview with radio station DZBB.

The case stemmed from allegations in October by Ilocos Sur provincial Gov. Luis "Chavit" Singson, Estrada's former drinking and gambling buddy, that the president pocketed millions of dollars in illegal gambling payoffs and kickbacks from tobacco taxes.